Anda di halaman 1dari 3

Penulisan Akademik 1

[CONTOH KERTAS CADANGAN ATAU KERTAS KONSEP]


TAJUK
Abstrak

Pengenalan
Pengenalan adalah komponen penting selepas abstrak, iaitu memberikan gambaran umum
kajian yang dilaporkan

Pengenalan perlu ditulis menggunakan konsep "besar" kepada "kecil" atau "umum"
kepada "spesifik"
Gunakan "tajuk kajian" sebagai garis permulaan menulis pengenalan dengan membuat
peta minda berkaitan. Pecahkan dan tuliskan fakta berkaitan
Untuk jadikan pengenalan anda lebih istimewa, pastikan ada rempah ratusnya, misalnya
statistik berkaitan, pernyataan dari tokoh/aktiviti utama berkaitan dll
Bahagian pengenalan seharusnya menjawab persoalan "APA" kepada kajian yang ingin
dilaporkan.

Pernyataan Masalah
Bahagian ini menjelaskan kepada pembaca berkaitan masalah yang ingin diselesaikan
bersama cadangan penyelesaian

Senaraikan masalah-masalah berkaitan dengan kajian


Senaraikan penyelesaian berkaitan dengan kajian
Tuliskan rumusan masalah dan rumusan penyelesaian
Ringkasnya, bahagian ini mesti menjawab "MENGAPA" kajian ini mesti dijalankan
Jika tidak berupaya menulis dengan baik bahagian ini, pembaca akan melihat bahawa
"kajian anda tidak relevan" kerana tiada masalah pun yang ingin diselesaikan.

Objektif
Bahagian ini MESTI ditulis dengan teliti. Jika silap menulisnya, hampir keseluruhan kajian
ada hanyalah retorik dan tahap kebolehlaksanaannya diragui.

Jangan senaraikan terlalu banyak objektif, sebaiknya tiga (3) sudah memadai
Objektif lebih bagus disusun berdasarkan susur galur proses kerja yang terlibat dalam
kajian yang dilakukan
Objektif mesti dimulakan dengan "kata kerja" atau "verb" yang boleh diukur. Jangan
sesekali menulis proses pembelajaran yang mesti dibuat sebagai objektif, misalnya "to
learn, to study" dll.
Gunakan konsep S M A R T dalam menulis objektif, iaitu SPECIFIC, MEASURABLE,
ACHIEVABLE, REALISTIC, TIMELY

Penulisan Akademik 1

[CONTOH KERTAS CADANGAN ATAU KERTAS KONSEP]

Contoh:

This research embarks the following objectives:


1. to design an efficient circuit to ....
2. to implement the proposed circuit using ....
3. to test the systems in terms of ...

Batasan Kajian
Bahagian ini penting bagi membolehkan kajian tidak bercita-cita untuk mengubah dunia.
Sesuatu kajian TANPA batasan adalah tidak realistik.

Batasan boleh dibahagikan kepada jenis data yang terlibat, jenis pengukuran yang ingin
dibuat, kawasan yang terbabit, alat yang digunakan dll yang berkaitan
Ini bertujuan agar kajian lebih fokus dan tidak bersifat "broad-based"
Ini juga membantu menjawab persoalan pihak luar mengapa kajian tidak kaji X, Y dan Z
Tetapi, setiap batasan kajian mesti didatangi bersama "alasan saintifik" dan bukannya
alasan mudah untuk menjadikan kajian ini bersifat mudah atau "simplistik"

Kajian Perpustakaan
Pengalaman menunjukkan, bahagian inilah yang paling mencabar. Kerana bukan sahaja
diminta menulis "mentah-mentah" apa yang telah kita baca. Tetapi, melakukan analisis
kritikal terhadap apa yang dibaca.

Pastikan bahan bacaan yang dipilih adalah berkualiti


Sumber utama lazimnya ialah artikel jurnal atau persidangan, atau juga artikel menerusi
majalah teknikal atau huraian paten
Baca dan analisis secara kritis - kaedah yang digunakan, kebaikan, kekurangan dll
Tulis semula huraian berkaitan dalam ayat sendiri dan masukkan rajah/jadual yang
boleh membantu kajian
Hasilkan "spectrum of issues" berasaskan tahun untuk menjelaskan bahawa kajian
adalah relevan
Hasilkan "tabulation of issues" yang merujuk kepada parameter berkaitan kajian. Ini
penting bagi menjelaskan kelompangan kajian yang boleh dimanfaatkan dalam
kajian.

Metodologi Kajian
Bahagian ini sering disalahertikan oleh penyelidik muda, apabila mereka lazimnya
menceritakan proses kajian dibuat dengan mempersembahkan "waterfall model".
Perkara yang ingin dilihat dalam bab ini adalah perincian aktiviti yang mesti dibuat bagi
membolehkan objektif kajian ini dicapai.
Bina rajah blok atau rajah aliran bersandarkan objektif yang telah ditetapkan

Penulisan Akademik 1

[CONTOH KERTAS CADANGAN ATAU KERTAS KONSEP]

Perincikan rajah blok/aliran ini dengan semua aktiviti major dan minor bagi
membolehkan kajian terlaksana
Buatkan secara pakej demi pakej supaya mudah disemak dan dikenal pasti
permasalahan dan cara mengatasinya

Jangkaan Keputusan
Bahagian ini seolah-olah kita menjadi "ahli nujum" dengan menjangkakan apakah yang
akan terhasil menerusi kajian ini.

Mesti jelas jenis kajian, adakah untuk membina model pengajaran baru, mencetus idea
terhadap kaedah mengajar yang inovatif, modul baru interaktif, menghasilkan sistem
atau bagaimana?
Mesti menulis bahawa kajian akan menyumbang kepada penghasilan misalnya produk
baru dalam bidang X, Y dan Z

Kesimpulan
Nama pun kesimpulan, kalau bahagian ini ditulis lebih daripada pengenalan dan yang lain
nampak sangatlah tidak tepat.

Bahagian ini tulis dengan menjelaskan tiga (3) perkara - apa yang telah dibuat, sedang
dibuat dan akan dibuat
Kaitkan dengan objektif kajian, adakah semuanya berjaya dicapai atau bagaimana
Rumuskan juga cadangan pada masa depan bagi membolehkan kajian ini lebih berdaya
saing

Rujukan
Ramai yang keliru beza antara "Rujukan" dan "Bibliografi". Rujukan adalah semua bahan
yang diberikan sitasi (citation) di dalam teks laporan.
Manakala bibiliografi pula adalah SEMUA bahan yang dirujuk dan tidak semestinya
dinyatakankan dalam laporan/teks kita.

Pastikan rujukan mengikut format yang ditetapkan

Semak kaedah penulisan nama penulis, mesti konsisten, nama persidangan, jurnal dll

Rujukan mestilah terkini (lima (5) tahun) melainkan rujukan klasik dalam bidang
berkaitan

Nota: ubah suai daripada http://afandiahmad1679.blogspot.com/2013/12/bagaimana-menulis-kertascadangan.html