Anda di halaman 1dari 11

1.

NILAI SEPUNYA

Nilai bermaksud perkara yang baik, mulia dan luhur yang ingin dimiliki oleh individu dan
menjadi harapan masyarakat dan negara. Kewujudan nilai dalam kehidupan manusia
berpunca daripada kepercayaan, agama, budaya dan pemikiran manusia berdasarkan tamadun
yang membendung mereka. Hakikatnya setiap tamadun mempunyai ciri-ciri dan nilai yang
tersendiri, yang mungkin berbeza dan mungkin sama atau hampir sama antara satu sama lain.
Jadi nilai-nilai yang bersamaan itu boleh dianggap sebagai sepunya atau universal.
Universal bermaksud kesejagatan. Nilai universal atau nilai sejagat merupakan satu perkara
yang boleh diterima umum, yang boleh diterima dan diamalkan oleh ramai orang tanpa
batasan kaum, agama, politik dan negara.
Nilai sepunya atau universal dalam tamadun pula bermaksud, nilai-nilai yang diterima
atau ditolak oleh satu-satu tamadun selari dengan nilai-nilai yang terdapat dalam tamaduntamadun lain. Dalam erti kata lain, sebagai nilai yang boleh dikongsi bersama, dipersetujui
bersama atau boleh di kompromi dalam kalangan masyarakat, budaya dan bangsa di dunia.
Misalnya, nilai keadilan, hampir keseluruhan penduduk dunia menuntut dan
memperjuangkannya. Manakala nilai buruk seperti amalan berjudi dan berzina ditolak oleh
kebanyakan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. (Abdulah Zhidi Omar
et al. 2013)

1.1

NILAI-NILAI SEPUNYA TAMADUN ASIA

Nilai-nilai sepunya dalam Tamadun Asia tertanam dalam ajaran-ajaran keagamaan yang telah
berkembang subur di seluruh Asia; sama ada Islam, agama dan kepercayaan dari Tanah Besar
China mahupun dari benua India. Nilai-nilai universal dari tradisi keagamaan ini boleh
diringkaskan berdasarkan prinsip-prinsip seperti berikut;

1.1.1

Berlandaskan idea keagamaan

Peranan agama dalam semua tamadun Asia sangat penting kerana ia membantu
memantapkan struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun. Semua tamadun Asia sama ada
berasaskan agama samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi doktrin keagamaan, malah

dari agama inilah lahirnya kebudayaan dan sains. Idea ketuhanan yang transcendence (kudus)
sama ada dengan panggilan Ti, Brahman atau Sang Hyang Tunggal menyebabkan institusi
dan ajaran keagamaan agama lain juga dihormati. (Fairuzah Hj. Basri, 2012)

a. Tamadun Islam
Sebagai contohnya, Tamadun Islam bertunjang dan berpaksikan kepada konsep tauhid. Ini
bermaksud tauhid merupakan intipati dalam kehidupan bertamadun masyarakat Islam. Justeru
itu, asas dalam Tamadun Islam adalah akidah, syariah dan akhlak. Ketiga-tiga aspek ini
merupakan komponen dalam agama Islam. Sumber dalam Tamadun Islam adalah sumber
naqli iaitu sumber wahyu. Sumber ini menjadi sumber asas, manakala sumber aqli iaitu yang
berdasarkan akal merupakan sumber sekunder yang mana ketetapannya mestilah tidak
bercanggah dengan sumber naqli. Aspek kerohanian dalam Tamadun Islam amat
dipentingkan. Kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material) mestilah seimbang dan
bersepadu. Kesepaduan ini akan membentuk matlamat Tamadun Islam yang paling utama
iaitu mencapai keredhaan Allah, manakala material berfungsi sebagai wasilah atau alat
penghubung dalam mencapai matlamat utama tersebut.

b. Tamadun Cina
Masyarakat Cina tetap percaya kepada konsep ketuhanan walaupun terdapat pelbagai agama
yang menjadi anutan mereka. Antaranya, penyembahan roh nenek moyang, fahaman
Konfusius, Daoisme atau Taoisme dan Buddhisme. Kesemua agama menekankan konsep
ketuhanan dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan
sebaliknya, kecuali Buddhisme.
Dalam kosmologi Cina, terdapat konsep tian yang bermaksud langit iaitu merujuk
kepada dewa yang terpenting. Dewa dalam masyarakat Cina merupakan pembuktian
kewujudan Tuhan. Dalam Dinasti Chou, tian merujuk kepada makhluk unggul di langit
(supreme being) yang mengatur perjalanan hidup dan nasib seseorang, menentukan
keamanan dan kesejahteraan serta memberi balasan baik dan buruk. Ia juga mungkin
menyebabkan kemudharatan sebagai hukuman terhadap insan yang berkelakuan salah.
Kepercayaan terhadap konsep ini mendorong masyarakat mereka mengawal tingkah laku
bagi mengelakkan dan mendapat balasan dari tian.

c. Tamadun India
Tamadun ini juga memperlihatkan hal yang sama mengenai kedudukan agama dan
kerohanian yang tinggi dalam masyarakat. Kepercayaan Hindu menekankan konsep
ketuhanan dan kerohanian. Antaranya percaya kepada konsep trimurti iaitu percaya kepada
ketuhanan Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pemelihara) dan Siva (Tuhan
Pemusnah).

1.1.2 Institusi Kekeluargaan dan Aspek Kemanusiaan


Tamadun Asia begitu sarat dengan elemen rite de passage iaitu adat istiadat dari saat
kelahiran hinggalah kematian. Hal ini amat dititikberatkan oleh anggota keluarga. Ini
menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan sangat ditekankan.

a. Tamadun Islam / Perspektif Islam


Dalam perspektif Islam, soal institusi kekeluargaan diperhalusi oleh ilmu munakahat yang
mengatur pembinaan institusi keluarga bermula dari proses mencari jodoh, tanggungjawab
suami isteri dan seterusnya (Fairuzah Hj. Basri, 2012:67).
Islam sangat menggalakkan perkahwinan yang sah sebagai tuntutan semula jadi
manusia. Malah tamadun Islam menetapkan hukum wajib untuk berkahwin kepada seseorang
yang mampu dan cukup perbelanjaan jika ia terdedah kepada perbuatan zina. Zina
meruntuhkan institusi kekeluargaan dan perosak masyarakat. Zina melahirkan masyarakat
yang hanya tunduk kepada nafsu syaitan dan tidak bertanggungjawab. Melahirkan anak luar
nikah, perbuatan ibu muda yang menggugurkan kandungan dan membuang bayi di tong
sampah merupakan perbuatan yang bertentangan dengan Islam. Tamadun Islam sangat
menjaga maruah, kemuliaan, akhlak dan kesucian keturunan. Perkahwinan akan memberi
banyak faedah kepada individu dan masyarakat. Tuntutan ini bersifat universal dan dapat
diterima oleh semua bangsa dan tamadun. Antara faedah atau kepentingan perkahwinan
menurut tamadun Islam (Abdul Basit Abdul Rahman, 2012:113) ialah :

Memberi ketenangan dan kerehatan jiwa

Jalan yang unggul untuk menjaga kesucian diri

Cara untuk meneruskan keturunan

Menerap kasih sayang antara ahli keluarga dan masyarakat

Menjaga kesucian keturunan

Menyempurnakan sifat kelelakian dan kewanitaan

Mewujudkan rasa tanggungjawab

Semua anggota dalam sistem kekeluargaan mempunyai tanggungjawab. Misalnya,


tamadun Islam meletakkan tanggungjawab anak supaya berbuat baik kepada ibu bapa, patuh,
taat, lemah lembut, mengasihi, ambil berat, beradab dan berakhlak mulia kepada mereka
(Abdul Basit Abdul Rahman, 2012:151).
Selain itu, terdapat juga konsep hubungan yang baik dengan Allah (hablum minallah)
dan hubungan yang baik sesama manusia (hablum minannas). Hablum minannas diikat
dengan ukhuwah Islamiyah, dengan maksud semua umat Islam bersaudara dan sama di sisi
Allah kecuali orang yang bertaqwa. Islam menetapkan agar umatnya sentiasa menjaga akhlak
antara sesama manusia yang merangkumi akhlak dengan ibu bapa, guru, kawan, jiran, sesama
Islam dan bukan Islam, malah akhlak terhadap musuh Islam juga perlu dijaga. Hubungan
yang baik sesama manusia amat perlu dijaga., malah andainya seorang Islam tidak
mempunyai hubungan yang baik dengan manusia yang lain walaupun mempunyai hubungan
yang baik dengan Allah, dia tidak dikira sebagai ahli syurga. Dalam konteks pergaulan juga,
syariat Islam telah diturunkan agar kepentingan 5 hak asasi manusia (maqasid al-syariah)
terlaksana iaitu hak beragama, menjaga kewarasan akal, menjaga nyawa, harta benda dan
maruah diri. Ini memperlihatkan ajaran Islam menekankan nilai kemanusiaan.

b. Tamadun China
Dalam Tamadun China, keluarga merupakan unit asas. Ajaran Konfusianisme yang menjadi
asas kepada Tamadun China memberi penekanan penting kepada hubungan kasih sayang dan
hirarki kuasa dalam hubungan sesama manusia. Bagi ajaran ini, kasih sayang antara manusia
ini akan mewujudkan ketenteraman dan keharmonian. Kesetiaan dan pertalian yang erat juga
merupakan konsep kekeluargaan yang penting melalui Konsep Lima Hubungan (Wu Lun)
iaitu konsep yang menekankan lima jalinan khusus iaitu hubungan maharaja dengan rakyat,
hubungan bapa dengan anak, hubungan abang dengan adik, hubungan suami dengan isteri
dan hubungan kawan dengan kawan. Ini dapat menimbulkan perasaan kasih sayang, dan

saling membantu antara satu sama lain. Bagi mencapai hasrat tersebut, pihak yang di atas
dikehendaki menjaga yang rendah dan yang rendah mesti mematuhi dan menghormati yang
di atas.
Lima hubungan ini dianggap sebagai titik tolak kepada pembinaan sebuah masyarakat
dan negara. Golongan di atas bermakna pemerintah kepada rakyat, bapa kepada anak-anak,
suami kepada isteri, abang/kakak kepada adik-adik. Manakala kawan-kawan boleh dilihat
kepada usia, ilmu dan kebaikan. Konfisius menekankan konsep ini sebgai motivasi kepada
para anggota dalam keluarga agar berkahwin bagi tujuan kelahiran generasi pengganti yang
akan datang. (Nik mohd Rosdi Nik Ahmad, Nik Kamaliah Nik Abdullah 2008)
Semua nilai murni yang terhasil daripada penghayatan terhadap ajaran Konfusius
yang memberi penekanan kepada nilai-nilai sejagat seperti Ren/Jen bermaksud kemanusiaan
dan kasih sayang yang mendorong seseorang suka melakukan kebajikan terhadap semua.
Asas kepada Ren ialah Xiao (berbakti) dan Di (hormat). Selain itu Li (tatasusila), Zhi
(kebajikan), Junzi/Chung Tzu (sifat-sifat kebajikan termasuk kesederhanaan dan kebiasaan
serta terangkumi maksud berpengetahuan, berkebolehan dan bijaksana berkemampuan
mengatasi segala permasalahan.).
Demikian juga konsep Zhong-Yong (The Golden Mean), merujuk kepada
kesederhanaan dalam segala hal. Diibaratkan sebagai jalan tengah dalam menyelesaikan
segala permasalahan. Antara cirinya ialah tidak menerima kekerasan sebagai jalan
penyelesaian.

c. Tamadun India
Dalam tamadun ini, terdapat konsep ahimsa iaitu belas kasihan yang boleh membawa kepada
tiadanya kekejaman terhadap sebarang makhluk sama ada manusia atau binatang.

1.1.3 Menekankan Tatacara dan Etika Dalam Kehidupan


a.

Tamadun Islam

Etika dalam Islam adalah manfaat daripada penghayatan syariat. Syariat diutuskan Allah
keada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dan mengatur kehidupan agar harmoni.

Syariat Islam mengatur hubungan manusia dengan Allah melalui pengamalan ibadat dan
hubungan manusia sesama manusia melalui pelaksanaan muamalat, munakahat dan jinayat.
Syariat Islam juga merangkumi akhlak iaitu sistem nilai yang menjamin kehidupan yang
beretika. Akhlak Islam bersifat syumul iaitu meliputi akhlak dengan Allah SWT, Rasulullah
SAW, sesama manusia terutamanya ibu, bapa, guru, jiran dan termasuk sesama manusia
walaupun dengan bukan Islam.
Demikian juga akhlak Islam termasuk dengan alam persekitaran seperti haiwan dan
tumbuh-tumbuhan. Penegasan soal etika dalam ajaran Islam menjadi faktor utama Rasulullah
SAW diutus oleh Allah kepada manusia. Justeru itu, Rasulullah merupakan model akhlak
yang terbaik kepada umat Islam dan manusia seluruhnya. Dalam hal ini, Allah SWT
berfrman bermaksud:
Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah terdapat contoh ikutan

yang

baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan
(kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah. (al-Ahzab:21)

b.

Tamadun China

Nilai yang terhasil daripada elemen ini, boleh dilihat kepada pendekatan yang diambil oleh
para ahli fikir China untuk melahirkan manusia yang bermoral. Semua etika yang
didoktrinkan sebagai baik dan perlu dihayati oleh masyarakat. Sebagai contoh, Legalisme (
ajaran falsafah oleh Xub Zi 298-238SM. ) berpendapat, manusia pada asasnya bersifat jahat,
untuk itu tidak ada penyelesaian lain melainkan dengan undang-undang keras dan hukuman
yang berat. (Azhar Hj. Mad Aros et.al. 2001:227).
Hasil daripada pelaksanaan ini muncullah nilai yang disebut sebagai keadilan,
keberanian, kebijaksanaan, kejujuran dan sebagainya.
Dalam tamadun ini, terdapat konsep dao (jalan). Begitu juga pemikiran tentang li
(Tatasusila). Menerusi konsep ini, Konfusius menekankan peraturan akhlak dan peraturan
kehidupan berasaskan perkara berikut:
i.

Peraturan perhubungan manusia dengan Tuhan.

ii.

Peraturan perhubungan manusia dengan manusia.

iii.

Peraturan perhubungan politik.

c.

Tamadun India

Dalam Hinduisme, ia berpaksikan idea dharma (tanggungjawab) dan karma iaitu doktrin
perbuatan; baik akan mendapat balasan yang baik. Demikian juga sebaliknya, buruk dibalas
buruk. Masyarakat perlu mematuhi etika yang ditetapkan agar kehidupan barunya lebih baik
dan mendapat matlamat dalam mencapai mokhsa.

1.1.4 Mementingkan kebijaksanaan dan kepemimpinan


a.

Tamadun Islam

Pemimpin adalah khalifah di muka bumi sinonim dengan kepemimpinan dalam Islam. Politik
Islam menggariskan sistem dan corak pemerintahan Islam seperti asas dalam berpolitik
adalah tauhid, risalah dan khilafah. Selain itu, prinsip politik Islam adalah keadilan,
persamaan, syura dan akauntabiliti. Sumber dalam politik Islam ialah kitabullah dan sunnah
Rasul-Nya, di samping ijtihad dan ijma ulama.

b.

Tamadun China

Dalam tamadun ini, Konfusius menekankan ajaran moral kepada manusia, antaranya
membantu pemerintah yang baik dan sifat baik merupakan satu harta yang paling penting
untuk dimiliki oleh setiap pegawai. Dalam hal ini, Raja-raja Chou mengaitkan diri mereka
dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga. Ini merujuk kepada maksud raja
adalah wakil Tuhan di bumi. Justeru itu, mereka perlu memerintah dengan adil dan jika
gagal, mandat akan ditarik semula.

Selain itu, ajaran Konfusius juga menekankan pemerintahan yangberdasarkan zheng


ming, iaitu nama yang betul untuk menjelaskan di antara perkara yang benar dan salah. Ia
bermaksud, peranan dan tanggungjawab adalah mengikut nama yang disandang. Tujuannya
adalah untuk membezakan antara perkara yang betul dan salah. Pemerintah juga perlu
memperbaiki diri sendiri atau zheng ji.

c.

Tamadun India

Dalam ajaran Hindu dan Buddha, konsep dharma dijadikan panduan tingkah laku yang wajar
dari raja kepada rakyat. Dharma menekankan nilai-nilai moral seperti mengawal nafsu dan
mengamalkan toleransi.

1.1.5 Menghargai alam sekitar


Islam menekankan hubungan yang harmonis dengan alam dan melarang sebarang tingkah
laku dan perbuatan yang bersifat fasad. Sehubungan ini, penggunaan alam sekitar dikawal
oleh hukum Islam terutamanya konsep Halal dan Haram. Alam sekitar merupakan anugerah
Allah SWT yang diamanahkan kepada manusia untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. Allah
SWT berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan
baginya agar Kami menguji mereka siapakah antara mereka yang terbaik
perbuatannya.

(Surah al-Kahfi: ayat 7)

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan dan berlayar di
lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera dan meluncurkan bahtera itu
membawa orang-orang yang berada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik dan
mereka bergembira kerananya. (Dan apabila) datanglah angin badai dan (apabila)
gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahawa mereka
telah terkepung (bahaya) maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan
ketaatan kepada-Nya semata-mata. (Mereka berkata): Sesungguhnya jika Engkau
menyelamatkan kami dari bahaya ini pastilah kami termasuk orang-orang yang
bersyukur.

(Surah Yunus: ayat 22)

Selain itu, alam merupakan tanda kekuasaan dan kehebatan Allah SWT. Justeru itu,
Allah telah menentukan adab dan akhlak manusia dengan alam termasuk makhluk ghaib.

b.

Tamadun China

Tamadun China melalui ajaran Konfucianisme menyatakan adalah penting bagi manusia
menjaga keharmonian alam sekitar dengan tidak melakukan sesuatu yang merosakkan unsur
alam kerana ia akan menjejaskan sistem kehidupan secara keseluruhannya.
Dalam tamadun ini, khususnya ajaran Tao, alam dianggap sebagai ibu atau Dao. Ini
menunjukkan bumi sebagai entiti yang perlu dimuliakan.
Dalam Buddishm dan Shinto pula, hubungan harmonis manusia dengan alam
ditekankan melalui konsep Esho Fui, iaitu manusia dan alam saling memerlukan. Dalam
fahaman masyarakat peribumi Malaysia juga terdapat kepercayaan menghargai dan
memelihara alam sekitar. Bagi mereka alam mempunyai kuasa ghaib. Mereka percaya
bahawa petir sebagai penjaga haiwan dan tumbuhan. Justeru itu, peribumi melarang
menebang pokok tanpa niat untuk digunakan atau membunuh binatang tanpa niat untuk
dimakan. Perbuatan ini akan mengundang kemarahan Tuhan dan akan diturunkan bala bukan
sahaja kepada pesalah, malah seluruh komuniti mereka. Kepercayaan ini mendorong mereka
menjaga alam sekitar agar berada dalam ekologi yang seimbang.

c.

Tamadun India

Dalam Buddhisme dan Shinto, hubungan harmonis manusia dengan alam ditekankan melalui
konsep esho fui, iaitu manusia dan alam saling memerlukan.
Dalam fahaman masyarakat peribumi Malaysia juga terdapat kepercayaan menghargai
dan memelihara alam sekitar. Bagi mereka alam mempunyai kuasa ghaib. Mereka percaya
petir sebagai penjaga haiwan dan tumbuhan. Justeru itu, peribumi melarang menebang pokok
tanpa niat untuk digunakan atau membunuh binatang tanpa niat untuk dimakan. Perkara ini
akan mengundang kemarahan Tuhan dan akan diturunkan bala bukan sahaja kepada pesalah,
malah seluruh komuniti mereka. Kepercayaan ini mendorong mereka menjaga alam sekitar
agar berada dalam ekologi yang seimbang.

1.1.6 Mementingkan ilmu dan orang berilmu


a.

Tamadun Islam / Perspektif Islam

Konsep ulama dalam Islam berkait rapat dengan ilmu dan orang yang berilmu. Seorang
individu di dalam masyarakat Islam hanya diterima sebagai ulama jika persiapan ilmunya
sempurna dan tercermin pada kewibawaan personaliti diri dalam segala aspek. Selaras
dengan ini, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah
ulama. (Surah al-Fatir: ayat 28)
Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmuku. (Surah Taha: ayat 114)
Katakanlah, wahai Muhammad, adakah sama orang yang mengetahui dan orang
yang tidak mengetahui. Bahawasanya yang mengingati ialah orang-orang yang
menggunakan fikirannya (ulul-albab). (Surah al-Zumar: ayat 9)

Ulama memainkan peranan besar dalam Islam. Antaranya sebagai pembimbing umat,
penyelesai masalah, pakar rujuk dan model atau contoh tauladan dalam masyarakat Islam.
Justeru itu, Rasulullah SAW menegaskan dalam hadithnya yang bermaksud: Ulama
merupakan pewaris para nabi.

b.

Tamadun China

.Dalam ajaran Konfusius, terdapat konsep jun zhi (orang budiman) yang bermaksud orang
yang berilmu dan tahu akan kewajaran sesuatu. Pendidikan merupakan suatu kaedah
terpenting untuk menyelesaikan segala permasalahan seperti masalah sosial yang berlaku
dalam masyarakat. Sebagai contoh, masyakat tamadun ini menggunakan cara proses
transformasi sifat mulia dan nilai murni dapat dicapai melalui proses mencari diri. (Nik mohd
Rosdi Nik Ahmad, NikbKamaliah Nik Abdullah 2008)

c.

Tamadun India

Salah satu tingkat dalam empat perjalanan hidup (asramas) seorang penganut Hindu pula
ialah bramacarya yang memerlukan pengisian ilmu pengetahuan. Tingkat asramas yang lain
adalah tahap ghastra, vanaprahastra, sanayasa.

2.0

Kesimpulan

Ringkasnya, tamadun Asia mempunyai satu kekuatan yang telah diwarisi sejak Asia mula
didiami oleh kelompok masyarakat. Kekuatan tersebut ialah nilai kesejagatan dan bersifat
sepunya antara tamadun-tamadun di Asia. Nilai kesejagatan ini telah membentuk jalinan
interaksi harmoni antara tamadun walaupun antara tamadun ini memiliki dasar pegangan
agama yang berbeza.
Peranan Islam sangat besar dalam menjadikan nilai-nilai dari ajaran agama diiktiraf
sebagai pendorong kepada pembinaan tamadun dalam zaman yang serba moden ini. Umat
Islam sebagai ummatan wasata (umat pertengahan) boleh menjadi perantara yang baik dalam
berinteraksi dengan tamadun moden mahupun tamadun tradisional. Nilai pertengahan ini juga
termasuklah tidak terlalu bersifat kebendaan dan juga tidak menolak dunia secara
keseluruhannya.
Selain itu, Tamadun Islam juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang dapat
dilihat pada nilai-nilai transcendent (kudus) yang merentas batas daerah dan budaya. Nilai ini
mampu menjadi nilai universal tamadun manusia.