Anda di halaman 1dari 5

KONSEP PEMODENAN & KRITIK TERHADAPNYA

KONSEP PEMODENAN & KRITIK TERHADAPNYA


Oleh: Mahathir bin Mohamad (2014240324) Kumpulan AP224 3B
Dalam era pasca globalisasi dan modenisasi masa kini, kita sering dipancarkan dengan
keindahan kemajuan yakni kemodenan yang terbangun dari usaha masyarakat manusia di muka
bumi ini pada umumnya. Apakah sebenarnya maksud pemodenan? Berdasarkan pengajian,
pemodenan berasal daripada perkataan moden yang bermaksud terkini, zaman sekarang atau
sesuatu yang bersifat baharu. Pemodenan bermaksud suatu fahaman atau pandangan hidup yang
bersifat keduniaan dengan berpandukan akal semata-mata. Modenisasi adalah pembangunan
berencana yang distrukturkan dengan pendekatan ekonomi tertentu dan ia dibezakan dengan
pembangunan yang tidak berencana yang selalu disinonimkan dengan pembaratan (Baharuddin,
2007). Justeru, pemodenan boleh diklasifikasikan sebagai proses menukar atau merubah sesuatu
yang lama kepada sesuatu yang baharu yang merujuk kepada perubahan sosial yang melibatkan
transformasi dan penyesuaian institusi kepada fungsi yang sentiasa berubah.
Pemodenan merupakan perkataan yang emotif sifatnya. Sesetengah mengatakan
pemodenan merupakan sesuatu yang mendatangkan kegembiraan dan juga sebaliknya. Manakala
modenisme biasanya diklasifikasikan sebagai membelakangkan agama, anti tradisi dan bersifat
sekular. Pemodenan merupakan suatu proses perubahan atau transformasi dalam segala aspek
kehidupan masyarakat dan negara secara berencana seperti pembangunan insan, pembangunan
sosial, pembangunan fizikal, pembangunan ekonomi dan lain-lain pembangunan yang berkait
rapat (Baharuddin, 1990). Menurut istilah, ia merangkumi keseluruhan kehidupan manusia sama
ada luaran dan dalaman, kejiwaan dan kebendaan, fizikal dan mental, praktis dan teoretis (Ali,
1977).
Melihat kepada sejarah pemodenan, ia bermula di Eropah Barat hasil dua revolusi besar
iaitu revolusi Perancis dan revolusi perindustrian. Revolusi perindustrian telah mengubah sistem
ekonomi sara diri kepada pembangunan ekonomi berskala besar atau industri untuk tujuan
eksport. Pengkaji sains sosial beranggapan modenisasi hari ini adalah perubahan yang
berasaskan pengasingan agama dan pemerintahan. Proses pemodenan begitu sinonim dengan
proses westernisasi atau pembaratan.

MAHATHIR MOHAMAD (2014240324)

KONSEP PEMODENAN & KRITIK TERHADAPNYA

Berdasarkan pengajian oleh para sarjana sains sosial dan kemasyarakatan, pemodenan
merupakan cebisan daripada proses perubahan sosial. Ia boleh diklasifikasikan kepada dua
bahagian iaitu: (1) Pemodenan terancang, dan (2) pemodenan yang tidak dirancang (Bakar,
2008). Selama ini, masyarakat kita tertumpu dengan pemodenan yang terancang. Ini disebabkan
usaha pemodenan ini melibatkan perbuatan sedar manusia mengubah taraf kehidupan mereka.
Selain itu, penglibatan ramai pihak turut menyumbang kepada faktor mengapa isu ini menjurus
kepada pemodenan yang terancang.
Pemodenan ialah melakukan perubahan, pembangunan dan kemajuan menurut ajaran
Islam. Kemajuan menurut Islam adalah berasaskan al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana yang
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Manusia diciptakan untuk beribadah atau mengabdikan diri
kepada Allah SWT. Jadi, pemodenan tidak boleh terkeluar daripada tuntutan pengabdian
berkenaan. Perubahan yang dilaksanakan adalah dalam rangka memperbaiki taraf kehidupan
sebagaimana yang dituntut oleh Islam.
Tambahan pula, pemodenan adalah sesuatu yang boleh direncanakan, praktikal dan boleh
diukur ketidakcapaiannya atau kejayaannya serta mampu dilunjurkan cerah atau tidak ekonomi
masa depannya. Maka tidak mustahil jika ada pertelingkahan yang seringkali membantah tentang
fakta, pengertian serta teori pemodenan masa kini (Bernstein, 2002). Pemodenan seringkali
diterjemahkan sebagai cara terunggul dan penyelamat kepada negara yang baru maju dan
merdeka. Di sebalik imej gah yang dibawanya ia juga boleh diumpamakan duri dalam daging
yang akan membawa masyarakat yang ghairah untuk berubah kepada kemunduran ekonomi dan
kehilangan jati diri. Mereka akan terjatuh ke dalam kancah muslihat kapitalis moden dan tidak
dapat keluar daripada pusingan ganas.
Antara cabang berlainan yang menganjurkan karakter humanisme yang mendalam,
deretan pemodenan itu digambarkan sebagai prosedur membina keseronokan dan kebahagiaan
untuk umat sejagat yang berteraskan prinsip egalitarianisme (semua orang sama rata dan dengan
itu maka semua orang mendapat hak dan peluang yang sama). Bagi perencana dan pelaksana
yang mengetengahkan hal-hal konkrit, pembangunan terjelma dalam bentuk jalan raya, rumah
pangsa, rumah bidan dan pusat kesihatan, kalori makanan, masjid dan surau, jambatan besi atau
kayu, paip air dan tiang elektrik (Baharuddin, 2007).

MAHATHIR MOHAMAD (2014240324)

KONSEP PEMODENAN & KRITIK TERHADAPNYA

Salah satu cabang implikasi kepada pemodenan adalah masyarakat tradisional lebih
kepada mengekalkan tradisi dan juga tidak dinamik. Disamping itu, berpegang teguh kepada
keagamaan dan struktur sosial yang telah diwarisi. Lemah dari segi inovasi atau tidak berdaya
maju serta tidak cekap . Disamping itu kesan perubahan masa juga mempengaruhi teori
modenisasi yang mana berlaku transformasi dari segi makna (Crossman, 2011). Jikalau dulu
ianya dikaitkan dengan pembaratan kini maknanya lebih luas dengan mengambil kira unsurunsur sains dan teknologi. Sebagai contoh dalam kalangan pemimpin negara, Perdana menteri
Malaysia ke-4 didalam Teks ucapan utama di kongres kebangsaan wawasan 2020 mengatakan
"Pemodenan bukanlah Pembaratan, bukan Penjepunan, bukan Pentimuran dan bukan juga
Pengasiaan tetapi mestilah merupakan bumi moden yang tersendiri" (Mohamad, 1997).
Sementara di kalangan ahli akademik pula pemodenan kini dikaitkan dengan perkembangan
kerasionalan dan penggunaan sains dan teknologi dalam kehidupan masyarakat (S. H., 1972). AlQuran menegaskan bahawa manusia hendaklah mewujudkan perubahan dalam kehidupan
mereka dan tidak hanya menunggu takdir atau menyerah kepada Allah semata-mata tanpa
sebarang usaha. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah
sesuatu yang berada pada sesuatu kaum, sehingga mereka ( sendiri ) mengubah apa yang ada
dalam diri mereka. [Surah al-Raad, ayat 11].
Kritik terhadap pemodenan pula tidak boleh dilihat sebagai kritikan golongan kiri
ataupun sebagai anti Barat. Sebaliknya ia adalah satu kritik yang sah dan dilakukan oleh ahli-ahli
sosiologi pembangunan dalam negeri seperti Shamsul Amri Baharuddin (1977) dan juga ahli-ahli
sosiologi pembangunan antarabangsa seperti A.G Frank (1967). Malah sarjana Islam juga
menyuarakan kritik yang tajam terhadap modenisasi kerana sifatnya yang anti tradisi itu (Ali,
1977).
Jika dilihat secara keseluruhannya, Teori Pemodenan adalah istilah yang digunakan untuk
menunjukkan tentang kemajuan atau proses perubahan. Ia termasuklah dari berbagai-bagai aspek
kehidupan dalam masyarakat. Hasilannya ia mengujudkan klasifikasi masyarakat iaitu tradisional
dan moden. Selain itu Pemodenan juga tidak dapat dipisahkan dari istilah Transformasi di mana
pembangunan tidak akan wujud tanpa berlakunya Transformasi (Revisionworld, 2012). Inilah
antara alasan mengapa Teori Modenisasi ini hanya sesuai diaplikasikan oleh negara sedang

MAHATHIR MOHAMAD (2014240324)

KONSEP PEMODENAN & KRITIK TERHADAPNYA

membangun. Bagi negara sedang membangun ia memerlukan satu proses perubahan yang secara
langsung mempunyai kaitan dengan Teori Modenisasi itu sendiri.

MAHATHIR MOHAMAD (2014240324)

KONSEP PEMODENAN & KRITIK TERHADAPNYA

SENARAI RUJUKAN
Ali, W. M., 1977. Islam dan Modenisma. Angkatan Belia Islam Malaysia: Kuala Lumpur..
Baharuddin, S. A., 1990. Masyarakat Malaysia yang membangun. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Baharuddin, S. A., 2007. Modul Hubungan Etnik. UPENA: Shah Alam .
Bakar, O., 2008. Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban. Jurnal Peradaban, 1.Kuala Lumpur.
Bernstein, H., 2002. Modernisation Theory and the Sociology Study of Development, s.l.:
EBSCO Publishing.
Crossman, A., 2011. About Education: Modernisation Theory. [Online]
Available at: http://sociology.about.com/od/M_Index/g/Modernization-Theory.htm
[Accessed 8 October 2014].
Mohamad, M., 1997. Teks Ucapan utama di Kongres Kebangsaan Wawasan 2020. Petaling
Jaya, Selangor, s.n.
Revisionworld, 2012. Revisionworld. [Online]
Available at: http://revisionworld.com/a2-level-level-revision/sociology/worldsociology/sociological-explanations-development-under-development/modernisation-theory
[Accessed 8 October 2014].
S. H., A., 1972. Modernization and Social Change. Sydney : Augus and Robertson. s.l.:s.n.

MAHATHIR MOHAMAD (2014240324)