Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI

PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER / TAHUN

MAY/2014

KOD KURSUS
HBPE4103

TAJUK KURSUS

PEMBELAJARAN MOTOR

NO. MATRIKULASI

750913045047001

NO. KAD PENGENALAN

750913045047

NO. TELEFON

013-6252188

E-MEL

nizsya.75@gmail.com

ISI KANDUNGAN
BIL

PERKARA

1.

Pengenalan

2.

Teori Lingkaran Tertutup Adam (Adams Closed-Loop

MUKA SURAT

2 -6

Theory)

3.

Teori Skema Schmidt (Schmidts Schema Theory)

7 - 10

4.

Teori Constraint Newell (Newells Constraints Theory)

11 - 14

5.

Rujukan

15

1. Pengenalan

Pembelajaran kemahiran motor ialah bidang pengajian pergerakan manusia yang


berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil
proses fizikal seperti praktis dan latihan. Manusia dapat menanggani alam sekitar yang tidak
menentu dengan kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Kemahiran
yang dipelajari bergantung kepada keupayaan organisma mengadaptasi dan mengatasi ciri-ciri
persekitaran yang tidak menentu.
Selain itu, pembelajaran motor juga didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran
kemahiran secara berperingkat dalam proses perkembangan motor bayi. Proses ini berlaku secara
semula jadi bagi bayi yang bermula sejak lahir hingga dewasa. Kadar pembelajaran motor bayi
berlaku adalah bergantung kepada bantuan dan bimbingan orang di sekeliling terutamanya ibu
bapa. Pembelajaran motor kanak-kanak adalah pergerakan motor yang diperolehi daripada
pengalaman. Contohnya apabila kanak-kanak dalam keadaan meniarap dan ternampak barang
mainan di hadapannya, kanak-kanak tersebut akan bergerak dengan menggunakan kekuatan otot
leher dan paha untuk bangun secara tiarap secara spontan untuk mencapai barang mainan itu.
Mengikut Cratty (1975), pembelajaran motor adalah perubahan tahap kemahiran yang
stabil hasil daripada percubaan yang berulang-ulang. Menurut Drowatzky (1981) pula,
penyesuaian yang melibatkan pergerakan dan tindak balas otot. Malina, et al. (2004) mengatakan
bahawa pembelajaran motor adalah kemajuan dalam prestasi hasil latihan yang lama. Jadi, ini
berkaitan dengan tindak balas tisu dan sistem yang khusus terhadap latihan. Daripada ketiga-tiga
definisi tersebut, pembelajaran motor boleh dikatakan sebagai satu proses pembelajaran yang
berlaku hasil daripada latihan dan pengalaman dalam pemerolehan kemahiran.

2. Teori-Teori Pembelajaran Motor.


a) Teori Lingkaran Tertutup Adam (Adams Closed-Loop Theory)

Pengenalan
Teori lingkaran tertutup yang dicadangkan oleh JA Adams pada tahun 1971 membawa
perubahan besar dalam pembelajaran motor.JA Adams mencadangkan teori kognitif dimana
sesuatu kemahiran boleh diperolehi dengan menekankan peranan yang dimainkan oleh maklum
balas dalam pengubahsuaian pergerakan pelaku itu.Teori yang dicadangkan oleh JA Adams
mempunyai dua komponen saraf utama iaitu jejak memori yang memilih dan memulakan tindak
balas yang sesuai dan jejak persepsi yang bertindak sebagai perakam yang merakamkan segala
pergerakan yang dialkukan sepanjang latihan. Semasa dan selepas sesuatu pergerakan di dalam
latihan tersebut, maklum balas dan maklumat mengenai keputusan akan membolehkan pelaku
membandingkan prestasi dan pergerakan mereka berdasarkan jejak persepsi. Jejak bertindak
sebagai rujukan supaya sebarang pembetulan dan penambahbaikan prestasi dapat dilakukan
dalam pergerakan seterusnya.
Cadangan JA Adam untuk menilai pergerakan permulaan dan pergerakan penilaian untuk
kedua dua keadaan iaitu jejak memori dan jejak persepsi adalah berdasarkan kepada dua
pertimbangan. Pertama,beliau mendakwa kesilapan untuk prosedur lingkaran tertutup tidak akan
berlaku jika terdapat satu mekanisma yang memulakan dan menilai setiap pergerakan. Ini adalah
kerana deria yang menilai setiap pergerakan akan sentiasa dibandingkan dengan pergerakan itu
sendiri. Kedua, keterangan di dalam pembelajaran lisan boleh dimanipulasi oleh pembolehubah
tertentu. Oleh kerana itu, teori ini mencadangkan satu sama satu proses memori untuk melakukan
proses untuk mengingat dan mengenali sesuatu pergerakan.

Konsep
Sistem lingkaran tertutup mempunyai kebolehan untuk memberikan tindak balas,
mengesan kesilapan dan membetulkan kesilapan.Terdapat satu titik rujukan yang menjadi
rujukan kepada sistem tersebut untuk bertindak balas. Nilai titik rujukan telah ditentukan terlebih
dahulu dan nilai tersebut dibandingkan dengan nilai masukan untuk menentukan nilai kesilapan
dan kesilapan itu akan cuba dibetulkan oleh sistem tersebut. Contoh sistem lingkaran tertutup
adalah sistem pemanas rumah. Termostat akan ditentukan nilainya terlebih dahulu sebelum suhu
daripada pemanas akan dibandingkan dengan nilai termostat. Sebarang perbezaan akan cuba
dibetulkan oleh sistem tersebut. Secara ringkasnya, sistem lingkaran tertutup adalah sistem yang
boleh mengawal masuk dan keluar sistem tersebut secara automatik dengan membandingkan
nilai keluaran kepada nilai rujukan yang telah ditentukan terlebih dahulu.
Di dalam pembelajaran motor, sistem lingkaran tertutup mempunyai mekanisme rujukan
yang menentukan tindakbalas terbaik untuk sistem tersebut. Tindak balas daripada sistem akan
dibandingkan dengan mekanisme rujukan untuk menentukan perbezaan dan seterusnya
membetulkan perbezaan tersebut. Bagaimana dapat kita membentuk sistem lingkaran tertutup
yang berkait rapat dengan pembelajaran motor? Kita perlulah menentukan mekanisma yang
sesuai untuk sistem tersebut yang berkait rapat dengan pembolehubah pembelajaran.
Bagaimanakah kita menentukan mekanisma rujukan dengannya pelajar dapat mengetahui sama
ada dia telah mencapai prestasi yang memberangsangkan. Apakah sumber tindak balas dan
bagaimanakah ia bertindak balas? Apakah peranan pengetahuan dalam keputusan itu?. Sistem
lingkaran tertutup secara asasnya bergantung kepada tindak balas yang dihasilkan, lapisan tindak
balas, dan jejak persepsi. Ini semua adalah faktor yang akan menentukan titik rujukan.
Kebanyakan pengkaji program motor amat mengambil berat mengenai memori
berbanding daripada proses pembelajaran yang merekodkan turutan pergerakan di dalam
memori. Hasilnya mereka gagal mengetahui bagaimana program itu dapat dipanggil semula
daripada memori. Adakah tindak balas di dalam sistem lingkaran tertutup tidak sesuai digunakan
sepanjang proses pembelajaran ini? Atau adakah tindak balas hanya memainkan peranan pada
peringkat awal pembelajaran di mana proses pembelajaran tidak bergantung kepada tindak balas
sepenuhnya selepas itu? JA Adam telah cuba menjalankan eksperimen untuk menguji
kebarangkalian ini. Hasilnya JA Adam mendapati bahawa perubahan tindak balas menghasilkan
3

perbezaan yang besar untuk proses pembelajaran dimana ini bertentangan dengan teori di mana
pembelajaran motor akan berkembang melalui latihan berterusan. Ini membuktikan bahawa di
dalam sistem lingkaran tertutup tindak balas memainkan peranan penting di dalam setiap fasa
sepanjang proses pembelajaran.

Gambarajah 1 : Carta Alir Teori Lingkaran Tertutup


Dalam model konsepsual kemahiran tertutup, input atau maklumbalas akan dikenalpasti
jenis-jenis rangsangan yang akan dibuat. Respon akan dipilih melalui rangsangn tersebut dan
akan diprogramkan oleh pusat kawalan eksekutif yang diingini (feedforward). Selepas itu, sistem
efektor akan programkan motor. Programkan motor bererti pergerakan mana yang akan
dilakukan. Apabila sistem tersebut diprogramkan, pergerakan akan ditunjukkan secara
maklumbalas luaran sama ada secara visual dan audio. Maklumat sensori perlakuan yang sedang
berlaku (feedback) akan membuat perbandingan, jika mempunyai kesilapan, maklumbalas atau
input akan dikenalpasti dan diprogramkan semula.

Applikasi dan Implikasi.

M.T Abu Maaty dan JN Adib telah cuba mencipta satu program latihan untuk pemain
ping pong bawah 15 tahun dengan menggunakan teknik lingkaran tertutup, lingkaran terbuka dan
menggabungkan kedua duanya sekali untuk melihat dan mengkaji kesan latihan tersebut
kepada prestasi pemain untuk beberapa teknik asas. Selain daripada itu, program latihan ini juga
bertujuan untuk melihat perbezaan antara ketiga tiga sistem dan memastikan yang mana yang
lebih sesuai digunakan untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi setiap pemain.
Kedua dua penyelidik tadi telah menggunakan teknik eksperimen dimana mereka telah
memilih sampel ujian di kalangan pemain ping pong di bawah 15 tahun.Mereka dibahagikan
kepada 3 kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada 5 pemain wanita. Kumpulan
pertama akan menggunakan sistem lingkaran tertutup, kumpulan kedua menggunakan sistem
lingkaran terbuka dan kumpulan ketiga akan menggunakan kedua dua sitem iaitu sistem
lingkaran terbuka dan lingkaran tertutup. Hasil keputusan daripada eksperimen ini menunjukkan
bahawa ketiga tiga sistem tadi memberikan impak positif untuk membangunkan dan
meningkatkan prestasi pemain.Mereka mendapati bahawa sistem lingkaran tertutup amat bagus
untuk mengasah kemahiran pemain dalam teknik pukulan forehand dan backhand service with
the side spin.Sistem lingkaran terbuka pula sesuai untuk mengasah kemahiran The Forehand
Straight Loop dan gabungan kedua dua sistem sesuai untuk kemahiran backhand straight loop.
Ciri utama dalam kemahiran tertutup ialah maklumbalas. Maklumbalas akan diperolehi
melalui reseptor sensori dan laluan aferen. Tiga tugas maklumbalas ialah membenarkan
pergerakan dilakukan seperti yang dirancang, memberi maklumat tambahan untuk pergerakan
yang sedang berlaku dan membuat pembetulan kepada pergerakan yang sedang berlaku. Tujuan
maklumbalas ialah memberi maklumat tentang pergerakan yang sedang dilakukan. Dalam sistem
tersebut, pusat kawalan eksekutif (otak) bertindak memberi arahan untuk memulakan pergerakan
(merancang). Selepas itu, sistem efektor (saraf tunjang otot) akan bertindak menggerakkan
anggota badan.

Perlakuan dalam kemahiran tertutup ini ialah secara perlahan tetapi berterusan. Sasaran
perbuatan kemahiran tertutup ialah dalam persekitan yang tetap dan stabil. Contoh pergerakan
atau kemahiran yang tergolong dalam kemahiran tertutup ialah menaiki tangga, menembak atau
memanah pada sasaran yang tetap dan bermain bowling. Kemahiran tertutup ini sangat berbeza
dengan kemahiran terbuka.

b) Teori Skema Schmidt (Schmidts Schema Theory)

Pengenalan.

Pada tahun 1975, Schmidt yang tidak bersependapat dengan teori tertutup Adam telah
memberikan pendapat beliau dalam perspektif penguasaan kemahiran motor. Teori yang
dikemukakan oleh beliau adalah dikenali sebagai teori skema.Schmidt (1988), mendefinisikan
pembelajaran motor sebagai satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menyebabkan
perubahan tindakan atau pergerakan yang kekal. Teori Schmidt (Schmidt 1975) didasarkan pada
pandangan bahawa tindakan tersebut tidak disimpan melainkan kita lihat hubungan abstrak atau
aturan tentang gerakan. Skema Schmidt didasarkan pada teori bahawa setiap kali gerakan
dilakukan empat potongan informasi yang dikumpulkan:

a) awal kondisi - titik awal


b) aspek-aspek tertentu dari aksi motor - seberapa cepat, seberapa tinggi
c) hasil dari tindakan - keberhasilan atau kegagalan
d) sensorik konsekuensi dari tindakan - bagaimana rasanya

Schmidt berpendapat, pembelajaran adalah berkesan sekiranya maklumat yang terkumpul


disimpan. Beliau berpendapat bahawa teori tertutup Adam kekurangan proses kawalan terbuka
(open-loop). Namun, pada masa yang sama terdapat aspek yang menarik dalam teori Adam
seperti:
(a) Penumpuan kepada pengukuhan yang subjektif (subjective reinforcement);
(b) Penumpuan (concern) kepada respons lambat (slow response); dan
(c) Keperluan memiliki satu keadaan memori yang bertanggungjawab untuk
menghasilkan respons dan satu lagi bertanggungjawab untuk menilainya.

Konsep.
Menerusi teori skema, Schmidt telah mengambil sebahagian besar andaian dalam teori
Adam. Teori skema menggunakan konsep dan idea proses pembelajaran untuk cuba
menerangkan pembelajaran pergerakan cepat (balistik)dan pergerakan lambat. Berdasarkan idea
dua mekanisme memori Adam, beliau telah membentuk dua skema berikut untuk memudahkan
simpanan maklumat:
(a) Skema ingat kembali (recall schema)
Skema ingat kembali merupakan satu set peraturan yang memilih nilai parameter untuk
pergerakan spesifik dan memulakan sesuatu perlakuan.
(b) Skema pengenalpastian respons (response recognition schema)
Skema pengenalpastian respons adalah satu set peraturan yang digunakan untuk menilai
dan membandingkan hasilan dengan parameter yang dipilih. Ianya disimpan melalui
maklumat sensori untuk kegunaan pembetulan pada masa akan datang.

Hubungan antara item informasi yang digunakan untuk membangun sebuah skema ingat
kembali dan skema pengenalpastian. Skema ingat kembali didasarkan pada kondisi awal dan
hasil dan digunakan untuk menghasilkan program motor untuk mengatasi tujuan baru. Skema
Pengenalpastian ini didasarkan pada tindakan sensorik dan hasilnya.

Teori Skema
sumber Kluka (1999)
Beberapa tahun telah berlalu sejak Schmidt mengemukakan teori dan beliau Banyak
eksperimen oleh ahli psikologi telah mengesahkan beberapa aspek yang jelas Teori Skema.
Walaupun usianya, Teori Skema kekal salah satu teori yang terkemuka di kawasan yang
bergerak agak perlahan ini penyelidikan

Aplikasi dan Implikasi.


Pada tahun 1974 Richard A Schmidt mengemukakan Teori Skema rakannya akan cuba
untuk menjelaskan bagaimana kita belajar dan melaksanakan 'diskret kemahiran motor persepsi.
(Teori ini telah diterbitkan pada tahun 1975.) . Kemahiran motor diskrit adalah kemahiran yang
mengambil masa yang singkat untuk melakukan (bahagian 'diskret') dan melibatkan
menggunakan pancaindera kita untuk memahami apa yang berlaku (yang 'persepsi' bit) dan
kemudian menggunakan badan kita untuk bertindak (sedikit 'motor' ). Kami menggunakan
banyak kemahiran ini dalam sukan seperti tenis, skuasy, badminton, golf, kriket, snooker, bola
sepak, dan juga dart. Kemahiran termasuk strok dan corak gerak kaki. Ini bukan satu-satunya
kemahiran dalam sukan. Sebagai contoh, berbasikal, berlari, dan memandu kereta adalah
kemahiran yang dilakukan secara berterusan untuk tempoh masa yang panjang, jadi mereka tidak
'diskret' dan tidak dilindungi oleh Teori Skema.
Pemerhatian asas Schmidt adalah bahawa dalam sukan seperti tenis dan badminton kita
hampir tidak pernah mengulangi tindakan yang sama dengan tepat. Walaupun kita hanya
menganggap satu 'kelas pergerakan' (contohnya pukulan depan memandu di skuasy), bola
sentiasa unik di kemuncaknya, trajektori dari arah depan, putaran, dan sebagainya. Juga, kita
boleh berubah-ubah niat kita mencecah lebih cepat atau lebih keras, atau menggunakan jumlah
yang berbeza putaran. Jika dua pukulan kelihatan serupa (berfungsi sebagai contoh) walaupun ini
mungkin sedikit berbeza kerana dalam satu pemain merupakan sedikit lebih letih daripada di
lain, jadi otak pemain mempunyai untuk menolak otot sedikit lebih keras.

10

c) Teori Constraint Newell (Newells Constraints Theory)

Pengenalan.
Apakah faktor yang menyumbang kepada pencapaian individu dalam kualiti hidupnya?
Salah satu bidang penyelidikan yang mendapat perhatian ramai ialah bidang constrain. Secara
umumnya constrain atau kekangan adalah faktor yang menghadkan penyertaan dan keseronokan
seseorang dalam seseuatu aktiviti. Di dalam bidang pembelajaran motor pula, penyelidik
menumpukan kajian mereka dalam constrain. Pergerakan adalah satu cara bagaimana manusia
berhubung dengan persekitaran. Dengan memahami pergerakan, seseorang itu akan lebih
memahami maksud sesuatu yang dikenali sebagai kemahiran. Satu faktor yang sangat penting
dalam bidang pembelajaran motor ialah kaedah membangunkan kemahiran dan bidang yang
menghalang seseorang itu mencapai cita citanya dan sesuatu yang menghalang seseorang itu
mempertajamkan kemahiran mereka. Di dalam bidang lain, penyelidikan banyak ditumpukan
dalam penyertaan rekreasi dan sebab utama seseorang tidak menyertai atau terlibat dalam sesuatu
aktiviti.
Dengan memahami constrain, penyelidik lebih memahami isu dan faktor yang
menghalang pembentukan dan pembangunan kemahiran. Penyelidik cuba mengkaji dan
menganalisa hubungan antara pergerakan dan constrain pada seseorang individu.

Konsep.
Constrain pada organisma merujuk kepada ciri ciri yang terkandung pada seseorang
dan mengandungi constrain fungsi dan struktur pada sesuatu organisma seperti berat, ketinggian
dan bentuk badan termasuk kognitif dan emosi. Constrain persekitaran adalah faktor luaran
seseorang individu dan ia biasanya berbentuk umum atau spesifik. Pembolehubah yang terlibat
termasuklah graviti, suhu dan faktor budaya. Akhirnya, constrain tugasan termasuk matlamat
untuk sesuatu tindakan, peraturan yang terkandung di dalam sesuatu tindakan dan mesin yang
terlibat di dalam prestasi.
Terdapat 3 kategori constrain yang dicadangkan. Pertama adalah matlamat sesuatu
tugasan.Kedua adalah peraturan yang menentukan atau kekangan untuk tindak balas
11

dinamik.Ketiga ialah penggunaan mesin yang menentukan atau menyebabkan kekangan


dinamik.

Gambarajah 3 :Segitiga Newell

Aplikasi dan Implikasi


12

Permainan bola baling merangkumi pelbagai kategori. Di dalam permainan bola baling,
matlamat utama ialah untuk menjaringkan seberapa banyak jaringan lebih banyak daripada
pasukan lawan.Untuk kategori pertama, pemain perlu menyerang gawang gol pasukan lawan dan
mempertahankan gawang gol sendiri. Pemain setiap pasukan perlu mengikut peraturan yang
telah ditetapkan iaitu cara yang betul untuk menjaringkan gol dan cara yang betul untuk
mempertahankan gol. Sebagai contoh pemain adalah dilarang daripada menyepak bola dengan
menggunakan kaki.Ini tergolong dalam kategori kedua. Permainan ini akan menjadi berbeza jika
jenis bola lain digunakan seperti bola ragbi atau bola tenis. Ini akan menjadikan cara permainan
itu berubah seperti cara melempar bola dan menahan bola. Semua kekangan atau peraturan ini
menjadikan prestasi seseorang dapat ditingkatkan.
Kekangan untuk struktur organisma (saiz badan) juga diketahui dapat mempengaruhi
prestasi fizikal.Bentuk tubuh badan bahagian adalah pembolehubah yang membezakan prestasi
seseorang atlet.Atlet yang terlibat dalam acara balingan biasanya lebih tinggi, berat dan
mempunai tubuh badan yang sasa.Bahagian atas tubuh mempunyai kesan ke atas prestasi atlet
pelempar.Berat badan berkait rapat dengan pelempar tukul besi dan kekuatan kaki berkait rapat
dengan prestasi atlet larian.
Dua model yang menunjukkan contoh perkaitan saiz badan dengan prestasi atlet iaitu
model isometrik dan model allometrik. Model skala isometrik adalah berdasarkan saiz badan
yang berbeza biasanya secara geometri sama. Semua dimensi linear adalah berkait rapat dengan
perkadaran yang sama. Ini menunjukkan bahawa apabila panjang bertambah, jisim dan keluasan
permukaan akan bertambah. Sila rujuk gambarajah 4.
Untuk teori skala allometrik, sesuatu organisma yang mempunyai saiz yang berbeza
selalunya tidak isometrik.Sebagai contoh kaki tikus membengkok berkadar terus dengan saiz
badan tikus itu. Sama juga seperti gajah yang mempunyai sifat yang sama. Ini bermakna saiz
badan yang berbeza dicipta dengan ketidaksamaan geometri. Oleh itu, apabila saiz bertambah
panjang bertambah pada kadar yang lebih sedikit berbanding dengan luas permukaan. Sebagai
contoh, saiz kaki akan mengembang dengan pertambahan saiz badan seperti gajah dan tikus.
Contoh yang terbaik yang menerangkan tentang teori skala ialah pemegang rekod dunia
di dalam acara angkat barat terdiri daripada pelbagai kelas berat. Dengan meningkatnya kelas
berat, berat yang perlu diangkat juga akan meningkat. Ini menunjukkan bahawa berat badan
13

adalah sangat penting dalam setiap acara yang memerlukan kekuatan maksimum.Oleh itu, berat
badan dan ketinggian mempengaruhi kekuatan mengikut teori skala.
Bagi kekangan yang melibatkan tugasan, apa yang dikaji adalah hubungan antara
spesifikasi tugasan dan jenis arahan untuk tugasan tersebut. Kebanyakan tugasan khusus
biasanya disertai oleh ketepatan dalam melakukan tugasan.Ini boleh dikaitkan dengan dalam
permainan bola sepak.Arahan yang menekankan tentang kelajuan dan ketepatan memainkan
peranan yang penting dalam meningkatkan prestasi dalam permainan ini. Kajian menunjukkan
bila seseorang diarahkan untuk melemparkan dart pada kelajuan tinggi, balingan itu tidak tepat
seperti balingan pada waktu normal. Walaubagaimanapun dalam permainan tenis, servis yang
dilakukan pada kelajuan yang tinggi adalah lebih tepat berbanding dengan servis yang dilakukan
pada kelajuan yang rendah.Oleh kerana itu analisis kinematik dilakukan untuk mendapatkan
seberapa banyak maklumat tentang bagaimana arahan mempengaruhi koordinasi pergerakan.
Semua kekangan yang diterangkan sebelum ini mempengaruhi prestasi sesuatu
pergerakan.Perubahan prestasi boleh diukur melalui pembolehubah kelajuan dan ketepatan.
Walaubagaimanapun kekangan itu juga boleh mempengaruhi koordinasi di mana ia juga boleh
definisikan sebagai hubungan antara beberapa segment dan sendi pada masa tertentu yang
menghasilkan pergerakan yang diinginkan. Koordinasi ini boleh dianggap sebagai strategi yang
boleh mempengaruhi prestasi seseorang berdasarkan ketepatan dan kelajuan.

Rujukan

14

Tan Kait Keong (2014). HBPE4103 Pembelajaran Motor. Open University Malaysia . Selangor
Darul Ehsan.

Adam, J.A. (1971) A closed-loop theory of motor learning. Journal of Motor Behaviour, 3, p.
111 149. Fitts, P.M. and Posner, M.I. (1967) Human Performance. Belmont, CA: Brooks/Cole.

Richard A. Schmidt ( 2008 ), Motor Learning and Performance. A situation based Learning
Approach. Human Kinetic.

http://www.d.umn.edu/~dmillsla/courses/motorlearning/documents/Chapter04_000.pdf

Scribd.com ( 2010 ). Kawalan Motor dan Pembelajaran Motor. Diambil daripada laman web
http://www.scribd.com/doc/29046830/Kawalan-motor-dan-pembelajaran-motor

15