Anda di halaman 1dari 3

Bagaimana Anda Boleh Buat Duit Dengan

Produk PLR, MRR dan RR.

Penulis : Hazwan Haron

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PLR, MRR, dan RR mempunyai satu persamaan iaitu merupakan jenis lesen Jualan Semula
(Resell) yang membolehkan pembeli produk yang membeli produk bersama salah satu
daripada lesen ini menjual balik produk ini dan mengaut keuntungan penuh daripada hasil
jualan.

Perbezaan Lesen PLR, MRR dan RR adalah seperti berikut:


PLR - Pembeli boleh edit isi kandungan produk dan claim produk itu adalah ciptaannya dan
jual produk itu sama ada dengan lesen jualan semula atau sebagai produk biasa (tanpa lesen
jualan semula).

MRR Pembeli tidak boleh edit kandungan produk itu dan claim produk itu adalah
ciptaannya tetapi pembeli boleh jual semula produk itu sama ada dengan lesen jualan
semula atau sebagai produk biasa tanpa lesen jualan semula.

RR Pembeli hanya boleh menjual semula produk itu sebagai produk biasa dan tidak boleh
menjual dengan lesen jualan semula.

Contoh 1:
Ahmad mencipta satu produk informasi berbentuk ebook. Oleh kerana dia tidak mahu
membuat promosi besar-besaran produk ciptaannya itu, dia memutuskan untuk jualnya
dengan harga 3x ganda daripada harga asal produknya itu beserta lesen RR kepada pembeli.

Ali pula mahu mempunyai produk jualan sendiri tetapi tidak mahu mencipta produk, oleh itu
dia membeli produk informasi itu beserta lesen RR daripada Ahmad dan menjualnya sebagai
reseller yang sah. Ali mengaut keuntungan 100% daripada setiap jualan produk itu.

Contoh 2:
Liza menghasilkan sebuah pakej video bertajuk Cara Membuat Biskut Seperti FamousAmos. Dia juga malas untuk mempromosikan produknya itu jadi dia menjualnya beserta
lesen MRR dengan harga 5x ganda daripada harga biasa iaitu RM250.
Lina pula ingin membantu usahawan lain memiliki produk jualan sendiri jadi dia membeli
pakej video Cara Membuat Biskut Seperti Famous-Amos daripada Liza dan menjualnya
kepada para usahawan yang ingin dibantunya dengan lesen RR pada harga RM150. Para
usahawan yang membeli produk itu dari Lina kemudiannya dapat menjual pakej video itu
dengan harga RM50 dan mengaut keuntungan penuh daripada jualannya itu.

Contoh Produk Jualan Semula Yang Anda boleh Jual:


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Ebook
Artikel
Audio book
Video
Perisian komputer
File-file grafik komputer
Tools-tools bisnes berbentuk digital

Secara ringkasnya, apa sahaja produk digital yang anda hasilkan boleh dijual dengan lesen
jualan semula sama ada PLR, MRR dan RR.
Atau jika anda tiada kemahiran atau tiada masa untuk cipta produk sendiri, anda boleh cari
produk yang dijual dengan lesen jualan semula dan menjualnya sebagai produk sendiri.

Penjual boleh menentukan syarat-syarat tambahan dalam lesen jualan semula mereka.

Cara Mencipta Lesen Jualan Semula


Anda hanya perlu menulis syarat-syarat lesen jualan semula di dalam sebuah file dan
savenya sebagai file PDF kemudian sertakan lesen jualan semula berbentuk PDF ini kepada
pelanggan anda.

Contoh kandungan lesen jualan semula:


1. Anda boleh jual produk ini beserta lesen PLR
2. Anda boleh mengubah isi kandungan produk ini dan claim diri sendiri sebagai
pencipta.
3. Produk ini mesti dijual pada harga sekurang-kurangnya RM50
4. Produk ini boleh dijadikan bonus jualan anda.

Mencari Penjual Produk Berlesen Jualan Semula


Salah satu tempat yang biasanya penjual produk berlesen Jualan Semula menjual produk
mereka adalah di forum wangcyber (niche internet marketing).
Market produk jualan semula sebenarnya amat berpotensi. Oleh itu saya mehu mengumpul
pencipta produk jualan semula di dalam satu group di Facebook.
Anda boleh sertai group ini pada link berikut:
https://www.facebook.com/groups/JualBeli.PLR.MRR.RR/

Sekian.

Anda Boleh Mengedarkan Laporan Ini Secara Percuma Sahaja