Anda di halaman 1dari 1

Maklumat asas i-BR1M

Apakah i-BR1M?
i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isi rumah / keluarga. i-BR1M
bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal
akibat kemalangan. Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan. i-BR1M diuruskan
oleh konsortium pengendali Takaful.
Siapakah yang layak untuk mendapatkan perlindungan i-BR1M?
Semua penerima BR1M kategori isi rumah/ketua keluarga yang mempunyai tanggungan layak mendapat perlindungan i-BR1M. Manakala
penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M.
Bilakah tempoh perlindungan i-BR1M?
Tempoh perlindungan i-BR1M adalah dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kematian/
kemalangan dalam tempoh perlindungan tersebut.
Apakah manfaat-manfaat i-BR1M?
Manfaat adalah seperti berikut:
Manfaat Perlindungan
Jumlah Dibayar
Kematian Bukan Akibat
RM1,000
Kemalangan
Kematian Akibat
Kemalangan

RM30,000

Hilang Upaya Kekal


Menyeluruh Akibat
Kemalangan *

RM30,000

Keadaan di mana manfaat-manfaat yang tidak dibayar


Manfaat tidak akan dibayar jika kematian / kemalangan disebabkan secara langsung
atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya oleh mana-mana keadaan
yang berikut:
membunuh diri, cubaan membunuh diri atau mengakibatkan kecederaan diri
sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman; atau
di bawah pengaruh alkohol, narkotik atau penyalahgunaan dadah selain daripada
yang ditetapkan secara sah oleh Pengamal Perubatan; atau
hilang upaya bermula atau wujud sebelum 1 Januari 2014; atau
keadaan sedia ada.

* Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan adalah berdasarkan keadaan yang bermaksud seperti berikut:
a. kehilangan penglihatan kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata; atau
b. kehilangan sekurang-kurangnya dua (2) anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali; atau
c. kehilangan penglihatan kekal dan menyeluruh pada sebelah mata dan hilang salah satu anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku
lali.

Bagaimanakah anda membuat tuntutan manfaat?


Borang tuntutan i-BR1M boleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh dimuat-turun di:
a. Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di www.malaysiantakaful.com.my
b. Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://www.hasil.gov.my/
c. Mana-mana laman web pengendali takaful yang mengambil bahagian
Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
Tuntutan Kematian

Tuntutan Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan

a. Borang Tuntutan i-BR1M yang telah dilengkapkan


b. Sijil Kematian
c. Salinan laporan polis yang disahkan (untuk tuntutan
Kemalangan)
d. Salinan IC dan penyata bank penerima manfaat
e. Bukti hubungan penerima manfaat
1) Pasangan Sijil Perkahwinan
2) Anak Sijil Kelahiran
3) Ibu bapa
4) Adik beradik

a.
b.
c.
d.
e.

Borang Tuntutan i-BR1M yang telah dilengkapkan


Salinan Kad Pengenalan penerima BR1M
Salinan laporan polis yang disahkan
Salinan IC dan penyata bank penerima manfaat
Bukti hubungan penerima manfaat
1) Pasangan Sijil Perkahwinan
2) Anak Sijil Kelahiran
3) Ibu bapa
4) Adik beradik

Kemukakan borang tuntutan i-BR1M bersama-sama dengan semua dokumen yang disenaraikan di atas di mana-mana pusat
perkhidmatan atau pejabat cawangan pengendali Takaful seperti senarai di bawah.
Senarai Pengendali-Pengendali Takaful
AmFamily Takaful Berhad
(www.amtakaful.com.my)
Etiqa Takaful Berhad
(www.etiqa.com.my)
Great Eastern Takaful Bhd
(www.i-great.com)
Hong Leong MSIG Takaful Berhad
(www.hlmsigtakaful.com.my)
HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
(www.takaful.hsbcamanah.com.my)

Pengendali-Pengendali Takaful
MAA Takaful Berhad
(www.maatakaful.com.my)
Prudential BSN Takaful Berhad
(www.prubsn.com.my)
Sun Life Malaysia Takaful Berhad
(www.sunlifemalaysia.com)
Syarikat Takaful Malaysia Berhad
(www.takaful-malaysia.com)
Takaful Ikhlas Sdn Bhd
(www.takaful-ikhlas.com.my)

Bilakah tuntutan akan dibayar?


Borang tuntutan i-BR1M yang lengkap akan diproses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permohonan beserta dokumen lengkap
diterima oleh pengendali Takaful.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan tuntutan i-BR1M, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan i-BR1M seperti
berikut:

Hotline: 03-2716 2716

Emel: i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my

Nota: Sila ambil perhatian bahawa pernyataan ini berfungsi sebagai maklumat asas dan ia tidak akan dianggap sebagai kontrak takaful
dan/ atau nasihat pakar. Terma-terma dan syarat-syarat terperinci i-BR1M dinyatakan dalam Sijil Induk dan boleh didapati di
www.malaysiantakaful.com.my

Anda mungkin juga menyukai