Anda di halaman 1dari 1

SAJAK HARI GURU 20013 DARI MANTAN PK1.

Posted on 09/05/2013
Guru Dulu, Guru Sekarang
Kutaburkan bakti tiga puluh tahun menjadi guru
Jika dulu guru kehadirannya salam dihulur
Sekarang guru kehadirannya salam diatur
Jika dahulu guru disanjung dan dihormati
Sekarang guru menagih simpati minta dihargai
Kerana profesion guru sekadar mencari rezeki.
Guru dahulu beban sumbangan diagung
Guru sekarang bebannya menggunung
Guru dahulu jasanya dikenang
Guru sekarang jika tersilap ada kalanya diserang
Jika dahulu guru merotan tanda sayang
Jika sekarang merotan guru disaman kerana tak ikut peraturan
Jika dahulu guru ditakuti dan anak didik tak berani senyum
Jika sekarang guru jadi kawan dan lawan
Guru sekarang
Jika anak didik cemerlang hadiah mencurah datang
Anak kami memang pandai, bijak sana dan ada visi
Jika anak didik kecuncang dan tidak cemerlang
Media mula menyerang gagal menghayati falsafah pendidikan
Guru sekarang
Masuk kelas mesti ada TOV, OTR, ETR
Anak didik mesti menjadi minda kelas pertama
ISO gagasan cemerlang gemilang dan terbilang
jika mahu hadapi dunia globalisasi
Aduhai insan bergelar guru
Sebeban mana tugas digalas
Walau anak didik tidak simpati dan kita tak minta dihargai
Kita adalah pendokong tugas mulia
Penjana modal insan Pembina Negara bangsa
Memakmurkan ekonomi Negara
Semoga bakti mencorak bangsa
Teruskan perjuangan
Kerana kita adalah guru kini dan selama-lamanya.
Mohdzaine
14052009
(MANTAN PKI SMK TIWA)

Anda mungkin juga menyukai