Anda di halaman 1dari 9

JPS(W)/SKNNN(KK)/153/05/02/14

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA NIROK


NGEMAH, KANOWIT.

BUKU REKOD
AKTIVITI KO-KURIKULUM

GURU PENASIHAT : CIKGU ROBERT RADIN ANAK


BUNAK

Lagu Sekolah:
Berusaha Berilmu Berbakti

Sekolahku yang tercinta,


Lambang...megah perkasa,
Menjadi sumber gedung ilmu,
Untukku terus maju,

Sekolahku yang tercinta,


Sungai mengalir sekelilingmu,
Berusaha berilmu dan berbakti,
Mencapai cita-cita sejati,

KORUS:
SK. Nanga Nirok...Penggerak wawasan,
Melahirkan generasi cemerlang,
Berbagai kaum....berbilang bangsa,
Untukmu guru kami tak lupa,
Kami akan terus berusaha.

Sekolahku yang tercinta,


Sungai mengalir sekelilingmu,
Berusaha Berilmu dan berbakti,
Mencapai cita-cita sejati.

Lagu dan lirik,

Cikgu Saga Endet

Warna Kuning Menunjukkan semangat setia kepada raja dan Negara serta menjaga maruah dan kedaulatan Negara yang
tercinta.
Warna Merah Menunjukkan semangat berani mencuba dan sentiasa ingin terus berjuang bagi mencapai tahap pencapaian yang
cemerlang selaras dengan cabaran arus pendidikan semasa.
Warna Biru Menunjukkan kesefahaman dan kemuafakatan di kalangan warga sekolah dengan komuniti setempat amnya warga
pendidik.

3 Bucu Memberi maksud sasaran yang menggunung yang ingin dicapai oleh warga SK Nanga Nirok Ngemah.

Bunga Raya Mengambarkan bahawa warga SK Nanga Nirok Ngemah berpegang teguh kepada lima prinsip RUKUN NEGARA.

Buku Mengambarkan teras utama sekolah ini ialah kearah pendidikan yang berkualiti dan berprestij tinggi.

Maksud Motto Sekolah.


BERUSAHA, TERUS, JAYA
-Membawa maksud bahawa setiap sesuatu perkara yang kita usahakan akan membawa sebuah kejayaan walaupun menempuhi
pelbagai rintangan dan cabaran dalam menunju puncak yang ingin digapai.

BENDERA SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA NIROK NGEMAH
-

Bendera ini merupakan bendera yang menunjukkan warga Sekolah Kebangsaan Nanga Nirok bersatu dibawah sebuah
bendera yang amnya dapat mengibarkan lagi semangat perjuangan anak didik sekolah ini agar terus berjuang mencapai
pelbagai kejayaan baik di dalam bidang sukan mahupun bidang akademik amnya.

Bendera ini juga merupakan kebanggaan komuniti setempat kerana sekolah ini telah banyak berjasa kepada mereka dan
ramai para penduduk yang mendapat kemudahan pendidikan di sekolah ini sejak sekian lama.

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi
kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara
yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha


berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

vi

Anda mungkin juga menyukai