Anda di halaman 1dari 17

Mentransformasikan Pendidikan Teknikal dan Vokasional : Masalah dan Cabaran serta

Cadangan untuk Memartabatkannya

1.0

Pengenalan

Pendidikan teknik dan vokasional merupakan pendidikan yang menyediakan latihan khusus
untuk kemahiran-kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran lain. Teknikal membawa maksud
fokus kepada kemahiran bercorak hands-on untuk meningkatkan kemahiran seperti
matapelajaran lukisan kejuruteraan, teknologi kejuruteraan dan lain-lain lagi, manakala
vokasional bermaksud pendidikan yang menyediakan atau melahirkan pelajar yang mempunyai
pengetahuan, kemahiran asas dan juga mempersiapkan diri mereka untuk menjadi pekerja mahir
pada suatu hari nanti (Laugho & Lillis, 1988).
Pendidikan teknikal dan vokasional merupakan pendidikan yang memainkan peranan
yang amat penting untuk pembangunan ekonomi sesebuah Negara. Negara-negara yang
mempunyai kemajuan yang baik dari segi ekonominya seperti German, Taiwan dan Negara maju
yang lain melaksanakan sistem teknikal dan vokasional untuk kemajuan negaranya. Menurut
Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP) yang
dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 25 Oktober 2010, kerajaan akan mengambil
langkah-langkah komprehensif bagi mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi pada tahun
2010. Usaha dan strategi yang dilakukan untuk menggerakkan transformasi ekonomi ini ialah
melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran teknikal bertaraf tinggi. Oleh itu, sebanyak
23% daripada peruntukan pendidikan diagihkan kepada TVET dan satu sistem Sijil Pengiktirafan

Nisbah bilangan jurutera. Negara kita mempunyai lebihan siswazah yang berlebihan tanpa memiliki kemahiran yang diperlukan. Malaysia telah mengalami lebihan pekerja tidak terlatih dalam industri (JPK.Teknikal dan Vokasional yang baru akan diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia ke sepuluh. juruteknik dan pengoperasian (operator) yang diperluaskan oleh sektor diturunkan akibat perkembangan teknologi baru yang memerlukan kemahiran pengetahuan yang tinggi. Perkaradan persoalan yang timbul sekarang adalah bukan lagi kepentingan teknikal dan vokasional di negara kita tetapi lebih kepada mengenalpasti punca masalah dan cabaran yang dihadapi oleh sistem pendidikan teknikal dan vokasional di negara kita supaya usaha-usaha yang lebih komprehensif dapat dibuat dengan kadar segera. Malangnya. Sehingga kini masalah tersebut masih tidak dapat diselesaikan walaupun banyak sumber dan tenaga telah disalurkan kepada TVET. Selepas kemerdekaan. 2011). Menurut Asian Development Bank (2004). . pencapaian dan keberkesanan dasar-dasar TVET di Malaysia masih jauh ketinggalan di belakang jika dibandingkan dengan Negara-negara maju yang lain. Walaupun terdapat banyak usaha dilakukan untuk menggerakkan transformasi ini.

1. iii.2 Objektif Kajian Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk : i. dalam . Selain itu. Oleh hal yang demikian. negara kita masih mempunyai kurang tenaga mahir untuk keperluan industri disebabkan terdapat masalah-masalah yang menyekat perkembangan sistem pendidikan ini. Menganalisa masalah dan cabaran yang dihadapi mentrnsforemasikan pendidikan teknikal dan vokasional. segala masalah dan cabaran untuk mentransformasikan sistem ini perlulah dikaji supaya segala masalah dapat dikenalpasti.1.1 Latar Belakang Pendidikan Teknikal dan Vokasional merupakan sistem pendidikan yang melahirkan individu yang berkemahiran dan merupakan aset penting kepada negara untuk keperluan industri. Mengenalpasti masalah-masalah dan cabaran untuk menggerakkan transformasi pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia. ii. Walaupun begitu. Mengetahui cadangan yang sesuai untuk menggerakkan transformasi pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia. cadangan yang sesuai juga perlu untuk memartabatkan sistem pendidikan teknikal dan vokasional ini supaya ianya dapat dilaksanankan mengikut kehendak kerajaan.

Hal ini kerana golongan ini merupakan ini golongan yang sedang mencari pilihan yang sesuai untuk kerjaya mereka. Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut: i. 1. Kajian hanya melibatkan pelajar-pelajar Pendidikan Teknikal dan Vokasioanal serta pelajar aliran biasa serta golongan belia yang tamat persekolahan di Malaysia. skop ini juga tertumpu kepada institusi-institusi yang menyediakan sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional ini. Tidak terdapat perbandingan kebaikan pendidikan ini dengan sistem pendidikan lain yang terdapat di Malaysia. Oleh yang demikian. dapatan kajian tidak boleh digeneralisaikan kepada semua golongan.1.3 Skop Kajian Skop kajian ini tertumpu kepada golongan belia atau pelajar-pelajar untuk Pendidikan Teknikal dan Vokasional ini.4 Batasan Kajian Ketepatan dapatan kajian ini bergantung kepada kajian yang telah dibuat kepada pelajarpelajar Pendidikan Teknikal dan Vokasional dan pelajar aliran biasa serta golongan belia yang tamat persekolahan di Malaysia. Selain itu. ii. .

Penulisan ini akan menghuraikan cabaran dan masalah utama yang dihadapi untuk menggerakkan transformasi pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia. bukubuku ilmiah dan sumber daripada media masa. masih terdapat banyak masalah serta cabaran utama yang menghalang Malaysia menjadi sebuah Negara berpendidikan teknikal dan vokasional yang maju. majalah.1 Cabaran dan Masalah Pendidikan Teknikal dan Vokasional Walaupun banyak usaha dan sumbangan kerajaan telah disalurkan bagi memperkasakan sistem pendidikan teknikal dan vokasional.5.6 Definisi Konsep Pendidikan Teknikal dan Vokasional merupakan pendidikan yang menyediakan ilmuilmu kemahiran-kemahiran kepada pelajar.1 Ulasan Perpustakaan Kajian ini dilakukan dengan bepandukan beberapa sumber yang telah dibuat oleh penyelidik. akhbar tempatan. jahitan dan lain-lain kemahiran. automotif. 2. artikel. Antaranya seperti jurnal. 1. .5 Kaedah Kajian 1. Antara bidang-bidang kemahiran tersebut seperti kejuruteraan. masakan.0 Dapatan Kajian 2.1. pertukangan.

Noraini Kaprawi. Sebagai contoh. Selain itu. Sekolah vokasional di negara kita sering dijadikan tempat mengisi pelajar yang tercicir dari sekolah atau lemah dalam pencapaian akademik (Jailani Md Yunos. penekanan yang lebih baik dan komprehensif perlu dilaksanakan terhadap kaedah mempromosikan pendidikan . Hal ini akan menyebabkan ramai ibu bapa akan menganggap sekolah teknik dan vokasional ini tidak mempunyai masa depan yang cerah untuk anak-anak mereka. Perkara sebegini akan menyebabka usaha kerajaan untuk menarik minat pelajar terhadap sekolah teknik dan vokasional ini akan terbantut disebabkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya ini. Hal ini akan menyebabkan pendidikan teknikal dan vokasioanal hanya terdiri daripada pelajarpelajar yang lemah dari akademiknya. mereka yang menuntut di sekolah vokasional sering dianggap pelajar nakal dan tidak berdisiplin oleh orang ramai.2 Masalah Pertama Ialah Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Dijadikan Tempat Mengisi Pelajar Lemah. Oleh itu. untuk melahirkan individu yang mempunyai kemahiran didalam bidang akademik dan teknikal sukar diperoleh kerana pelajar yang cerdik didalam bidang akademik tidak mahu memilih bidang teknikal dan vokasional kerana merasakan bidang tersebut hanya untuk pelajar lemah. 2006). dan Wahid Razally. pelajar-pelajar yang lemah dalam bidang akademik merasakan diri mereka tidak mampu untuk meneruskan bidang tersebut maka mereka memilih untuk ke bidang vokasional yang sesuai dengan diri mereka. manakala pelajar yang pandai pula merasakan mereka lebih sesuai untuk bidang akademik seperti sains tulin. Oleh itu. sejarah dan lain-lain lagi.2. Wan Mohd Rashid Wan Ahmad.

Manakala Sekolah Menengah Vokasional pula menawarkan mata pelajaran asas dan mata pelajaran kemahiran. Lepasan sekolah ini boleh melanjutkan pelajaran di institusi kemahiran atau bekerja industri sebagai pekerja separa mahir. iaitu Kementerian Pendidikan telah membentangkan momorendum daripada Menteri Pendidikan bertajuk “ Cadangan Penstrukturan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik ” kepada Kabinet dan telah . Walaupun demikian. 2. Arus perubahan ini tidak dapat dielakkan kerana pendidikan teknikal dan vokasional ini perlu berubah mengikut keperluan industri semasa. perubahan terhadap pendidikan teknikal dan vokasional ini berlaku pada 24 Mei 1995.3 Cabaran Menghadapi Arus Perubahan Semasa Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Malaysia sentiasa mengalami perubahan daripada segi kurikulum.teknikal dan vokasional ini oleh pihak yang bertanggungjawab supaya matlamat untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal ini tercapai. Sejak sebelum merdeka Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional adalah berasingan. Sekolah Menengah Teknik adalah sekolah yang lebih bercorak kepada bidang akademik. Kursus dan bidang yang ditawarkan oleh sekolah ini adalah lebih menyediakan pelajar untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi didalam bidang jurutera dan juruteknik. Perkara ini merupakan salah satu cabaran yang besar yang perlu ditempuhi untuk menggerakkan pendidikan teknikal dan vokasional ini oleh tenaga pengajar.

2.4 Cabaran Melahirkan Tenaga Kerja Yang Berkualiti Seterusnya adalah melahirkan tenaga kerja yang berkualiti adalah merupakan cabaran utama dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional. Selain daripada itu. 14 Oktober 2010). pendidikan teknik dan vokasional merupakan pendidikan yang menekankan . kementerian dilaporkan menambah tiga lagi SMV dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMke-9) dan RMke-10. 2005). Cadangan ini boleh dianggap suatu proses transformasi besar yang dilakukan kementerian dalam usaha menyediakan dalam usaha menyediakan bekalan tenaga kerja terlatih menjelang 2020. Selain daripada itu.mendapat kelulusan. Hal ini memandangkan Malaysia kekurangan tenaga manusia dalam bidang teknikal seperti juruteknik dan jurutera sehingga mencapai tahap kritikal (Yahya. Cabaran ini bukan sesuatu tugas yang berat bagi pendidik dalam bidang pendidikan teknik dan vokasioanal. seterusnya kerajaan telah mengumumkan akan menstrukturkan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) semula menggunakan konsep „Vokasional Teknikal‟ atau „Votech‟ dengan sasaran melonjakkan bidang kemahiran teknikal sebagai aliran pendidikan arus perdana negara. (Utusan Melaysia. perubahan ini meletakkan status baru terhadap bidang kemahiran teknikal atau vokasional yang diperakui cukup relevan dalam konteks keperluan tenaga kerja sekarang. Jesteru itu. Hal ini adalah. Cadangan penstrukturan Sekolah Menengah Vokasioanal (SMV) kepada Sekolah Menengah Teknik (SMT) ini adalah untuk meningkatkan bilangan pelajar dalam bidang teknikal hingga ke peringkat ijazah.

Sebagai contoh. penipuan dan sebagainya tidak akan berlaku. pendidik dapat menyampaikan nilai-nilai murni atau aspek kerohanian secara langsung semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Berbanding mata pelajaran akademik yang lain. adalah menjadi tanggungjawab pendidik bagi menyampaikan pengajaran secara kreatif dan inovatif bagi memastikan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan tercapai. untuk melahirkan seorang yang mempunyai tahap mengenal diri adalah agak sukar. gejala-gejala rasuah. salah guna harta syarikat. Hal ini kerana. Hal ini adalah kerana pengajaran yang disampaikan adalah lebih kepada kerj amali. 2. untuk melahirkan tenaga kerja yang berkualiti daripada sistem pendidikan teknikal dan vokasional ini juga merupakan cabaran utama didalam merealisasikan transformasi pendidikan teknikal dan vokasiona ini. Dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional. Kesimpulannya. Oleh itu.amali. Negara kita menjadi makmur dan maju sekiranya tenaga kerja yang dihasilkan daripada bidang teknikal dan vokasional mempunyai keedaran diri dan sentiasa berusaha mencari kebenaran. Oleh itu.5 Cabaran Kewangan Didalam Mentransformasi PTV Pendidikan teknikal dan vokasional memerlukan peruntukan kewangan yang sangat besar. pendidikan teknikal dan vokasional merupakan pendidikan yang menyediakan pelajaran yang banyak berasaskan latihan amali yang memerlukan . golongan pendidik dalam bidang teknikal dan vokasional ini haruslah bijak dan pandai dalam memastikan para pelajar mereka mengenal hakikat diri dan mencari kebenaran pada tahap yang baik.

Jesteru itu. . PPG adalah penting bagi membekalkan guru-guru dengan menguasai kemahiran professional bagi membekalkan guru-guru dengan kemahiran yang professional bagi membolehkan mereka dapat mengajar dengan lebih berkesan melalui kemahiran yang mereka kuasai. Jamaludin Hashim dan Mohd Yusop Hadi 2012). pelbagai perubahan yang drastik perlu dilakukan seperti pengajaran. latihan yang didikuti dan yang dibekalkan kepada guru. Secara amnya.peralatan dan mesin yang mahal.6 Program Pendidikan Guru (PPG) Guru merupakan pihak yang paling memberikan peranan yang amat penting dalam menggerakkan transformasi pendidikan berasaskan teknikal dan vokasional ini. penyelidikan dan penilaian. (Ahmad. keupayaan untuk mempeoleh modal insan kelas pertama mestilah diperoleh daripada guru yang mempunyai kemahiran pengajaran yang cemerlang. Oleh itu. PPG mempunyai tanggungjawab yang amat besar untuk menyediakan guru-guru yang professional. Oleh itu. Oleh itu. untuk memperoleh guru yang cemerlang pula mestilah bertitik tolak dearipada program pendidikan. pelaksanaan pendidikan teknikal dan vokasional sangat memerlukan jumlah kewangan yang besar dan tidak mustahil pendidikan tersebut mendapat cabaran yang kuat didalam menguruskan kewangannya. pengurusan. Sehubungan dengan itu. Razali Hassan. 2. Segala cadangan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjayakan sesuatu program pendidikan adalah tidak dapat mencapai objektif yang dikehendaki jika golongan guru tidak melaksanakannya.

Penambahan bilangan guru tersebut juga perlu kerana wujudnya penawaran mata pelajaran teknikal di sekolah berasrama penuh dan sekolah harian yang dipilih. Perkara ini akan menyebabkan para pelajar tidak dapat memperkembangkan mindanya dan kurang nilai kerohanian yang terdapat didalam diri pelajar tersebut. 3. cadangan untuk penambahbaukkan system pendidikan teknikal dan vokasional ini perlu dilaksanakan untuk kemajuan pendidikan ini. . Oleh itu. pihak PPG merupakan pihak yang paling bertanggungjawab didalam memastikan guru-guru yang akan diamanahkan untuk mengajar pelajar yang mengikuti aliran teknikal dan vokasional memiliki kemahiran yang tinggi untuk memastikan pelajar-pelajar dapat berjaya didalam bidang teknikal dan vokasional tersebut.0 Cadangan Memantapkan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Pendidikan teknikal dan vokasional merupakan pendidikan yang melahirkan individu yang berkemahiran dan penyumbang besar untuk keperluan industri demi kemajuan ekonomi Negara. Kesimpulannya. 3. pendidikan teknikal dan vokasional ini perlu diperhalusi lagi dengan menyemai nilai-nilai kerohanian seperti keagamaan dan lain-lain lagi. Oleh itu.Oleh hal yang demikian Malaysia perlu lebih ramai guru-guru terlatih dalam bidang Teknikal dan Vokasional ekoran daripada pertambahan bilangan institusi PTV di Malaysia.1 Menstrukturkan Kurikulum Pendidikan Teknikal dan Vokasional Pendidikan teknikal dan vokasional seperti yang kita tahu hanya menekankan aspekaspek teknikal dan vokasional sahaja.

Selain itu. Bak kata pepatah duduk sama rendah. pihak industri juga perlu memaklumkan kepada pihak institusi pendidikan mengenai perubahan mesin-mesin dan peralatan-peralatan yang terbaru dan terkini supaya pelajar tidak ketinggalan dengan arus perubahan tersebut. Sebagai contoh. berdiri sama . Bagi pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia ia perlulah diberi perhatian yang lebih serius agar standing dengan Negara lain yang lebih mementingkan aliran teknikal dan vokasional berbanding dengan pendidikan biasa. Selain itu. didalam kurikulum tersebut perlulah ditekankan mengenai aspek ketuhanan bahawa Tuhan yang menjadikan tumbuhtumbuhan dan haiwan serta dilarang melakukan kerosakan diatas muka bumi ini.2 Pendidikan Teknikal dan Vokasional Perlu Selari dengan Arus Perubahan Semasa Perubahan-perubahan yang berlaku dari masa ke semasa perlulah diikuti dan ditambah dengan keperluan tersebut seiring dengan perubahan yang berlaku. 3. pihak industri menyediakan tenaga pengajar yang mahir untuk mengajar pelajar-pelajar pendidikan ini supaya pelajar tersebut mendapat pendedahan yang lebih mendalam. Pihak industri juga perlu memainkan peranannya didalam membantu kerajaan untuk mentransformasikan pendidikan teknikal dan vokasioanal ini.Sebagai contoh seperti mata pelajaran Sains Pertanian. kurikulum yang sedia ada ini perlulah di ubah dan direlevankan mengikut kehendak dan keperluan industri supaya pelajar lepasan teknikal dan vokasional ini dapat memenuhi keperluan industri di negara kita selain menyediakan peluang yang cerah kepada pelajar lepasan pendidikan teknikal dan vokasional.

Sejak akhir-akhir ini. Sesungguhnya Negara amat memerlukan modal insan yang memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang .tinggi.2011 hari Isnin menyatakan bidang teknikal dan vokasional di Negara kita hanya 10 peratus berbanding dengan Negara jiran seperti Thailand. kerajaan melalui Kementerian Pelajaran mengorak langkah drastik dan bersifat pragmatik ke arah mengangkat martabat pendidikan vokasional sebagai „pemain utama‟ dalam sektor pendidikan Negara pada masa depan. Namun semua ini perlulah dilaksanakan demi melahirkan modal insan bertaraf global yang mempunyai daya saing tinggi.7. Sektor pendidikan Negara mengalami pelbagai transformasi dalam pelbagai dimensi.3 Memartabatkan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia perlulah memainkan peranan penting bagi memastikan pendidikan teknikal dan vokasional yang sebelum ini dilihat ketinggalan dibelakang dalam arus perdana pendidikan Negara perlulah diangkat martabat pendidikan yang beraliran kemahiran ini sejajar atau lebih baik daripada pendidikan fomal. Dalam proses memartabatkan pendidikan teknikal dan vokasional para pelajar perlulah menyiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang banyak bagi memenuhi kehendak pasaran industri. berkemahiran dalam aneka jurusan dan sahsiah perdana. Menurut akhbar Berita Harian pada 18. Walaupun bidang pendidikan teknikal dan vokasional kurang diminati oleh pelajar namun ia memberi peluang menjadikan pelajar yang mengambil bidang ini bergelar usahawan pada masa hadapan. 3. Vietnam dan Singapura yang mempunyai antara 40 hingga 60 peratus daripada pelajarnya menguasai kemahiran vokasional.

4 Menyemai Ilmu Keusahawanan didalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional.vokasional kerana keperluan pasaran yang semakin mendesak khususnya dalam sektor industri. automotif. masakan dan lain-lain lagi. 3. 3. Bidang teknikal dan vokasional merupakan bidang yang luas dan mampu Berjaya walaupun tidak mendapat tempat di sektor kerajaan. Oleh itu setiap individu yang mengambil bidang teknikal dan vokasional ini mampu bekerja sendiri seperti membuka bengkel dan membuat perniagaan. pengimpalan. Hal ini kerana bidang pendidikan ini melahirkan individu yang mahir didalam sesuatu bidang seperti pertukangan. kerajaan atau . Mereka tidak perlu bersaing dengan individu lain untuk memohon pekerjaan di sektor swasta dan kerajaan kerana mereka mampu berdikari untuk bersaing pada arus perubahan masa yang drastik ini. Oleh itu. setiap sektor yang menyediakan pendidikan teknikal dan vokasional perlulah menyediakan juga kursus keusahawanan untuk subjek ini supaya pelajar pendidikan teknikal dan vokasional tahu akan halatuju mereka kelak. Oleh itu.5 Meningkatkan Tahap Promosi Pendidikan Teknikal dan Vokasional. jahitan. Ramai rakyat di Negara kita tidak sedar akan kepentingan pendidikan teknikal dan vokasional untuk kemajuan diri dan Negara terutama sekali di kalangan ibu bapa yang menganggap pendidikan ini hanya untuk pelajar yang lemah.

Sebagai contoh membuat banyak iklan di media massa dan akhbar-akhbar atau majalah. Hal ini akan dapat meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke bidang teknikal dan vokasional ini.pihak yang terlibat haruslah berganding bahu memikirkan cara yang terbaik untuk mempromosikan pendidikan teknikal dan vokasional ini. Perkara ini akan meyakinkan lagi golongan belia untuk menceburi bidang teknikal dan vokasional ini. Selain itu. Selain itu. ianya juga dapat meyakinkan golongan belia untuk menceburi bidang ini kerana banyak peluang ditonjolkan sewaktu mempromosikan pendidikan teknikal dan vokasional ini. . individu yang telah berjaya juga boleh dijemput untuk memberi ceramah tentang kebaikan teknikal dan vokasional ini di sekolah ataupun mana-mana institusi.

Selain daripada itu. Perkara ini telah membuktikan bahawa kerajaan memang benar-benar ingin melahirkan ramai individu di negara kita yang mempunyai kemahiran supaya dapat menampung keperluan tenaga kerja yang mahir di negara kita. dan lebih tinggi lagi.4. Bidang ini sebenarnya banyak kelebihannya. tajaan dan lain-lain lagi. ijazah. Sebagai contoh pusat latihan Giat Mara menyediakan elaun kepada pelajarnya sebanyak RM 300 sebulan. Selain itu. kita perlulah bersama-sama berganding bahu untuk merialisasikan hasrat kerajaan untuk mentransformasikan sistem pendidikan teknikal dan vokasional ini demi kemajuan negara. Negara kita tidak perlu mengimport tenaga kerja dari Negara luar yang memerlukan belanja yang tinggi. Selain itu. master. banyak intensif-intensif baru yang disediakan oleh kerajaan seperti biasiswa. negara kita juga dapat menjimatkan kos melalui tenaga kerja mahir. Oleh hal yang demikian usaha kerajaan untuk mentansformasikan system pendidikan ini haruslah mendapat sokongan daripada semua pihak supaya ianya dapat mencapai objektif yang ditetapkan. dapatdisimpulakan bahawa pendidikan teknikal dan vokasional merupakan pendidikan yang yang sangat penting untuk kemajuan ekonomi negara terutama sekali didalam sektor industri. Oleh hal yang demikian. hal ini kerana ilmu yang pelajar perolehi sewaktu belajar dapat digunakan oleh pelajar tersebut untuk kehidupan seharian beliau selain untuk mendapatkan pekerjaan kelak. Hal ini kerana. Hal ini kerana kerajaan telah menyediakan peluang yang luas kepada pelajarpelajar lepasan kemahiran ini untuk pergi ke peringkat yang lebih tunggi.0 Kesimpulan Daripada dapatan-dapatan kajian yang diperolehi. individu yang ingin memilih bidang pendidikan teknikal dan vokasional ini perlulah mempunyai minat didalam bidang kemahiran ini supaya beliau dapat menyesuaikan diri beliau didalam bidang ini. Selain itu. . ilmu kemahiran yang diperolehi oleh pelajar tersebut dapat dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi contohnya ke tahap diploma.