Anda di halaman 1dari 4

KRITIKAN ELEMEN GRAFIK KULIT BUKU

Berikut adalah kritikan mengenai elemen-elemen di dalam reka bentuk grafik Kulit
Majalah Solusi Isu 3 bertajuk IMPAK DOSA
Reka bentuk kulit majalah ini memenuhi unsur dan prinsip reka
bentuk. Prinsip reka bentuk dapat dilihat menerusi penegasan kepada
tajuk utama berdasarkan kepada muka taip dan warna pada ilustrasi
yang digunakan. Ia dilihat melalui polariti saiz muka taip, bentuk
tulisan, ton, jalinan dan arah serta pemilihan warna. Mengambil kira
aspek imbangan dengan memilih ilustrasi bersifat formal dengan
imbangan tidak simetri. Ia boleh dilihat berasaskan kepada
penggunaan warna yang sangat kontra seolah-olah penekanan lebih
di sebelah kanan. Perkadaran yang menarik antara muka taip kecil
dan muka taip besar. Ini menunjukkan perbezaan antara isu utama
dan isu sampingan kandungan majalah tersebut. Kulit majalah ini
juga seolah-olah wujud kesepaduan unsur seni yang tidak
Unsur dan Prinsip

bertentangan dan bercelaru. Reka bentuknya juga menarik dan dapat

Reka Bentuk

mengawal pergerakan mata untuk menuju ke matlamat. Rupa taip


yang berbagai-bagai variasi warna menunjukkan unsur keharmonian

Majalah Solusi adalah majalah berkaitan dengan keagamaan


(Agama Islam)

Ilustrasi sesuai dengan tujuan dan tema tajuk untuk menyampaikan


mesej atau idea berkaitan dengan isu Impak Dosa

Kedudukan subjek dalam ruang berimbangan tidak simetri

Pengolahan prinsip rekaan berkesan dengan memberi perhatian


kepada kontra, penegasan, imbangan, kesatuan serta kepelbagaian.

Rupa bentuk ilustrasi ringkas dan mudah diingati ditambah dengan


pemilihan warna yang sangat berkesan.

Ilustrasi penerbitan

Reka bentuk mempunyai pengertian yang mendalam berdasarkan


kepada pemilihan warna dan mesej yang hendak disampaikan jelas.

Muka taip yang digunakan ringkas dan mudah dibaca untuk


menarik minat pembaca membeli majalah ini.

Topografi di kulit majalah ini digunakan sebagai paparan visual


untuk membantu memberi penerangan tentang isu utama dan isu
sampingan kepada majalah ini.

Dipersembahkan dengan penggunaan saiz muka taip yang berbeza


untuk menonjolkan perbezaan keutamaan isu. Manakala perbezaan
warna muka taip pula digunakan untuk menonjolkan isu utama dan
mewujudkan keharmonian antara isu sampingan.

Terdapat 4 jenis muka taip yang dipilih dengan saiz yang berbeza
mengikut keutamaan isu. Di antara jenis muka taip yang ada adalah
muka taip dekoratif dan muka taip roman moden.

Isu utama ditulis menggunakan muka taip dekoratif . Manakala isu


sampingan menggunakan roman moden. Pemilihan muka taip
simple tetapi menarik.

Tipografi

Muka taip untuk logo pula menggunakan muka taip jenis bernard
MT condensed.

SOLUSI

Warna

Warna adalah satu elemen yang paling penting dalam mengolah


sesuatu imej dalam seni grafik. Ia boleh diadaptasikan pada
pelbagai imej yang dihasilkan
Pemilihan warna hitam, biru dan ton warna merah untuk muka taip
bagi isu utama melambangkan pemahaman pereka terhadap teori
warna dari aspek skema, roda, nilai dan suhu warna.
Pemilihan warna panas (merah) ini sesuai dengan isu utama yang
berkaitan dengan perasaan huru hara, cemas dan suasana yang tidak
menyenangkan. Manakala pemilihan warna sejuk (biru) pula
menggambarkan perasaan sedih dan dingin. Warna-warna ini sesuai
untuk menceritakan maksud kepada perkataan Impak Dosa.
Pemilihan warna kontra gelap dan terang dijadikan titik fokus untuk
menarik perhatian pembaca untuk melihatnya.
Terdapat keharmonian dalam gubahan warna muka taip sehingga
menimbulkan suasana selesa, menarik dan seimbang. Ini termasuk
pemilihan warna yang sewarna pada muka taip isu utama
menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa.
Penggunaan warna neutral menunjukkan kontra dan mewujudkan
unsur penegasan di kulit majalah ini.
Pemilihan warna pada kulit majalah ini tidak menimbulkan ilusi
ruang, jarak dan perspektif.
impak dosa melalui penggunaan warna hitam pada latar belakang
topografi Impak Dosa dan ton warna merah yang menggambarkan
perkara yang bersifat negatif, panas dan hambar.

Ilustrasi genggaman tangan pula menggambarkan sifat amarah yang


terkumpul dan tersimpan di dalam diri individu.

Ilustrasi ini menggambarkan cerita, menyokong idea tentang isu


utama majalah dan menjadi titik tumpuan atau fokus utama dalam
imej yang dipaparkan

Anda mungkin juga menyukai