Anda di halaman 1dari 14

OPEN UNIVERSITY

MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBEF3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA


PP KELANTAN
NAMA PELAJAR

SEMESTER JANUARI 2013

1.

PRAKATA
0

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat
saya menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepada saya dengan jayanya. Walaupun di
saat-saat yang mencabar seperti ini, saya dapat mengatasi semua halangan dan rintangan
yang dihadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Walaubagaimanapun, tanpa tunjuk ajar daripada pihak sekolah, mustahil untuk
saya menyiapkan tugasan ini dengan baik. Segala tunjuk ajar yang diberikan itu, sangat
berguna kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Sebagai insan biasa, saya sememangnya memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan
daripada pihak puan untuk menyiapkan tugasan ini. Terima kasih diucapkan kepada
rakan-rakan kerana telah banyak membantu saya dalam melaksanakan amanah yang
diberikan ini.
Saya juga amat berterima kasih kepada Guru Besar SK Jeli 1, Kelantan kerana
telah memberikan kerjasama yang cukup baik terhadap tugasan saya ini. Tidak lupa
kepada orang yang banyak membantu dan memberi kerjasama yang sewajarnya iaitu
kepada responden saya, adik Noor Luthil Taqris bin Noor Azhar serta penjaganya yang
telah menunjukkan atau memberikan saya input-input serta kerjasama yang amat baik.
Harapan saya agar tugasa saya ini dapat memberikan manfaat kepada adik Noor
Luthil Taqris bin Noor Azhar untuk lebih maju dalam pembelajaran.
Sekian.

2.

PENDAHULUAN

Keupayaan seseorang murid dalam menguasai sesuatu pembelajaran adalah bergantung


kepada keupayaan struktur penting yang ada pada seseorang murid dalam mencapai
objektif pembelajaran yang direncanakan oleh guru. Struktur penting ini adalah
keupayaan mendengar, bertutur, melihat dan keupayaan otak itu sendiri. Dalam pada itu,
saya telah memilih seorang murid untuk dijadikan sebagai sample kajian yang mana
memiliki salah satu daripada ketidakupayaan yang disebut. Murid yang saya pilih ini
adalah memiliki masalah pembelajaran, penglihatan dan pendengaran. Semasa lahir,
responden lahir pada usia tujuh bulan di dalam kandungan. Selepas lahir, responden
terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan selama lebih 6 bulan. Selain daripada itu
pada usia 3 tahun, responden terpaksa pula menggunakan alat bantuan pendengaran
selama lebih kurang 1 tahun. Sehingga hari ini, responden masih lagi berulang-alik ke
Hospital Kota Bharu untuk rawatan susulan. Saya telah memilih responden ini bagi
membantu beliau untuk lebih maju dalam pembelajaran supaya tidak tertinggal jauh
berbanding murid normal yang lain. Dalam pada itu, beliau juga seorang murid yang
pasif dan tidak banyak bercakap. Mempunyai keupayaan berfikir yang lemah serta tidak
dapat membuat penyelesaian masalah kendiri. Setelah saya memerhatikan beliau selama
seminggu, ia telah membuatkan saya terpanggil untuk mengetahui dengan

lebih

mendalam masalah sebenar yang dihadapi oleh murid ini. Oleh sebab itu, saya telah
melaksanakan kajian tentang masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid ini supaya
saya dapat membantu beliau untuk lebih maju dalam pembelajaran dalam mengenal pasti
masalah sebenar yang dihadapi serta melaksanakan tindakan yang sewajarnya untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid ini.

3. LATAR BELAKANG RESPONDEN


Responden
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Nama
Umur
Jantina
Adik Beradik
Agama
Bangsa
Alamat

: Noor Luthil Taqris bin Noor Azhar


: 8 tahun
: Lelaki
: 4 orang
: Islam
: Melayu
: No. 7,Kg Ayer Lanas, 17600 Jeli, Kelantan

Bapa
1.
2.
3.
4.
5.
8.
6.
7.
8.

Nama
: Noor Azhar bin Ahmad
Umur
: 45 tahun
Jantina
: Lelaki
Agama
: Islam
Bangsa
: Melayu
Alamat
: No. 7,Kg Ayer Lanas, 17600 Jeli, Kelantan
Pekerjaan
: Ahli Perniagaan
Pendapatan
: RM 5300.00
Pencapaian Akademik : Ijazah Sarjana Muda

1.
2.
3.
4.
5.
9.
6.
7.
8.

Nama
: Siti Rokiah binti Yusoff
Umur
: 40 tahun
Jantina : Perempuan
Agama
: Islam
Bangsa
: Melayu
Alamat
: No. 7,Kg Ayer Lanas, 17600 Jeli, Kelantan
Pekerjaan
: Ahli Perniagaan
Pendapatan
: RM 3400.00
Pencapaian Akademik : Diploma

Ibu

4.

FOKUS KAJIAN

4.1 TINGKAH LAKU SOSIAL


Tingkah laku sosial merupakan tingkah laku semulajadi yang ditunjukkan oleh seseorang
terhadap persekitarannya. Dalam proses kajian saya terhadap responden ini, saya
membahagikan tingkah laku sosial responden saya kepada bebrapa faktor iaitu:

Pengurusan diri

Kebolehan bekerjasama
3

Ketakutan dan keberanian

4.1.1 Pengurusan Diri


Responden saya merupakan seorang yang sukar untuk mengurus diri dalam hal-hal yang
berkaitan pemakaian, pembersihan diri dan pemakanan. Setelah diselidik dan
menemubual ibu bapa responden, saya dapati responden tidak boleh memilih sendiri
pakaian yang hendak dipakai untuk ke sekolah. Sebaliknya ia memerlukan bantuan ibu
bapa untuk menyediakan serta memakaikan pakaian untuk ke sekolah. Dalam bab
pembersihan diri juga responden menghadapi masalah untuk mandi, memberus gigi
kerana beliau lambat untuk melakukan sesuatu. Responden perlu dipaksa untuk
melakukan sesuatu perkara. Selain itu responden juga menghadapi masalah dalam
pemakanan. Responden tidak dapat memilih makanan yang sepatutnya di makan kerana
beliau lambat untuk berfikir.

4.1.2 Kebolehan Bekerjasama


Dalam bab kerjasama di dalam kelas, responden saya ini sukar untuk memberikan
kerjasama dalam sesuatu aktiviti di dalam kumpulan. Beliau lebih gemar untuk menerima
semua cadangan atau hanya menunjukkan tanda setuju terhadap sesuatu perkara. Beliau
tidak dapat memberikan cadangan atau idea ketika bermain dan berinteraksi dengan
rakan. Beliau juga tidak menunjukkan minat serta tidak bersemangat dalam melibatkan

diri bagi kerja-kerja berkumpulan. Beliau lebih gemar untuk melakukan sebarang aktivit
secara bersendirian.

4.1.3 Ketakutan Dan Keberanian


Responden adalah seorang yang sangat mudah menangis dan menunjukkan emosi yang
negatif dihadapan orang lain. Responden berani untuk ke tandas sekiranya ditemani oleh
rakan sekelas. Ketakutan responden lebih terserlah apabila beliau diarahkan oleh guru
untuk membaca ayat atau perkataan yang ditulis oleh guru di papan putih. Ini adalah
kerana penglihatan responden tidak berapa baik serta tidak mempunyai kemahiran
membaca yang baik.

4.2

PEMBELAJARAN

Pemerhatian juga saya laksanakan dalam bab pembelajaran responden. Terdapat banyak
perkara yang tidak dapat dilaksanakan oleh responden. Perkara-perkara tersebut adalah :

Kemahiran membaca

Kemahiran menulis

Kemahiran mengira

4.2.1 Kemahiran Membaca


Responden tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Ini adalah kerana
beliau mempunyai masalah penglihatan iaitu matanya sedikit juling. Beliau tidak dapat
melihat dengan baik apabila sesuatu ayat atau perkataan yang ditulis oleh guru di papan
putih. Oleh yang demikian beliau tidak menghiraukan apa yang diajar oleh guru
seterusnya akan menyebabkan beliau ketinggalan dalam pembelajaran. Apabila melihat
5

sesuatu, beliau akan cuba sengetkan kepalanya untuk melihat dengan lebih jelas. Perkara
ini telah menyebabkan beliau rasa malu untuk belajar.

4.2.2 Kemahiran Menulis


Kemahiran menulis responden juga agak kurang kerana disebabkan oleh masalah
penglihatan yang dihadapi. Beliau tidak dapat menulis sesuatu huruf dengan tepat kerana
apa yang dilihat tidak sama dengan apa yang ditulis. Sesuatu huruf itu ditulis berdasarkan
penglihatan beliau. Kadang-kadang, huruf yang ditulis itu hanyalah berbentuk simbul
atau corak apabila guru mengarahkan menulis ayat. Sebaliknya berlaku jika diarahkan
untuk menulis huruf atau perkataan. Beliau menunjukkan sedikit kemajuan sekiranya
diarahkan menulis huruf atau perkataan. Ini disebabkan oleh huruf atau perkataan itu
lebih senang dilihat dan lebih senang ditafsirkan oleh beliau.

4.2.3 Kemahiran Mengira


Kemahiran mengira merupakan satu kemahiran yang memerlukan keupayaan otak yang
amat cerdas. Responden yang saya perhatikan ini juga mempunyai masalah dalam
masalah mengira kerana beliau juga seorang murid yang lembam. Beliau lambat dalam
menyelesaikan masalah matematik. Walaupun soalan yang diajukan itu merupakan asas
sahaja dalam matematik. Contohnya soalan yang berkaitan dengan tambah dan tolak.
Guru matematik beliau iaitu Pn Wan Husna binti Wan Mahmud cuba untuk memberi
lebih perhatian kepada beliau, tetapi beliau masih menghadapi masalah tersebut. Ini juga
adalah disebabkan oleh beliau lebih suka menerima cadangan dan tidak mahu bertanya.

5.

HALANGAN DALAM PROSES P&P YANG MENYEBABKAN MURID

TIDAK BOLEH MAJU


Saya juga telah membuat pemerhatian terhadap responden dalam proses P&P yang
dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Saya telah memerhatikan dua proses P&P yang
dijalankan di dalam kelas beliau iaitu bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu.
Pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua guru tersebut adalah proses P&P yang hanya
melibatkan murid normal. Ini adalah kerana kelas yang diduduki oleh responden saya ini
ialah kelas perdana atau kelas biasa. Saya perhatikan kepada responden saya yang sangat
sukar menerima proses pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas kerana beliau
tidak dapat melihat dengan baik apa yang ditulis oleh guru. Beliau lebih gemar untuk
melakukan kerja sendiri daripada mendengar arahan guru. Guru tidak dapat memberikan
lebih perhatian kepada beliau kerana di kelas tersebut mempunyai 35 orang murid. Jadi,
perhatian guru tersebut terbatas kepada semua murid. Guru tidak dapat memberikan
fokus terhadap seseorang murid itu dengan lebih lama. Ini menyebabkan responden saya
ini tidak dapat perhatian yang sewajarnya daripada guru tersebut.

6.

PENDEKATAN

Fokus kajian saya juga melibatkan beberapa pendekatan terutama dari aspek umur murid,
kemahiran mengajar guru dan persekitaran.
6.1 Umur
Jika kita lihat, responden saya ini berumur 8 tahun atau berada di darjah dua. Dari aspek
umur responden ini, kita sedia maklum bahawa responden akan dapat menguasai

kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Tetapi beliau tetap
ketinggalan dalam pembelajaran kerana guru yang mengajar mengikut kesesuaian umur
seseorang murid dalam kelas. Boleh dikatakan responden saya ini dua tahun ketinggalan
ke belakang di dalam mengusai kemahiran asas seperti membaca, mengira dan menulis
disebabkan masalah yang dihadapi oleh beliau. Oleh sebab itu, responden saya ini tidak
sesuai untuk berada di kelas perdana yang mempunyai murid-murid yang telah
mempunyai perkembangan yang normal dalam aspek umur.

6.2 Kemahiran Mengajar Guru


Kemahiran mengajar guru juga saya perhatikan di dalam proses P&P yang dijalankan di
dalam kelas responden saya ini. Kebanyakkan guru yang mengajar hanya menggunakan
kemahiran mengajar untuk murid-murid yang normal. Teori Behaviourisme boleh
diaplikasikan oleh guru di dalam kelas contohnya pembelajaran bacaan dapat berlaku
melalui latihan, pembiasan atau pengalaman. Oleh itu, guru hendaklah melibatkan muridmurid dalam pengajaran atau dikenali pengjaran berpusatkan murid seperti mengadakan
aktiviti kumpulan, perbincangan, menjalankan projek dan sebagainya. Dalam kes
responden saya ini, guru jarang sekali memberi perhatian yang lebih terhadap responden
saya. Ini adalah kerana murid yang berada di kelas tersebut adalah seramai 35 orang. Ini
menyukarkan guru untuk menggunakan kemahiran berpusatkan murid. Guru lebih gemar
menggunakan kemahiran berpusatkan guru yang mana hanya penerangan demi
penerangan yang dibuat tanpa mendapat respon daripada murid. Responden saya sangat
sukar untuk menerima kemahiran seperti ini kerana beliau seorang yang lembam. Beliau
tidak akan bertanya soalan kepada guru, sebaliknya hanya bersetuju dengan apa yang

diajar oleh guru tersebut walaupun beliau tidak faham. Ini terbutki apabila selesai proses
P&P saya mengambil kesempatan untuk menemubual responden. Apabila soalan
diajukan samada beliau faham atau tidak faham, beliau hanya diam dan tidak berkata apaapa. Saya juga cuba memberikan soalan yang berkaitan dengan pembelajaran yang
berlaku, ternyata beliau tidak dapat menjawabnya dengan baik.

6.3 Persekitaran
Persekitaran atau suasana belajar yang kondusif memainkan peranan yang penting dalam
membantu murid mencapai objektif pembelajaran. Dalam kes ini, responden saya tidak
mendapat suasana belajar yang sewajarnya kerana beliau berada di kelas perdana yang
mana melibatkan kebanyakkan murid normal dari segi kemahiran asas. Oleh yang
demikian, responden tidak dapat bertindak balas dengan persekitarannya kerana
responden tidak dapat mendengar serta melihat dengan baik. Responden akan berasa
malu untuk melibatkan diri dengan persekitarannya kerana merasa memiliki kekurangan
diri. Dalam pada itu juga, ada di antara rakan-rakannya mengejek serta mengusik beliau
dengan kelemahan yang ada pada responden. Ini telah menyebabkan responden lebih
malu untuk menonjolkan diri di dalam kelas.

7.

CADANGAN TINDAKAN

Bagi tujuan memberikan pembelajaran yang adil kepada responden, saya telah
mencadangkan beberapa tindakan yang sewajarnya dilakukan untuk membantu
responden supaya maju dalam pembelajarannya. Cadangan ini berkisar kepada dua faktor
penting iaitu :-

7.1

Guru

Ibu bapa

Guru

Di dalam pembelajaran di kelas guru perlulah menggunakan kemahiran yang sesuai


untuk semua murid supaya murid-murid yang lemah atau menghadapi masalah
ketidakupayaan ini tidak ketinggalan dalam proses P&P. Guru perlulah menggunakan
pendekatan yang berbeza sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah
ketidakupayaan di dalam sesebuah kelas. Pendekatan yang paling sesuai ialah
berpusatkan murid. Guru hendaklah melibatkan semua murid dalam proses P&P yang
dijalankan. Penumpuan yang lebih hendaklah diberikan kepada murid yang mempunyai
masalah ketidakupayaan.

7.2

Ibu Bapa

Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini. Ibu bapa
perlulah lebih fokus dalam menghadapi masalah anak yang mempunyai masalah
ketidakupayaan. Dalam kes responden ini, ibu bapanya hendaklah berjumpa dengan
doktor dan meminta nasihat daripada doktor supaya responden ditempatkan di sekolah
khas yang mana tempat yang lebih sesuai kepada responden. Ini adalah bertujuan supaya
responden tidak ketinggalan dalam pelajaran. Di sekolah khas terdapat kemahiran yang
khusus yang diajar kepada murid yang mengalami masalah ketidakupayaan. Sekiranya
10

semua pihak bertanggungjawab dalam menghadapi masalah ini, saya yakin bahawa
responden akan lebih maju dalam pelajarannya.

8.

PENUTUP

Kajian yang saya jalankan ini adalah untuk mengetahui sejauh mana murid yang
mempunyai ketidakupayaan dapat belajar bersama-sama murid normal yang lain. Tetapi
ternyata murid yang mempunyai masalah ketidakupayaan tidak boleh berada di kelas
perdana kerana proses P&P yang berlaku sangat tidak sesuai dengan kebolehan serta aras
mereka. Responden saya telah menunjukkan situasi di mana beliau tidak dapat mengikuti
sepenuhnya proses P&P yang berlaku di dalam kelas. Beliau lebih gemar untuk bermain
sendirian atau membuat kerja sendiri daripada memberikan tumpuan terhadap guru yang

11

sedang mengajar. Perkara ini berlaku disebabkan oleh pendekatan atau pun kemahiran
yang dilaksanakan di dalam kelas perdana sangat tidak sesuai kepada murid yang
menghadapi masalah ketidakupayaan. Dalam pada itu, semua pihak diharap dapat
menyedari akan hal ini supaya murid-murid yang mempunyai masalah ketidakupayaan
tidak dihantar ke sekolah-sekolah biasa. Ini bagi mengelakkan murid-murid ini
ketinggalan dalam pembelajaran. Tempatkanlah mereka di sekolah-sekolah khas supaya
mereka mendapat pendidikan yang secukupnya sama seperti murid-murid normal yang
lain.

Bibliografi
1.Pengenalan Bahasa. http://anuarsped.blogspot.com
2. Abdul Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah
Pembelajaran: Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd..
3. Haliza Hamzah, (2008). Perkembangan Kanak-kanak: Untuk Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan: Edisi Kedua. Institut Perguruan Teknik,Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd..

12

3. Jamila K.A Mohamed, (2008). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa.


Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd..
4. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, (2007). Buku Panduan
Instrumen Penempatan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (IPP): Manual.
Selangor: Absolute Master Printers Sdn. Bhd..

13

Anda mungkin juga menyukai