Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN

MAJLIS SEPETANG BERSAMA KAUNSELOR


ASRAMA SETIA BUDI
SMK LAYANG-LAYANG
2014

TARIKH : 11 januari 2014

1.0

PENGENALAN
Majlis sepetang bersama kaunselor diadakan antara pihak asrama dan ibu bapa pelajar asrama
sebagai sesi perbincangan dua hala antara dua belah pihak. Program ini merupakan satu
wadah perkongsian ilmu terutamanya kepada ibu bapa pelajar asrama supaya mereka
mengetahui tujuan anak mereka di hantar ke asrama adalah untuk mencapai kejayaan dan
dapat bersama-sama membantu pihak asrama dalam menjalankan program kecemerlangan
asrama.

2.0

3.0

OBJEKTIF
2.1

Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan


kelemahan diri.

2.2

memberi kesedaran kepada ibu bapa pelajar kepentingan kerjasama antara pihak
asrama dan pihak ibu bapa dalam melahirkan pelajar yang cemerlang.

2.3

Memberi kesedaran kepada pelajar peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh
pelajar asrama dalam kejayaan sekolah.

TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM


Tarikh
Masa
Tempat

4.0

KUMPULAN PESERTA
-

5.0

; 11 JANUARI 2014
; 2.30 petang
; Dewan Makan Siti Khadijah, Asrama SMK Layang-Layang

Semua ibu bapa pelajar Asrama Setia Budi, SMK Layang-Layang


Semua pelajar Asrama Setia Budi SMK Layang-Layang.

TENTATIF PROGRAM
(rujuk lampiran)

6.0

REFLEKSI
Secara keseluruhannya, majlis sepetang bersama kaunselor telah dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Walau bagaimanapun sambutan dalam kalangan ibu bapa terhadap majlis ini
mengecewakan. Ini kerana hanya 18 orang wakil ibu bapa yang hadir. Sambutan ini akan
sedikit sebanyak menjejaskan program sepetang bersama kaunselor kerana maklumat yang
disampaikan serta perbincangan yang dilakukan tidak akan sampai kepada pihak ibu bapa.
Namun, segala perkongsian ilmu melalui program ini diharapkan memberi maklum balas yang
positif daripada pihak ibu bapa dan seterusnya bersama-sama membantu pihak pengurusan
asrama dan menjayakan program kecemerlangan pelajar asrama. Program yang berlangsung
selama 2 jam ini bermula dari pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang berakhir dengan sedikit
jamuan.

TENTATIF PROGRAM

2.30 PETANG

; PENDAFTARAN IBU BAPA DAN PELAJAR

2.40 PETANG

; BERKUMPUL DI DEWAN MAKAN SITI KHADIJAH

2.50 PETANG

; BACAAN DOA

2.55 PETANG

; CERAMAH PEMBENTUKAN SAHSIAH PELAJAR ASRAMA


OLEH PN HARLINA
(KAUNSELOR SMK LAYANG-LAYANG)

4.30 PETANG

; PENYAMPAMPAIAN CENDERAHATI

4.35 PETANG

; JAMUAN
; BERSURAI

SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA


MAJLIS SEPETANG BERSAMA KAUNSELOR

AJK INDUK
PENGERUSI

: Pn Hajah Siti Fatimah Bte Umar (Pengetua)

TIMBALAN PENGERUSI

: En Parmin Bin Radi ( PK Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI

: Tn Hj Mohamed yusope Bin Hassan ( PK Kurikulum )


: Tn Hj Md Iasham Bin Bahri
( Pk Kokurikulum)

WARDEN

: En Shukri Bin Saleh


: Pn Norita Bte Bahadi

GURU ASRAMA

: En Mohd Aizat Bin Omar


: En Mohd Noraffandi Bin Borhannordin

PENYELIA ASRAMA

: Pn Noryatimah bt Jamal

AJK PELAKSANA
Bacaan Doa

: Akmal Zainuri Bin Jamil

PA Sistem

: Mohd Alif Haikal Bin Robly

Pengacara Majlis

: En Mohd Aizat Bin Omar

Pendaftaran

: Norshaizatul Carena Bt Bonyamin


: Mohd Afzanizam Bin Mohd Bhadali

AJK Penyambut Tetamu

: Fatin nurizzati Bt Haslin


: Nurshafiqa Bt Razali

AJK Persiapan Tempat

: Mohd Zamri Bin Mustapa


: Nurul Syazwani bt Suratmin

AJK Jamuan

: Muhd Hasif bin Azimi


: Nursyafiqah Bt Jzmaluddin
: Semua Pelajar Perempuan tingkatan 1