Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI

NAMA: MOHD AZMIR BIN WANDY


REFLEKSI: TAMU MATEMATIK
Tamu matematik telah berlangsung pada 16 Oktober 2014 yang lepas dan diadakan di
Dewan Tun IPG Kampus Kent Tuaran. Tamu ini menyasarkan murid-murid dari sekitar Tuaran
dan dihadiri oleh murid dari kalangan sekolah rendah dan sekolah menengah. Tamu ini
bertujuan untuk memupuk minat murid-murid terhadap subjek matematik, seperti yang kita
sedia maklum, matematik merupakan subjek yang kurang diminati oleh murid-murid kerana
tanggapan mereka bahawa subjek ini merupakan subjek yang membosankan dan kurang
diminati. Oleh itu, dengan adanya Tamu Matematik ini diharapkan dapat memupuk sedikit
sebanyak rasa minat murid terhadap subjek matematik ini.
Untuk tamu ini, kumpulan kami telah menyediakan aktiviti menarik yang diberi nama
Magic Maths. Untuk aktiviti ini, kami akan meneka tarikh yang dipilih oleh peserta berdasarkan
kad-kad yang disediakan. Selain itu juga, kami akan meneka daun terup melalui daun terup
yang telah disediakan. Berbeza dengan gerai yang lain, gerai kami tidak memerlukan murid
untuk bertanding dan memerlukan mereka untuk memberi dan mengikut arahan yang telah
kami sediakan. Gerai kami berbentuk hiburan semata-mata berpandukan kepada ilmu
matematik.
Secara keseluruhannya, gerai kami mendapat sambutan yang menggalakkan bukan
sahaja dari murid-murid bahkan dari guru-guru pengiring juga. Rata-rata murid yang berkunjung
ke gerai kami berasa teruja apabila mendapati bahawa tarikh atau daun terup yang dipilih
adalah bertepatan dengan yang kami tunjukkan. Kami menyatakan bahawa apa yang
ditunjukkan ini adalah berdasarkan kiraan matematik semata-mata.
Walaubagaimana pun, terdapat beberapa kelemahan daripada aktiviti yang kami
anjurkan ini. Pertama sekali, unsur matematik itu tidak dapat diterapkan secara menyeluruh,
Walaupun kami menyatakan bahawa magik yang dipaparkan ini berdasarkan kiraan matematik.
Kami tidak boleh membongkarkan keseluruhan helah ini untuk memastikan murid tertarik
dengan magik yang kami paparkan. Oleh yang sedemikian, unsur matematik tidak dapat kami
terapkan ke dalam jiwa murid-murid secara menyeluruh. Tetapi kami menggalakkan mereka
untuk meneroka sendiri keunikan dan keistimewaan matematik ini. Kelemahan seterusnya ialah
terdapat juga helah kami yang tidak menjadi kerana ada diantara murid yang tidak dapat

mematuhi arahan yang kami berikan dan sedikit tersilap dan menyebabkan jawapan yang kami
berikan tidak bersamaan dengan tarikh yang mereka mahukan.
Untuk penambahbaikan, kami berharap agar dapat menyediakan aktiviti yang berunsur
silap mata yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid dan dipraktikkan oleh mereka. Jika hasrat
kami ini tercapai, ini bermaksud murid akan lebih dekat dengan subjek ini dan dalam masa yang
sama menanam sikap cintakan matematik dan terus ingin belajar subjek ini pada masa akan
datang. Selain itu juga, kami akan menerapkan nilai agar murid-murid lebih peka dengan
arahan yang diberikan dan tidak mengambil sambil lewa dengan arahan tersebut.
Secara keseluruhannya, Tamu Matematik ini berjaya menarik minat murid-murid untuk
mengambil bahagian dan ada diantara murid yang sanggup membelanjakan banyak wang
semata-mata untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah kami anjurkan. Kami
mengharapkan agar murid-murid yang mengambil bahagian ini dapat mencintai dan meminati
subjek matematik ini dan menolak persepsi bahawa subjek matematik ini adalah subjek yang
susah dan membosankan.

REFLEKSI
NAMA: MOHD AZMIR BIN WANDY
REFLEKSI: LAWATAN ILMIAH
Pada 1 Oktober 2014 yang lepas, kelas kami, PISMP Matematik Ambilan Januari 2012
telah mengadakan lawatan ilmiah ke Seminar Pembentangan Kajian Tindakan dari PISMP
Ambilan Januari 2011 yang bertempat di Rasa Ria Resort. Seminar ini bertujuan untuk melihat
hasil kajian daripada pelajar semester 8 yang akan menghabiskan pengajian mereka pada
hujung tahun ini. Lawatan ini dianjurkan dibawah kelolaan Persatuan Sains dan Matematik IPG
Kampus Kent, Tuaran.
Melalui lawatan ini, banyak yang kami pelajari khususnya mengenai Kajian Tindakan
yang akan kami laksanakan pada tahun depan yakni tahun 2015. Lawatan ini merupakan
pendedahan awal kepada kami tentang Kajian Tindakan dan pembentangan yang meliputi 30%
daripada markah Kajian Tindakan. Kami mengetahui bahawa Kajian Tindakan ini bertujuan
untuk mencari satu kaedah baru yang dapat membantu murid untuk belajar sesuatu topik
dengan lebih mudah dan berkesan. Apa yang lebih penting ialah, kajian ini bukan sahaja
semata-mata tugasan yang diberikan kepada pihak IPG, bahkan tugasan ini juga membantu
guru pelatih untuk mempersiapkan diri untuk menjadi guru pada masa akan datang.
Kajian Tindakan yang baik adalah kajian yang menyeluruh dan dapat digunakan bukan
sahaja kepada murid yang disasarkan bahkan kesemua kelompok juga. Sumber rujukan juga
hendaklah relevan bagi menyokong hujah-hujah kajian yang dilaksanakan. Kaedah untuk
menjalankan kajian juga perlulah sesuai dengan kajian yang hendak dijalankan. Apa yang kami
dapat lihat lagi adalah penyampaian pembentangan juga hendaklah disampaikan dengan baik
dan profesional sesuai dengan profesion keguruan ini.
Secara keseluruhannya, lawatan ini kami anggap sebagai berjaya kerana banyak
maklumat dan ilmu yang dapat kami pelajari sepanjang lawatan ini yang berkaitan dengan
Kajian Tindakan dan pembentangan kajian ini. Diharap kami dapat mempraktikkan apa yang
telah kami pelajari untuk melaksanakan Kajian Tindakan pada masa akan datang.

REFLEKSI
NAMA: MOHD AZMIR BIN WANDY
REFLEKSI: PERSATUAN
Bagi semester ini, kami dikehendaki untuk mengikuti aktiviti persatuan dibawah
Persatuan Matematik. Antara aktiviti yang dijalankan dibawah persatuan ini adalah Lawatan,
Tamu Matematik dan Hari Keluarga.Penglibatan kami dalam aktiviti persatuan ini banyak
memberi manfaat kepada kami bukan sahaja mengenai aktiviti persatuan tetapi juga cara untuk
mengelolakan sesebuah aktiviti itu.
Melalui persatuan ini, kami dilatih untuk mengelolakan aktiviti yang boleh digunakan
ketika di sekolah nanti. Banyak aspek yang perlu diambil kira dalam mengelolakan sesebuah
aktiviti dan guru hendaklah mengambil serius aspek-aspek ini untuk menjayakan sesebuah
program terbabit. Ini adalah pendedahan awal kepada kami tentang bagaimana mengelolakan
sebuah program dan bagaimana untuk mengatasi kekangan-kekangan yang mungkin dihadapi
ketika melaksanakan program.
Selain itu, antara manfaat yang dapat kami perolehi dari aktiviti persatuan ini adalah
tentang bagaimana untuk menanam sikap cintakan matematik dan menarik minat murid untuk
belajar subjek matematik ini. Melalui program Tamu Matematik yang telah kami anjurkan, kami
dapat belajar tentang cara-cara untuk menarik minat murid melalui aktiviti yang telah kami
sediakan. Kami juga perlu mengambil kira aspek murid dalam memastikan mereka meminati
subjek ini dan aktiviti yang menyeronokkan dapat membantu murid untuk memintai subjek ini.
Aktiviti lawatan yang dianjurkan oleh Persatuan Matematik juga memberi manfaat
kepada kami melalui pendedahan awal kepada Kajian Tindakan yang bakal kami laksanakan
pada masa akan datang. Kami dapat belajar bagaimana untuk membentangkan Kajian
Tindakan dengan baik dan cara untuk menjawab soalan yang akan dikemukakan oleh
pemerhati pembentangan ini.
Kesimpulannya, aktiviti yang disediakan oleh Persatuan Matematik ini banyak memberi
manfaat kepada kami guru pelatih PISMP Matematik Ambilan Januari 2012 untuk
mempersiapkan diri untuk menjadi guru pada masa akan datang. Ilmu yang diperoleh akan
kami gunakan dengan sebaiknya dan akan dicurahkan kepada anak didik kami kelak. Semoga

ilmu yang diperoleh lekat dihati dan dapat dipraktikkan bukan sahaja di sekolah bahkan dimana
jua kami berada demi berbakti kepada nusa dan bangsa.