Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Taman Asuhan Kanak-Kanak atau lebih dikenali sebagai TASKA secara akronimnya
merupakan satu perkara yang umum pada masa kini. TASKA merupakan mana-mana
premis yang menerima masuk empat orang atau lebih kanak-kanak dibawah umur empat
thun ntuk dijaga dengan menerima upah. Dengan kesibukan yang sering melanda ibubapa
yang berkerjaya, Taska merupakan satu jalan selamat untuk memastikan anak dapat
penjagaan yang sebaiknya. Sehingga, ada segelintir ibubapa yang menghantar anak nya
ke taska walaupun pada hari cuti umum. Di sini dapat di lihat peranan taska yang sangat
penting dalam membantu ibu bapa dalam menyusun jadual kerja, masa untuk anak-anak
dan keluarga.
Manakala prasekolah pula adalah satu program yang menyediakan pengalaman
pembelajaran anak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau
lebih sebelum mereka melangkah ke peringkat sekolah rendah. Menggunakan konsep
bermain sambil belajar dan menekankan pembelajaran bertema. Pengalaman di
prasekolah banyak membnatu kanak-kanak bersedia untuk masuk kedalam alam
persekolah yang mencabar sedikit dan memberi keyakinan kepada mereka bahawa alam
persekolahan adalah selamat.
Pengambilan pemakanan yang seimbang perlu dititikberatkan oleh semua pihak
terutamanya yang mengusahkan TASKA sebagai punca kewangan. Hal ini kerana, kanakkanak sangat sensitif dengan pengambilan makanan mereka. Pengambilan makanan yang
tidak sihat akan memberi efek yang berlanjutan sehingga kanak-kanak meningkat
dewasa. Sebagai contohnya, kanak-kanak mudah mendapat penyakit seperti Obesiti pada
peringkat usia yang begitu muda.

Anda mungkin juga menyukai