Anda di halaman 1dari 3

Temu Ramah/Dailog: Faedah-faedah Membaca.

Amar : Assalamualaikum!

Aini

: Waalaikummussalam! Eh, Amir! Ingatkan siapa tadi. Duduklah

Amar : Terima kasih. Awak baca buku apa tu

Aini : Saya baca buku agama bertajuk Bukti-bukti Kebesaran Allah. Banyak kebaikannya
membaca buku ini. Antaranya, saya dapat merasai keimanan saya semakin meningkat.

Amar : Baguslah! Dengan membaca, pengetahuan kita tentu akan bertambah. Sebab itulah
kebanyakan orang yang rajin membaca akan berjaya dalam bidang yang diceburi
mereka.

Aini : Kenapa pula awak datang ke sini, Amar?

Amar : Sebenarnya saya memang sengaja datang ke sini kerana ingin berbual-bual sahaja
sebagai mengisi masa lapang saya sekarang

Aini : Oh, begitu! Kenapa awak tidak isikan masa lapang tersebut dengan membaca buku-buku.
Dapatlah masa lapang itu diisi dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah.

Amar : Betul Aini. Tapi saya rasa berbual-bual dengan awak pun perkara yang berfaedah juga.
Kita boleh berbual tentang pelajaran dan sebagainya.

Aini : Eem betullah tu, tetapi jika hanya berbual kosong, lebih eloklah kita membaca buku.
Melalui membaca juga, pembendaharaan kata kita akan semakin bertambah.Maaf, boleh
saya bertanya, markah kertas ujian karangan kamu baru-baru ini berapa?

Amar : Eh, malulah nak cakap! Saya cuma mendapat 65 peratus sahaja. Saya rasa susahlah nak
buat karangan tu. Awak pula bagaimana?

Aini : 95 peratus! Dahulupun saya macam awak juga tetapi setelah saya selalu membaca, saya
berasa lebih mudah untuk membina ayat dalam karangan. Awak selalulah membaca,
mungkin awak akan mendapat markah yang lebih tinggi nanti.

Amar : Betul juga cakap awak. Selepas ini saya akan cuba isikan masa lapang saya dengan
membaca buku.

Aini : Baguslah macam itu. Saya harap awak akan berjaya. Lagipun membaca juga dapat
menghiburkan kita tau. Banyak buku cerita yang boleh menghiburkan kita di pasaran
sekarang seperti majalah Kuntum dan sebagainya.

Amar : Saya selalu terlihat majalah yang memaparkan model seksi di muka depannya dijual
di gerai-gerai buku. Saya berasa janggallah untuk membelinya.

Aini : Amar! Amar! Bukan semua majalah sesuai untuk kita membacanya. Pilihlah majalah yang
baik yang boleh meningkat ilmu pengetahuan kita. Bukannya majalah yang menyebabkan
kita berbuat dosa.

Amar : Terima kasih Aini atas nasihat awak. Eloklah saya pulang dahulu. Hari pun sudah
semakin
senja.

Aini : Baiklah.

Anda mungkin juga menyukai