Anda di halaman 1dari 2

Pesanan Terakhir Rasullah

Kiriman: nurqush pada 25 Okt, 2004 - 10:14 AM

SEBELUM baginda wafat, ada banyak perkara buruk yang diperingati junjungan kita
Nabi Muhammad s.a.w. Antaranya ialah:
Umat Islam akan melakukan penyelewengan dari ajaran Islam yang sebenar, seperti
yang dilakukan kaum Bani Israil.
Baginda menyebut perihal kaum Bani Israil kerana penyelewengan mereka adalah seburuk-buruk
contoh yang wajib dijauhi dan disingkirkan.
Meskipun mereka pada mulanya diberikan pelbagai nikmat dan keistimewaan, diturunkan kepada
mereka kitab suci dan diutuskan beberapa banyak nabi dan rasul, tetapi kebanyakan mereka tetap
kufur, ingkar dan terus melakukan pelbagai jenayah serta kekejaman di sepanjang sejarah kaum itu.
Mereka sudah runtuh akhlaknya, hilang lenyap perikemanusiaannya dan berpecah-belah kepada
pelbagai puak dalam kepercayaan dan fahamannya serta mengadakan pelbagai helah untuk
memutarbelitkan ajaran dan hukum agama.

Mereka juga menimbul dan mengembangkan pelbagai fahaman seperti fahaman komunis, kapitalis
dan sebagainya yang merosakkan ketenteraman dan susunan masyarakat serta perekonomian
negara dunia yang dijalarinya.
Bahkan, merekalah yang mengembangkan kebudayaan kuning dan melanggar tata tertib serta
kesopanan melalui filem, akhbar, majalah, fesyen pakaian dan kelab malamnya sehingga mereka
berhak dilaknat Allah, malaikat, rasul dan seluruh umat manusia yang berperikemanusiaan.

Baginda juga pernah mengingatkan dengan tegas sebagaimana yang disebut dalam salah satu
hadisnya iaitu bahawa umatnya akan terpengaruh dan menjadi pak turut dengan membuta tuli
kepada segala apa jua yang datangnya dari kaum Yahudi dan Nasrani.
Rasulullah s.a.w. menyebut kedua-dua kaum itu secara khusus kerana selain diutuskan rasul,
merekalah saja yang berpengaruh dan banyak angkara pada zaman Rasulullah.
Kalau kita diingatkan supaya jangan terpengaruh dengan penyelewengan kaum yang diberikan kitab
dan pimpinan itu, maka wajib kita menolak bulat-bulat segala apa yang cuba disogokkan kaum yang
tidak diberikan kitab dan tidak pula menerima pimpinan rasul.
Contohnya, kaum Majusi, komunis, atheis dan sebagainya yang cuba menyogok kita dengan perkara
yang bertentangan dengan dasar Islam seperti yang berlaku dan dapat disaksikan pada zaman kita
ini.
Apa yang diperingatkan Rasulullah s.a.w. mengenai penyelewengan yang akan berlaku di kalangan
umatnya itu sudah pun berlaku dan menjadi kenyataan. Pada zaman sekarang ada orang Islam yang
suka meniru bulat-bulat apa yang datang daripada orang bukan Islam, meskipun perkara yang ditiru
itu bertentangan dengan ajaran dan akhlak Islam.
Antara perkara itu ialah perbuatan sesetengah wanita Islam, selain tidak mematuhi al-Quran yang
menyuruh mereka menutup kepala meliputi belahan leher bajunya, mereka pula membesarkan
hiasan kepalanya dengan pelbagai cara termasuk menggunakan rambut palsu.

Ada pula yang menghaluskan bulu keningnya. Ada yang berpakaian tetapi mereka seolah-olah

telanjang kerana nipisnya kain dan tidak menutup aurat. Ada juga yang berjalan di khalayak ramai
dengan cara tidak sopan seperti lagak perempuan jahat.
Ada juga perempuan yang memakai pakaian lelaki serta berlagak seperti lelaki sedangkan segala
perbuatan sedemikian dikutuk Islam. Selain itu, ada wanita yang rela mempamerkan badannya
seperti menggunakan pakaian yang sempit dan singkat, mendedahkan aurat, sengaja
memperlihatkan bentuk badan dan sebagainya yang bertentangan dengan hukum dan kesopanan
Islam.

Ada wanita yang keluar dari rumah dengan menggunakan pelbagai hiasan yang menarik perhatian
dengan menggunakan berjenis-jenis bedak muka dan gincu bibir serta memakai bau-bauan yang
harum. Pada hal, semua itu dan segala perhiasan digalakkan dilakukan di rumah khusus untuk
suaminya.
"Wanita Islam dilarang memperlihatkan hiasan tubuhnya kecuali kepada suami dan orang lelaki
yang menjadi mahramnya serta orang yang tertentu." (Surah Al-Nur: 31).

Lelaki juga tidak terkecuali daripada perkara buruk. Ada lelaki Islam yang sudah hilang perasaan
cemburu terhadap isterinya serta perempuan di bawah jagaannya, sehingga dia hampir-hampir
bersifat seperti orang dayus yang dikutuk Islam dan diharamkan Allah daripada memasuki syurgaNya.
Ada juga lelaki yang berlagak dan berhias seperti perempuan dan yang memakai pakaian
perempuan. Semua yang dilakukan lelaki atau wanita itu adalah haram dan dikutuk, bukan saja
tidak akan masuk syurga malah tidak dapat mencium baunya, sedangkan bau syurga boleh dihidu
dari jarak yang jauh.

Akan berlaku perpecahan di kalangan umat Islam mengenai akidah kepercayaan dan amalan
agama, seperti yang berlaku kepada kaum Bani Israil, pada hal perpecahan sedemikian
bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.
Semua puak yang berpecah itu salah dan sesat kecuali satu saja, iaitu puak yang tetap menurut
jalan pimpinan Rasulullah s.a.w. dan bawaan sahabatnya, dengan tidak mengurangi, menokok
tambah atau menyelewengkan sedikit pun.

Akan timbul dalam kalangan umatnya beberapa puak yang dijalari bahaya penyakit hawa nafsu
suka mengurangi, menokok tambah atau menyeleweng dari jalan yang sebenar, seperti menjalarnya
bahaya penyakit anjing gila kepada mangsanya.
Ingatan tegas dan jelas yang diberikan Rasulullah s.a.w. itu adalah supaya umatnya tetap menurut
jalan pimpinannya dan bawaan sahabat-sahabatnya.

Anda mungkin juga menyukai