Anda di halaman 1dari 2

HATI KERA TERTINGGAL

Isteri kura-kura jatuh sakit. Sebagai


ubatnya, kura-kura mesti mendapatkan hati
kera. Tiba-tiba kura-kura ternampak seekor
kera sedang makan buah jambu di atas pokok.
Kura-kura mendapat akal. He, Si Kera ,aku
fikir buah jambu di sini tidak seenak buah
jambu di seberang sungai, aku boleh bawakan
kau. Kata kura-kura. Kera berasa sangat
gembira .Apabila sampai di tengah sungai
kura-kura memberitahu hajatnya yang
sebenar. isteri aku jatuh sakit. Aku perlukan
hati kera untuk mengubatinya. Kera berasa
terkejut ,kini ia tahu yang dirinya sudah
diperdaya oleh kura-kura. Aku tidak dapat
menolong kamu, hatiku tertinggal di atas
pokok tadi. Kata kera. Ayuh kita berpatah
balik ke pokok tadi. Kura-kura pun bersetuju.
Kera terus melompat ke atas dahan pokok .
Alangkah bodohnya kau, kura-kura.kata kera.
Kura- kura berasa malu lalu berlalu dari situ.

Serigala Yang Lapar

Pada suatu hari serigala keluar untuk mencari


makanan . Serigala ternampak 3 ekor arnab
dan mendapat satu akal . Ia berbaring di luar
rumah seperti sudah mati.
Arnab hitam ternampak serigala lalu berkata,
Bila serigala mati , matanya akan terbuka.
Serigala terdengar dan dengan pantas ia
membuka matanya. Arnab hitam ketawa. Ia
berkata, serigala cuba menipu kita,Serigala
terdengar dan berasa sangat marah. kamu
mesti beri aku makan salah satu daripada
kamu, kalau tidak aku akan makan kamu
semua.
Arnab hitam berkata kami akan berikan
kamu telur arnab. Serigalasetuju lalu berkata
baiklah . Arnab hitam membalut seketul
batu yang besar dalam sehelai daun yang
besar, lalu membalingnya kepada serigala.
Serigala terus menggigitnya. Aduh! Giginya
telah patah . Suatu hari nanti , aku akan
kembali dan mengajar kamu. Kata serigala
lalu berlari dari situ.