Anda di halaman 1dari 2

Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing

bagi orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak-anak Melayu yang tidak
lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional maupun caranya
dibangun tanpa paku.Sebetulnya, lama sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk
moden, penduduk asal Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera
serta kaum Bumiputra/Pribumi lain di Borneo dan bagian lain di alam Melayu telah mempunyai
sistem perumahan yang canggih, cantik dan serasi dengan gaya hidup dan alam
sekitar.Manakala orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung, Sumatera dan pulau-pulau lain
biasanya membina rumah sesebuah (ala banglo) yang didiami oleh sekeluarga besar;
sesetengah suku-kaum di Borneo lebih gemar kepada konsep rumah panjang yang
memuatkan seluruh kampung! Yakni setiap keluarga menghuni satu bahagian seperti
apartment yang dideretkan sebelah-menyebelah, dengan anjung terbuka di hadapan (dipanggil
ruai di Sarawak) yang menyambungkan semua unit menjadi sebuah bangunan panjang.Bahan
binaan yang digunakan diambil dari sumber alam yang boleh diperbaharui, yakni pelbagai jenis
kayu-kayan, juga buluh dan rotan hinggalah kepada daun-daun pelepah.
Kerangka atau struktur rumah pula menggunakan sistem tebuk-tembus dan pasak yang
tidak memerlukan paku. Yakni pembinaan rumah papan Melayu sebenarnya ialah suatu sistem
pasang-siap. Maka rumah itu boleh juga ditanggal-buka dan di pasang semula di tempat lain,
persis yang dibuat oleh Badan Warisan Malaysia untuk Rumah Penghulu Abu Seman, yang
dipindahkan dari negeri Kedah ke Kuala Lumpur.Selain itu, cara binaan tanpa paku juga
membuatkan rumah lebih anjal (flexible), sehingga ianya boleh diangkat melalui gotong-royong
orangramai dan dialih tempat.Walaupun rumah yang benar-benar tradisional tidak
menggunakan sebatang paku pun, namun diakui bahawa bagi rumah kayu yang lebih baru, ada
juga elemen bukan struktur seperti isian dinding yang memakai paku.Dari sudut rekabentuk
juga, rumah adat Melayu boleh dikatakan amat canggih dan memuatkan ciri-ciri bistari, lagi
kena dengan gaya hidup selesa mengikut adat dan alam.
Ciri-ciri pintar ini termasuklah penyejukan atau pengudaraan semulajadi (natural
ventilation), peneduhan (shading), keselamatan dan keamanan (safety and security) serta
kepersendirian (privacy).Contohnya sifat paling ketara pada rumah tradisi Melayu ialah ianya
didirikan atas tiang. Pelbagai kelebihan muncul dari keterapungan ini; termasuklah
mengelakkan dari mudah masuknya binatang liar, serta terangkat dari aras banjir. Rumah juga
lebih sejuk akibat pengudaraan pada semua bahagian (dari atas, tepi-tepi dan bawah). Selain
itu, ruang kosong di bawah rumah (juga disebut polong) menjadi tempat yang sesuai untuk
menyimpan segala macam barang perkakas.Rumah Melayu juga selalunya terbahagi dua
bahagian: yang utama dipanggil Rumah Ibu (sempena menghormati peranan ibu sebagai
pengelola rumah dan penyeri keluarga), sementara bahagian kedua ialah Rumah Dapur.
Pengasingan ini juga pintar kebakaran selalunya terjadi dari api masakan; maka jika dapur
terbakar, lebih mudah mengawal sebahagian tertentu seperti Rumah Dapur saja dan
mengurangkan bahaya Rumah Ibu juga dijilat api dengan cepat.Jika rumah perlu dibesarkan,
struktur Rumah Tengah pula boleh ditambah di antara Rumah Ibu dan Rumah Dapur.Selain itu,
selalunya di depan rumah mesti ada bahagian lantai yang lebih rendah dari aras Rumah Ibu.
Ianya berbumbung tapi selalunya tak berdinding, cuma berpagar susur (railings). Ini dipanggil
serambi, ataupun selasar di setengah tempat di Pantai Timur. Ia menjadi tempat pengantara
di antara luar dan dalam rumah untuk duduk bekerja, beristirehat atau menerima tetamu yang
tak perlu masuk ke dalam Rumah Ibu, yakni tidak mengganggu keluarga.

Di belakang rumah pula ada pelantar yang menjadi tempat kerja basah atau basuhan,
yakni sama juga seperti konsep ruang kerja atau work area bagi apartmen dan rumah
moden.Rumah tradisi yang memang terangkat atas tiang bagi menambah pengudaraan itu juga
ada pelbagai gaya tingkap, termasuk jenis tingkap sependiri seperti French window, guna
untuk masuk angin dan cahaya.Dengan adanya berbagai keping ukiran berlubang di dinding
bukan saja sebagai perhiasan, tapi juga bagi menggalakkan udara dan cahaya masuk
menceriakan rumah. Ukiran-ukiran pada rumah Melayu berunsur corak geometrik atau
tumbuhan (tiada corak fauna hidupan kerana larangan agama), dan banyak yang amat halus
pengukirannya.
Bahan penutup bumbung tradisi, yakni anyaman pelepah daun seperti nipah ataupun bumbung
genting tanah liat seperti yang dipanggil genting Senggora di Pantai Timur Semenanjung
Melayu, juga memainkan peranan menyejukkan rumah. Malangnya sekarang ini kepingan zink
lebih disukai-ramai kerana ianya murah dan senang dipasang, tapi menyebabkan rumah lebih
berbahang dan bising pula semasa hujan.Bumbung rumah Melayu sentiasa jenis condong
untuk kesesuaian cuaca hujan panas tropika (tiada bumbung rata atau leper), dan ada dua
kategori utama: gaya bumbung panjang (atap pelana) dan keduanya bumbung lima atau
limas (atap perisai). Bumbung panjang ialah jenis yang lebih mudah, yakni hanya satu
perabung membentuk bukaan segitiga di kedua-dua hujung yang membenarkan pemasangan
penutup tebar layar.
Bumbung lima ialah jenis yang ada lima perabung (atau juga empat perabung bagai
piramid untuk struktur ringkas seperti pondok wakaf). Lebih canggih lagi, bumbung lima ini
ditambah struktur segitiga di atasnya lalu dipanggil limas (dari lima emas karena suatu masa
dulu hanya rumah orang berada atau pembesar yang berbumbung limas, dan mungkin mula
digunakan semasa Kesultanan Johor-Riau).Dua-dua jenis bumbung ini boleh melahirkan apa
jua kombinasi bentuk bumbung yang boleh difikirkan, dan ada tempat yang mempunyai corak
bumbung tersendiri seperti bumbung rumah Minangkabau Negeri Sembilan (yakni sejenis
bezaan bumbung panjang). Bumbung rumah tradisi juga pasti ada unjuran (emper/overhangs)
untuk teduh dari panas dan hujan lebat. Sepanjang tepian hujung bumbung pula selalu
dipasang cucur atap atau 'papan cantik' berukir.Sesetengah rumah pula ada bilik di dalam
rongga bumbung (iaitu seperti attic, kadangkala dipanggil loteng atau lenting), hatta
membuat rumah yang sedia terangkat atas tiang itu menjadi rumah tiga tingkat. Malahan telah
ada istana kayu lama yang dibina setinggi lima atau enam tingkat, dengan struktur tanpa
sebarang paku pun. Satu contoh indah ialah Istana Seri Menanti di Negeri Sembilan, Malaysia
selain juga di Sumatera, Borneo dan Tanah Bugis, Sulawesi.
Malangnya, bangunan sehebat manapun dari bahan organik seperti kayu tidak tahan
jika tidak disenggara rapi. Maka warisan rumah papan ini akan pupus tanpa adanya pembinaan
rumah asli baru, lebih lagi jika ilmu senibinanya juga hilang dari kalangan orang
Melayu.Kebanyakan arsitek/jurubina tempatan, dalam menimba dan mengejar senibina ala
Barat, tidak mengendahkan lagi ilmu binaan tradisi. Sedangkan ilmu senibina lama masih
mampu dikaji untuk memberi penyelesaian atau dimajukan lagi buat kesesuaian hidup gayakin