Anda di halaman 1dari 1

1.

Pengenalan

Pembelajaran kemahiran motor ialah bidang pengajian pergerakan manusia yang


berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil
proses fizikal seperti praktis dan latihan. Manusia dapat menanggani alam sekitar yang tidak
menentu dengan kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Kemahiran
yang dipelajari bergantung kepada keupayaan organisma mengadaptasi dan mengatasi ciri-ciri
persekitaran yang tidak menentu.
Selain itu, pembelajaran motor juga didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran
kemahiran secara berperingkat dalam proses perkembangan motor bayi. Proses ini berlaku secara
semula jadi bagi bayi yang bermula sejak lahir hingga dewasa. Kadar pembelajaran motor bayi
berlaku adalah bergantung kepada bantuan dan bimbingan orang di sekeliling terutamanya ibu
bapa. Pembelajaran motor kanak-kanak adalah pergerakan motor yang diperolehi daripada
pengalaman. Contohnya apabila kanak-kanak dalam keadaan meniarap dan ternampak barang
mainan di hadapannya, kanak-kanak tersebut akan bergerak dengan menggunakan kekuatan otot
leher dan paha untuk bangun secara tiarap secara spontan untuk mencapai barang mainan itu.
Mengikut Cratty (1975), pembelajaran motor adalah perubahan tahap kemahiran yang
stabil hasil daripada percubaan yang berulang-ulang. Menurut Drowatzky (1981) pula,
penyesuaian yang melibatkan pergerakan dan tindak balas otot. Malina, et al. (2004) mengatakan
bahawa pembelajaran motor adalah kemajuan dalam prestasi hasil latihan yang lama. Jadi, ini
berkaitan dengan tindak balas tisu dan sistem yang khusus terhadap latihan. Daripada ketiga-tiga
definisi tersebut, pembelajaran motor boleh dikatakan sebagai satu proses pembelajaran yang
berlaku hasil daripada latihan dan pengalaman dalam pemerolehan kemahiran.