Anda di halaman 1dari 4

HADIS

Jenis-Jenis Hadis
Sebelum membicarakan mengenai hadis dhaif ada baiknya kita melihat
jenis-jenis hadis secara umum. Di dalam pengkategorian hadis terdapat
5 kategori hadis iaitu hadis Sahih, hadis Hasan, hadis Dhaif dan juga
hadis Maudu.
Hadis Sahih
Hadis Sahih adalah hadis yang telah melalui atau menepati syaratsyarat hadis Sahih yang telah digubal oleh para ulama hadis. Syaratsyarat hadis Sahih ialah:
1. Hadis yang diriwayatkan bersambung sanadnya dari seorang perawi
hingga kepada perawi yang sebelumnya dan begitulah seterusnya
sehingga sampai kepada Rasulullah S.A.W.
2. Perawi-perawi hadis tersebut hendaklah seorang yang adil[3].
3. Perawi-perawi hadis tersebut juga hendaklah terdiri daripada perawiperawi yang sempurna kedhabitannya.
4. Tiada syaz (keraguan / keganjilan) pada hadis tersebut.
5. Tiada Illat atau pun kecacatan pada hadis itu.
Hadis Hasan
Hadis Hasan pula adalah hadis yang rendah sedikit tarafnya /
martabatnya daripada hadis Sahih. Di mana hadis Hasan tidak
memenuhi salah satu daripada syarat-syarat hadis Sahih iaitu di dalam
sanad hadis tersebut terdapat perawi hadis yang kurang dhabit (kurang
ingatannya).
Hadis Dhaif
Hadis Dhaif ialah hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis Sahih
dan juga hadis Hasan. Hadis inilah yang akan diperbincangkan di dalam
penulisan ini.
Hadis Maudu
Hadis Maudu ialah hadis merupakan hadis palsu yang direka oleh
sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan atau agenda yang
tersendiri. Hadis pada taraf Maudu adalah tertolak dan langsung tidak
boleh digunakan sebagai hujjah dan untuk apa tujuan sekali pun kecuali
untuk menerangkan kedudukan dan status hadis tersebut agar orang
ramai tahu bahawa hadis itu adalah hadis palsu dan dengan itu dapat
menjauhkan diri daripada terlibat di dalam penyebaran atau pun beramal
dengan hadis tersebut. Ini kerana hadis palsu adalah satu

pembohongan terhadap Rasulullah S.A.W. dan membuat pembohongan


terhadap Rasulullah S.A.W. adalah satu perbuatan yang haram dan
berdosa besar. Hadis Rasulullah S.A.W. :


Maksudnya: Sesiapa yang mendustai ku dengan sengaja maka
bersedialah tempatnya di neraka
Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim

Punca Sesebuah Hadis Menjadi Taraf Hadis Dhaif


Hadis Dhaif seperti yang telah diterangkan sebelum ini
adalah merupakan hadis yang lemah disebabkan tidak
menepati salah satu atau lebih syarat-syarat yang
terdapat pada hadis Sahih atau hadis Hasan. Antara
yang menyebabkan berlakunya hadis tersebut tidak
memenuhi syarat hadis Sahih atau hadis Hasan ialah
kerana:
1. Terputusnya sanad hadis
2. Terdapat di antara perawi hadis tersebut tidak adil[4]
3. Terdapat juga di antara perawi hadis tersebut yang
lemah ingatannya
4. Timbulnya atau wujudnya syaz (keraguan, keganjilan)
pada hadis tersebut
5. Terdapat Illat (kecacatan) pada hadis tersebut
Hukum Beramal Dengan Hadis Dhaif
Di dalam menyatakan mengenai hukum beramal
dengan hadis Dhaif, para ulama hadis telah berselisih
pandangan mengenainya namun begitu jumhur ulama
telah mengharuskan menggunakan hadis Dhaif bagi
tujuan
Fadhail
al-Amal
(kelebihan
beramal).

Menggunakan hadis Dhaif bagi tujuan Fadhail Amal


adalah dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan
seperti yang telah dinyatakan oleh al-Imam al-Hafiz Ibn
Hajar[5] iaitu:
1. Hadis tersebut hendaklah tidak terlalu Dhaif
2.Sesuatu hadis itu menggambarkan sesuatu amalan
yang bersandarkan kepada hadis Sahih atau hadis
Hasan yang lain iaitu ia mempunyai asal dalam hadis
Sahih atau hadis Hasan yang lain
3. Tidak berikhtikad ketika beramal dengannya bahawa
hadis tersebut sabit daripada Rasulullah S.A.W.
Kitab Yang Menghimpunkan Hadis Dhaif
Para ulama hadis telah menghimpunkan hadis-hadis
Dhaif di dalam kitab-kitab penulisan mereka. Antara
kitab-kitab yang mahsyur yang menghimpunkan hadis
Dhaif ialah:
1. Mizan al-Iktidal karangan Imam al-Dhahabi
2. al-Marasil karangan Imam Abu Daud
3. al-Ilal karangan Imam al-Daraqutni
Penutup
Para ulama hadis pada zaman lalu telah berusaha
secara bersungguh-sungguh di dalam menjaga
keautoritian khhazanah hadis agar terpelihara daripada
dicemari unsur-unsur yang boleh merosakkan
keautoritian hadis. Ini kerana hadis akan dinisbahkan
kepada Rasulullah S.A.W. Terjejasnya autoriti hadis
akan menyebabkan timbulnya pertikaian terhadap diri
Rasulullah S.A.W. apatah lagi musuh-musuh Islam
sentiasa mencari ruang untuk memburuk-burukan
Rasulullah S.A.W. dan juga ajaran Islam yang dibawa
oleh Baginda S.A.W.
Dengan terjaganya maqam hadis maka akan turut
menjaga reputasi Rasulullah S.A.W. dan dengannya

akan menyebabkan tertutupnya pintu-pintu bagi musuhmusuh Islam untuk memburuk-burukan Baginda S.A.W.
seterusnya menyelamatkan umat Islam menjadi raguragu terhadap ajaran Islam.
Pembahagian darjat hadis-hadis yang dilakukan oleh
para ulama hadis adalah demi menjaga keautoritian
hadis.