Anda di halaman 1dari 7

Sejarah Palestin & Israel

Tanah Rahmat
Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan
Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah
sejak ribuan tahun lampau.
Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga
paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan Tanah Yang Dijanjikan
Tuhan kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan
di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya
Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.
Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan
Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah
sekarang.
Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut
sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut,
merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan
ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan
kristian).

Sejarah Awal
Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita
susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan
Nabi Musa a.s kepada mereka. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan
tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana
ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi
lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin
tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama
semakin besar kepala, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya.
Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi
Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.
Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut,
tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya
disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan
kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin). Palestin dimiliki oleh Bani Israel,
sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini,
kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut,
sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel
diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang
sebagai Yahudi, ke serata dunia.
Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah
kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada
tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang
menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi.
Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam
Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita
Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau
wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan
Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari
itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah
dan Madinah.
Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi,
mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa
asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan
pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan
kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan fatwa
mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin,
dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan
tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)
Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai
tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula
Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada
ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya
seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi.
Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah
belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam
menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara
Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah
suci tersebut berjaya dimusnahkan.
Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman
damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan
pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di
luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan
Turki Uthmaniyyah.
Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses
modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin
wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar
Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar
Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama


Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia
pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-PerancisRussia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang
berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai
Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan
Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh
Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan
ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria,
Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga
diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara
kerajaan Islam.
Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan
Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap
kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab


Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang
semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of
Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang
kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada
Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.
Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917,
Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General
Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan hari
ini, perang salib sudah berakhir.
Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara
kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana
antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di
Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta,
manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.
Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama
Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis
pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan
sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada

kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar


Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana
terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada
mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun
Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada
Balfour,
Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik,
yang mana satukah yang encik mahukan?
Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!
Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun
memiliki tanah Palestin!
Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.
Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara
beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan
kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.
Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam
Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasankawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula
menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara
bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah.


Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki
Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia
Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai
beberapa tuntutan seperti sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang
negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar
sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.
Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua
perunding pihak pakatan ketika itu Kenapa hanya Turki dimerdekakan,
sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?

Lord Curzon menjawab Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan
bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya Khalifah dan Islam.
Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas
kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju
dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju
dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan
konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.
3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut
juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri.
Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan
bermula.

Holocaust
Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu,
iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab,
Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4.
Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan
tertentu, majoritinya Yahudi.
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di
seluruh Eropah mati dibunuh.
Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanahtanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat


Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua,
memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel
tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang
dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit,
serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada


Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut
dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16
May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari
PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka
wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang
pertama Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang
Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara
tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel.
Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan
diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari
situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan
pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia
Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang
didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.
Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan
sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil
Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu
menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada
Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 sama ada Palestin
akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka
mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam
menyokong perjuangan Palestin.
Di mana kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan
kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.
Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan
Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.

Anda mungkin juga menyukai