Anda di halaman 1dari 22

Dalam Buku Kumpulan Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik ,FSSK UPSI 2000.

Ms 31-46

PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI


Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan-perubahan matlamat
pembelajaran pendidikan seni dari suatu masa ke suatu masa yang lain.

Setelah

menyedari bahawa adanya faktor-faktor tertentu yang menentukan perubahan itu maka
bolehlah kita melihat kembali ke dalam konteks negara kita pula. Melihat apakah ada
faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan-keperluan semasa sehingga kita perlu
melihat kembali bentuk dan corak kurikulum pada sesuatu masa sehingga pada masa
kini.

Kurikulum Pendidikan Seni untuk Menyokong Keperluan Masyarakat


Sebenarnya konsep Pendidikan Seni ini telah berubah dari semasa ke semasa
lantas dengan ini mempengaruhi matlamat dan pendekatan pembelajarannya. Menurut
Lanier (1972) idea terawal menjadikan seni sebagai aktiviti pendidikan adalah di bawa
oleh orang-orang Inggeris ke tanah jajahan takluknya di Amerika. Pada waktu awal itu
Pendidikan Seni hanya sekadar melahirkan seniman-seniman profesional dan
pendedahan kepada kerja-kerja halus seperti catan dan tembikar atau embroideri untuk
anak-anak orang bangsawan.

Art as mark of refinement as a social nicety


Lanier (1972)
Kurikulum pendidikan seni pada awal tahun tahun 18000 di Amerika dan Eropah di
bentuk untuk membantu membangunkan m asyarakat yang sempurna dalam susunan
masyarakatnya. Di Amerika umpamanya telah memfokuskan kepada pembangunan
ekonomi sesuai dengan sebuah negara baru yang sedang membangun. Negara pada
1

ketijka itu sangat memerlukan pelukis pelan

(draftspeople) dan

pereka bentuk

(designer) bagi memenuhi keperluan industerinya yang pesat berkembang.

Kesan

daripada itu , konsep dan matlamat pembelajaran Pendidikan Seni turut berubah. Untuk
mengisi keperluan-keperluan perkembangan industri di bandar-bandar besar itu,
kurikulum di sekolah-sekolah terpaksa menyediakan latihan-latihan kemahiran bagi
memenuhi keperluan tersebut.

Pendidikan Seni kini mempunyai matlamat untuk

melahirkan pemuda-pemuda yang mempunyai kemahiran di dalam seni reka


perindustrian, pelukis-pelukis pelan dan pereka-pereka yang mahir dalam lukisan teknik
yang sangat-sangat diperlukan untuk menarik minat pengguna-pengguna di dalam arus
perdagangan bebas antarabangsa. Maka corak pembinaann kurikulum pada ketika itu
adalah berasaskan kepada keperluan masyarakat ketika itu William Bentley Fowel,
William Minified dan

Wlater Smith masing telah memberi sumbangan terhadap

pembinaan kurikulum pendidikan seni menjurus kepada keperluan insdustri di Amerika


pada tahun-tahun 11842 hingga 1852 melalui Common School Jurnal. Fowel

telah

mempromosi penggunaan kemahiran seni lukisan yang pertama kali diperkenalkan di


Sekolah Inggeris tinggi Boston pada tahun 1847 . William Minifi telah memperkenalkan
lukisan di Sekolah tinggi lelaki Baltimore pada tahun 1`840an hingga 1850an, menerusi
buku teks lukisan geometriknya, beliau mempromosi lukisan sebagai sains bukan
sebagaimana kebiasaan lukisan untuk membuat gambar.
Walter Smith di bawa daripada England ke Boston sebagai pengarah Pendidikan Seni
untuk bandaraya Bosten dan juga sebagai penyelia Lukiasan di Boston. Beliau melihat
bahawa pendidikan senimitu sebagai suatu urutan susunan

pelajaran lukisan yang

begitu terancang dan terperinci sehingga mereka yang bukan paklar dalam seni pun
boleh mengajar melukis.

Beliau

menyediakan kurikulum yang isi kandungannya

menumpukan kepada kemahiran di dalam melukis dan asas senireka yang perlu
2

dikuasai menerusi latih-tubi, peniruan dan latihan. Ini jelas di lihat dalam bukunya yang
bertajuk Teachers Manual for Freehand Drawing and Designing (1876) dalam Bates,
(2000). Pada tahun-tahun 1930an

kurikulum pendidikan seni beroriantasikan

masyarakat ini terus mempengaruhi pembentukan kurikulum pendidikan seni di Amerika.


Akibat daripada depression dunia pada tahun-tahun berkenaan rasional penggubalan
kurikulum berasaskan seni untuk kehidupan harian .

Pada tahun 1930an menggunakan pendekatan kurikulum yang sama satu lagi konsep
pembelajaran Pendidikan Seni diperkenalkan. Ini adalah dari hasil kajian yang telah
dibuat oleh Owatonna Art Education Study Project yang ditaja oleh Minnesota University.
Projek ini dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan aras estetik di kalangan
masyarakat yang kecil. Di bawah slogan Art A Way of Life. Dalam tahun 1940an pula
pendidikan seni digunakan untuk propaganda peperangan

kesan daripada perang

dunia ke II.
Pada kurun ke 19 konsep Pendidikan Seni berubah pula ke arah penghayatan
keindahan dan kreatif impuls .

Ini adalah kerana di waktu itu Amerika Syarikat

menumpukan perhatian terhadap perkembangan budayanya ke arah negara yang


berbudaya industri, (Lanier,1975).

Kurikulum Pendidikan Seni Untuk Perkembang Individu kanak-kanak


Pada tahun 1920an pula pembelajaran Pendidikan Seni di Eropah menuju ke
arah child centered movement.

Di England konsep ini memberi tumpuan kepada

perkembangan menyeluruh kanak-kanak. (Micheal Steveni, dalam Duff, 1977).

Sementara di Austria pula Frank Cizek menghalakan tumpuan baru terhadap konsep
Pendidikan Seni. Beliau menulis :
Great creative energy exists in every child. This must
find an outlet in expression or repression will result.
Children should be allowed to draw what they wish, that
they see in their minds eyes, not that which others think
they ought to draw.
Lanier 1975:81

Hasil daripada kajian panel membuat rumusan :


... tidak seharusnya berlaku perbezaan di antara seni
halus dengan seni gunaan.
Kesemuanya adalah
merupakan aspek-aspek kehidupan.
Oleh itu untuk
mencapai matlamat, diskriminasi estetik yang memberi
kesan
kepada
kehidupan
harian
perlulah
diperkembangkan.
(Lanier 1975:15)
Pendekatan penggubalan kurikulum pendidikan seni yang berpusatkan perkembangan
diri kanak-kanak telah bermula di Eropah di tahun-tahun 1920an sebagai memberi
reaksi kepada falsafah pendidikan membantu keparluan masyarakat melalui
perkembangan dan pembentukan individu. Matlamat dan kandungan pendidikan seni
ketika itu adalah berasaskan kepada aras perkembangan individu dan keperluan kanakkanak. Fungsi pendidikan seni pada ketika itu adalah untuk
pernyataa kendiri (selfexpression). Kanak-kanak digalakkan meneroka secara bebas melalui pelbagai media
bagi mengembangkan kualiti dalaman menerusi pengelaman seni yang disediakan
secara tidak bersetruktur.
Pada ketika itu tokoh yang berpengaruh adalah John Dewey. Sebagai pemimpin
Pergerakan Prograsif antara tahun 1920an hingga 1940an. Dweey berpendapat
bahawa kanak-kanak memiliki kualiti kemanusiaan tersendiri, mereka bukanlah manusia
dewasa yang kerdil dalam proses untuk mennjadi dewasa. Berlau berpendapat kanakkanak perlukan pengalaman pengalaman yang bukan sahaja benbentujk menghafal
fakta atau mendapat pengalaman seni secara berpandu dari guru yang cuba untuk
membantu membangunkan potensi kanak-kanak menurut cara yang sempit. Beliau
melihat kanak-kanak memerlukan persekityaran yang menggalakkan perkembangan
kreatiiviti keupayaan mengadaptasi persekitaran secara fleksibel terhadap kehidupan
dunia dan persekitaran kanak-kanak itu. Sekolah adalah tempat yang membolehkan
kanak-kanak mengalami rasa bebas membuat pilihan, bebas bergerak dan bebas untuk
menyelesaikan masalah dengan caranya.

Dewey telah mengariskan dua perkara penting falsafahnya terhadap pendidikan seni
dan amalan Pergerakan Prograsif ini dan hubungan seni dengan seni untuk
pernyataan kendiri

Sementara itu pada tahun 1930an ini juga, muncul satu lagi konsep seni untuk
pernyataan kendiri (Art as Self-Expression).

Para pendidik telah mengakui bahawa

kanak-kanak mempunyai cara dan keupayaan tersendiri dalam pernyataan dirinya


menerusi kerja-kerja seni. Kerja-kerja mereka tidaklah berdasarkan kepada keupayaan
tradisional yang memaparkan kemahiran tetapi disebalik kerja-kerja yang kasar dan
spontan itu memiliki makna yang tersendiri. Berkaitan Self-Expression ini (Chapman
1978 :12) menyatakan ianya bukanlah sekadar suatu mod tingkahlaku semulajadi
kanak-kanak tetapi adalah asas kepada matlamat kematangannya.

Menjelang tahun 1940, sebagai perkembangan dari pergerakan pendidikan yang


progresif, satu lagi konsep yang mustahak telah diperkenalkan. Idea bahawa pernyataan
seni sebagai luahan emosi hasil kerja seni sebagai alat untuk memahami corak psikologi
kanak-kanak, dan intergrasi personaliti menerusi pengajaran seni semuanya ini telah
menjadi slogan pengajaran seni di sekolah-sekolah, khususnya di Amerika Syarikat.
Viktor Lowenfeld telah memberi sumbangan besar dengan menerbitkan bukunya yang
bertajuk Creative and Mental Growth. Lowenfeld adalah pakar pendidikan seni
bangsa Austrian

yang berhijrah ke Amerika pada tahun 1939. Beliau melihat

perkembangan kanak-kanak secara holistic, mengambil kira perkembangan dan


pertumbuhan kanak-kanak dari aspek fizikal, emosi, mental,dan kreativitinya. Seni dilihat
sebagai aktiviti pembentukan nilai-nilai kemanusiaan yang mempunyai nilai terapi.
Beliau juga melihat aktiviti seni itu sebagai alat pembangunan kreativiti manusia melalui

pernyataan secara bebas. Pemikiran beliau telah mempengaruhi perkembangan


pendidikan sehingga hari ini.

Lowenfeld menulis :

Dalam perkembangan pemikiran pendidikan semasa, seni adalah


didefinisikan sebagai asas pengetahuan dan sebagai aktiviti
perkembangan. Kanak-kanak diperkenalkan dengan konsepkonsep asas seni dan ke arah kaedah-kaedah inkuiri yang
membolehkan mereka mempelajari berkaitan dengan mata
pelajaran seni. Pada masa yang sama, pendidk-pendidik seni
menumpukan kepada pernyataan sebagai alat untuk
pertumbuhan individu yang matang.

Minat penggubal kurikulum

terhadap perhubungan di antara artistik dan kreativiti

mencapai puncaknya di tahun-tahun 1950an dan 1960an.

Ini adalah kerana akibat

daripada perlumbaan penaklukan angkasa di antara Amerika dan Russia, di mana


Amerika merasakan mereka telah ketinggalan di dalam bidang ini. Menurut Chapman
(1978), pada masa-masa ini begitu banyak penerbitan yang berkaitan dengan
perkembangan kreativiti menerusi pengajaran seni telah diterbitkan.

Konsep utama

penulisan mereka adalah , tingkahlaku manusia yang kreatif dapat dilahirkan menerusi
aktiviti-aktiviti seni. Amerika telah mengalih tumpuannya bahawa pendidikan awam
perlu "balik kepada matlamat asasnya .

Kurikulum Pendidikan Seni Untuk Kesedaran Sosial

Konsep-konsep terbaharu wujud dalam tahun-tahun 1970an yang mengaitkan


seni sebagai alat untuk memupuk kesedaran sosial di kalangan murid-murid sekolah.
Lanier juga berpendapat bahawa sebahagian besar dari seni-seni tampak seperti seni
popular, dan perfileman boleh digunakan sebagai alat dalam era baru perhubungan
kemanusiaan. lantas bersamaan dengan itu Mc Fee dan Degge (1977) menyarankan,
menerusi aktiviti seni ia boleh membentuk tingkahlaku manusia dan meningkatkan
kepekaan terhadap persekitaran dan alam.

Malahan bukan setakat ini sahaja para

pendidik Pendidikan Seni Amerika yang lain juga seperti, Feldman, Chapman, Grisby
dan Efland, mengakui bahawa untuk mengatasi masalah perkauman dalam masyarakat
yang berbilang bangsa, aktiviti-aktiviti Pendidikan Seni dapat meningkatkan kesedaran
di kalangan murid-murid untuk memahami dan mengenali budaya di antara bangsa di
kalangan masyarakat majmuk.

Kurikulum Pendidikan Sebagai satu Disiplin Ilmu Pengetahuan


Idea seni sebagai asas pengetahuan sering juga dikaitkan dengan pendidikan
estetika. Dalam hal ini, Lanier(1975) berpendapat seni adalah satu bentuk pendedahan
terhadap pengalaman estetik yang mempunyai nilai-nilai intrinsik dan keperluankeperluan ke arah membuat sesuatu justifikasi.

Kesimpulannya, adalah jelas bahawa begitu kerap sekali berlakunya perubahanperubahan konsep pendidikan seni dalam tempoh masa lebih kurang satu abad yang
lalu. Ini adalah disebabkan oleh tekanan dan keperluan sosial, perubahan falsafah di
dalam pendidikan umum sesuatu tempat itu.
sebelum Perang

Dapat juga dilihat pada tahun-tahun

Dunia Kedua pendidik-pendidik seni lebih berminat menumpukan


7

pembelajaran Pendidikan Seni ini ke arah membentuk dan melahirkan generasi yang
mempunyai kemahiran(sebagai PEMBUAT) dan kurang menumpukan pada melahirkan
PEMINAT SENI(art appreciator). Dan perhatian juga tertumpu pada individu yang sedia
BERBAKAT SENI dan kepada bidang seni kreatif semata-mata.

Perhatian sangat

kurang diberi kepada pengaruh-pengaruh seni terhadap masyarakat.

Selepas Perang Dunia Kedua khususnya di tahun 1950an konsep seni lebih
menumpukan kepada bidang psikologi, menjadikan ia berbentuk lebih akademik.

Sehingga kini, pembelajaran Pendidikan Seni telah menumpukan pada salah


satu dari tiga jenis teori yang berkaitan :

I.

membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak melalui kerja-kerja seni


(a laissez-faire, child-centered orientation)

ii.

peningkatan pengetahuan dan kefahaman dan penghayatan seni,


Pendidikan seni sebagai subjek(a subject-centered approach)

iii.

meningkatkan kesedaran terhadap perhubungan seni dengan kehidupan seharian


(menumpukan aspek-aspek estetika dalam kehidupan yang berkaitan dengan
pembentukan individu dan sosial).

Walau bagaimanapun dengan perkembangan dan perubahan konsep seni ini


telah menimbulkan banyak masalah di dalam perlaksanaan pembelajarannya. Teoriteori yang membentuk konsep itu ada yang sukar diterjemah ke dalam bentuk praktikal.
8

Walau bagaimanapun banyak lagi pendekatan yang boleh kita jadikan panduan untuk
mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kita agar lebih mantap. Umpamanya kita
bolah rujuk kepada cadangan-cadangan tokoh seni yang menggunakan pendekatan
humanistik

seperti

Feldman, manakala

Lansing, memfokuskan kepada

perkembangan tiga domain utama, iaitu kognitif, afaktif dan psikomotor dalam
melahirkan penggiat dan penggemar seni. Manakala
pendekatan Antropologi dan sosiologi

McFee pula

menggunakan

yang menjadi struktur kurikulumnya. Dalam

perkembangan terakhir ini dunia telah diperkenalkan dengan konsep pendidikan seni
sebagai satu disiplin ilmu (DBAE), yang secara perbandingannya

bolahlah kita

samakan dengan struktur kurikulum pendidikan seni di Malaysia. Struktur DBAE ini
adalah menekankan kepada empat bidang tumpuan iaitu Sejarah Seni, Kritikan Seni,
Estetik, dan Produk Seni. Sila lihat jadual 2 yang menunjukkan perbandingan di antara
DBAE dengan kurikulum yang berasaskan pernyataan kendiri secara kreatif.

PENDIDIKAN SENI DI MALAYSIA

Negara kita sangat kaya dengan kesenian.

Ini jelas dapat dilihat menerusi

artifak-artifak yang diperturunkan oleh nenek moyang kita sejak dari zaman keagungan
kerajaan Melayu Melaka dahulu.

Lihatlah betapa indahnya pakaian tradisional kita,

bukannya sejenis malahan terdapat kepelbagaiannya yang disesuaikan dengan taraf


dan kedudukan sipemakainya.

Keindahan dan kehalusan yang terdapat pada kraf

tradisional jelas memaparkan kepakaran serta ketinggian aras pemikiran tukan-tukang


atau pandai Melayu. Di dalam arus kemodenan dan akibat dibelenggu oleh penjajah,
kadang kala kita lupa akan warisan pusaka kita.
9

Sebenarnya

pembelajaran

Pendidikan

Seni

secara

formal

seharusnya

mempunyai falsafah dan identiti kebangsaan sesuai dengan aspresiasi negara, bangsa
dan nilai-nilai tempatan.

Akta Pelajaran tahun 1961 mempunyai inspirasi untuk

menggalakkan pertumbuhan budaya dan sosial, sebahagian dari petikannya berbunyi :


Dasar pelajaran Persekutuan yang asanya
diistiharkan dalam Ordinan tahun 1957 adalah untuk
membentuk satu sistem pelajaran kebangsaan yang akan
memenuhi
keperluan-keperluan
negara
dan
menggalakkan pertumbuhan kebudayaan sosial, ekonomi
dan politik ....
Memanglah akta ini kurang jelas memperkatakan tentang keperluan dan peranan
seni tampak, tetapi sekaligus secara am ianya merangkumi semua bidang yang
tergolong dalam ertikata KEBUDAYAAN. Seni tampak adalah merupakan jiwa dan rupa
sesuatu budaya dan bangsa (Syed Ahmad Jamal, 1979).

Malangnya, mungkin kerana konsep dan falsafahnya tidak begitu jelas dan ianya
juga merupakan kelemahan-kelemahan yang biasanya terdapat pada sesebuah negara
yang baru mencapai kemerdekaan, yang lebih mengutamakan kepada keperluankeperluan asas rakyat, unsur-unsur yang berkaitan dengan budaya khususnya yang
berkait dengan seni tampak ini kurang mendapat perhatian khusus. Ini meninggalkan
kesan kepada pembentuk kurikulum Pendidikan Seni pada masa itu. Kurikulum yang
sama digunakan sehingga penghujung tahun 1970an, kurikulum sekolah rendah yang
telah diperbaharui konsep dan falsafahnya.

Sementara untuk sekolah menengah

kurikulum baru telah digubal dan Pendidikan seni telah banyak menerima perubahan
khususnya dari segi isi kandungan struktur pelajarannya.

10

Apa yang jelas pada saya ialah, kaedah yang diamalkan di dalam pembelajaran
Pendidikan Seni di sekolah-sekolah sejak merdeka ialah mengamalkan kaedah yang
tidak distruktur (unstructured method) yang dikenali sebagai The Laisseiz-Faire
Method. Dan kaedah diktator(The Authoritarian-Dictatorial Method) -(Micheal, 1983).

Matlamat guru menggunakan kaedah laissez-faire ini ialah menggalakkan


pembelajaran dan perkembangan secara semulajadi menerusi pengetahuan seni,
media, kemahiran pertukangan, pernyataan individu, kepekaan pengamatan, dan estetik
dan

mengamalkan

sikap

yang

baik.

Murid-murid

diandaikan

mempunyai

galakendiri(self-motivated) dan mempunyai kebebasan total dalam menentukan


segalanya, guru hanya sekadar membimbing. Kaedah ini mempunyai kelemahan, iaitu
arah pembelajaran tidak dapat ditentukan, dan banyak lagi metodologi-metodologi di
bilik darjah seperti rangsangan, had masa, kepimpinan dan lain-lain lagi diketepikan.

Sementara kaedah Authoritarian Diktator pula lebih menunjukkan pengajaran


secara memberi penerangan dan maklumat, perancangan setiap langkah yang perlu
murid-murid lakukan. Guru lebih menumpukan aspek-aspek formalistik, yang berkaitan
dengan konsep-konsep asas seni.

Biasanya idea-idea dikawal, begitu juga dengan

penggunaan media, pengurusan kerja-kerja seni dan tahap-tahap perkembangan


dikawal oleh guru.

Pada murid-murid motivasinya adalah keranan bimbang dengan

kegagalan atau takut tidak mencapai tahap yang guru kehendaki.

Kaedah ini

sebenarnya berkesan pada kegiatan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran,


seperti proses serta prosedur penggunaan alat dan bahan, tetapi adalah lebih berkesan
jika proses pembelajaran untuk Pendidikan Seni ini dilakukan dengan kaedah kreatif

11

yang bercapah (creative divergent method) kerana dengan cara ini pembentukan
konsep-kendiri murid-murid lebih baik. (Stanly Madeja,1967 di dalam Micheal, 1983)

Apakah konsep dan matlamat Pendidikan Seni untuk sekolah menengah di waktu ini ?
Ke manakah arah tujuan pembelajarannya ? Agak sukar untuk menjawab soalan-soalan
ini, kerana apa yang tertera secara bertulis dalam bentuk dokumen rasmi dari sejak
merdeka hingga kini hanyalah Sukatan Pelajaran Seni Lukis dan Pertukangan.
Dokumen-dokumen lain jika ada pun sangat sukar untuk dimiliki oleh seseorang
pendidik. Sukatan pelajarannya begitu fleksibel dan memberi peluang kepada guru-guru
memilih arah manakah yang sesuai dengan alam persekitarannya, jenis kraf dan
perusahan dan keupayaan serta minat murid-muridnya. (Kementerian Pelajaran
Malaysia, Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah 1976).

Ke manakah arah dan tujuan pembelajaran dan apakah bentuk dan kandungan
pembelajaran adalah tertakluk kepada guru yang mengajarnya.

Yang nyata adalah

kebanyakan guru lebih menumpukan jenis-jenis kegiatan melukis, menggambar, mereka


dan mencorak untuk tujuan lulus peperiksaan.
kesalahan.

Sementara meniru adalah suatu

Kerja-kerja kraf jarang-jarang diamalkan, itu pun bergantung kepada

keupayaan guru, walaupun banyak tajuk-tajuk kegiatan kraf terdapat di dalam sukatan
pelajaran tersebut.

Berdasarkan sukatan pelajaran yang ada itu, sejauhmanakah tercapainya


matlamat untuk pertumbuhan dan perkembangan kebudayaan seperti yang digariskan di
dalam Akta Pelajaran 1961. Isu inilah yang perlu dipertikai.

12

Persoalan tentang apakah matlamat pembelajaran Pendidikan Seni dan adakah


ianya penting dalam arus pembangunan negara sekarang, serta jika ia penting
mampukah ia berfungsi untuk memberi erti akan keperluannya itu, ini semua perlu
diperjelas.

Meninjau dari Laporan Kabinet 1979,

sekali lagi Pendidikan Seni diletakkan

sebagai satu matapelajaran tidak dijelaskan secara eksplisit, tetapi Pendidikan Seni
telah diterima sebagai salah satu daripada matapelajaran di sekolah-sekolah perlulah
bergerak selari ke arah matlamat pendidikan kebangsaan.

Sukatan

pelajaran

Pendidikan

Seni

KBSM

telah

pun

memperlihatkan

kemantapannya, arah dan konsepnya juga begitu jelas. Ini adalah bersesuaian dengan
keperluan semasa, sebagai sebuah negara yang membangun, dengan kemajuan sosioekonomi yang semakin pesat dan kehidupan yang semakin kompleks Pendidikan Seni
boleh memberi sumbangan yang besar.

Pendidikan Seni kini bukanlah sekadar semata-mata untuk pengayaan, ia juga


perlu dianggap sebagai kemahiran asas setaraf dengan kemahiran menulis, membaca
dan mengira. Peri mustahaknya tiga kemahiran itu kerana ianya melambangkan sistem
yang membolehkan manusia berkongsi pengalaman.

Dengan menguasai lambang-

lambang tersebut segala bentuk ilmu dapat dinikmati bersama.


mengambil

berat

kanak-kanak

yang

gagal

menguasai

sistem

Masyarakat kita
ini,

kegagalan

menguasainya bererti ketinggalanlah mereka di dalam menikmati bersama arus


perkembangan budaya kita.

13

Pendidikan Seni juga adalah lambang sistem, dengannya membolehkan


manusia berkongsi pengalaman, kegagalan menguasainya samalah seperti gagal
menguasai kemahiran membaca dan mengira. Kegagalan menguasai kemahiran seni
tampak ini tersekatlah satu keupayaan seseorang itu untuk memahami diri dan alam
sekelilingnya.
perkembangan

Jika kita yakin akan sumbangan Pendidikan Seni ini boleh membantu
seseorang kanak-kanak itu, seharusnyalah berupaya meningkatkan

potensi kanak-kanak untuk mentafsir dan berkongsi pengalaman serta saling memahami
di antara satu dengan yang lain.

Soalan selanjutnya ialah bagaimanakah kita hendak melaksanakan


pembelajaran Pendidikan Seni ini bagi mencapai segala maksud tersebut ?

Hingga setakat hari ini, kita memanglah tidak ada satu modul pengajaran yang
mantap untuk dicontohi sebagai strategi perlaksanaan kita. Walau bagaimanapun kita
boleh menyesuaikan dengan mana-mana model yang telah diperakui oleh dunia. Salah
satu daripadanya ialah seperti yang telah disarankan oleh Chapman (1978).

Ianya

boleh diubahsuaikan dengan iklim negara kita, kerana matlamat dan konsepnya hampir
sama.

Menurutnya ada tiga matlamat pembelajaran Pendidikan Seni iaitu :

1. Untuk perkembangan individu

14

Guru-guru haruslah mengetahui bagaimana untuk memberi pengalaman kepada


murid-muridnya untuk mengamalkan nilai-nilai murni di samping mengembangkan
keupayaan ekspresif melalui kegiatan-kegiatan seni serta meningkatkan kemahiran.

2. Untuk meningkatkan kesedaran terhadap warisan budaya

Guru-guru perlu mengetahui cara-cara untuk meningkatkan keupayaan muridmuridnya dalam menilai dan memahami dan menghargai seni yang terdapat di sekitar
masyarakatnya.

Lantaran itu dapat menanamkan kefahaman terhadap memahami

pandangan, kepercayaan dan budaya masa kini dan budaya silam.

3.

Untuk meningkatkan kesedaran terhadap peranan-peranan seni di dalam

masyarakat.

Guru perlu mengetahui untuk membekalkan dengan peluang-peluang untuk


berinteraksi dan mengamati hasil seninya dan dengan hasil-hasil seni yang terdapat di
sekeliling kehidupannya.

Apakah Pendekatan Pembelajaran Untuk Pendidikan Seni ini ?

Guru-guru perlu dapat menguasai pendekatan untuk pembelajaran Pendidikan


Seni. Satu pendekatan terbaharu yang dibuktikan kejayaannya oleh sarjana-sarjana
barat ialah dengan berasaskan kepada domain ini :

PERNYATAAN (EXPRESSION) DAN TINDAKBALAS (RESPONSE)


15

PERNYATAAN (Expression)
Di dalam domen ini Efland(1977) dan Chapman(1978) menyatakan terdapat tiga
tahap perkembangan proses artistik iaitu :
a. mengumpul idea-idea
b. mengolah dan menjelmakan idea-idea tersebut ke dalam bentuk seni
c. menggunakan media untuk menghasilkan kerja seni
Efland berpendapat, proses-proses ini boleh berfungsi sebagai model untuk
digunakan oleh murid-murid di dalam aktiviti-aktiviti artistiknya.

TINDAKBALAS (Response)
Berdasarkan langkah-langkah yang sering diamalkan oleh para sarjana seni,
termasuk pengkritik seni, ahli-ahli sejarah seni, tindakbalas mereka pada seni juga
melalui tiga tahap perkembangan iaitu :

a. mengamati dan memahami seni


b. menterjemah
c. menilai

Tiga perkembangan tindakbalas ini boleh dijadikan sebagai pendekatan dalam


pembelajaran Pendidikan Seni di bilik darjah.
Justeru itu, saya adunkan di antara ketiga-tiga matlamat pembelajaran Pendidikan Seni
berdasarkan model Efland (1977) yang telah diubahsuai dengan dua domain aktiviti seni
:
16

17

Jadual 1.

PENDEKATAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN SENI
Domain

P
E
R
N
Y
A
T
A
A
N

MATLAMAT PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI


Untuk Perkembangan
Mengenal Warisan
Peranan Seni Di Dalam
Individu
mendapatkan idea untuk

Budaya
mempelajari bagaimana

Masyarakat
mempelajari bagaimana

kerja-kerja seni

seniman-seniman/pandai

masyarakat Malaysia

tempatan menemui idea-

menyatakan nilai dan

idea di dalam kerjanya

kepercayaan menerusi

mengolah dan

mempelajari bagaimana

seni tampak
mempelajari bagaimana

menjelmakan idea-idea

seniman/pandai tempatan

masyarakat Malaysia

untuk kerja seni

mengolah dan

menyatakan perubahan

menjelmakan idea-idea

nilai dan kepercayaan

ciptaannya

menerusi seni tampak

gerakerja seni

mempelajari bagaimana

mempelajari bagaimana

penggunaan media

seniman/pandai tempatan

masyarakat Malaysia

menggunakan media

menggunakan teknologi
menghasilkan bentuk
tampak

18

Domain

T
I
N
D
A
K
B
A
L
A
S

MATLAMAT PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI


Untuk Perkembangan
Mengenal Warisan
Peranan Seni Di Dalam
Individu
pengamatan dan

Budaya
mempelajari bagaimana

Masyarakat
mempelajari bagaimana

pemahaman hasil seni

pengkritik dan ahli sejarah

masyarakat Malaysia

mengamati dan

mengamati dan mengenali

memahami hasilan seni

imej-imej seni tampak

mempelajari bagaimana

mempelajari bagaimana

pengkritik dan ahli sejarah

masyarakat Malaysia

seni mentafsir hasil seni

mentafsir imej-imej seni

mentafsir hasil seni

tampak
menilai hasil seni

mempelajari bagaimana

mempelajari bagaimana

pengkritik dan ahli sejarah

masyarakat Malaysia

seni menilai hasilan seni

menilai imej-imej tampak

Dengan enam pendekatan pembelajaran ini memudahkan pihak guru untuk merancang
strategi pengajarannya dan perlulah benar-benar dapat menghayatinya jika ingin
menggunakan pendekatan ini di dalam bilik darjah.

Perabandingan kurikulum yang berasaskan pernayataan kendiri kreatif dengan DBAE


(discipline-based art education)
Pernyataan Kendiri Secara Kreatif

19

DBAE

Matlamat:

Matlamat:

Perkambangan kreativiti; pernyataan kendiri; integrasi


individu; focus pada kanak-kanak

Perkembangan kefahaman terhadap seni; seni


penting kepada perkembangan pendidikan
menyeluruh ; seni sebagai fokus pembelajaran

Kandungan

Kandungan

Aktiviti seni sebagai pernyataan kendiri; menggunakan


kepelbagaian bahan seni dan kaedah

Estetika, keritikan seni, sejarah seni dan produk


seni; seni daripada berbagai kebudayaan dunia
dan era.

Kurikulum

Kurikulum

Dirancang oleh guru secara individu; perlaksanaannya


tidak berurutan, dan tidak tersusun

Ditulis secara berurutan, kumulatif, tersusun


dan meluas perlaksanaannya.

Konsep pelajar:

Konsep pelajar

Pelajar semulajadi kreatif dan eksprasif; perlu diasuh


bukan diajar; pendedahan kepada imej-imej seni
menghalang kepada perkembangan kreativiti
semulajadi mereka.

Pelajar adalah murid matapalajaran seni; perlu


diajar untuk mengembangkan kefahaman
terhadap seni.
Pendedahan kepada hasil seni seniman
meningkatkan perkembangan kreativiti mereka

Konsep guru

Konsep guru
Memberikan moitivasi; sokongan; tidak mendedahkan
pelajar dengan imej-imej orang dewasa ; tiada usaha
untuk mempengaruhi pernyataan kendiri pelajar

Menyediakan motivasi; membantu pelajar;


membantu pelajar memahami konsep-konsep
seni selari dengan aras kanak-kanak tertentu;
mengunakan nilai imej seni dewasa;
menggalakkan pernyataan kendiri pelajar
secara kreatif

Kreativiti

Kreativiti

Kreativiti adalah bakat pelajar; berkembangan secara


semulajadi dengan galakan dan peluang yang
disediakan; kurangnya perkembamngan adalah
disebabkan oleh gangguan orang dewasa

Kreativiti adalah tingkahlaku yang bukan


konvensional yang boleh dibentuk menerusi
kefahaman terhadap seni seacara biasa .
Pernyataan alam kanak yang tidak dibimbing
tidak dianggap sebagai kreatif sepenuhnya

Perlaksanaan

Peralaksanaan
Boleh tercapai dalam sebuah bilik darjah sahaja; tidak
perlu kerjasama dengan kelas-kelas atau sekolahsekolah yang lain
20

Memerlukan penglibatan dengan kelas-kelas


atau tingkatan lain di sekolah itu malah
sekolah-sekolah lain di dalam sesuatu daerah
secara meluas untuk mendapatkan kesan urutan

dan susunan yang meksima

Kerja-kerja seni

Kerja-kerja seni

Kerja-kerja orang dewasa tidak dikaji; imej-imej orang


dewasa mungkin memberikan kesan yang negatif
terhadap perkembangan pernyataan kendiri dan
lkreativiti pelajar

Karya orang dewasa (seniman ) merupakan


purat rujukan dan kajian seni; imej-imej orang
dewasa membantu sebagai focus pembelajaran
secara integrasi daripada empat desiplin seni

Penilaian

Penilaian

Berasaskan perkembangan dan proses kerja-kerja seni


kanak-kanak; penilaian pencapaian pelajar biasanya
tidak digalakkan.

Berasaskan matlamat pendidikan; focus kepada


pembelajaran; mustahak untuk mengesahkan
kemajuan pelajar dan keberkesanan program.

Di terjemah daripada Clark G., Day, M. and Greer, D. (1987) Discipline-based art education :
becoming students of art. The Journal of Aesthetic Education, (21)2

Rujukan

1. Chapman, Laura, A Second Look at A Foundation for Art Education.


Studies In Art Education. (Washington, DC. : The NAEA), Vol.13 No. 1,
Fall 1971, 40 - 49.
2. Duff, John. Identification of Technical Illustrator Job Requirements. Unpublished
Dissertation, The Ohio State University, 1977.
3. Efland, Authur, The Transition Continued. Studies In Art Education.
(Washington, D.C.: The National Art Education Association). Vol.13,
No.1, Fall, 1971, 5-12.
4. Lanier, Vincent.Objectives of Art Education: The Impact of Time.
21

Peabody Jurnal of Education. Volume 52, No.3, April, 1975, 180 - 186.
5. _______________. Objectives of Teaching Art. Art Education. (Washington,
D.C. The NAEA), Vol. 25, No. 3, January, 1972, 15 - 20.
6. _______________. Returning The Art to Art Education. Art Education.
(Washington, D.C. The NAEA), Vol. 28, No. 3, March, 1972, 28 - 33.
7. Lowenfeld, Victor and Brittain, Lambert. Creative and Mental Growth.
New York : The Mc Millan Co. 1965.
8. Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah,
Seni Lukis dan Pertukangan Tangan, Kuala Lumpur, D.B.P., 1976.
9. Mc Fee, June King. Preparation For Art. San Francisco: Wadsworth Publishing Co.,
Incorporation, 1972.

10. Micheal J.A. Art and Adolesence. Teachers College Press, Colombia University ,
New York, 1983.
11. Mc Fee, June King and Degge, Rogina.

Art, Culture and Enviroment.

San Francisco:Wadworth Publishing Co. 1977.


12. Mc Fee, June King. Society, Art and Education. Paper delivered at the Senior
in Art Education Research and Curicullum Development, Pennsylvania State
University, 1966.
13. Syed Ahmad Jamal, Rupa dan Jiwa, Muzium Seni Asia, Universiti Malaya, K.L.
1979.
14. Kementerian Pendidikan Malaysia, Laporan Jawatankuasa Kabinet, D.B.P., K.L.,
1979.
15. Clark G., Day, M. and Greer, D. (1987) Discipline-based art education : becoming students
of art. The Journal of Aesthetic Education, (21)2

22

Anda mungkin juga menyukai