Anda di halaman 1dari 16

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PENTAKSIRAN MATEMATIK

PENGENALAN
Kekuatan dan kemajuan sesebuah negara adalah terletak kepada tahap ilmu dan kemahiran
yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Oleh itu, sistem pendidikan diberi mandat besar
untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada rakyatnya. Sehubungan dengan itu
Malaysia telah mengalami tranformasi dalam bidang pendidikan. Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) untuk melahirkan pelajar yang dapat berdaya saing menjelang abad ke 21.
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan salah satu komponen utama dalam
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan ia merupakan aras yang paling tinggi dalam
hierarki proses kognitif.. Kemahiran berfikir aras tinggi itu berlaku apabila seseorang itu
mendapat maklumat baru, menyimpan, menyusun serta mengaitkannya dengan pengetahuan
sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau
penyelesaian situasi rumit.
APA ITU BERFIKIR
Menurut kamus dewan edisi keempat, berfikir ialah menggunakan akal untuk menyelesaikan
sesuatu . Kamus dewan edisi kedua pula menyatakan berfikir ialah bekerja dengan otak untuk
membuat sesuatu keputusan. Beyer,B.K,1991 mendefinisikan berfikir sebagai kebolehan
manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab, atau membuat penentuan. Menurut
Nickerson, Perkins dan Smith, 1985, berfikir ialah satu koleksi kemahiran atau operasi mental
yang digunakan oleh seseorang individu.
Fraenkel, J.R, 1980 pula menyatakan bahawa berfikir merupakan pembentukan idea,
pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. Mayer,
R.E. 1977 memberi maksud berfikir ialah satu proses yang melibatkan pengelolaan operasi
mental tertentu yang berlaku dalam minda atau system kognitif seseorang yang bertujuan
untuk menyelesaikan masalah.
Nordin Tahir (PIPP) pula berpendapat pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea atau
ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.
George(1970) pula mentakrifkan pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan
pelakuan semula jadi yang kompleks.
Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir berkait dengan pemikiran lateral yang
membawa maksud bukan sahaja menyelesaikan masalah, ia juga berfikir untuk melihat
sesuatu dengan pelbagai pendapat untuk menyelesaikan masalah. Perlukah kita mengajar
pelajar untuk berfikir? Menurut Confucius, seorang ahli falsafah Cina, belajar tanpa berfikir
adalah sesuatu yang sia-sia manakala belajar tanpa berfikir merupakan satu perkara yang
sangat berbahaya.

Dewey, 1944 juga menyatakan bahawa berfikir merupakan kaedah pembelajaran pintar dan
pembelajaran yang menggunakan minda. Berfikir dan belajar merupakan dua aspek yang
sangat berkait rapat Penting bagi seorang guru untuk menerapkan kemahiran berfikir di
kalangan pelajarnya agar sesuatu tugasan atau masalah dapat diselesaikan dengan baik.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS RENDAH ( KBAR )
Kemahiran berfikir terbahagi kepada dua iaitu kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) dan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kemahiran berfikir aras rendah ditakrifkan sebagai
penggunaan potensi minda yang terhad yang berfokus kepada aplikasi rutin. Menurut Senk,
Beckman & Thompson (1997), kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) berlaku apabila
pelajar menyelesaikan masalah dimana penyelesaian masalah tersebut menggunakan
algoritma yamg biasa, tiada justifikasi, penerangan atau bukti diperlukan dan hanya satu
jawapan sahaja yang betul. Schmal (1973) pula mendefinisikan kemahiran aras rendah
(KBAR) sebagai mengingat semula fakta, melakukan operasi yang mudah, atau
menyelesaikan masalah secara biasa. Ia tidak memerlukan pelajar menyelesaikan masalah
diluar kebiasaan.
Menurut Resnick (1987), ciri kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) ialah mengingat semula
maklumat atau aplikasi konsep atau pengetahuan dalam situasi yang biasa. Thompson(2008)
pula berpendapat secara umumnya kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) ialah
menyelesaikan masalah dalam situasi dan konteks yang biasa atau mengaplikasi algoritma
yang biasa kepada pelajar. Konklusinya, kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) hanya
melibatkan kemahiran mengingat semula atau hafalan. Pelajar tidak mengaplikasi konsep atau
pengetahuan yang sedia ada.
APA ITU KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ( KBAT )
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT atau HOTs) ialah kemahiran berfikir yang tidak
menggunakan algoritma dan boleh mempunyai banyak penyelesaian. Ini juga membawa
maksud tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita berfikir dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Seseorang itu perlu lebih kreatif apabila menghadapai masalah dengan mempunyai
lebih dari satu penyelesaian. Ia merupakan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu
mengaplikasi, menganalisis, menganalisa, menilai dan mencipta. Ia termasuk pemikiran
kritial, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta-kognitif. Kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dicetuskan melalui masalah bukan rutin iaitu maslah yang tidak
jelas.
Pemikiran Aras Tinggi (HOTs) merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). George Polya dalam tahun 1957 berjaya membina
satu model penyelesaian matematik yang dikenali sebagai " Model Polya". KBAT juga
merupakan aras yang paling tinggi dalam hirarki proses kognitif. Ianya berlaku apabila
seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan dalam memori dan menyusun, mengaitkan
dengan pengetahuan sedia ada dan memanjangkan maklumat ini untuk mencapai sesuatu
tujuan atau penyelesaian situasi rumit.

Menurut definisi yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, kemahiran berfikir
aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Manakala Onosko dan Newmann (1994) pula mendefinasikan Pemikiran Aras Tinggi (higher
order thinking) sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabarancabaran
baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir,
menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan
masalah yang dikemukakan.
Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab
soalan atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan
hasil. Zevin (1995) pula berpendapat, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat
yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatau yang baru atau asli. Masalahmasalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada
Pemikiran Aras Tinggi.
KENAPA PERLUNYA PENEKANAN TERHADAP KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI ( KBAT )
Menurut kajian yang yang dilakukan oleh UN Education Index, Malaysia muncul ditempat
ketiga terakhir daripada 181 buah Negara. Manakala kajian Programme for International
Student Assesment (PISA) pula meletakkan Malaysia di tangga 55 daripada 74 buah Negara.
Laporan TIMSS 2011 juga mendedahkan kejatuhan kedudukan Malaysia dalam mata
pelajaran Matematik iaitu pada kedudukan 16(1999), 10(2003), 20(2007) dan 26(2011).
Begitu juga dengan kejatuhan markah purata iaitu 519(1999), 508(2003), 474(2007) ke
440(2011).
Kedudukan Malaysia dalam PROGRAMME FOR INTERNATIONAL STUDENT
ASSESSMENT (PISA) pula ialah di tempat ke 57 daripada 74 buah negara yang menyertai.
Dalam PPPM 2013-2025, ada menetapkan sasaran, Malaysia perlu mencapai skor purata 500
di TIMSS menjelang 2015 dan menjelang 2025, Malaysia perlu mencapai 1/3 tempat teratas
dalam TIMSS dan Pisa. Oleh itu kemahiran berfikir aras tinggi perlu diterapkan dalam sistem
pendidikan di Malaysia umumnya dan pendidikan Matematik khasnya kerana murid perlu ada
keupayaan penaakulan, membuat unjuran dan mengaplikasi pengetahuan secara kreatif dalam
suasana yang berlainan.
Murid juga memerlukan ciri-ciri kepimpinan untuk bersaing di peringkat global. Pentaksiran
antarabangsa TIMSS dan PISA menunjukkan murid di Malaysia sukar mengaplikasi
kemahiran berkir aras tinggi. Kajian tinjauan ke atas syarikat Malaysia dan syarikat
antarabangsa juga melaporkan bahawa murid Malaysia gagal menguasai kemahiran insaniah
yang diperlukan oleh bakal majikan.

MENGAPA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI PENTING


11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 ada
menyatakan bahawa, untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa, rombakan
semula peperiksaan dan pentaksiran untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran
berfikir aras tinggi ( higher order thinking skills ) adalah perlu untuk menghasilkan modal
insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad 21 agar Negara mampu
bersaing di persada dunia.
Menjelang tahun 2016, peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan ditambah
sehingga merangkumi 80% daripada keseluruhan soalan UPSR, 80% dalam pentaksiran pusat
untuk Tingkatan 3, 75% daripada keseluruhan soalan bagi mata pelajaran teras SPM dan 50%
bagi soalan mata pelajaran elektif SPM. Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud
guru tidak lagi perlu meramal bentuk soalan dan topik yang akan diuji, dan pada masa yang
sama tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik terhadap topik tertentu.Sebaliknya
murid dilatih berfkir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai
konteks keperluan. Penilaian berasaskan sekolah juga memberikan tumpuan untuk kemahiran
berfikir aras tinggi.
TUJUAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ( KBAT ) DIPERKENALKAN
Sistem pendidikan Malaysia yang berlandaskan sistem peperiksaan , telah memaksa guru
menggunakan konsep hafalan terhadap para pelajar. Pengajaran disediakan sepenuhnya untuk
peperiksaan. Maka dengan mudah pelajar dapat menggarap markah sepenuhnya melalui
soalan-soalan awal yang memerlukan penghafalan fakta dan sebagainya. Justeru itu
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) diperkenalkan untuk mengubah amalan tersebut
kepada konsep kefahaman sejajar dengan hasrat hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia
Negara maju menjelang abad 21. Di samping itu, tujuan lain kemahiran berfikir aras
tinggi(KBAT) diperkenalkan adalah untuk:
i. meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan
ii. mewajarkan penyelesaian dan penemuan(lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)
iii. diperlukan untuk penyiasatan saintifik
iv. konsep matematik dapat dipelajari dengan lebih berkesan menggunakan KBAT
v. meningkatkan keupayaan murid dalam menyiasat dan meneroka idea Matematik

PERANAN GURU UNTUK KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ( KBAT )


Guru memainkan peranan penting dalam memastikan kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT )
dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru harus memastikan
murid aktif dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru juga harus memberi peluang
kepada pelajar untuk memberi pendapat, berbincang dan bertanya.

Di samping itu, guru hendaklah mempelbagaikan strategi dalam pengajaran dan


pembelajaran. Guru juga perlu mengubah teknik pengajaran secara chalk and talk kepada
kaedah yang lebih menjurus pelajar untuk berfikir. Guru juga mesti merancang soalan,
tugasan dan aktiviti yang menuntut pelajar berfikir secara berterusan dan menilai pemikiran
mereka dan pemikiran individu lain.
PERBANDINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

RENDAH

(KBAR)

DAN

Kemahiran berfikir aras rendah (KBAR). Pemikiran Aras Rendah ialah penggunaan
pemikiran secara terhad, di mana pelajar hanya disogokkan dengan jawapan-jawapan yang
menyebabkan pelajar malas untuk berfikir. (Som & Mohd Dahlan) Pelajar akan hanya
mengingat bahan-bahan yang telah dipelajari daripada pelbagai fakta yang spesifik sehingga
kepada perbuatan mengingat semula teori yang lengkap. (Prof.Dr. Rajendran A/L Nagappan,
Kemahiran Berfikir) . Onosko and Newmann (1994) & Rajendran (1998) menyatakan bahawa
kemahiran berfikir aras rendah ialah
i. Penggunaan pemikiran secara terhad
ii. Bersifat rutin dan mekanistik
iii. Mengingat kembali maklumat yang terancang.
iv. Menggambarkan, membandingkan, merumuskan, menghubungkait, penyelesaian.
Dalam Model Taksonomi Bloom (1956) , kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) ialah dua
aras di peringkat rendah iaitu pengetahuan dan pemahaman. Pengetahuan ialah mengingat
kembali maklumat yang diterima manakala pemahaman ialah memahami setiap maklumat
yang diterima. Pendekatan mengajar KBAR ialah :
i. Memberi tindak balas terhadap fakta di mana maklumat-maklumat penting telah diberi.
ii. Menulis semula maklumat khusus yang diketengahkan dalam perkataan sendiri atau
menukar bentuk penulisan jenis yang lain tanpa menghilangkan fakta yang asal ( Barret,
1967 )
iii. Memproses data

Kaedah yang digunakan di dalam KBAR:


i.

Kajian Teks dan gambar

ii. Soalan Tertutup Contoh:


1) Mendefinisi
2) Mengingat

3) Mengulang
4) Menyenaraikan
5) Mengenal pasti
6) Mendeskripsi
7) Memberi contoh
8) Membanding
9) Menghubung kait

Kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT )


Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan dan memeri,
menyusun, serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan
maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit. Bereiter &
Scardamalia (1987) menyatakan bahawa dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, pelajar perlu
dilatih mengambil bahagian dalam menentukan objektif, mewujudkan wacana, menentukan
tindakan motivasi, analitik dan inferens yang dinamakan literasi tinggi (highliteracy).
Prof.Dr. Rajendran A/L Nagappan(2010) menyatakan kemahiran berfikir aras tinggi ialah
i. Menggunakan tahap pemikiran secara maksimum untuk menghadapi cabaran
ii. Interpretasi, analisis, dan manipulasi maklumat
iii. Bersifat kritikal terhadap maklumat,idea, dan pendapat.
iv. Membuat kesimpulan, inferens, dan generalisasi.
v. Komunikasi berkesan, membuat jangkaan, penyelesaian masalah, menilai idea,
memberikan pendapat, dan membuat pemilihan, dan keputusan.
Dalam Model Taksonomi Bloom (1956) , kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan
empat aras yang tertinggi iaitu :
i.

Aplikasi - Penggunaan maklumat di dalam situasi yang relevan

ii.

Analisis - Memecahkan maklumat kepada beberapa bahagian kecil supaya boleh


memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas

iii. Sintesis - Maklumat dikumpul dan membina struktur baru yang berbeza daripada keadaan
yang asal.
iv. Penilaian- Menilai kembali apa yang telah dilaksanakan.

Pendekatakan mengajar KBAT ialah:


i.

Mengajar KBAT dalam konteks secara langsung di luar kurikulum.

ii. Mengajar berfikir menggunakan kaedah yang menggalakkan berfikir dalam konteks
kurikulum
iii. Penyebatian menyusun semula pengajaran untuk mengajar KBAT secara eksplisit

Strategi yang boleh digunakan dalam penggunaan KBAT ialah seperti:


i.

Soalan terbuka

ii. Teknik Penyoalan


iii. Perbincangan
iv. Metakognisi
v.

Pengurusan Grafik

vi.

Kaedah Penyelesaian masalah

Secara umumnya kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) tidak memerlukan pelajar untuk
menggunakan kemahiran berfikir dan operasi yang digunakan adalah jelas. Manakala
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) memerlukan tahap pemikiran aras tinggi pelajar,
kemahiran menaakul, jawapan yang diperlukan tidak serta merta jelas, menggalakan lebih dari
satu penyelesaian, membentuk pelajar yang kreatif dan menggalakkan perbincangan untuk
mendapatkan penyelesaian.
JENIS-JENIS PENYELESAIAN MASALAH DALAM KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI (KBAT)
Terdapat lima ciri utama dalam item KBAT iaitu:
(a)

Stimulus: Menggunakan stimulus secara ekstensif (contoh: petikan, gambar rajah,


graf) untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritis

(b)

Pelbagai tahap / aras pemikiran: Mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain
kognitif untuk memberi impak yang lebih besar

(c)

Konteks yang baharu: Konteks yang merujuk kepada situasi baharu yang tidak lazim
kepada murid. Bertujuan merangsang murid berfikir dan bukannya menyatakan
semula apa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah

(d)

Situasi sebenar dalam kehidupan harian: Mencabar murid untuk menyelesaikan suatu
masalah kehidupan sebenar dengan menggunakan pembelajaran daripada pelbagai
disiplin

(e)

Item tidak berulang: Item pelbagai / berbeza setiap tahun melangkaui bahan buku teks
untuk mengujudkan situasi yang baharu.

Terdapat 7 jenis penyelesaian masalah kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran
Matematik. Penyelesaian masalah tersebut ialah:
1. Bukan Rutin
2. Lembaga Peperiksaan ( LP )
3. TIMSS
4. PISA
5. Model Dan Heuristic ( Mdh )
6. I-Think
7. Penyelesaian Masalah Berstruktur ( PMB )
Bukan Rutin
Bukan Rutin ialah masalah yang memerlukan tahap pemikiran yang mana apabila murid
melibatkan diri akan menentukan tahap pembelajaran mereka. Soalan Bukan Rutin
memerlukan tahap kognitif yang lebih tinggi. Ciri-ciri:

Memerlukan kemahiran berfikir pada aras tinggi.

Meningkatkan kemahiran menaakul.

Jawapan dan prosedur yang perlu digunakan tidak serta merta jelas.

Mungkin terdapat lebih daripada satu cara penyelesaian dan strategi.

Mungkin terdapat lebih daripada satu jawapan.

Lebih mencabar.

Berupaya membentuk murid yang kreatif dan inovatif.

Penyelesaian memerlukan lebih daripada membuat keputusan dan memilih operasi


matematik.

Memerlukan masa yang sesuai untuk diselesaikan.

Menggalakkan perbincangan dalam kumpulan bagi mendapatkan penyelesaian.

Contoh Item Bukan Rutin :


1.

Ah Seng ingin membeli bunga untuk ibunya sempena Hari Ibu. Setangkai bunga ros
berharga RM 12.00 dan setangkai bunga tulip berharga RM 20.00. Ibunya sangat
menyukai kedua-dua jenis bunga tersebut. Sekiranya beliau mempunyai wang
sebanyak RM 115, apakah pilihan terbaik yang boleh dibuat dengan baki wang yang
paling minimum?
A.

Setangkai bunga ros dan lima tangkai bunga tulip

B.

Dua tangkai bunga ros dan empat tangkai bunga tulip

C.

Tiga tangkai bunga ros dan tiga tangkai bunga tulip

D.

Empat tangkai bunga ros dan tiga tangkai bunga tulip

Penyelesaian : Jawapan
Bunga Ros ( RM 12 ) Bunga Tulip ( RM 20 )
Kos A 1 x 12 = 12
5 x 20 = 100
RM 112

RM 104

RM 96

RM 108

B 2 x 12

= 24

4 x 20

= 80

C 3 X 12

= 36

3 X 20

= 60

D 4 X 12

= 48

3 X 20

= 60

Jawapan

=D

i)

Hampir seimbang bilangan bunga ros dan tulip kerana klausa Ibunya sangat
menyukai kedua-dua jenis bunga tersebut.

ii)

Baki minimum = RM115 RM108 = RM7

2.

5 kasut sekolah bersaiz 4 disusun sebaris seperti gabungan di bawah. Pelajar diminta
membentuk satu segi tiga bersudut tegak menggunakan kasut sekolah bersaiz yang
sama. Berapakah bilangan kasut yang masih diperlukan untuk melengkapkan segi tiga
bersudut tegak tersebut? Berikan lebih daripada satu jawapan yang mungkin.
Pilihan Jawapan :

(i)

Bilangan kasut yang diperlukan = 7 kasut 12

(ii)

Bilangan kasut yang diperlukan = 25 kasut 13

Lembaga Peperiksaan (LP) Contoh item Lembaga Peperiksaan (LP):


1.

Kereta di atas adalah 3.5 m panjang. Berapa panjangkah bangunan itu? 2. Sebiji belon
mempunyai luas permukaan 616cm. Selepas 5 hari belon tersebut mengecut sebanyak
5%. Berapakah jejari belon tersebut selepas 5 hari?
i)

Hari pertama

ii)

selepas 5 hari 14

Penyelesaian :
Luas permukaan awal = 616cm. Jejari belon berkurang 5%
Jejari belon selepas 5 hari cm 15

TIMSS
Domain kandungan NOMBOR 30% ALGEBRA 30%
- Nombor Bulat
- Pola
- Pecahan dan perpuluhan
- Ungkapan Algebra
- Integer
- Persamaan, formula dan fungsi
- Nisbah, kadar dan Peratus GEOMETRI 20% DATA DAN KEBARANGKALIAN 20%
- Bentuk geometri
- Organisasi dan persembahan data
- Pengukuran geometri
- Interpretasi Data
- Lokasi dan pergerakan
- Kebarangkalian Pengetahuan (35%)

Domain kognitif
i.

Penggunaan matematik

ii.

Bergantung kepada pengetahuan matematik

iii.

Kebiasaan dengan konsep matematik

iv.

Fakta - fakta pengetahuan yang menyediakan asas bahasa matematik, dan fakta-fakta
matematik yang penting dan ciri-ciri yang menjadi asas untuk pemikiran matematik.

v.

Prosedur-penglibatan imbasan set tindakan dan bagaimana untuk melaksanakannya &


prosedur pengiraan dan alatan

vi.

Pengetahuan konsep - membuat hubungkait unsur-unsur ilmuan, menilai kesahihan


pernyataan matematik dan kaedahnya,serta mewujudkan perwakilan matematik
Aplikasi (40%)
Terdiri daripada situasi dunia semasa
Soalan Matematik Sebenar
Soalan titikberatkan tugasan rutin dan telah biasa dilaksanakan

Domain kognitif
i.

Aplikasi alat-alat matematik dalam pelbagai konteks.

ii.

Fakta, konsep dan prosidur yang diketahui oleh pelajar dengan masalah yang rutin.

iii.

Aplikasi ilmu pengetahuan Matematik mengenai fakta, kemahiran dan prosidur atau
memahami konsep matematik ketika menncipta perwakilan.

iv.

Penyelesaian masalah merupakan intipati tetapi pokok masalah adalah lebih rutin
semasa melaksanakan kurikulum.

v.

Mempunyai kepaiwaian latihan dalam kelas.

vi.

Masalah merupakan masalah buku teks.

Penaakulan (25%)

Sesuatu yang baru dalam konteks suasana yang mencabar,

Sebarang penyelesaian kepada masalah mesti melibatkan beberapa langkah.

Pengetahuan dan kefahaman dari berbagai sumber matematik hendaklah di lukis

Melibatkan pemindahan pengetahuan dan kemahiran kepada situasi yang baru

Interaksi di antara kemahiran penaakulan.

Domain kognitif
i.

Perkara yang logik akal menuju ke arah pemikiran yang sistematik.

ii.

Termasuklah pemikiran intuitif dan induktif.

iii.

Berdasarkan kepada corak dan kebiasaan yang boleh digunakan untuk mencapai
penyelesaian kepada masalah bukan rutin.

iv.

Masalah bukan rutin masalah yang tidak menjadi kebiasaan kepada murid.

v.

Murid murid memerlukan aras kognitif yang tinggi daripada kebiasaan dalam
menyelesaikan masalah rutin, walaupun pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
bagi menyelesaikan masalah ini telah dipelajari. 17

Contoh item TIMSS:


1.

Di dalam sebuah hutan simpan, terdapat 3 ekor lebah yang sedang terbang mencari
madu. Terdapat pelbagai pilihan pokok bunga di hutan simpan itu. Tentukan jejak jejak lebah tersebut. Bermula dari petak 6x , 2xy dan 3z , bentukkan satu jejak bagi
setiap lebah dengan menambah sebutan - sebutan dalam petak pada jejak lebah supaya
lebah itu berakhir di petak yang bertanda bunga.
Terdapat tiga ekor lebah, maka bentukkan tiga jejak pada rajah tersebut. - 6 x 12 xy 9x -5z 8 x 5 x 6 x -13z 4xy -8x z 7xy - xy -12xy 5z -(-7xy) 3 z -12z 2xy
Jejak pertama : (1 m) Jejak kedua : (1 m) Jejak ketiga : ___(1 m) 18
Jejak pertama :
Markah Penuh : 6x + 5 x - 8x + (-9x) = - 6x Kosong markah : 6x + 5 x + 8x + (9x) = 10x Jejak kedua : Markah Penuh : 2xy - xy + 7xy + 4xy = 12xy Kosong
markah : 2xy - xy Jejak ketiga : Markah penuh : 3z - 12 z + z - 5z = -13z Kosong
markah : 3z - 12 z + z + 5z = 3z 19

PISA

Bukan sahaja menguji kemahiran spesifik pelajar dalam subjek tetapi juga menguji
kemampuan pelajar menggunakan apa yang mereka pelajari dalam situasi yang
bertulis atau masalah yang sebenar.

Memberi penekanan tentang penguasaan proses, kefahaman tentang konsep, dan


kebolehan menyelesaikan pelbagai situasi dalam setiap domain.

Bergerak ke luar daripada pendekatan biasa di sekolah kepada penggunaan


pengetahuan dalam menyelesaikan masalah kehidupan seharian.

Bertujuan menilai tentang apa yang pelajar boleh lakukan dengan apa yang telah
mereka pelajari.

Melihat kemampuan pelajar untuk meneruskan pembelajaran dalam kehidupan


seharian dengan menggunakan apa yang mereka pelajari, menilai setiap pilihan dan
membuat keputusan

Ciri-ciri item PISA:

Rangsangan / Stimulus - Maklumat khusus /benar di mana sesuatu soalan itu


didasarkan

Pengenalan - Mukadimah kepada apa yang hendak disoalkan

Tugasan / Stem - Pernyataan tentang apa yang perlu dipersembahkan sebagai respon

Arahan / Penyelesaian yang dikehendaki - Pernyataan yang menunjukkan bagaimana


harus respons itu dikemukakan

Peraturan Pemarkahan - Panduan tentang bagaimana skor diberikan

Contoh item PISA:


1.

Kita pernah mendengar berita di kaca tv dan di dada-dada akhbar, ada tangkapan yang
telah dibuat oleh pihak berkuasa terhadap kumpulan yang mencetak wang palsu.
Menggunakan wang palsu dalam urusan jual beli adalah salah dan perbuatan itu adalah
tidak bermoral.

Model Dan Heuristic (Mdh)


Heuristik merupakan satu kaedah meneroka. Ia juga merupakan salah satu alat untuk kita
menyelesaikan masalah. Kaedah Heuristik boleh melibatkan gambar rajah, jadual, dan model.
Ini membolehkan kita memilih cara yang efektif untuk menyelesaikan masalah. Stretegi untuk
menyelesaikan masalah item Heuristik ialah dengan menggunakan :
1. Lukis Gambar atau Gambarajah
2. Cari Pola
3. Teka, Semak & Ulang
4. Guna Objek
5. Buat Senarai Semak
6. Guna Jadual
7. Guna Ayat Matematik
8. Penyelesaian ke Belakang
9. Guna Kaedah Logik
10. Permudahkan

Contoh item Model dan Heuristik(MdH)


1.

Satu jar mengandungi 8 liter air dan dua jar kosong yang masing-masing mempunyai
isipadu 5 liter dan 3 liter. Jika air tersebut perlu dikongsikan sama rata antara dua
orang, bagaimanakah kita boleh melakukannya ?
Pelajar menyelesaikan masalah menggunakan kaedah logik: 8L 5L 3L 8 0 0 3 5 0 3 2 3
6 2 0 6 0 2 1 5 2 1 4 3 4 4 0 2.

2.

Kajian menunjukkan daripada murid bermain bola sepak. daripada murid yang
bermain bola sepak juga bermain hoki. Jika terdapat 132 orang murid, berapa bilangan
murid yang bermain bola sepak dan hoki? Pelajar menggunakan kaedah model untuk
menyelesaikan masalah.
Bola sepak Hoki 12 bahagian = 132 1 bahagian = 132 12 = 11 orang murid Bola
sepak dan hoki = 55 orang murid

I-Think
Program i-Think adalah program untuk meningkatkan dan membudayakan Kemahiran
Berfikir dalam kalangan murid untuk melahirkan generasi yang mampu berinovasi .
Objektif:

Murid dan Guru dapat berfikiran kreatif dan kritis

Murid berupaya membuat refleksi kendiri

Murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.

Menjadikan sekolah tempat yang seronok belajar dan murid bebas memberikan
pandangan yang positif

Merapatkan hubungan guru dan murid kerana guru lebih banyak berperanan sebagai
fasilitator

Jenis-Jenis Peta Pemikiran I-Think


1.

Peta Bulatan/Circle Map

2.

Peta Pokok/Tree Map

3.

Peta Buih/Bubble Map

4.

Peta Buih Berganda/Double Bubble Map

5.

Peta Alir/Flow Map

6.

Multi-Flow Map

7.

Peta Dakap/Brace Map

8.

Peta Titi/Bridge Map

Contoh item I-Think:


Pelajar menyelesaikan masalah menggunakan peta pemikiran I-Think 1. Lima orang
guru lelaki ingin membuat baju batik untuk dipakai sempena Hari Guru.Sehelai baju
batik lelaki memerlukan 2m 65cm kain batik.
(a)

Berapa jumlah kain, dalam m, yang diperlukan untuk membuat 5 helai baju
batik lelaki?

(b)

Setiap guru telah membayar RM80 sebagai wang pendahuluan. Harga semeter
kain batik ialah RM35. Berapakah jumlah wang tambahan yang perlu dibayar
untuk kelima-lima helai baju batik itu?

(c)

Cikgu Zul ada beberapa keping wang kertas RM10, RM5 dan RM1 serta duit
syiling 20 , 10 dan 5. Berikan gabungan wang kertas dan duit syiling yang
boleh digunakan untuk membayar baki bayaran bagi kelima-lima helai baju
batik itu?

Jawapan
(a) 26.
(b) Penyelesaian Masalah Berstruktur (PMB)
1. Masalah/tugasan matematik yang diberi (contohnya buku teks) kepada pelajar: i.
Memerlukan murid berfikir secara mendalam untuk menyelesaikan masalah ii.
Mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan menghubungkannya dengan
konsep baru yang akan dipelajari. iii. Kepelbagaian pendekatan penyelesaian
yang boleh dibanding dan dianalisis untuk mengetengahkan idea-idea
matematik 2. Pengetahuan sedia ada pelajar perlu untuk menjangkakan
pendekatan penyelesaian murid yang akan muncul, rancang pendekatan yang
mana boleh dibincangkan di dalam bilik darjah. 3. Strategi pengajaran sangat
mencabar kerana guru bukan sahaja perlu merancang bahagian mereka, tetapi
perlu menjangka pemikiran murid dan merancang bagaimana ianya boleh
dipersembahkan dan dibincangkan untuk membentuk pemahaman matematik
yang baru.
22. Murid diharapkan untuk menyelesaikan masalah menggunakan pengetahuan matematik
mereka sendiri. 5. Diajar melalui pengaplikasian pengetahuan yang telah dipelajari. Ciri-ciri
item penyelesaian masalah berstruktur(PMB): 1. Direkabentuk untuk murid memperolehi
pengetahuan dan kemahiran dengan mengemukakan masalah matematik yang mencabar
kepada murid. 2. Fokus terhadap kaedah/penyelesaian yang digunakan untuk menyelesaikan

masalah. 3. Memberitahu perkara yang tepat pada masa yang sesuai 4. Berguna apabila
sesuatu konsep atau prosedur baru hendak diperkenalkan Contoh item Penyelesaian Masalah
Berstruktur(PMB) Masalah dan tugasan yang dipilih: 1. Masalah: Kabin manakah yang paling
sesak? Tugasan: Faktor apakah yang dipertimbangkan apabila membuat perbandingan?
Penyelesaian: Luas (m2) Bilangan orang Kabin A 16 6 Kabin B 16 5 Kabin C 15 5 28
23. 2. Masalah: Bagaimana untuk mencari luas trapezium berikut? Tugasan: Bentuk apakah
yang boleh digunakan untuk mencari luas? 3. Masalah: Bagaimana untuk mencari isipadu
bagi pepejal berikut? Tugasan: Bagaimana saya menukarkan kepada bentuk pepejal yang
diketahui? PENUTUP Untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju, apa yang
lebih penting ialah kita perlu menggunakan sepenuhnya apa yang berada di antara dua telinga
kita, yakni minda kita, bukan apa yang berada di antara dua bahu kita, iaitu kekuatan, atau apa
yang berada di antara dua tapak kaki kita iaitu sumber semulajadi. Dipetik daripada ucapan
Y.A.B Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad, sewaktu melancarkan Wawasan 2010 pada 6
Februari 1996. Dapatlah dirumuskan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi amatlah penting
dalam pendidikan Matematik dan ia merupakan satu keperluan dalam penyelesaian masalah
Matematik . Kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) juga perlu untuk membina pengetahuan
Matematik di kalangan pelajar agar dapat meningkatkan kecemerlangan dan mencapai hasrat
dan aspirasi Negara.