Anda di halaman 1dari 4

1. BAGAIMANA KANAK-KANAK BELAJAR?

2.
Artikel ini menerangkan secara ringkas mengenai perkembangan pembelajaran dalam
kalangan kanak-kanak menerusi beberapa teori yang diketengahkan oleh pakar-pakar
pembelajaran antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes . Seterusnya,
para pembaca akan diperkenalkan dengan satu teori yang dikenali sebagai
teori Konstruktisvisme - teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik
minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar.

Artikel ini amat baik untuk diteliti oleh para guru dan sesiapa juga yang berminat untuk
mengetahui sedikit sebanyak mengenai psikologi kanak-kanak dalam pembelajaran .
Adalah diharapkan, artikel ini memberi anda idea bagaimana untuk menjadikan
pembelajaran itu seronok, mencabar, bermakna dan berguna!

3. Pengenalan
Manusia mula belajar sejak dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir mewarisi
berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh
bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya.Ini bererti
wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan
sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah
selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak
seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecahpecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya.

4. Pengenalan
Menurut Mohd Daud Hamzah (1996) , kanak-kanak mempelajari matematik melalui
kegiatan seharian tertentu . Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak
memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti
padanan ( matching ), penjenisan ( sorting ), reguan ( pairing ),
dan susunan aturan ( ordering ).

Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat


perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan
bentuk-bentuk. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek
secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan
perkara sepanjang satu barisan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori
daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik
dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam
perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes.

5. TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
TEORI PIAGET

Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland, merupakan
ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanak-kanak
belajar.

Daripada kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan


kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat deria
motor (02 tahun), pra-operasi (27 tahun), operasi konkrit (711 tahun) dan operasi
formal (11 tahun ke dewasa).

Walau bagaimanapun, usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu
sendiri.

Menurut Jere Confrey (1999), Piagetian theory kindled my intense enjoyment of


children and deep respect for their capabilities.

Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan
terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit . Ketika usia
sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman
konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami
konsep matematik . Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah
aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi ideaidea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatannya penting untuk
perkembangan mental.

6.
TEORI BRUNER

Jerome Bruner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang dalam
penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Bruner
bersetuju dengan Piaget bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui
peringkat-peringkat tertentu. Walau bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan
pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada
satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme).

Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya,
Kenney, pada tahun 1963 mereka berjaya membina empat teorem pembelajaran
matematik ( Mok Soon Sang, 1996) iaitu:

#1: Teorem Pembinaan

Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum
matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit.

#2: Teorem Tatatanda

Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif murid


tersebut.

#3: Teorem Kontras dan Variasi

Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid
dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut.

#4: Teorem Perhubungan

Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep,
prinsip dan kemahiran matematik yang lain.

7.
TEORI GAGNE

Robert M. Gagne, seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak membuat
penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis pembelajaran
matematik. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget dan Bruner.
Menurut Gagne, terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam
matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip .

Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat,


pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran
melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam
pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan
konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan
masalah yang belum pernah dialami.

8.
TEORI DIENES

Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik, pernah
memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah merancang satu
sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan matematik lebih
mudah dan berminat untuk mempelajari. Mengikut Dienes konsep matematik boleh
dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan berstruktur,
mencari ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan akhirnya formalisasi .

Teori Dienes mengariskan beberapa prinsip bagaimana kanak-kanak mempelajari


matematik iaitu:

#1: Prinsip Konstruktiviti

Pelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang


logik.

#2: Prinsip Perubahan Perspeptual

Kanak-kanak didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep


Matematik.

#3: Prinsip Dinamik

Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk


membentuk satu konsep.

9. KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK


Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes kita
dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktisvisme
merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat,
memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu,
konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif
berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan
tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimentasi di samping
pembelajaran koperatif . Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam
proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina
pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri.

Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan


kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator . Kanakkanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah.
Dalam pendidikan matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan
benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan
untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang.

Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan


pengamatan sesuatu perkara . Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat
meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna
pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan
berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai