Anda di halaman 1dari 7

CARA GERAKAN ORIENTALIS

PENGENALAN

Setelah jatuhnya Daulah Islam yang terakhir, iaitu Daulah Uthmaniyah di Turki, para
orientalis dan orientalis barat serta konco-konconya telah mengemukakan plan
tindakan terhadap sistem perundangan dan sistem kehidupan yang hendak
dibentuk ke dalam masyarakat Islam untuk mengubah corak dan rentak hidup umat
Islam serta pemikiran mereka supaya sesuai sebagaimana yang dikehendaki oleh
orientalis. Segala tabiat kemanusiaan dan nilai-nilai agama telah dirungkaikan satu
persatu, bermula dari hubungan persaudaraan iman, pergaulan dalam masyarakat,
amal ibadat, akhlak dan lain-lain sehingga kepada kepercayaan hidup dan rupa
bentuk akidah yang menjadi pegangan umat Islam. Kedatangan orientalis dan sukusakatnya ke bumi umat Islam mempunyai satu tujuan dan satu matlamat, iaitu untuk
melenyapkan Islam dan ajarannya serta memusnahkan umat Islam dari pegangan
agama, di samping mengembangkan pengaruh penjajah yang tidak lagi diminati di
Benua Eropah ketika itu. Mereka sanggup mengharungi lautan yang luas terbentang
dan membuka laluan baru untuk datang menjajah ke bumi umat Islam termasuk ke
Asia Timur, Asia Tengah dan Asia Tenggara.

1. TAKRIF ORIENTALIS
Asal perkataan orientalis dari bahasa Perancis yang kemudiannya digunakan dalam
berbagai bahasa Eropah termasuk bahasa Inggeris. Oriental adalah kata sifat yang
bermakna sesuatu yang bersifat ketimuran[1]. Tambahan kata isme (Belanda) atau
ism (Inggeris) menunjukkan suatu fahaman (aliran pemikiran), ajaran atau amalan.
Lawan orient ialah occident yang bererti barat. Mengikut The Living Webster
Encyclopedia Dictionary of the English Language, orientalisme ditakrifkan sebagai
hal-hal yang bersifat ketimuran: iaitu keanihan dunia timur tentang ilmu pengetahuan
terutama dalam soalbahasa, kesusasteraan atau kebudayaannya. Manakala
orientalis pula ialah orang yang mengkaji bahasa, kesenian dan lain-lain yang
berhubung dengan Negara Timur. Menurut Edward W. Said dalam bukunya
Orientalismedi mana kalimah orientalis merujuk kepada sesiapa sahaja khususnya
orang Barat yang mengajar, menulis atau mengkaji tentang hal ehwal dunia
ketimuran[2]. Dalam pengertian yang lebih khusus, orientalisme lebih merujuk
kepada satu gerakan pengkajian hal ehwal Islam, budaya bangsa dan masyarakat
Muslim oleh orang Barat. Sama ada dengan tujuan ilmiah semata-mata atau untuk
tujuan keagamaan dan juga politik. Gerakan oientalisme ini dipelopori pada mulanya
oleh para Mubaligh Kristian dan Paderi untuk tujuan mendakyahkan agama
Kristian.Tetapi akhirnya bergandingan dengan kehadiran imperialisme barat ke
Dunia Islam untuk mengukuhkan penjajahan mereka ke atas negara-negara jajahan
tersebut. Dr Hamdi Zaqzuq menegaskan: Terdapat suatu kesefahaman mutlak di

kalangan mubaligh Kristian kurunke 13 tentang betapa perlunya menguasai bahasabahasa orang Islam seandainya mahu dijayakan usaha pengkristianisasi ke atas
mereka. Persefahaman yang telah diterjemahkan dalam bentuk agenda
bertindak,itu merupakan faktor penting dalam perkembangan orientalisme. Pada
masa itu tidaklah mudah untuk memisahkan orientalisme dengan Kristianisasi atau
motivasi keagamaan. Motivasi keagamaan inilah menjadi pencetus utamabagi
lahirnya orientalisme.

2. MEWUJUDKAN TEORI PEMIKIRAN YANG MENGELIRUKAN


Usaha orientalis tidak terhenti hanya di situ saja, orientalis tidak pernah mendiamkan
diri menyebarkan pelbagai dakyahnya ke seluruh pelusuk dunia dan tidak pernah
berhenti menaburkan jarum fitnahnya terhadap Islam dan ajarannya. Salah satu cara
untuk memesongkan pemikiran umat Islam ialah dengan mencipta pelbagai teori
yang memenuhi perasaan naluri dan kehendak-kehendak kemanusiaan, teori yang
akan memenuhi selera hawa nafsu manusia dan keberahian untuk melakukan apa
saja, teori yang menghalalkan apa cara dengan memberi kebebasan sepenuh
kepada akal untuk bertindak tanpa batas sempadan. Kemunculan teori-teori yang
direka-cipta itu seolah-olah memberi lampu hijau terhadap sesuatu tindakan
manusia yang dianggap untuk bersaing dengan pendapat dan pandangan para
ulama Islam dalam konsep ijtihad mereka.

2.1. Teori Sekularisme


Perbalahan mazhab dalam ajaran Orientalis di antara puak Katolik dan puak
Protestant telah mewujudkan suatu fahaman sekular yang didefinisikan
sebagai: Wordly not religious or spiritual - Iaitu tidak mempunyai hubungan dengan
agama ataupun rohani. Dari perkataan sekular, maka wujudlah di sana suatu bentuk
fahaman yang dipanggil sekularisme dan terdapat beberapa pandangan tentang apa
yang dimaksudkan dengan sekularisme:

The view that the influence of religious organizations should be reduced as much as
possible, and that morality and education should be separated from religion. Iaitu:
Suatu pandangan bahawa pengaruh organisasi agama harus dikurangkan sejauh
mungkin, bahawa moral dan pendidikan harus dipisahkan dari agama[3].

Ajaran gereja menjadi rintangan kepada kemajuan, ajaran itu kolot dan jumud dan
tidak sesuai dengan perkembangan ilmu dan daya fikir manusia[4]. Fahaman ini
telah dimasukkan ke dalam ajaran Islam melalui ilmu falsafah dan theologi dan juga

ilmu mistik yang menjurus manusia ke alam sufi atau tasawwuf dengan
mengasingkan diri dari masyarakat, menceraikan hubungan dunia dengan akhirat,
meletakkan politik pemerintahan tidak ada hubungan dengan agama dan pelbagai
lagi fahaman yang memesongkan akidah umat Islam.

2.2. Teori Komunis


Di antara teori yang dibawa oleh orientalis yang boleh menyesatkan umat Islam ialah
Teori Komunis. Pengaruh Teori Komunis ini telah berkembang ke kawasan
sempadan Rusia, China, sebahagian Benua Eropah, Asia Tengah dan juga
termasuk Asia Tenggara. Teori ini telah merosakkan ramai umat manusia dari segi
pegangan hidup dan kepercayaan beragama, kerana di antara fahaman teori ini
ialah membatalkan konsep ketuhanan yang menafikan wujudnya Tuhan dan
perkara-perkara yang berkaitan dengan ketuhanan. Asas teori ini menyatakan
bahawa sesuatu itu terjadi dengan sendiri dan tiada sesiapa yang mencipta, riwayat
hidup manusia akan berakhir setelah manusia meninggal dunia dan tiada lagi
kehidupan selepas itu. Apabila ditanya kepada Karl Marxs, salah seorang pengasas
Ideologi Komunis, apakah yang harus diganti dengan akidah ketuhanan itu?
Beliau pantas menjawab:
Sebagai gantinya ialah pentas-pentas drama dan hiburan-hiburan yang
mengasyikkan yang memenuhi masa dan menyibukkan mereka daripada berpegang
kepada akidah ketuhanan[5]
Teori ini telah menafikan tabiat dan fitrah semulajadi manusia bahawa spiritual
manusia dan kehendak-kehendak nalurinya berhajat kepada pegangan hidup,
kepercayaan hidup dan upacara kehidupan yang dikaitkan dengan nilai-nilai
keagamaan untuk memenuhi rangkaian kehidupan itu ke jalan yang benar. Walau
bagaimana bebasnya bentuk kehidupan manusia dan bebasnya untuk melakukan
apa sahaja yang mereka suka, manusia mesti terikat dengan beberapa peraturan
dan undang-undang semulajadi.

2.3. Teori Darwin


Di antara teori yang amat melucukan ialah Teori Darwin, di mana teori ini
menyatakan tentang pendapat evolusi manusia yang ditolak oleh akal pemikiran
kerana tidak berupaya mengemukakan logiknya. Teori ini menyatakan bahawa asal
usul manusia adalah dari seekor beruk dan kemudian berubah secara evolusi atau
secara beransur-ansur yang memakan masa beberapa zaman sehinggalah beruk itu
akhirnya menjadi manusia yang normal. Secara tidak langsung, perubahan ini dapat
ditafsirkan sebagai perubahan kebinatangan atau kehaiwanan untuk mengubah
corak dan rupa bentuk, sama ada dari segi fizikal atau jasad dan tubuh badannya,
spiritual atau akal fikirannya, mental atau mindanya, moral atau akhlaknya kepada

manusia yang normal. Akal tidak boleh menerima teori yang pincang ini kerana
beruk-beruk yang ada pada zaman ini tidak seekorpun yang dapat berubah menjadi
seorang manusia, bahkan ianya tetap sama dengan rupa bentuk dan cara hidup
seekor binatang. Sebenarnya, teori ini dicipta untuk mewujudkan suasana keruh
dalam sistem pengajaran dan pendidikan Islam yang menyatakan manusia itu
sebenarnya berasal dari tanah, iaitu Nabi Adam Alaihissalam. Dengan teori ini,
setidak-tidaknya umat Islam pasti terlibat sama membahaskan untuk mengetahui
realiti nasab keturunan manusia purba kala.

2.4. Teori Freud


Di sana juga terdapat Teori Freud yang menafsirkan bahawa segala perilaku
manusia disalurkan menerusi jalan naluri dan hubungan seks, kebebasan syahwat
dan apa sahaja keinginan hawa nafsu sekalipun sesama sejenis atau dengan
binatang. Teori ini juga menafsirkan bahawa kehendak dan kemahuan manusia
tanpa batas sempadan walaupun dengan anak atau saudara kandung sendiri atau
dengan isteri orang lain. Teori yang jijik itu mengajar manusia memusnahkan
keturunan dan boleh membawa penyakit yang berbahaya kepada masyarakat,
termasuk penyakit kelamin akibat hubungan rambang sesama sendiri. Secara tidak
langsung teori ini telah bertindak meruntuhkan institusi kekeluargaan, mewujudkan
perok-peranda di kalangan suami isteri, menyalakan api perbalahan dan perkelahian
dalam masyarakat. Secara logiknya, teori yang kotor ini telah membatalkan konsep
ketuhanan, seolah-olah Tuhan itu tidak mempunyai apa-apa kuasa terhadap
ketentuan nasib manusia dan membatalkan terus persoalan hukum-hukum agama
serta peraturan hidup yang berpandukan kepada nilai-nilai agama dan tabiat
kemanusiaan itu sendiri. Ianya juga melenyapkan terus unsur-unsur akhlak, pekerti
hidup dan moral manusia kerana kehendak-kehendak hawa nafsu itu membatalkan
unsur-unsur tersebut. Ini kerana pedoman dan hala tuju perjalanan hidup manusia
berpandukan kepada kehendak-kehendak hati yang menggila-gila, keinginan yang
memuncak dan mendadak, perasaan ingin mencuba, perasaaan yang ingin
menyempurnakan impian batin dan kepuasan rohani yang dikaitkan dengan naluri
seks bebas dan hawa nafsu semata-mata. Teori ini juga mengajar hati manusia
benci kepada pasangan hidup masing-masing di antara suami isteri, perasaan
curiga dan syak wasangka, kerana kebebasan melampaui batas-batas kemanusiaan
yang hampir melempiaskan keunggulan manusia ke darjat haiwan mengajar apa
yang terpendam dalam hati pasangan mereka.

2.5. Teori Nietche


Di samping Teori Freud, di sana terdapat satu lagi teori lain yang boleh
memusnahkan pegangan hidup muslim, iaitu Teori Nietche. Teori ini menolak
keunggulan akhlak dan pekerti hidup manusia dan manusia bebas melakukan apa

sahaja untuk mencapai hasrat dan tujuan mereka, sekalipun melalui jalan pengaliran
darah, pembunuhan dan kehancuran. Teori ini menghalalkan apa cara untuk
mendapatkan impian melalui jalan keganasan, kemusnahan dan kehancuran.
Musuh-musuh Islam yang mencipta teori ini bertujuan supaya umat Islam turut
menjadi pelaksana dalam merealisasikan teori yang tidak berguna ini dan supaya
mereka menjadi pasti untuk menerima fahaman ini dalam kehidupan sehingga
mereka membelakangkan ajaran Islam. Fahaman ini dimasukkan ke dalam ajaran
Islam melalui ilmu falsafah dan theologi dan juga ilmu mistik yang menjurus
manusia ke alam sufi atau tasawwuf dengan mengasingkan diri dari masyarakat,
menceraikan hubungan dunia dengan akhirat, meletakkan politik pemerintahan tidak
ada hubungan dengan agama dan pelbagai lagi fahaman yang memesongkan
'aqidah umat Islam. Begitu juga dengan teori-teori lain yang ditimbulkan oleh musuhmusuh Islam seperti fahaman kebangsaan ataupun nasionalisme, sosialisme,
kapitalisme, pluralisasi, kapitalisme, pragmatisme, liberalisme, demokrasi,
pobialisme, globalisasi, sosialisme, saintisme, sekularisme, fahaman manusia wujud
dalam keadaan berdosa dan lain-lain fahaman yang boleh memusnahkan pemikiran
umat Islam[6].

2. MENIMBULKAN KERAGUAN DALAM AGAMA


Di antara cara yang digunakan dalam proses orientalisisasi lagi ialah menimbulkan
aksi keraguan dalam ajaran Islam. Mereka menyatakan bahawa ajaran Islam
sebenarnya dipungut dari agama Katolik dan Yahudi serta lain-lain adat
penyembahan berhala di Mekah. Mereka juga telah memberi gambaran di hadapan
kaca mata dunia bahawa ajaran Islam bukanlah ajaran yang sempurna, tetapi ajaran
yang penuh dengan tahyul dan bersifat fanatik. Mereka menuduh Islam bukan
agama permodenan dan tidak ada kebebasan dalam ajarannya, mereka mengambil
contoh dalam ibadat sembahyang yang mempunyai tatacara dan bacaan yang
sama, juga arah mengadapnya sama sahaja sejak dahulu hinggalah sekarang,
seolah-olah tidak ada kemajuan dalam sistem ibadat[7]. Sesungguhnya Islam adalah
agama fitrah dan tabiat, agama akal dan mantik, agama yang indah setiap
peredaran masa dan zaman dan juga agama yang sesuai untuk diletakkan di setiap
tempat dan keadaan[8]. Ajaran Islam datang dari Allah, bukan dari ciptaan manusia,
sebab itu tidak boleh ditokah-tambah dalam siri pengajaannya kerana ianya sudah
cukup lengkap untuk memberi petunjuk kepada umat manusia.

3. MELALUI MEDIA MASA DAN SEBARAN AM


Kebanyakan laporan berita yang disiarkan di ruangan dada akhbar, majalah,
televisyen, radio, internet dan lain-lain adalah dikuasai oleh orang-orang bukan
Islam. Mereka bebas membuat laporan dan menyiarkan apa sahaja berita yang
mereka suka dan kadang-kadang berita yang berkaitan dengan hal ehwal umat

Islam, negara Islam dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan urusan orang Islam
diputar-belitkan. Kesempatan yang mereka perolehi itu telah digunakan untuk
menyebarkan pengaruh orientalis melalui pelbagai cara. Adakalanya juga mereka
menganjurkan pekej lawatan dan perkhemahan secara percuma untuk diserapkan
pengaruh orientalis dan unsur-unsur orientalis secara halus.

4. MENGADAKAN PELBAGAI PERTANDINGAN


Untuk melalaikan umat Islam daripada menunaikan tugas dan tanggungjawab
terhadap tuntutan agama, badan-badan atau mana-mana organisasi yang
ditubuhkan di atas nama orientalis telah membuat suatu perangkap dengan
mengadakan pelbagai bentuk pertandingan yang bertaraf antarabangsa. Di antara
beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh mereka ialah seperti pertandingan ratu
cantik yang diadakan setiap tahun untuk memilih wanita paling cantik di dunia untuk
dimahkotakan gelarannya, pementasan drama atau filem dan kemudian membuat
pemilihan pelakon terbaik, produser terbaik, filem terbaik dan sebagainya yang
dipersembahkan di dalam sesuatu filem, diwujudkan pertandingan nyayian sama
ada secara solo ataupun secara berkumpulan dan kemudiannya juga diadakan
pemilihan, pertandingan sukan atau olahraga yang diadakan di seluruh dunia untuk
memilih atlit terbaik. Semua pertandingan itu dianjurkan oleh kumpulan orientalis
yang diantara tujuannya adalah untuk memusnahkan amalan umat muslim dan
menjauhi diri mereka daripada mengingati Tuhan. Dengan adanya pelbagai bentuk
acara tersebut, maka umat Islam terpaksa meninggalkan sebahagian besar tuntutan
ibadat, terutamanya sembahyang dan puasa kerana sibuk dengan latihan dan
tumpuan sepenuh masa. Apabila aturcara majlis diadakan pada waktu malam,
sudah tentu para penonton membanjiri stadium sejak awal petang lagi dan ini
menyebabkan sebahagian dari mereka telah meninggalkan kefardhuan sembahyang
Maghrib atau Isyak. Kadang-kadang pernah sesuatu pertandingan itu diadakan pada
bulan puasa menyebabkan mereka melupakan terus ibadat puasa kerana
menumpukan sepenuh perhatian kepada pertandingan yang diadakan itu. Ini adalah
satu kejayaan terhadap perancangan halus orientalis hari ini dan ianya tidak disedari
oleh umat Islam dan dunia Islam. Ini bukanlah bererti Islam mengharamkan terus
sukan atau olahraga ataupun sebarang bentuk nyayian, lakonan atau sebagainya,
tetapi mestilah mengikut lunas-lunas syara' yang telah ditetapkan tanpa dicampuraduk dengan unsur-unsur haram[9].

5. WUJUDKAN PERSATUAN ANTARABANGSA


Orientalis telah berjaya menubuhkan
antarabangsa, di antaranya ialah;

beberapa

persatuan

yang

bertaraf

5.1. Persatuan Hak Asasi Manusia:


Melalui pertubuhan hak asasi manusia ini, puak-puak orientalis telah berjaya
memperdayakan umat manusia. Di antara lain menyebut: Bahawa darah manusia
tidak harus ditumpahkan melalui apa cara sekalipun. Tujuannya adalah untuk
memberi tamparan kepada hukuman Islam seolah-olah kejam atau zalim yang
merejam sehingga mati terhadap kesalahan zina, qisas atau bunuh balas bagi
kesalahan membunuh dan memotong tangan bagi kesalahan mencuri. Biasanya
pertubuhan ini akan memainkan peranannya apabila timbulnya sesuatu isu yang
mengenai umat Islam dan negara Islam seperti yang berlaku di Mekah yang
menjatuhkan hukuman mati terhadap pengedar dadah dan kesalahan membunuh,
hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri.

5.2. Pertubuhan Wanita Sedunia:


Wanita Islam hari ini telah bergerak jauh dalam perjuangan mereka menuntuk hak
apa yang dinamakan 'Kebebasan Wanita'. Pejuangan ini diasaskan oleh wanitawanita barat yang keseluruhannya bukan beragama Islam, tetapi beragama Kristian.
Perjuangan ini berkisar kepada dua aspek penting iaitu mengenai kedudukan wanita
dalam masyarakat seperti masalah memakai tudung kepala, pelajaran campuran
(co-education), pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita, pekerjaan di luar rumah
sebagai guru, kerani, pegawai dan lain-lain dan mengenai hak sama rata dengan
kaum lelaki khususnya dalam pekerjaan seperti kenaikan pangkat, gaji, persamaan
dalam perjuangan politik, pentadbiran awam, sistem kekeluargaan, pusaka, poligami
dan personal affair.