Anda di halaman 1dari 14

MENJELAJAH

PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA
bersama
MAIMUNAH

Maimunah Aminuddin

merupakan

seorang pensyarah, penulis terkenal dan


perunding di bidang pengurusan sumber
manusia. Tajuk buku beliau termasuk:
Human Resource Management (2nd ed,
2011, Oxford University Press)
Malaysian Industrial Relations and
Employment Law (7th ed, 2011, McGraw
Hill)
Termination of Employment: Understanding
the Process (2010, CLJ Publication)

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI


TEMPAT KERJA
Topik-topik utama dalam Ruang ini adalah:

Undang-undang berhubung dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja


Tindakan untuk membuat tempat kerja selamat
Bertindak apabila kemalangan
Isu-isu kesihatan

Majikan membelanjakan banyak wang dan masa untuk mengambil, memilih dan mengadakan
induksi untuk pekerja. Mereka pastikan bahawa mereka patuhi undang-undang pekerjaan. Tetapi
mereka gagal untuk menyediakan tempat kerja yang selamat. Kadang-kadang pekerja mendapat
kemalangan. Pekerja mungkin maut akibat kemalangan tersebut. Pegawai sumber manusia perlu
maklumkan kepada keluarga pekerja bahawa dia terlibat dengan kemalangan maut. Mungkin ini
ialah satu tugas yang tersangat susah yang akan dihadapi oleh seorang pegawai sumber manusia.
Sebuah syarikat bukan sahaja mesti lakukan apa sahaja untuk mengurangkan bilangan kemalangan
di tempat kerja, ia sepatutnya ambil langkah-langkah pro-aktif untuk membaiki kesihatan pekerja.
Ini akan meningkatkan pengeluaran dan kurangkan kos perubatan.

Dalam Ruang ini, kita akan periksa kedua-dua isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,
termasuk bagaimana untuk mematuhi undang-undang keselamatan.

UNDANG-UNDANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


Dua undang-undang terpenting berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah:

Undang-Undang Keselamatan & Kesihatan


Akta Kilang & Jentera 1967

Akta Keselamatan & Kesihatan


Pekerjaan 1994

Selain daripada Akta Kilang dan Jentera dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, ada lagi
undang-undang khusus yang relevan dengan industri tertentu seperti Akta Petroleum (Langkahlangkah Keselamatan) 1984. Dalam Ruang ini tumpuan ialah kepada Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (OSHA) kerana undang-undang ini berkait dengan semua tempat kerja. Walau
bagaimanapun keperluan kesihatan pekerja terdapat di dalam Akta Kilang dan Jentera, maka ia akan
dibincang secara ringkas.

TINDAKAN UNTUK MEMBUAT TEMPAT KERJA SELAMAT


Undang-undang berhubung dengan keselamatan perlu dipatuhi, tetapi anda patut lebih mengambil
berat mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja anda supaya kemalangan dapat dikurangkan
dan pekerja lebih sihat untuk bekerja. Pengambilan dan pemilihan pekerja adalah contoh aktiviti
sumber manusia yang boleh dilakukan sekali sekala, apabila pekerja baru diperlukan. Tetapi
keselamatan adalah berbeza. Keselamatan di tempat kerja perlu difikirkan setiap hari.

Polisi Keselamatan
Semua organisasi yang mempunyai lebih daripada 5 orang pekerja mesti ada satu polisi keselamatan
dan kesihatan bertulis yang dipamerkan dengan jelas di dalam syarikat. Polisi keselamatan terangkan
apa yang organisasi ingin capai berhubung dengan keselamatan, bagaimana objektif itu akan dicapai,
dan siapa yang bertanggungjawab supaya ia tercapai.
Sekiranya syarikat anda belum ada polisi keselamatan, pihak sumber manusia bertanggungjawab
menyediakannya dengan segera. Adalah satu kesalahan sekiranya syarikat tidak mempunyai polisi
keselamatan. Seperti dokumentasi sumber manusia yang lain, anda tidak perlu menulis polisi
keselamatan dari mula. Cari dalam Internet dan dapatkan salinan daripada syarikat lain, terutama
sekali dalam industri yang sama seperti syarikat anda. Pilih dua atau tiga contoh untuk dibincang

bersama dalam mesyuarat dengan semua pengurus kanan dan siapkan polisi syarikat yang
muktamad.
Polisi keselamatan perlu ditandatangani oleh ketua eksekutif dan
catitkan tarikhnya.
Sebaik sahaja polisi dipersetujui, semua pekerja mesti
dimaklumkan. Salinan polisi patut diberi kepada setiap pekerja
dan mereka mesti perakui secara bertulis, bahawa mereka telah
terima satu salinan, faham dengan polisi tersebut dan setuju
melaksanakannya dengan seberapa baik yang mungkin. Perakuan
ini akan disimpan dalam fail rekod peribadi pekerja. Perkerja yang
baru kerja dengan organisasi juga akan diberi satu salinan polisi
semasa program induksi.

Tidak ada tempat


kerja yang betul-betul
selamat.
Kemalangan boleh
berlaku di manamana!

Polisi keselamatan tidak perlu dikemaskinikan atau diubah selalu.


Selagi organisasi masih menjalankan jenis perniagaan yang sama, polisi tidak perlu berubah.

Jawatankuasa Keselamatan
Semua organisasi yang mempunyai lebih daripada 40 orang pekerja mesti tubuhkan satu
jawatankuasa keselamatan. Jawatankuasa keselamatan adalah cara terbaik untuk melibatkan
pekerja mempastikan keselamatan di tempat kerja. Banyak isu berhubung dengan keselamatan
boleh ditangani oleh jawatankuasa, oleh itu, dapat mengurangkan bebanan kepada pegawai sumber
manusia yang bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesihatan.
Peranan dan tanggungjawab jawatankuasa keselamatan termasuk:
1. Merangka dan mempastikan pelaksanaan polisi, prosedur dan peraturan mengenai perkara
berhubung dengan keselamatan dan kesihatan.
2. Menyiasat kemalangan
3. Menyimpan rekod kemalangan
4. Membangunkan pelan untuk memperbaiki kesihatan pekerja
5. Menyemak semula keberkesanan program keselamatan dalam organisasi
6. Merangka dan melaksanakan prosedur latihan kecemasan
7. Menyemak semula prosedur operasi piawai (SOP) dalam semua kerja, terutama sekali kerja
yang merbahaya , untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kemalangan
8. Menjalankan pemeriksaan keselamatan teratur

Struktur Jawatankuasa
Jawatankuasa keselamatan boleh mempunyai ramai ahli. Ketua pegawai eksekutif (CEO) organisasi
patut menjadi pengerusinya. Walau bagaimanapun, jika CEO selalu berjalan diluar organisasi atau
tidak dapat hadir mesyuarat dengan sebab-sebab tertentu, seorang pegawai kanan boleh dipilih
sebagai pengerusi jawatankuasa.
Jawatankuasa tersebut perlukan seorang setiausaha. Sekiranya syarikat anda ada seorang pegawai
keselamatan sepenuh masa, beliau boleh menjadi setiausaha; jika tidak tugas-tugas setiausaha akan

dijalankan oleh seorang pegawai sumber manusia yang bertanggungjawab ke atas keselamatan.
Untuk mengadakan mesyuarat yang berkesan, perkara berikut perlu diambil kira:
1. Agenda bersama dengan notis mesyuarat mesti diedarkan kepada semua ahli lebih awal
sebelum tarikh mesyuarat. Jikalau boleh, mesyuarat jawatankuasa keselamatan dijadualkan
pada tarikh dan masa yang tetap dan ahli tidak dibenarkan tidak hadir, melainkan dalam kes
kecemasan.
2. Bilik mesyuarat yang dipilih mestilah sesuai dari segi saiz dan keselesaan.
3. Minit mesyuarat mesti disimpan. Ia mungkin diperiksa oleh pegawai dari Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)
4. Semua ahli jawatankuasa patut digalakkan ambil bahagian dalam perbincangan. Pengerusi
patut wujudkan suasana yang menggalakkan penglibatan oleh semua
Sekiranya syarikat mempunyai kurang daripada 100 orang pekerja, undang-undang menyatakan
bahawa jawatankuasa mesti mengandungi sekurang-kurangnya dua orang wakil pihak pengurusan
dan dua orang wakil pekerja. Sekiranya organisasi mempunyai lebih daripada 100 orang, bilangan
perwakilan akan ditambah dua kali ganda.
Jika pekerja menganggotai kesatuan sekerja, maka sekurang-kurangnya seorang wakil pekerja patut
dipilih oleh kesatuan. Jika pekerja tidak ada kesatuan, anda boleh:
1. Jemput sukarelawan menjadi ahli jawatankuasa, atau
2. Lantik beberapa orang pekerja yang anda percaya boleh berikan sumbangan, atau
3. Aturkan pengundian di mana pekerja dari setiap jabatan memilih wakil mereka sendiri
Wakil pekerja dan wakil pengurusan patut dilantik secara formal untuk tempoh dua tahun. Sekiranya
tempoh perlantikan terlalu pendek, wakil-wakil tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk
menjalankan tugas mereka dengan efektif.
Anda boleh juga menjemput satu atau dua orang ahli panel doktor menghadiri mesyuarat. Mereka
patut boleh memberi nasihat mengenai isu berhubung dengan kesihatan.
Pastikan bahawa ahli jawatankuasa mewakili skop yang luas bahagian-bahagian dari jabatan yang
berbeza dalam organisasi anda. Jangan ketepikan jabatan tertentu hanya kerana mereka fikir
selamat. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan isu kesihatan melibatkan semua pekerja di
semua jabatan.
Jawatankuasa tersebut mesti bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Sekiranya ada
kemalangan, anda mungkin ingin memanggil mesyuarat kecemasan.

Latihan Keselamatan
OSHA telah mewajibkan setiap majikan untuk:
1. Melatih ahli-ahli jawatankuasa keselamatan
2. Melatih semua pekerja dalam prosedur dan kaedah-kaedah yang akan kurangkan
kemalangan

Sekiranya seorang pekerja terlibat dengan kemalangan serius dan diketahui bahawa salah satu
sebab kemalangan adalah kerana pekerja berkenaan belum dilatih dalam prosedur kerja yang
selamat, pihak majikan boleh didakwa. Jika didapati bersalah oleh Makhamah Majistret, dendanya
mungkin sangat tinggi, dan reputasi syarikat akan terjejas.
Ada beberapa syarikat menyediakan latihan keselamatan. Tidak semua latihan mesti dikendalikan
oleh syarikat luar. Anda boleh menjimatkan kos dengan mengendalikan sendiri sebahagian daripada
latihan. Sekiranya ada pekerja yang berpengalaman dan berminat berlatih pekerja lain, aturkan satu
kursus melatih-jurulatih untuk mereka.
Ahli jawatankuasa keselamatan perlu latihan dalam:
1. Undang-undang berhubung dengan keselamatan dan
kesihatan
2. Fungsi jawatankuasa keselamatan dan kesihatan
3. Bagaimana untuk mengadakan mesyuarat yang berkesan
4. Bagaimana untuk mengecam bahaya
5. Bagaimana untuk mengendalikan audit keselamatan
6. Bagaimana untuk menyiasat kemalangan

Semua Pekerja Perlukan Latihan Keselamatan


Sebahagian daripada latihan keselamatan mungkin diberi semasa
program formal yang mengajar pekerja bagaimana untuk
menjalankan kerja mereka. Sebagai contoh, cara-cara yang selamat
untuk menggunakan jentera dan peralatan akan diajar semasa
pekerja belajar bagaimana untuk mengguna kemudahan tersebut.
Latihan lain mungkin perlu diadakan dalam sesi formal. Dan dari masa
ke semasa, pekerja yang telah diajar kaedah-kaedah kerja dengan
selamat mungkin perlu dilatih semula, terutama sekali apabila
peralatan atau jentera baru diperkenalkan di tempat kerja.

Dapatkan Pandangan
Pekerja Anda
Bincang dengan mereka
Dengar pendapat mereka
Adakan perbicangan
dua-hala

Latihan khas yang lain mungkin berhubung dengan:


1.
2.
3.
4.
5.
6.
Kemalangan adalah Perkara Biasa

Pertolongan cemas
Keselamatan elektrik
Bekerja di kawasan terkurung
Penggunaan alat pemadam api
Latihan kebakaran, pemindahan dan kecemasan
Latihan memandu selamat

7. Kemahiran pertahankan diri

Bilangan organisasi yang menawarkan program latihan


memandu selamat telah bertambah, terutama sekali sekiranya mereka mempunyai ramai pemandu
atau sekiranya ramai daripada pekerja pergi kerja dengan motosikal.

Dengan meningkatnya jenayah ganas, beberapa syarikat mula aturkan program latihan pertahankan
diri kepada pekerja mereka terutama sekali pekerja wanita. Pekerja anda menghadapi risiko bukan
sahaja di tempat kerja tetapi juga dalam perjalanan pergi dan balik dari kerja, lebih-lebih lagi apabila
mereka diperlukan bekerja sebelah malam. Bantu mereka supaya sentiasa selamat.

Pemeriksaan Keselamatan
Pemeriksaan keselamatan biasanya dijalankan tiga bulan sekali, dan hasil pemeriksaan dikemukakan
ke mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan. Audit keselamatan, yang mungkin melibatkan seorang
juruaudit luar yang dibayar, sepatutnya dilakukan setiap tahun sekiranya organisasi di dalam industri
merbahaya.
Pemeriksaan keselamatan akan lihat kepada kerja-kerja dan keadaan yang tidak selamat. Satu
senarai semak boleh disediakan sebagai panduan kepada ahli jawatankuasa yang melakukan
pemeriksaan. Berikut adalah beberapa contoh perkara yang boleh dimasukkan ke dalam senarai
semak:
1. Alat pemadam api (di tempat yang betul, baru diperiksa)
2. Pintu kecemasan (tidak terhalang)
3. Housekeeping setiap bahagian atau jabatan (bersih, kemas, tiada limpahan air, kimia atau
minyak tertumpah)
4. Kebajikan (kawasan rehat dan tandas bersih)
5. Pencahayaan (berfungsi dengan cukup terang)
6. Kelengkapan pertolongan cemas
7. Tanda keselamatan (mencukupi, senang dibaca, ditulis dalam bahasa yang betul)
Satu salinan laporan senarai semak yang lengkap patut diberi kepada setiap ketua bahagian atau
seksyen dalam organisasi untuk diambil tindakan. Pada pemeriksaan yang akan datang, ahli
jawatankuasa patut lihat sama ada tindakan sewajarnya telah diambil.

Pegawai Keselamatan Bertauliah


Sekiranya organisasi anda mempunyai lebih daripada 100 orang pekerja dan tersenarai dalam
Peraturan OSHA sebagai industri merbahaya, anda perlu gajikan perkhidmatan seorang pegawai
keselamatan yang bertauliah.
Industri merbahaya yang perlu menggajikan seorang pegawai keselamatan yang bertauliah adalah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Pembinaan kapal
Gas dan petroleum
Kimia
Logam
Perkayuan
Simen

Semua firma perkilangan yang menggajikan lebih daripada 500 orang pekerja mesti ada seorang
pegawai keselamatan yang bertauliah.

Pegawai keselamatan bertauliah adalah sangat diperlukan. Pada masa kini, pegawai keselamatan
bertauliah adalah berkurangan. Walaupun organisasi anda tidak diperlukan oleh undang-undang
untuk menggajikan seorang pegawai keselamatan, anda patut pastikan supaya sekurang-kurangnya
seorang ditugaskan sebagai pegawai keselamatan di samping menjalankan tugas-tugas beliau.

Kelengkapan Keselamatan
Sebahagian pekerja anda mungkin perlukan kelengkapan keselamatan (juga dipanggil sebagai
kelengkapan pelindung diri (KPD). Dapatkan kelengkapan keselamatan berkualiti terbaik yang anda
mampu. Pastikan bahawa kelengkapan tersebut sesuai dengan fungsi-fungsinya melindungi
pekerja anda daripada kecederaan. Beli satu atau dua set dahulu, dan minta pekerja anda jalankan
ujian ke atasnya sebelum anda membeli untuk semua pekerja yang memerlukannya. Berbagai-bagai
syarikat mengeluarkan kelengkapan keselamatan dengan jenama dan ciri-ciri yang berlainan.
Senarai kelengkapan keselamatan yang diluluskan dan pembekal peralatan ini boleh didapati dalam
laman web Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (www.dosh.gov.my).

Kelengkapan Perlindungan Diri yang Biasa

Menguatkuasa Peraturan Memakai Kelengkapan Keselamatan


Beberapa majikan rasa kecewa apabila pekerja enggan memakai kelengkapan keselamatan, setelah
mereka membelanjakan banyak wang membelinya. Apakah yang patut dibuat dalam situasi begini?
1. Cuba siasat kenapa pekerja tidak memakai KPD mereka. Kadang-kadang sebabnya ialah
kerana kelengkapan tersebut tidak sesuai dalam cuaca yang panas dan membuat pekerja
sukar menjalankan kerja mereka. Dalam kes ini, anda mungkin perlu mencuba mendapatkan
kelengkapan yang lebih sesuai.
2. Ingatkan pekerja mengenai peraturan bahawa mereka mesti memakai KPD. Anda boleh juga
terangkan kepada mereka bahawa mengikut OSHA keengganan memakai KPD yang
disediakan oleh majikan adalah satu kesalahan.
3. Ambil tindakan disiplin jika perlu. (Lihat Ruang mengenai SISTEM DISIPLIN)
4. Pastikan pengurus dan penyelia tunjukan teladan yang baik. Jika mereka tidak memakai
kelengkapan perlindungan apabila mereka berada ditempat kerja, jangan harapkan pekerja
berbuat demikian.
5. Sekiranya KPD diperlukan hanya di tempat-tempat tertentu dan tidak di semua tempat kerja,
tampalkan tanda yang sesuai mengingati pekerja bahawa mereka sedang memasuki

kawasan di mana memakai jenis KPD tertentu diperlukan (penutup telinga, sarong tangan,
topeng dan sebagainya).
6. Galakkan penyelia memuji pekerja yang mematuhi keperluan memakai KPD.
Memujuk pekerja memakai kelengkapan keselamatan mereka adalah satu perjuangan yang
berpanjangan! Jangan putus asa.

Penglibatan Pekerja dalam Aktiviti Keselamatan


Makin ramai pekerja terlibat dengan akitiviti keselamatan, maka besar kemungkinan mereka akan
bekerja dengan selamat. Berikut adalah beberapa cadangan mengenai kegiatan yang akan
tingkatkan penglibatan pekerja dalam aktiviti berhubung dengan keselamatan dan kesihatan.
1. Sebagai ganti kepada pembelian poster keselamatan komersil, adakan satu pertandingan
terbuka kepada anak-anak pekerja yang memerlukan mereka reka poster keselamatan yang
sesuai yang akan digunakan di tempat kerja. Sediakan bahan-bahan seni untuk melukis.
Semua pemenang akan dapat hadiah yang sederhana. Lekatkan poster-poster tersebut atas
dinding-dinding di tempat kerja. Pastikan nama pelukis dicatit dengan terang bersama
dengan nama ibu-bapa mereka.
2. Aturkan satu kempen khas untuk menitikberatkan betapa pentingnya keselamatan dan
kesihatan. Jemput seorang kenamaan tempatan untuk melancar kempen tersebut. Jemput
juga ahli-ahli keluarga pekerja ke majlis tersebut. Seelok-eloknya, jadikan kempen itu
sebagai satu peringatan, dan tidak perlu diadakan selalu. Sekali dalam dua tahun diadakan
adalah memadai.
3. Tubuhkan beberapa jawatankuasa khusus untuk melihat kepada perkara-perkara di mana
jawatankuasa keselamatan tidak ada masa melihatnya. Jawatankuasa tersebut patut ditubuh
berasaskan projek. Sebagai contoh, satu jawatankuasa boleh dibentuk untuk memudahkan
atau menterjemahkan mana-mana dokumentasi keselamatan yang diguna. Ini adalah
berguna sekiranya syarikat anda mempunyai ramai pekerja asing.
4. Aturkan lawatan ke syarikat yang telah memenangi anugerah keselamatan. Minta mereka
terangkan kepada staf anda bagaimana mereka lakukan untuk mempastikan keselamatan
dalam organisasi mereka.

Peranan dan Kuasa DOSH


Penguatkuasaan
Tugas menguatkuasakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) adalah dalam tangan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). Jabatan yang di bawah Kementerian Sumber
Manusia ini juga menguatkuasa Akta Kilang dan Jentera.
DOSH mempunyai kuasa dan selalu jalankan pemeriksaan ke atas tempat-tempat kerja. Sekiranya
pegawai pemeriksa dapati bahawa sebahagian daripada premis anda tidak selamat, beliau diberi
kuasa untuk mengeluarkan arahan pembaikan atau arahan berhenti kerja. Arahan ini akan nyatakan
aspek keselamatan yang tidak memuaskan dan perlu dibaiki.

Jabatan akan mendakwa majikan yang gagal mematuhi mana-mana keperluan undang-undang
keselamatan dan kesihatan. Jika didapati bersalah, majikan akan didenda. Maklumat berkenaan
syarikat yang telah didenda oleh makhamah dan amaun dendanya boleh dilihat dalam laman web
DOSH.

Kod Amalan
DOSH telah terbitkan beberapa kod amalan. Sebahagian daripadanya adalah untuk industri atau
jawatan tertentu dan yang lainnya adalah releven kepada semua pekerja. Kod-kod tersebut yang
boleh dimuat turun dari laman web DOSH termasuk:
1.
2.
3.
4.
5.

Kod Amalan untuk Aktiviti Pengangkutan Jalan, 2010


Kod Amalan untuk Bekerja Selamat di dalam Ruang Terkurung, 2010
Kod Amalan bagi Kualiti Udara Dalaman, 2010
Kod Amalan tentang Pencegahan dan Pengurusan HIV/AIDS di Tempat Kerja, 2001
Kod Amalan bagi Pencegahan dan Pembasmian Penyalahgunaan Dadah, Alkohol dan Bahan,
2005

Jabatan tersebut telah juga sediakan satu siri garispanduan mengenai beberapa isu berhubung
dengan keselamatan dan kesihatan untuk dirujuk oleh majikan seperti:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dalam Pejabat


Kemudahan Pertolongan Cemas di Tempat Kerja
Menandakan Bahan Kimia Merbahaya
Pencegahan Tekanan dan Keganasan di Tempat Kerja
Kerja Berdiri
Mengelakkan Terjatuh di Tempat Kerja

Semua garispanduan tersebut di atas ada terdapat dalam laman web DOSH.

BERTINDAK APABILA KEMALANGAN


Keperluan Memberitahu DOSH apabila Kemalangan, Keracunan Pekerjaan
atau Penyakit Pekerjaan
Peraturan di bawah OSHA menyatakan bahawa adalah wajib bagi majikan memberitahu DOSH
apabila berlakunya:
1. Kemalangan maut atau kemalangan yang menyebabkan kecederaan serius kepada anggota
badan (yang menyebabkan pekerja tidak dapat hadir untuk bekerja)
2. Keracunan pekerjaan
3. Penyakit pekerjaan
Apabila kemalangan berlaku, pihak majikan mesti memberitahu pejabat DOSH tempatan dengan
segera melalui telefon atau dengan cara lain. Dalam masa tujuh hari, satu laporan mesti dihantar ke
DOSH dengan melengkapkan borang yang berkenaan. Jangan lupa bahawa anda perlu juga laporkan
kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial atau Jabatan Tenaga Kerja (sekiranya pekerja yang cedera
ialah pekerja asing).

Rekod Kemalangan
Rekod semua kemalangan, kejadian merbahaya, peristiwa keracunan pekerjaan dan penyakit
pekerjaan mesti disimpan. Pihak majikan mesti hantar kepada DOSH rekod tahun lepas sebelum 31
Januari setiap tahun. Semua rekod ini mesti disimpan selama 5 tahun sekurang-kurangnya.

Penyiasatan Kemalangan
Sekiranya kemalangan berlaku, tidak kira kecil atau besar, ia mesti disiasat. Pengerusi Jawatankuasa
Keselamatan mesti diberi kuasa melantik satu jawatankuasa penyiasat khas setiap kali ada
kemalangan. Penyiasatan mesti dimulakan tanpa penangguhan sebelum maklumat penting hilang.
Penyiasatan ke atas suatu kemalangan boleh dijalankan oleh satu kumpulan terdiri daripada:
1. Pengerusi jawatankuasa keselamatan
2. Pegawai bertanggungjawab ke atas keselamatan di tempat kerja
3. Satu atau dua orang ahli jawatankuasa keselamatan
Kumpulan menyiasat mesti berpengalaman menjalankan siasatan kemalangan. Sekiranya tiada siapa
dalam organisasi anda mempunyai pengalaman yang mencukupi, aturkan latihan untuk sekumpulan
staf supaya mereka memperolehi kemahiran penting apabila dikehendaki. Cuba pastikan pekerja
yang telah menjalani latihan dalam penyiasatan kemalangan (dan kemahiran lain berhubung dengan
keselamatan) pindahkan ilmu dan kemahiran mereka kepada pekerja lain dalam organisasi.
Banyak soalan perlu dijawab oleh penyiasatan. Berikut adalah beberapa contoh:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Bilakah kemalangan terjadi?


Di manakah kemalangan berlaku? Gambar adalah berguna.
Siapakah yang terlibat dalam kemalangan?
Ada siapa yang menyaksi kemalangan tersebut?
Apakah kecederaan dan kerosakan yang ditanggung?
Adakah pertolongan cemas diberi kepada pekerja yang cedera? Jika ya, oleh siapa?
Apakah peralatan atau mesin yang diguna semasa kemalangan?
Pekerja yang cedera sedang buat apa semasa kemalangan?
Apa yang berlaku?
Adakah peraturan untuk memakai KPD di kawasan berlakunya kemalangan? Adakah ia
dipakai oleh pekerja yang terlibat?

Semua maklumat yang dikumpul boleh diguna untuk mengenalpasti sebab-sebab kemalangan, dan
ini boleh berikan input bagaimana untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku pada masa
hadapan. Tujuan penyiasatan kemalangan bukannya untuk menuduh sesiapa. Ia adalah untuk
mencari jalan membuat tempat kerja lebih selamat. Penyiasatan mungkin cadangkan:

Latihan tambahan untuk pekerja


Memperkenalkan KPD atau pertukaran KPD

Pelaksanaan peraturan keselamatan yang lebih tegas


Prosedur dan penanda ditulis dengan lebih baik untuk pekerja patuhi
Pengubahsuaian mesin atau peralatan
Pengubahsuaian prosedur operasi piawai (SOP).

AMARAN!!!
Ruang ini telah membincangkan mengenai keselamatan yang berhubung dengan tempat kerja
secara am sahaja. Masalah dan isu keselamatan di setiap tempat kerja adalah berbeza bergantung
kepada industri di mana anda berada. Anda dinasihat supaya mendapatkan bantuan daripada
seorang pakar runding berpengalaman dalam industri anda dan daripada Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (DOSH) jika anda tidak pasti bagaimana hendak mengurangkan kemungkinan
suasana bahaya di tempat kerja anda.

KESIHATAN
Isu kesihatan ada hubungan sama dengan:

1. Penyakit pekerjaan atau masalah kesihatan disebabkan oleh jenis kerja pekerja, atau
2. Kesihatan keseluruhan pekerja yang dipengaruhi oleh gaya-hidup mereka
Majikan mengambil berat keatas kedua-dua isu tersebut, sama ada kerana keperluan undangundang atau kerana kos akibat daripada pekerja tidak sihat dan sakit.

Kesihatan Pekerjaan
Masalah kesihatan pekerjaan dalam organisasi bergantung kepada jenis perniagaannya. Contoh
masalah kesihatan pekerjaan yang mungkin terjadi adalah:
1.
2.
3.
4.
5.

Hilang pendengaran
Tekanan, penganiayaan dan keganasan
Isu berkaitan penghamilan di mana pekerja terdedah kepada kimia
Radiasi
Sakit belakang dan kecederaan disebabkan ketegangan yang berulang (RSI)

Masalah kesihatan dan penyakit pekerjaan adalah lebih rumit daripada isu keselamatan kerana
pekerja anda mungkin tidak sedar bahawa kerja mereka menyebabkan masalah kesihatan sehingga
terlambat untuk buat apa-apa. Kesan kemalangan adalah serta merta, tetapi akibat suasana kerja
yang tidak sihat mungkin tidak dikesan selama beberapa tahun dan ia tidak dapat dipulih semula.
Sebagai contoh, hilang pendengaran selalunya adalah kekal sungguhpun ada alat bantuan
pendengaran yang boleh menguatkan apa-apa kebolehan pendengaran yang ada. Pekerja yang
tertekan kerana kelemahan pengurusan, penganiayaan oleh penyelia atau rakan sekerja atau ugutan
keganasan yang kerap mungkin ambil keputusan untuk berhenti. Pekerja berbakat mungkin berhenti
dan anda tidak tahu mengapa. Jangan lupa untuk adakan temuduga pemberhentian seperti

diterangkan dalam Ruang INDUKSI. Maklumat daripada temuduga boleh membantu anda
mengenalpasti masalah kesihatan di tempat kerja.
Tekanan, penganiayaan dan keganasan akan dibincang dalam Ruang PERHUBUNGAN PEKERJAAN.
Cari masalah kesihatan pekerjaan yang boleh menjejaskan pekerja anda dan dapatkan nasihat
profesional bagaimana untuk mengurangkan risiko tersebut.

Program Kesihatan (Wellness)


Komponen yang sangat digemari dalam program kesihatan adalah:

Pemeriksaan perubatan

Senaman & Pengurangan Berat Badan

Kempen Berhenti Merokok

Program kesihatan direka untuk membaiki kesihatan pekerja anda supaya mereka kurang
mengambil cuti sakit dan oleh itu akan kurangkan kos perubatan dan akan tingkatkan pengeluaran.
Sebelum memulakan program kesihatan, anda perlu dapatan nasihat doktor. Sekiranya anda telah
melantik doktor panel, minta mereka menilai staf anda dan kenalpasti masalah kesihatan mereka,
jika ada. Isu kesihatan pekerja berbeza-beza bergantung sama ada mereka muda atau berumur,
lelaki atau perempuan, dan juga jenis kerja yang mereka lakukan.

Isu Program Kesihatan


Kos
Program kesihatan tidak perlu mahal. Ia tidak perlukan sebuah gimnasium yang mahal atau membeli
peralatan yang mahal. Sekiranya anda betul-betul tidak mempunyai ruang sesuai untuk senaman,
sama ada dalam atau di luar premis anda, bolehkah anda berkumpul sebelum waktu kerja di padang
atau taman awam berdekatan? Adakah syarikat lain yang berhampiran mempunyai ruang yang
mencukupi? Setujukah mereka untuk adakah sesi senaman bersama? Bagaimana kalau anda
sediakan jurulatih dan mereka sediakan tempat?

Syarikat besar beri subsidi kepada pekerja untuk menjadi ahli kelab sukan atau pusat senaman.
Pilihan ini mungkin terlalu mahal bagi SME. Sekiranya ada pusat senaman berdekatan dengan premis
anda, minta diskaun khas untuk keahlian kelompok.

Sukarela atau Wajib?


Anda boleh masukkan satu klausa ke dalam kontrak pekerjaan memerlukan pekerja anda menjalani
pemeriksaan perubatan apabila dia diarah berbuat demikian. Komponen lain dalam program
kesihatan biasanya sukarela. Anda boleh melarang merokok dalam premis anda, tetapi anda tidak
boleh sama sekali memaksa pekerja berhenti merokok selepas waktu bekerja di luar. Program
membantu pekerja untuk berhenti merokok, kurangkan minum alkohol, kurangkan berat badan dan
sebagainya boleh ditawarkan kepada pekerja yang berminat.
Satu insentif atau hadiah boleh diberi kepada pekerja yang menyertai program dan berjaya
mencapai objektifnya.

Penerusan Program
Salah satu aspek yang sangat susah apabila
menguruskan program kesihatan adalah mendapatkan minat yang berterusan dalam akitiviti
kesihatan. Dalam kebanyakan kes, pekerja sangat gembira menyertai program pada mulanya, tetapi
setelah beberapa lama akan hilang minat dan berhenti.
Fikirkan bagaimana untuk mendorong pekerja kekal mengikuti program-program kesihatan.
Gunakan kreativiti:

Adakan pertandingan, dalaman dan bersama syarikat lain


Sediakan insentif
Sekali sekala kenalkan aktiviti baru
Dapatkan sukarelawan daripada kalangan pekerja untuk menyertai larian hiburan awam,
maraton, perlumbaan basikal dan sebagainya

SENARAI SEMAK UNTUK


KESELAMATAN & KESIHATAN
Sudahkah anda terbitkan satu polisi
keselamatan untuk organisasi?
Sudahkah anda melantik satu
jawatankuasa keselamatan?
Sudahkah anda melantik seorang
untuk menjalankan tugas-tugas
sebagai Pegawai Keselamatan?

PENAMATAN KERJA
LATIHAN
GAJI DAN FAEDAH

Anda mungkin juga menyukai