Anda di halaman 1dari 8

HBEF2803

PENDIDIKAN DAN BAHASA


SEMESTER:
MEI 2013 (ambilan September 2011)
KOD KURSUS :
HBEF2803
TAJUK KURSUS:
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
( JURNAL REFLEKTIF )

NAMA
NO MATRIKULAS
NO .KAD PENGENALAN
NO. TELEFON
E-MEL
PUSAT PEMBELAJARAN
NAMA E-TUTOR

: RENI BIN RASLI


: 650528135611001
: 650528135611
: 0138276186
: asy3496@gmail.com
: SIBU LEARNING CENTRE
: LAW SZE SUNG

OPEN UNIVERSITY OF MALAYSIA / SIBU LEARNING CENTRE

Perkembangan Profesional Keguruan

HBEF2803
ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN ................................................................................................2


PRAKATA..3
1.0 JURNAL REFLEKTIF.4 hingga 7
2.0 RUJUKAN....8 hingga 9

OPEN UNIVERSITY OF MALAYSIA / SIBU LEARNING CENTRE

Perkembangan Profesional Keguruan

HBEF2803
PRAKATA

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat
saya menyiapkan tugasan HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan bagi
semester kali ini . Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang
dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.
Setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada eTutor saya ,
Encik Law Sze Sung atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi
tunjuk ajar , bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya
Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan .
Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan rakan
di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai
harganya sepanjang semester ini .
Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di
dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah . Sesungguhnya segala
kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya .

OPEN UNIVERSITY OF MALAYSIA / SIBU LEARNING CENTRE

Perkembangan Profesional Keguruan

HBEF2803
1.0 JURNAL REFLEKTIF
Apabila mendapat tajuk ini , saya berasa amat gembira sekali kerana memang menjadi
hasrat saya untuk mendalami dan mengetahui tentang adat-adat bangsa lain terutama sekali dari
segi adat perkahwinan kerana adat perkahwinan satu bangsa dengan satu bangsa yang lain adalah
berbeza . Saya juga berasa amat bertuah sekali apabila diberi tugasan ini kerana negara kita
merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian dan keunikan bangsa dan etniknya . Saya
juga amat teruja untuk mengetahui adat perkahwinan satu bangsa yang asing bagi diri saya dan
satu bangsa yang pada suatu masa dahulu amat digeruni oleh bangsa pribumi yang lain di Negeri
Sarawak ini .. Kaum Iban merupakan salah satu suku kaum yang terbesar di Sarawak. Kaum Iban
pula terbahagi kepada beberapa suku kaum, contohnya, balau, sembayau, lemanak, dan lain-lain.
Pada zaman dahulu kaum Iban sangat terkenal sebagai pejuang yang handal dan berani
dalam pemburuan kepala dan perlanunan. Kaum Iban lazimnya tinggal di kawasan pendalaman
berbanding kawasan Bandar. Hal ini demikian kerana kebanyakan mereka mengamalkan aktiviti
ekonomi tradisional, seperti bercucuk tanam, menternak binatang, dan memungut hasil hutan.
Kaum Iban mempunyai adat resam yang unik dan mereka memegang kuat kepada adat tersebut
dalam kehidupan mereka. Dari sudut agama, mereka menyembah tuhan yang dikenali sebagai
singalang burung dan tuhan burung peperangan. Namun kini kebanyakan mereka sudah
menganut agama Kristian . Begitulah juga halnya dengan bangsa dan tempat atau kawasan kajian
saya ini . Saya hanya berkawan dengan beberapa penduduk di sini tetapi tidak pernah ke rumah
panjang tersebut kerana ada perbezaan dari segi agama , makanan , budaya , adat dan corak
hidup bangsa saya dan bangsa Iban walaupun kami jarak di antara kampung saya dengan rumah
panjang tersebut bukanlah jauh sangat hanya beberapa kilometer sahaja jaraknya .
Tujuan perkahwinan diadakan dalam masyarakat Iban adalah sama dengan perkahwinan
masyarakat-masyarakat lain di Malaysia , itu untuk mengiktiraf status pasangan pengantin
sebagai pasangan suami dan isteri yang sah di sisi agama atau kepercayaan kaum Iban .
4

Masyarakat Iban di Sarawak merupakan etnik majoriti di Sarawak, Bumi Kenyalang.


Seperti masyarakat peribumi yang lain, masyarakat Iban Sarawak juga kaya dengan adat dan
warisan budaya yang masih dipegang zaman berzaman lamanya. Adat perkahwinan di dalam

OPEN UNIVERSITY OF MALAYSIA / SIBU LEARNING CENTRE

Perkembangan Profesional Keguruan

HBEF2803
masyarakat Iban juga antara yang terunik kerana terdapat beberarap peraturan yang harus
dilakukan sebelum layak bergelar suami isteri. Bagi masyarakat Iban disinilah bermulalah
kesinambungan generasi yang akan datang jadi adalah wajar ianya dilakukan dengan sebaik
mungkin dan beradat.
Pada mulanya saya tertanya-tanya di dalam minda saya bagaimanakah keadaan , adat ,
peristiwa yang akan saya tempohi nanti , tidak dapat saya bayangkan . Maklumlah inilah kali
pertama di dalam hidup saya , menghadiri majlis yang asing bagi diri saya .Bagaimanapin ,
setelah mengalami sendiri majlis perkahwinan tersebut barulah saya faham seba-sedikit
mengenai majlis tersebut . Rupa-rupa susunan atau urutan peristiwa majlis perkahwinan kaum
Iban tidak jauh bezanya dengan adat perkahwinan bangsa saya dan kaum-kaum lain di Malaysia .
Di mulakan dengan merisik , bertunang dan diakhiri dengan perkahwinan . Kalau ada perbezaan
cuma sedikit sahaja , contohnya seperti adat ngayap , bebunoh babi dan adat melah pinang .
Bahan dan alatan untuk menjalankan upacara perkahwinan adalah unik dan berbeza
dengan kaum lain . Bahan dan alatan untuk majlis kebanyakkannya diambil daripada alam
semulajadi dan diwarisi secara turun-temurun . Untuk upacara menjampi atau open ceremony
biasanya pawang atau manang akan menjampi serapah dengan berbekalkan dulang yang berisi
sebiji telur ayam dan berteh .Untuk acara bebunoh babi pula, sangkuh (lembing) dan seekor
babi diperlukan . Upacara melah pinang memerlukan set tepak sirih (termasuk pinang , sirih ,
kapur dan rokok berserta tembakau ) . Memang unik dan lain daripada yang lain .
Pakaian untuk majlis perkahwinan pula sudah dipengaruhi oleh arus kemodenan misalnya
pakaian tetamu atau hadirin adalah sama dengan pakaian kita . Perbezaannya cuma nampak
ketara daripada pakaian pengantin yang masih menggunakan pakaian tradisional , contohnya
untuk pengantin lelaki ada sirat dan dandong dan pengantin perempuan pula perlu memakai
bidang , sugu, kalambi dan bedong. Banyak lagi istilah-istilah lain yang belum saya
ketahui dan memang berbeza dari segi cara pemakaian , kegunaan , istilah dan pantanglarangnya .
Makanan untuk majlis perkahwinan pula adalah berbeza dan unik , misalnya menu-menu
5

yang berasaskan masakan dalam buluh , seperti manok pansuh dan sebagainya . Kuih-muih
pula seperti kuih jala , kuih penyaram dan banyak lagi . Manakala minuman pula adalah

OPEN UNIVERSITY OF MALAYSIA / SIBU LEARNING CENTRE

Perkembangan Profesional Keguruan

HBEF2803
minuman yang dibuat sendiri iaitu air tapai atau lebih dikenali sebagai air tuak oleh masyarakat
Iban . Tidak kurang pula minuman atau arak yang dibeli dari kedai .
Keharmonian dan perpaduan di dalam masyarakat Iban pula memang tidak dapat
dinafikan , ini dapat kita lihat daripada kerjasama di dalam melakukan sesuatu kerja untuk
menjayakan majlis dari mula hinggalah ke akhir majlis atau majlis itu selesai . Perpaduan juga
dapat dinilai dari segi bentuk rumah panjang itu sendiri . Sesuatu kerja dapat dilaksanakan
dengan jayanya dengan mengamalkan budaya bekerjasama atau bergotong-royong . Yang paling
uniknya ialah hamper semua penduduk rumah panjang dapat mengetahui dan menyusun
keturunan mereka dari keturunan pertama sehingga keturunan yang ketujuh dan mereka dapat
mengetahui mereka adalah keturunan yang ke berapa . Sungguh menakjubkan hati dan perasaan
saya .
Mengalami sendiri suasana kemeriahan majlis perkahwinan kaum Iban ini memberi
keinsafan dan banyak pengajaran kepada saya . Saya dapat melihat keunikan dan kepelbagaian
suasana , kehidupan , adat dan corak kehidupan

kaum Iban . Terlalu banyak yang perlu

dipelajari dan difahami oleh saya . Setiap satunya bukanlah direka semata-mata untuk hiburan
malah ada seribu satu alasan dan tujuan kenapa sesuatu adat itu perlu diadakan , dijalankan ,
dihormati dan perlu diwarisi sehingga sampai bila-bila pun . Adalah menjadi kerugian bagi diri
saya atau semua penduduk Malaysia jika kita gagal mengetahui seterusnya memahami adat
sesuatu kaum yang ada di Malaysia . Jika kita gagal mengetahui seterusnya memahami adat
sesuatu kaum yang ada di Malaysia , bagaimana pula keharmonian dan perpaduan bangsa
Malaysia dapat kita bentuk . Mungkin inilah sebabnya kenapa tajuk ini diberikan kepada saya
dan rakan-rakan sepengajian saya , sangat tepat pada masanya .
Majlis perkahwinan yang saya hadiri hanya satu sahaja , mungkin ia berbeza di tempat
lain walaupun ia sama kaum Iban tetapi ia berbeza dengan majlis perkahwinan masyarakat Iban
di bahagian lain di Negeri Sarawak ini . Misalnya adat masyarakat Iban di pedalaman dengan
masyarakat Iban di bandar adalah berbeza . Sungguh menakjubkan hanya dengan menghadiri
sebuah majlis perkahwinan , cuba bayangkan Negara Malaysia mempunyai lebih 30 etnik dan
suku kaum daripada beberapa buah negeri yang berbeza , berapa banyakkah lagi perkara yang
6

kita belum ketahui dan pelajari ?


Saya berpendapat bahawa perkahwinan berbilang bangsa dan agama perlu diamalkan
oleh masyarakat di negara ini. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada

OPEN UNIVERSITY OF MALAYSIA / SIBU LEARNING CENTRE

Perkembangan Profesional Keguruan

HBEF2803
perkahwinan begini . Masyarakat yang harmoni, berusaha dan produktif akan wujud menerusi
perkahwinan kaum sebegini pada masa hadapan dan secara tidak langsung juga akan dapat
memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia . Bahasa
menunjukkan bangsa , adat pula menyatukan bangsa .

(Lebih kurang 947 patah perkataan )

OPEN UNIVERSITY OF MALAYSIA / SIBU LEARNING CENTRE

Perkembangan Profesional Keguruan

HBEF2803
2.0 RUJUKAN

OPEN UNIVERSITY OF MALAYSIA / SIBU LEARNING CENTRE

Perkembangan Profesional Keguruan