Anda di halaman 1dari 3

4.

0 Perkembangan kesusasteraan Melayu klasik


Klasik bermaksud serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada
yang lain, mempunyai gaya yang sederhana, mempunyai ciri-ciri yang lazim dan tidak berubah
mengikut masa. Bentuk sastera klasik juga masih kekal dan sentiasa subur dalam kalangan
masyarakat Melayu sebagai sumber pengetahuan, amalan, pengajaran, sempadan tingkah laku
atau sumber, perundangan dan pengenalan masyarakat Melayu kepada masyarakat luar dari alam
Melayu. Sastera klasik berbeza daripada sastera lama kerana perkataan lama mempunyai sifat
yang sementara. Apabila tiba yang baharu maka hilanglah yang lama. Dari segi istilah, klasik
lebih sesuai digunakan kerana dapat merangkumi makna lama, tradisional dan klasik itu sendiri.
Sastera Melayu klasik pada awalnya menerima pengaruh Hindu dan Buddha. Sebelum abad ke7, masyarakat Melayu telah menerima kepercayaan Buddha. Kerajaan Melayu Sriwijaya yang
berwibawa menjadi pusat pentadbiran agama Buddha pada masa itu. Karya-karya pada zaman itu
dalam bahasa Sanskrit, misalnya puisi yang bertajuk Jakatamala yang merupakan sanjungan
terhadap dewa-dewa. Pada abad ke-13 hingga ke-14, cerita-cerita yang memperlihatkan cerita
epik dan tokoh agama masih memperlihatkan pengaruh Hindu-Buddha. Namun sastera pada
zaman itu kurang membantu perkembangan kesusasteraan Melayu klasik kerana bahasa yang
digunakan dalam cerita sukar difahami kerana dalam bahasa Sanskrit dan Melayu Kuno. Ceritacerita dewa yang dipersembahkan juga tidak berlaku daripada kehidupan masyarakat Melayu.
Ledakan perkembangan pada abad ke-14 hingga aband ke-16 mucul dengan kedatangan Islam
dan tulisan Jawi yang menjadi tulisan terpenting kepada penganut Agama Islam. Agama Islam
mula bertapak di istana-istana dan istana menjadi pusat perkembangan kesusasteraan Melayu
klasik utama. Penulis mengarang karya-karya baharu atas perintah dan kehendak raja. Golongan
bangsawan yang mampu, mengupah dan membayar pujangga untuk menghasilkan hikayat.
Hikayat-hikayat yang dihasilkan bukan terhad pada kesusasteraan sahaja malahan meliputi
agama, perubatan, sejarah dan sebagainya. Apabila ada keperluan maka muncullah pusat
penyalinan dan penerbitan hasil kesusasteraan. Kesusasteraan Melayu klasik merupakan sastera
tertua yang disampaikan secara lisan dan diperturunkan dari satu generasi ke generasi lain yang
mempunyai unsur tokok tambah. Hasil yang tersimpan tidak kira dalam apa bentuk dan corak

dan mempunyai nilai dan ukuran yang tersendiri, terpancar worldview masyarakat, setiap karya
adalah hak cipta bersama, khayalan dicampuradukkan dengan kenyataan bagi tujuan hiburan dan
pengajaran, mempunyai unsur-unsur setempat dan bersifat universal.
Sastera lisan secara amnya merujuk kepada segala bentuk warisan tradisi yang diwadahkan
melalui perantaraan lisan. Menurut Richard M.Dorson (1973), ia boleh dibahagikan kepada
empat subbidang iaitu:
i.

Berbentuk ujaran iaitu merangkumi bahasa dan sastera rakyat atau sastera lisan.

ii.

Berbentuk perlakuan merangkumi teater tradisional (Wayang Kulit, Mak Yong),


tarian, permainan kanak-kanak, nyanyian, muzik tradisional dan sebagainya.

iii.

Berbentuk benda atau artifak seperti busana, alat senjata dan lain-lain. Bukan sahaja
berbentuk visual tetapi merangkumi teknik pembuatan, ilmu, resepi, formula yang
digunakan untuk menghasilkan artifak turun-temurun.

iv.

Segala bentuk

adatistiadat

seperti

membina rumah, pekerjaan,

kesenian,

kepercayaan agama dan lain-lain.


Sastera tulisan pula dibawa bersama sistem tulisan yang bersumberkan klasik dan
kemudiannya tulisan Jawi. Tulisan ini menggunakan huruf-huruf Arab dan dicipta sesuai
dengan sebutan lidah Melayu. Ia berpusat di istana berbanding dengan sastera rakyat yang
berligar di sekitar golongan rakyat. Di sini munculnya pengarang yang celik huruf dan
dikenali sebagai pujangga. Karya-karya yang dihasilkan dalam bentuk ilmu dan hiburan.
Tokoh-tokoh ilmuan ini adalah seperti Tun Seri Lanang, Hamzah Fansuri, Bukhari AlJauhari dan ramai lagi.
Daripada pengaruh Hindu, khalayak Melayu diperkenalkan dengan karya epik Ramayana
dan Mahabbrata. Epik dalam bahasa Melayu adalah seperti Hikayat Seri Rama ( Ramayana)
dan Hikayat Pandawa Lima (Mahabbrata). Diteruskan dengan cerita-cerita lain yang
berbentuk keagungan raja dan negara seperti Hikayat Raja-raja Pasai, kepahlawanan,
kesetiaan rakyat seperti Hang Tuah, panduan raja, pembesar dan rakyat, keagamaan dan
kepercayaan, pendidikan moral dan gambaran masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai