Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR HILIR, MELAKA

MINIT MESYUARAT HEM KALI KEDUA 2013

TARIKH

24 Oktober 2013 ( Khamis )

Masa

1.10 Petang

Tempat:

Bilik Parameswara

KEHADIRAN:
1. EN. ADNAN B. HJ SIDEK
( GURU BESAR )
2. EN. EDIE GAN
( GPK HAL EHWAL MURID )
3. EN. KHOO CHAI HUAT
( GPK KURIKULUM )
4. EN. ROSTAM B. JALIL
( GPK KOKURIKULUM )
5. PN. NOREHAN BT. HJ MOHD JIM
( SETIAUSAHA HEM )
6. PN. SUHAILI BT. ABD RASAP
( UNIT RMT )
7. PN. SITI EISAH BT. SONGIP
( UNIT KESIHATAN )
8. PN. ROSENISAH BT. ABU SEMAN
( UNIT DENGGI )
9. PN. SITI ROKIAH BT. MAT NOOR (U. BIMBINGAN & KAUNSELING)
10. PN. WAN MADZIDAH BT. A. HASSAN ( UNIT SPBT )
11. PN. RAHIMAH BT. DIN
( UNIT KEBAJIKAN )
12. PN. ROZINAH BT. MAT JIZAT
( UNIT KECERIAAN )
13. EN. MOHD NOOR HAFIIZ
( UNIT PERABUT SEKOLAH )
14. PN. SITI AMINAH BT. HARUN
( UNIT KANTIN )
15. EN. NOR AZMIDY B. ISMAIL
(WAKIL U. P. KHAS & ANTI DADAH)

TIDAK HADIR :
1. EN. MOHD RAZALI B. SHAHARI - ( U. PENDIDIKAN KHAS & ANTI DADAH)
2. EN. MUHD BASHARUL HAFI -

(BERSEBAB)
(UNIT DISIPLIN & KESELAMATAN)
(BERSEBAB)

Agenda :
1.0

Ucapan Penasihat En. Adnan B. Hj Sidek

1.1

Guru Besar mengucapkan selamat petang dan salam Melaka Maju Fasa Dua, kepada
En. Khoo Chai Huat, En. Edie Gan, En. Rostam B. Jalil dan semua ketua unit, terima
kasih kepada semua kerana dapat hadir ke Mesyuarat HEM kali kedua tahun 2013 ini.
1

2.0

Ucapan Guru Penolong Kanan HEM En. Edie Gan

2.1

En. Eddie Gan mengucapkan selamat petang kepada Guru Besar En. Adnan B. Hj
Sidek, En. Khoo Chai Huat, En. Rostam B. Jalil dan semua ketua unit HEM, terima
kasih kerana sudi hadir ke mesyuarat ini.

3.0

Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Pertama 2013 :


Cadangan
Sokongan

4.0

: Pn. Siti Aminah Bt. Harun


: Pn. Siti Eisah Bt. Songip

Bangkitan Minit :
5.4 Bilik sakit bersebelahan bilik guru masih lagi digunakan seperti biasa.

5.0

Laporan Unit-unit HEM

5.1

Unit Kebajikan Pn. Rahimah Bt. Din

5.1.1

Mesyuarat pemilihan murid yang menerima KWAPM 2013 bagi murid tahun satu
telah dijalankan pada 31 Januari 2013. Turut hadir Pn. Norainie Bt. Ahmad JKKK
DUN Bandar Hilir.
Pembayaran Wang Kumpulan Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid yang
dalam senarai DATA e-KASIH telah diadakan pada 29 Januari 2013. Tiga orang
murid telah terpilih iaitu Naveen A/L Ravi dari kelas 5 Setia, Pavithran A/L Ravi dari
kelas 6 Jujur dan Gobalan Krishnan A/L Maya Lagu dari kelas 5 Tekun.
Memberi sumbangan kepada murid miskin sempena Tahun Baru Cina pada 8 Februari
2013, seorang sahaja murid yang terpilih iaitu adik Tan Jia Yong dari kelas tahun 6
Jujur.
Menjalankan kutipan daripada guru-guru dan murid-murid untuk disumbangkan
kepada murid yang bernama Wan Mohd Thaqif kelas 6 Tekun kerana rumahnya
terbakar. Sumbangan telah disampaikan pada 14 Februari 2013 yang berjumlah
RM407.00.
Menjalankan kutipan daripada guru-guru dan murid-murid untuk Wira Lahat Datu,
sumbangan berjumlah RM300.00.
Pembayaran Wang Kumpulan Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) bagi murid-murid
Tahun 2 hingga Tahun 6 telah diadakan pada 23 April 2013 iaitu hari Selasa.
Menguruskan murid miskin dan anak yatim yang berjumlah 10 orang untuk menerima
sumbangan daripada bekas murid sekolah SKBH.
Menguruskan sumbangan untuk murid-murid miskin sempena Hari Raya Aidilfitri
seramai 60 orang murid terlibat.
Membuat pungutan daripada murid-murid untuk Tabung Palestin.
Pembayaran Wang Kumpulan Amanah Pelajar Miskin dalam senarai e-Kasih untuk
murid tahun 1 telah dijalankan pada 25 Jun 2013. Seorang sahaja murid yang
tersenarai iaitu Yassin Bin Abdullah kelas 1 Exora.
Memillih murid-murid yang layak untuk menerima sumbangan TAPEM.
Membuat pungutan daripada murid-murid untuk Tabung Kanak-kanak Spastik
Selangor.
Menguruskan murid miskin dan anak yatim untuk mendapat sumbangan Hari Raya
dari Bank Rakyat, seramai 60 orang murid telah terpilih.

5.1.2

5.1.3
5.1.4

5.1.5
5.1.6
5.1.7
5.1.8
5.1.9
5.1.10
5.1.11
5.1.12
5.1.13

5.1.14 Pembayaran Wang Kumpulan Amanah Pelajar Miskin untuk tahun 1 telah
dilaksanakan pada 6 September 2013.
5.1.15 Mesyuarat pemilihan murid yang menerima KWAPM bagi tahun 2014 telah diadakan
pada 19 September 2013 di Bilik Parameswara.
5.1.16 Pengesahan Buku akaun Bank Rakyat kepada ibu bapa murid yang terpilih telah
diadakan pada 30 September 2013 iaitu hari Rabu.
5.2

Unit Kesihatan Pn. Siti Eisah Bt. Songip

5.2.1

Pasukan Kesihatan Sekolah Melaka Tengah telah datang ke sekolah pada 10 dan 11
Jun 2013.
Pasukan kesihatan itu telah mengadakan ceramah, pemeriksaan kesihatan dan
suntikan untuk murid tahun 1.
Manakala bagi murid tahun 6 pasukan kesihatan mengadakan ceramah dan
pemeriksaan kesihatan sahaja.

5.2.2
5.2.3
5.3

Unit Disiplin dan Pengawas En. Muhd Basharul Hafi

5.3.1

Papan maklumat dan buletin disiplin dan pengawas sudah berada di bawah tangga
pejabat.
Senarai tugas pengawas dan maklumat disiplin sudah tertampal di papan kenyataan
tersebut.
Pemilihan pengawas percubaan untuk 2014 telah dilaksanakan pada 2 Oktober 2013.
Pengawas percubaan telah dilantik dan menjalankan tugas seperti pengawas lain.
Semua kes pelanggaran disiplin dan peraturan sekolah oleh murid telah diambil
tindakan.

5.3.2
5.3.3
5.3.4
5.3.5
5.4

Unit Keselamatan - En. Muhd Basharul Hafi

5.4.1
5.4.2

Peti aduan dan keselamatan telah diletakkan di hadapan makmal komputer.


Ceramah kesedaran keselamatan dan kebakaran telah diadakan pada guru-guru
bertempat di makmal komputer dan murid-murid di dewan sekolah pada 19 Jun 2013.

5.5

Unit Kantin Pn. Siti Aminah Bt. Harun

5.5.1

5.5.3

Laporan kantin dihantar ke PPD dan Pejabat Kesihatan Melaka Tengah mengikut
jadual.
Mesyuarat kantin bersama unit RMT dan unit Keceriaan telah diadakan pada 20 Ogos
2013 untuk membincangkan mengenai keceriaan kantin dan masalah yang berkaitan
dengan kantin.
Perancangan tahun 2014 telah disediakan dan dihantar kepada GPK HEM.

5.5

Unit Anti Denggi Pn. Rosenisah Bt. Abu Seman

5.5.1

Pemeriksaan mingguan kawasan pembiakan nyamuk Aedes dijalankan mulai Januari


hingga November 2013.
Laporan Mingguan (Borang KD1) dan Laporan Bulanan (Borang KD2) dihantar
kepada PPD dan Unit Kesihatan.
Mengedarkan risalah tentang amaran denggi dan pemeriksaan pembiakan nyamuk
Aedes kepada murid serta ibu bapa murid-murid dalam bulan September 2013.

5.5.2

5.5.2
5.5.3

5.5.4

5.5.6

Memberikan abate (ubat jentik-jentik) kepada pekerja pembersihan untuk diletakkan


di dalam tempat air bertakung.
Bekerjasama dengan pekerja pembersihan dan murid bagi memantau tahap kebersihan
untuk mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes.
Menghadiri taklimat Pengurusan Bebas Denggi di SMKA Sultan Muhammad.

5.6

Unit Bimbingan dan Kaunseling Pn. Siti Rokiah Bt. Mat Noor

5.6.1

UBK telah menjalankan 2 Program Motivasi untuk murid-murid tahun 6 sebelum


peperiksaan UPSR yang telah disampaikan oleh Guru Besar En Adnan B. Sidek.
Program Motivasi filem juga telah dijalankan melibatkan murid-murid tahun 5 dan 6
yang bertajuk " Tersasar Ke Jalanmu".
Program Motivasi Keibubapaan juga telah dilaksanakan melibatkan ibu bapa muridmurid Tahun 5.
Bagi Program Post UPSR pula UBK telah menjalankan 3 program iaitu Program
Motivasi Persediaan Awal Remaja, Program Motivasi Persediaan Ke Sekolah
Menengah dan Lawatan Kerjaya ke Balai Cerap Al-Khawarizmi.
Laporan Program Dasar Warga Emas Negara ( DWEN) & Pelaporan Data Bimbingan
dan Kaunseling bagi sesi 2013 juga telah di hantar ke JPM sepertimana yang telah
dikehendaki.

5.5.5

5.6.2
5.6.3
5.6.4
5.6.5

5.7

Unit RMT- Pn. Suhaili Bt. Abd Rasap

5.7.1
5.7.2

Seramai 35 orang pelajar layak mendapat RMT dan Program Susu Sekolah.
Penambahan pelajar RMT daripada aliran Pendidikan Khas seramai 10 orang bermula
pada bulan Ogos.
Bekalan susu telah dihantar ke sekolah pada bulan September.
Agihan susu sekolah telah diedarkan oleh En. Azmidy selaku ahli jawatankuasa PSS
Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir.
Pada 27 Ogos 2013 satu mesyuarat khas telah diadakan bagi meningkatkan kualiti
makanan RMT pelajar.

5.7.3
5.7.4
5.7.5

5.8

Unit Perabot Sekolah En. Mohd Noor Hafiiz

5.8.1
5.8.2

Senarai Aset di lokasi, (Borang KEW. PA-7 Aset Alih Kerajaan) telah ditampal setiap
kelas.
Pelabelan Aset Alih Kerajaan berpandukan Nombor Siri Pendaftaran pada kerusi dan
meja murid, 4 set meja dan kerusi guru, meja guru di bilik darjah serta bangku dan
meja kantin telah dibuat.

5.9

Unit Kebersihan dan Keceriaan Pn. Rozinah Bt. Mat Jizat

5.9.1

Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas bermula pada bulan April disebabkan
masalah penyelenggaraan sekolah.
4

5.9.2
5.9.3
5.9.4
5.9.5
5.9.6

5.10

Pertandingan kelas bertemakan bulan Patriotisma telah diadakan sepanjang bulan


Ogos hingga 17 September 2013.
Keputusan bagi tahap 1 ialah tempat pertama kelas 2 Usaha, tempat kedua kelas 2
Setia dan tempat ketiga kelas 1 Persona.
Keputusan bagi tahap 2 ialah tempat pertama kelas 5 Tekun, tempat kedua kelas 5
Usaha dan tempat ketiga kelas 5 Setia.
Keputusan untuk Bilik Khas ialah tempat pertama Bilik Pemulihan Khas, tempat
kedua Bilik Bimbingan Kaunseling dan tempat ketiga ialah Bilik Pusat Sumber.
Keputusan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan kelas tahun 2013 bagi tahap 1
kelas 2 Usaha manakala bagi tahap 2 kelas 6 Jujur, Johan keseluruhan ialah kelas 2
Usaha.
Unit Pendidikan Khas En. Mohd Razali B. Shahari

5.10.1 Murid Pendidikan Khas dibahagi kepada 2 kelas iaitu kelas Wira 1 dan kelas Wira 2.
5.10.2 Terdapat 3 orang murid dari Wira 1 dan 4 orang dari Wira 2.
5.10.3 Terdapat juga murid dari kelas inklusif iaitu Syed Muhammad dan Ahmad Zaki
Bakshi.
5.10.4 Murid-murid telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan
pelajaran pendidikan khas dan program terapi yang telah diaturkan. Antaranya ialah
terapi air, terapi boling dan terapi pasir.
5.10.5 Murid pendidikan khas telah di beri RMT pada tahun 2013.
5.10.6 Muhammad Lokman Hakim B. Mohd Laila telah bersama Kumpulan Nasyid
Pendidikan Khas Negeri Melaka ke Negeri Kelantan untuk Pertandingan Nasyid
Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan.
5.11

Unit SPBT Pn. Wan Madzidah Bt. Abu Hassan

5.11.1 Unit SPBT menjalankan aktiviti seperti yang telah dirancangkan.


5.11.2 Unit SPBT menjalankan aktiviti memproses buku teks dan buku aktiviti bagi
kegunaan murid-murid.
5.11.3 Unit SPBT juga mempunyai pengawas SPBT yang bertugas untuk membantu guruguru SPBT.
5.12

Hal-hal Lain :

5.12.1 En. Edie Gan mengingatkan supaya semua ketua unit menghantar fail unit HEM
kepadanya dan akan diletakkan di bilik GPK.
5.12.2 En. Edie Gan juga mengingatkan kepada semua ketua unit HEM untuk menyiapkan
Pelan Strategik berdasarkan unit masing-masing.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Minit Disediakan Oleh :

Minit Disemak Oleh :

_____________________________
( Pn. Norehan Bt. Hj Mohd Jim )
Setiusaha HEM
Sk Bandar Hilir, Melaka.

_____________________________
( En. Edie Gan )
Guru Penolong Kanan HEM
Sk Bandar Hilir, Melaka.

Minit Disahkan Oleh :


_____________________________
( En. Adnan B. Hj Sidek )
Guru Besar
Sk Bandar Hilir, Melaka.

Anda mungkin juga menyukai