Anda di halaman 1dari 1

meminta murid-murid menyebut dan mengeja suku kata tersebut secara

berulang-ulang. Proses pengulangan yang banyak seperti yang ditegaskan oleh


Bloomfield boleh menghasilkan murid-murid yang dapat menguasai kemahiran
berinteraksi dengan guru,rakan dan kelas.
Menurut Bloomfield dalam Teori Behaviourisme, latihan pembelajaran adalah
latihan yang dikukuhkan. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima
rangsangan dari luar. Ini bermakna, dalam proses pengajaran dan pembelajaran
guru perlulah menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik seperti
penggunaan bahan-bahan makmal bahasa, kad-kad bacaan yang menarik.
Bahan bantu mengajar yang menarik dapat menarik minat murid untuk belajar
dan tidak bosan dan ini membolehkan latih tubi dilakukan dalam keadaan
bermakna.
2.1.2TEORI MENTALIS
Teori Pembelajaran Mentalis yang dipelopori oleh Noam Chomsky berasaskan
fungsi mental sesorang manusia. Menurut Chomsky , kanak-kanak akan
mengalami beberapa peringkat perkembangan bermula dari peringkat yang
melibatkan deria motor, kemudian pra-operasi, operasi konkrit dan operasi
formal. Ini

bermakna, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan

menguasai kemahiran memahami dahulu sebelum mereka bertutur.


Teori ini juga menekankan kaedah pengajaran berpusatkan murid. Murid terlibat
secara langsung dan guru hanya sebagai pemudahcara. Murid mengambil
bahagian secara aktif dalam pembelajaran dengan penggunaan bahan-bahan
bantu mengajar. Teori Mentalis ini amat sesuai digunakan oleh guru untuk
mengajar bahasa. Menurut Chomsky juga, penyampaian makna lebih
diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Seseorang
kanak-kanak yang menggunakan struktur bahasa yang betul dari segi
tatabahasa dan makna membolehkan mereka berkomunikasi dengan baik
dengan masyarakat sekeliling. Dengan ini , guru perlu menjalankan aktiviti-aktiviti

Anda mungkin juga menyukai