Anda di halaman 1dari 2

Perbezaan Fonetik dan Fonologi

Perbezaan fonetik dan fonologi


Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang saling melengkapi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun ada
definisi yang diberikan sarjana untuk memisahkan bidang ini. Secara umumnya seseorang perlu menguasai bidang
fonetik sebelum memahami bidang fonologi.

Bil.

Fonetik

Fonologi

1.

1. Fonetik ialah kajian tentang sifat- Fonologi ialah kajian tentang sistem
sifat semula jadi, produksi dan bunyi bahasa dan sifat-sifat semula jadi
persepsi bunyi-bunyi bahasa yang sistem tersebut secara umum. Kajian
dihasilkan.
dilakukan
terhadap
segala
yang
berkaitan dengan sistem bahasa seperti
pasangan terkecil dan fonotaktik.

1.

2. Kajian fonetik dapat dipecahkan Kajian fonologi adalah berkaitan dengan


kepada tiga bahagian iaitu fonetik hubungan
antara
butir-butir
akustik, fonetik atrikulasi, dan lekasikal dengan butir-butir lekasikal
fonetik auditori.
lain yang membentuk ayat.

1.

3. Bidang fonetik mengkaji unsur setiap Bidang fonologi


bunyi.
intonasi.

1.

4. Bidang
fonetik
menghasilkan Bidang fonologi menghasilkan sistem
transkripsi fonetik untuk semua ejaan sesuatu bahasa.
bunyi dari semua bahasa.

mengkaji

pola-pola

Apabila pengetahuan telah bertambah tentang ilmu fonetik dan fonologi tentunya membolehkan seseorang
pendidik mengenali pelbagai variasi bahasa yang dituturkan oleh murid, dan keadaan ini membolehkan seorang
pendidik membetulkan kesilapan dengan tepat dan berkesan serta dapat membimbing murid supaya mahir
membunyikan dan menyebut sesuatu dengan betul.
Fonologi berkaitan dengan pola bunyi bahasa dan bagaimana sesuatu bunyi dalam sesuatu bahasa itu berfungsi.
Dari aspek bunyi-bunyi bahasa, fonetik berkaitan dengan fonologi, namun fonetik menekankan bagaimana bunyibunyi bahasa dikeluarkan secara fizikal.
Dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak, penggunaan kaedah fonetik dapat membantu kanak-kanak
membunyikan suku kata dan menggabungkan bunyi-bunyi bahasa menjadi perkataan. Aktiviti bermain dengan
abjad, suku kata dan perkataan menggunakan kaedah fonetik sangat sesuai dengan kanak-kanak yang baru mula
belajar membaca. Kaedah fonetik membolehkan kanak-kanak membina perkataan daripada bunyi-bunyi bahasa.

Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau
bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya
disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian
fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu
dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.
Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyibunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Selain itu, fonetik
juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi
manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap
bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975).
Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji
bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi
tersebut. Abdullah Hassan (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi
manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan.

Anda mungkin juga menyukai