Anda di halaman 1dari 6

MOTIF DAN SEJARAH BATIK DI MALAYSIA

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi
lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu,
masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik
telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di
negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari

Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titiktitik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu,

sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di
Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan
Terengganu.
Motif Batik
Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis
atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu

Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti
awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.
Contoh Motif Organik.
1.Motif Ayam

2.Motif Bunga Buluh


3.Motif Bunga Kerak Nasi
4.Motif Bunga Kotak Bercampur
5.Motif Bunga Orkid
6.Motif Bunga Raya
7.Motif Daun Sireh
8.Motif Geometrik

9.Motif Pucuk Rebung


10.Motif Rama-rama
11.Motif Siput

Contoh Motif Geometrik.


1.Motif Pucuk Rebung
2.Motif Bunga Kotak Bercampur

Corak
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain
batik tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan.
1.Corak Berdiri
2.Corak Jalur

3.Corak Melintang
4.Corak Menyeluruh
5.Corak Menyerong

6.Corak Tompok-tompok
7.Corak Ulangan Batu-bata

8.Corak Ulangan/Selang seli


Proses Membuat
Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.
1.Blok penerap
2.Campuran lilin
3.Kain

4.Pencelup
5.Sebuah Meja
Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas
diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu,
ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap.
Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang
mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain
batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering,
akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
Penjenisan Kain Batik
Batik terbahagi kepada tiga jenis.
Batik Blok

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak
diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan
2

mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan
terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
Batik Conteng
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih.

Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan
dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak

akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan
cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.
Batik Skrin
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng.
Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak
batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang.

Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas
corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan

corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu
skrin untuk satu warna sahaja.
Penggunaan
Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk
membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari
kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal
dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti
alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik
boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancongpelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan
untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Proses Pembuatan

1. Funnel Pen yang diisi dengan bahan lacquer digunakan untuk membentuk corak

dan motif / batik, dalam bentuk stensil skrin, di atas , kain pemidang skrin. Bahagian
yang ingin dicetak dengan sesuatu warna tertentu akan dibiarkan kosong dan bebas
daripada bahan lacquer.

2. Setelah kesemua skrin yang diperlukan siap, sehelai kain putih dibentangkan di atas
permukaan meja mencetak. Kain hendaklah tegang dan rata supaya warna dapat
dicetak dengan rata.
3. Skrin diletakkan di atas permukaan kain dengan kemas dan rapi
4. Sedikit bahan pewarna dituangkan pada bahagian hujung skrin dan dengan

menggunakan alat sekuji' bahan pewarna dapat disapukan dengan licin dan rata.
Proses cetakan saring ini dilakukan berulang kali menggunakan skrin yang
berasingan untuk warna dan corak yang berasingan.

5. Kain-kain yang telah siap dicetak akan dijemur sehingga kering dan seterusnya

proses Pengewapan akan dilakukan pada kain supaya warnaanya tidak mudah
luntur atau pudar.

6. Selepas itu kain-kain direndam dan dibersihkan di dalam air panas suam yang
bercampur Bio-Soft (bahan pelembut), untuk menanggalkan lebihan bahan
pewarna di samping melembutkan kain.
7. Akhirnya,kain dijemur sehingga kering.