Anda di halaman 1dari 4

Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia, Datuk Haji Yusuff bin Harun, Presiden

Kolej Poly-tech MARA, diiringi, Timbalan Presiden Akademik, Timbalan Presiden Hal
Ehwal Pelajar, Pengarah Kolej Poly-tech MARA Bangi, serta dif-dif kehormat.
Para hadirin diminta bersedia untuk menyanyikan lagu NEGARAKU dan lagu kolej
MENUJU KE PUNCAK AWAN
Para hadirin dipersilakan duduk.
Yang dimuliakan, Presiden Kolej Poly-tech MARA, Datuk Haji Yusuff bin Harun,
Yang berbahagia, Timbalan Presiden Akademik, ____________________________,
Yang

dihormati,

Timbalan

Presiden

Hal

Ehwal

Pelajar,

__________________________, Pengarah Kolej Poly-tech MARA Bangi, En. Abdul


Azmi Abdul Aziz, dif-dif kehormat, barisan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Poly-tech
MARA Bangi, yang diraikan, penerima Anugerah Dekan, seterusnya hadirin dan
hadirat sekalian.
Ke pekan kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat dating untuk semua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Ilahi, kerana dengan izinNya, serta limpah
kurniaNya, dapatlah kita bersama-sama dalam ruangan yang cukup mewah yang
indah lagi harmoni ini, bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Dekan sesi JulaiDisember 2010.

(pantun)
Dengan ini majlis mempersilakan, saudara ___________________________ selaku
______________________, Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Poly-tech MARA Bangi
bagi mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.
Amin, amin ya rabbal a'lamin. Terima kasih kepada saudara _________ atas bacaan
doa sebentar tadi.
Tanpa melengahkan masa lagi, dijemput Yang dihormati , En. Abdul azmi abdul aziz
selaku Pengarah Kolej Poly-tech MARA Bangi untuk menyampaikan sepatah dua
kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih kepada Tuan Haji Ghozali Lamijan diatas ucapan itu tadi.
Majlis dengan ini menjemput, Yang Berbahagia Datuk Haji Yusuff bin Harun selaku
presiden Kolej Poly-tech MARA, bagi merasmikan Majlis Anugerah Dekan sesi JulaiDisember 2010. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Haji Yusuff bin Harun atas
ucapan perasmian sebentar tadi.
Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman,
Juadah sudah dihidang di meja,
Sudilah santap tuan budiman.
Majlis dengan ini, menjemput para hadirin untuk menjamu selera. Selamat menjamu
selera. Dengan lafaz bismillahirrahman... para hadirin dijemput makan.
*ayat untuk persembahan
Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh kita semua. Majlis menjemput, Yang
Berbahagia Datuk Haji Yusuff bin Harun, Presiden Kolej Poly-tech MARA diiringi
oleh Tuan Haji Ghozali Lamijan, Pengarah Kolej Poly-tech MARA Bangi untuk

menyampaikan Anugerah Dekan kepada para pelajar. Majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan.
Untuk makluman para hadirin sekalian, Kolej Poly-tech MARA Bangi berjaya
melahirkan seramai 410 orang penerima Anugerah Dekan. Tidak terkecuali juga
penerima Anugerah Naib Canselor. Anugerah Naib Canselor dianugerahkan kepada
pelajar yang telah menerima Anugerah Dekan sebanyak 3 kali berturut-turut. Tanpa
melengahkan masa, majlis menjemput penerima Anugerah Naib Canselor,
_____________________________ bagi menerima anugerah tersebut.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Haji Yusuff
bin Harun kerana sudi menyampaikan anugerah sebentar tadi. Sebagai tanda
penghargaan kami kepada datuk, majlis menjemput Tuan Haji Ghozali Lamijan
selaku Pengarah Kolej Poly-tech MARA Bangi untuk menyampaikan cenderahati
tersebut.
Dijemput

________________

Dekan

Fakulti

Professional

Studies

*untuk

penyampaian seterusnya
Dengan berakhirnya majlis penyampaian anugerah sebentar tadi, maka berakhirlah
majlis kita pada petang ini.
Buat pengetahuan para hadirin, jumlah pelajar dekan pada sesi Disember-mei 2010
telah meningkat berbanding sesi terdahulu. Ini merupakan berkat usaha daripada
tenaga-tenaga pengajar Kolej Poly-tech MARA Bangi mengembleng tenaga serta
usaha para pelajar sendiri untuk mencapai kejayaan pada hari ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan buat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Poly-tech
MARA Bangi kerana telah bertungkus lumus menjayakan Majlis Anugerah Dekan ini.
Jutaan terima kasih kepada para hadirin kerana sudi memeriahkan majlis pada
petang ini. Diharapkan majlis sebegini menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar
agar mengekalkan dan meningkatkan lagi prestasi pelajaran anda.
Sebelum berakhirnya majlis ini, kami memohon kerjasama daripada para hadirin

untuk menunggu sebentar bagi sesi fotografi bersama Presiden Kolej Poly-Tech
Mara dan tetamu kehormat.
Dengan itu, saya ______________________________________________
Dan

saya

_____________________________________________

menyusun

sepuluh jari andai ada salah cara serta tutur bicara dari pihak kami.
Yang baik datangnya dari Allah subhanahu wataala dan yang buruk itu datang dari
diri kami sendiri.
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.