Anda di halaman 1dari 17

HBHE 3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

TUGASAN
SEMESTER SEPTEMBER 2014

HBHE 3103
KRAF TRADISIONAL

NO. MATRIKULASI

NO. KAD PENGENALAN

NO. TELEFON

E-MEL

PUSAT PEMBELAJARAN

HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Isi Kandungan
Perkara

Muka surat

Pendahuluan

1.0 Ceramah Amalan 3K di sekolah

2.0 Borang maklum balas Pemantauan


Borang Profil Pelajar

Borang B: Maklum balas Penggunaan Persekitaran sekolah

Borang B: Maklum balas Penggunaan Kantin

10

Borang B: Maklum balas Penggunaan Makmal Sains

11

Borang B:Maklum balas Penggunaan bangunan Sekolah

12

Borang B;Maklum balas Penggunaan Bilik Darjah

13

3.0 Analisa Pemantauan


3.1 Objektif Pemantauan

17

3.2 Analisa Kebersihan

18

3.3 Analisa Keselamatan

19

4.0 Cadangan dan Penambahbaikan

20

Rujukan

21

HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

1.0 Ceramah Amalan 3K disekolah


Sungguh rendah pohon cemara,
Bergayut kera di balik pohonan;
Lafaz Bismilah pembuka bicara,
Salam sejahtera saya ucapkan.
Terima kasih sekalung budi saya ucapkan buat pengerusi majlis. Selamat pagi dan salam
sejahtera saya lafazkan kepada yang berusaha Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Desa
Kencana, Tuan Haji Rahman Talib, kepada barisan penolong kanan , guru-guru, rakan pelajar
sekalian, serta tuan-tuan dan puan-puan.
Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih kepada
pihak sekolah kerana memberi saya peluang untuk berkongsi ilmu dan menyampaikan
ceramah ringkas sempena sambutan Program Sekolahku Syurgaku. Sempena hari yang mulia
ini, izinkanlah saya untuk memperkatakan maksud yang tersirat dalam program 3K, yakni
keceriaan, keselamatan, dan kebersihan. Kerana tanpa program 3K ini, maka tidaklah dapat
kita merasakan sekolah ini sebagai syurga bagi semua warga sekolah.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian
Tak kenal, maka tak cinta bagaimana kita akan dapat memupuk minda warga sekolah ini
untuk memastikan tiga ciri dalam 3K ini dapat dicapai jika kita tidak kenal akan apa maksud
yang tersirat disebalik keceriaan, keselamatan dan kebersihan ataupun program 3k itu sendiri.
Pertama sekali, apakah itu Program 3K?
Program 3K ini sebenarnya dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula
sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan
keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya, mulai
tahun 2004, program ini tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga program
berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif Meningkatkan
Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi Program Sekolah
Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan

HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Sekolah. Penyusunan semula program 3K dilakukan untuk mengelakkan pertindihan objektif


bagi dua program yang dilaksanakan sebelumnya iaitu Program 3K dan Program Peningkatan
Keselamatan Sekolah. Pada tahun itu didapati sebanyak 90 buah sekolah rendah dan
menengah di seluruh negara menyertainya berbanding 30 sekolah pada tahun sebelumnya.
Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah
(3K) memberi peluang kepada mana-mana sekolah yang terpilih merasai hakikat bahawa
keceriaan itu sememangnya ada dalam pendidikan. Tanpa mengira dalaman mahu pun luaran,
program 3K dilihat mampu menyerlahkan keceriaan sesebuah sekolah yang menyertainya
menerusi penekanan kepada meningkatkan tiga aspek utama program tersebut. Sesebuah
sekolah yang ceria dari pelbagai segi bukan sahaja sedap di pandang mata atau dibanggakan
oleh warga masyarakat sekitarnya, malah yang lebih penting ia juga mampu melahirkan
pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.
Program 3K yang dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya menambahkan
keindahan dan keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan sesama pihak sekolah
dan juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Program
inisiatif 3K ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Sidang dewan yang dikasihi.
Keceriaan itu dalam program 3K ini ditakrifkan sebagai amalan kudsi yang dilakukan
oleh sekumpulan individu termasuklah semua warga sekolah yang beretika secara konsisten di
institusi pendidikan ini. Program ini semakin pudar dalam kalangan pelajar kerana kurangnya
kesedaran permuafakatan dalam usaha untuk mewujudkan sekolah yang ceria dan harmoni.
Sampailah masa untuk menopang dagu dan merenungi kepentingan program ini dalam
gawang minda, apakah kemaslahatan program ini kepada warga sekolah?
Apakah usaha-usaha paling pragmatik untuk menceriakan sekolah?
Tepuklah dada tanya selera.
Sidang dewan yang saya hormati,
Dari segi pandangan dan persepsi masyarakat, aktiviti rewang untuk membersihkan
persekitaran kawasan sekolah merupakan wadah yang mendatangkan dampak kepada setiap
individu. Hal ini memanglah wajar kerana amalan ini dapat mewujudkan sekolah yang ceria,
sekali gus dapat menjanakan sahsiah diri ampuh dalam kalangan anak didik. Amalan ini
wajarlah dijadikan iktibar oleh semua warga sekolah kerana sekolah akan dijauhi pembiakan
wabak penyakit dan tempat pembiakan vektor penyakit juga akan dibersihkan sama sekali Ini
jelas menampakkan program kebersihan sekolah amat wajar bagi menjana keberkesanan

HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

intitusi pendidikan ini untuk semua lapisan warga sekolah. Kerjasama sesama warga sekolah
bagai antan dengan lesung akan memudahkan kerja yang rumit, di samping menyemarakkan
nilai murni dan amalan mahmudah dalam lubuk kalbu setiap warga sekolah. Alangkah
baiknya sekiranya aktiviti bergotong-royong tetap digalakkan setiap bulan mengikut kelas
yang berbeza ataupun sebagai hukuman amal kepada pelajar yang bermasalah disiplin. Sudah
terang lagi bersuluh bahawa hanya dengan usaha bagai bukit sama didaki, lurah sama dituruni
akan mewujudkan sekolah yang harmoni dan ceria.
Bila sekolah dah bersih, bila sekolah dah ceria, semua warga sekolah sudah merasa sangat
kondusif dalam meniti hari-hari persekolahan, faktor keselamatan jangan pula diabaikan.
Sebab itulah, tiap sekolah perlulah mengamalkan Sekolah Selamat seperti yang yang
disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui ucapan Menteri Pelajaran sendiri
dalam merasmikan program Sekolah Selamat pada tahun 2013 yang lalu.
Apakah itu program Sekolah Selamat?
Program Sekolah Selamat adalah suatu program sekolah yang menerapkan ciri-ciri
keselamatan untuk semua warga sekolah. Objektif program ini adalah untuk menyediakan dan
menyebarkan maklumat tentang acara keselamatan diri murid semasa pergi sehingga balik
sekolah. Selain memberi penekanan dalam tindakan yang betul apabila berhadapan ancaman
keselamatan dan mendapat maklumat tentang kesihatan dan keselamatan. Ini akan menjadikan
sekolah sebagai tempat yang paling selamat bagi murid selepas rumah mereka sendiri.
Oleh yang demikian, tuan-tuan dan puan-puan sidang dewan yang saya kasihi, dengan
pelaksanaan program 3K ini, warga sekolah akan merasakan bahawa slogan 'sekolahku,
syurgaku' itu sangat realistik dan implikasinya kepada semua warga akan dapat menyuntik
semangat cinta akan sekolah dalam atma setiap warga sekolah. Sukakan guru kerana ilmunya,
sukakan gaharu kerana harumnya. Pembangunan fizikal sesebuah sekolah mestilah seiring
dengan pembangunan persekitaran yang menghijau, udaran yang bersih dan sekolah yang
selamat. Sebagai analoginya, sekolah dalam taman merupakan idaman setiap manusia supaya
institusi pendidikan ini akan kita terus pelihara dan dilestarikan dengan keceriaan, kebersihan
dan keselamatan. Menurut kajian dan tinjauan dalam Laporan Kementeriaan Pelajaran
Malaysia, sekolah yang mencapai akademik yang memberangsangkan adalah sekolah-sekolah
yang sangat kondusif dan selamat selepas mengamalkan program 3K ini. Oleh itu, jelas akan
keberkesanan program kita pada hari ini iaitu, Sekolahku Syurgaku.
Setakat ini sahaja yang dapat saya sampaikan pada pagi ini. Sebelum saya
mengundurkan diri dari pentas ini, terimalah serangkap pantun daripada saya:

HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Burung kelicap terbang sekawan,


Terbang segera dari pohon baiduri,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Izinkan saya untuk bermohon diri.
Sekian, terima kasih.

HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

BORANG MAKLUM BALAS


PEMERIKSAAN GURU BERSAMA MURID
TAHAP KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DESA KENCANA
BAHAGIAN A : PROFIL PELAJAR
Arahan : Sila tandakan pada satu (1) jawapan sahaja, dalam kotak yang disediakan.

1. Tarikh

2. Tingkatan :

___ /___ / 2010


1

3. Semester

______________________________

4. Sesi

Pagi

5. Jantina

Lelaki
Perempuan

6. Umur

7. Bangsa

Melayu
India
Cina
Lain-lain, nyatakan ____________________________

8. Agama

Islam
Kristian
Buddha
Hindu
Lain-lain, nyatakan ____________________________

Petang

______________________________

9. Kekerapan menggunakan prasarana sekolah ?


(Nyatakan sebab sekiranya anda memilih beberapa kali seminggu dan beberapa kali
sebulan bagi setiap kawasan/tempat/bangunan seperti berikut)
a. Padang dan gelanggang sekolah
Setiap hari
Beberapa kali seminggu
Beberapa kali sebulan
b. Kantin
Setiap hari
Beberapa kali seminggu

HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Beberapa kali sebulan


c. Makmal Sains
Setiap hari
Beberapa kali seminggu
Beberapa kali sebulan
d. Bangunan sekolah
Setiap hari
Beberapa kali seminggu
Beberapa kali sebulan
e. Bilik darjah
Setiap hari
Beberapa kali seminggu
Beberapa kali sebulan
10. Adakah anda berpuas hati dengan prasarana yang disediakan oleh pihak sekolah?
(Nyatakan sebab sekiranya anda memilih tidak)
Ya
Tidak
Nyatakan :______________________________________________________________
11. Nama guru pengiring pemantauan :___________________________________________

BAHAGIAN B : MAKLUM BALAS PENGGUNAAN PERSEKITARAN SEKOLAH


(TERMASUK PADANG DAN GELANGGANG)
Arahan:
I.
II.

Sila tandakan secara objektif mengenai sejauh manakah persetujuan anda berkenaan
penyataan-penyataan berikut yang menerangkan pandangan anda.
Sila tuliskan nombor yang berkenaan di ruang kosong pada sebelah tepi setiap
penyataan berdasarkan skala yang diberikan.

HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Jawapan
Skor

Bil

Sangat
tidak
setuju
1

Tidak
setuju

Kurang
setuju

Setuju

Sangat
setuju

Perkara

Keadaan persekitaran sekolah sentiasa dalam keadaan bersih dan mendapat


perhatian oleh pihak sekolah

Pihak sekolah telah menyediakan kemudahan tanpa menitik beratkan faktor


keselamatan warga sekolah

Keadaan padang dan gelanggang sekolah dalam keadaan yang sangat selamat
bagi menjalankan aktiviti riadah

Perlukah disediakan peti cadangan dalam kawasan sekolah untuk pelajar.

Adakah pemeriksaan menyeluruh perlu dijalankan pihak pentadbiran sekolah


dalam setiap hari

Skor

12. Sila berikan komen / cadangan mengenai perubahan lain yang diperlukan.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_____________________

BAHAGIAN B : MAKLUM BALAS PENGGUNAAN KANTIN SEKOLAH


Arahan:
I.
II.

Sila tandakan secara objektif mengenai sejauh manakah persetujuan anda berkenaan
penyataan-penyataan berikut yang menerangkan pandangan anda.
Sila tuliskan nombor yang berkenaan di ruang kosong pada sebelah tepi setiap
penyataan berdasarkan skala yang diberikan.

HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Jawapan
Skor

Bil

Sangat
tidak
setuju
1

Tidak
setuju

Kurang
setuju

Setuju

Sangat
setuju

Perkara

Keadaan persekitaran kantin sentiasa dalam keadaan bersih dan mendapat


perhatian oleh pihak sekolah

Pihak pengusaha kantin sekolah telah menyediakan kemudahan tanpa menitik


beratkan faktor kebersihan dan keselamatan warga sekolah

Keadaan kantin sekolah dalam keadaan yang sangat kondusif dan selamat bagi
semua pelajar

Makanan dan minuman yang disediakan sangat meyakinkan dan selamat dari
sebarang jangkitan penyakit.

Adakah pemeriksaan menyeluruh perlu dijalankan pihak pentadbiran sekolah


dalam setiap hari

Skor

12. Sila berikan komen / cadangan mengenai perubahan lain yang diperlukan.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_____________________

BAHAGIAN B : MAKLUM BALAS PENGGUNAAN MAKMAL SAINS SEKOLAH


Arahan:
I.
II.

Sila tandakan secara objektif mengenai sejauh manakah persetujuan anda berkenaan
penyataan-penyataan berikut yang menerangkan pandangan anda.
Sila tuliskan nombor yang berkenaan di ruang kosong pada sebelah tepi setiap
penyataan berdasarkan skala yang diberikan.

HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Jawapan
Skor

Bil

Sangat
tidak
setuju
1

Tidak
setuju

Kurang
setuju

Setuju

Sangat
setuju

Perkara

Keadaan persekitaran makmal sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur serta
mendapat perhatian oleh pihak sekolah

Pihak pengurusan makmal sekolah telah menyediakan kemudahan pembelajaran


tanpa menitik beratkan faktor kebersihan dan keselamatan pengguna makmal

Keadaan makmal sains sekolah dalam keadaan yang sangat ceria, kondusif dan
selamat bagi semua pelajar

Semua peralatan makmal dalam keadaan bersih dan telah disteril dan peralatan
perbelajaran yang disediakan sangat meyakinkan dan selamat dari sebarang
jangkitan penyakit.

Adakah pemeriksaan menyeluruh perlu dijalankan pihak pentadbiran sekolah


dalam setiap hari

Skor

12. Sila berikan komen / cadangan mengenai perubahan lain yang diperlukan.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_____________________

BAHAGIAN B : MAKLUM BALAS PENGGUNAAN BANGUNAN SEKOLAH


Arahan:
I.
II.

Sila tandakan secara objektif mengenai sejauh manakah persetujuan anda berkenaan
penyataan-penyataan berikut yang menerangkan pandangan anda.
Sila tuliskan nombor yang berkenaan di ruang kosong pada sebelah tepi setiap
penyataan berdasarkan skala yang diberikan.

HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Jawapan
Skor

Bil

Sangat
tidak
setuju
1

Tidak
setuju

Kurang
setuju

Setuju

Sangat
setuju

Perkara

Keadaan persekitaran bangunan sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur serta
mendapat perhatian oleh pihak sekolah

Struktur bangunan sekolah amat selamat digunakan dan tidak menunjukkan


tanda-tanda perkara yang tidak diingini berlaku.

Keadaan bangunan sekolah dalam keadaan yang sangat ceria, kondusif dan
selamat bagi semua pelajar

Semua prasarana bangunan sekolah seperti pondok bas, perpustakaan, surau,


setor sukan dan peralatan yang disediakan sangat meyakinkan dan selamat.

Adakah pemeriksaan menyeluruh perlu dijalankan pihak pentadbiran sekolah


dalam setiap hari

Skor

12. Sila berikan komen / cadangan mengenai perubahan lain yang diperlukan.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_____________________

BAHAGIAN B : MAKLUM BALAS PENGGUNAAN BILIK DARJAH


Arahan:
I.
II.

Sila tandakan secara objektif mengenai sejauh manakah persetujuan anda berkenaan
penyataan-penyataan berikut yang menerangkan pandangan anda.
Sila tuliskan nombor yang berkenaan di ruang kosong pada sebelah tepi setiap
penyataan berdasarkan skala yang diberikan.

HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Jawapan
Skor

Sangat
tidak
setuju
1

Tidak
setuju

Kurang
setuju

Setuju

Sangat
setuju

Bil

Perkara

Keadaan persekitaran bilik darjah sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur serta
mendapat perhatian oleh pihak sekolah

Struktur bilik darjah amat selamat digunakan dan tidak menunjukkan tanda-tanda
perkara yang tidak diingini berlaku.

Keadaan bilik darjah dalam keadaan yang sangat ceria, kondusif dan selamat bagi
semua pelajar

Semua prasarana bilik darjah sekolah seperti suis elektrik, kipas, lampu, jendela
bilik darjah, papan tulis dan sebagainya yang disediakan sangat meyakinkan dan
selamat.

Adakah pemeriksaan menyeluruh perlu dijalankan pihak pentadbiran sekolah


dalam setiap hari

Skor

12. Sila berikan komen / cadangan mengenai perubahan lain yang diperlukan.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_____________________

3.0 Analisa Pemantauan


3.1 Objektif Pemantauan
Pemantauan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah
pelajar berpuas hati dengan prasarana sekolah yang telah disediakan bagi memastikan pelajar
dapat meneruskan sesi pembelajaran dalam keadaan yang kondusif dan selamat. Bagi
mencapai maksud ini, borang maklumbalas telah disediakan bagi pelajar yang dipilih secara

HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

rawak untuk

melihat secara langsung maklumbalas pelajar berkenaan dengan membuat

pemeriksaan secara kritikal dan pemantauan di beberapa tempat penting yang digunakan oleh
para pelajar dengan diiring oleh seorang guru AJK Program 3K sekolah.
3.2 Analisa Kebersihan
3.2.1 Persekitaran Sekolah ( termasuk padang dan gelanggang )
Dalam pemantauan yang telah dijalankan, didapati murid berpuas hati dengan keadaan
keseluruhan kebersihan kawasan persekitaran sekolah. Ini dapat ditunjukkan kerana lebih
daripada separuh pelajar yang sangat bersetuju bahawa keadaan kebersihan sekolah dalam
keadaan yang memuaskan. Daripada 5 borang yang telah diisi oleh pelajar yang dipilih secara
rawak menunjukkan pada perkara bilangan satu borang pemantauan, 4 orang yang memilih
sangat setuju. Ini bermaksud 80% yang memilih persekitaran sekolah sentiasa dalam keadaan
bersih dan mendapat perhatian pihak sekolah. Manakala 20% lagi memilih setuju.
3.2.2 Makmal Sains
Dalam pemantauan yang telah dijalankan, didapati murid berpuas hati dengan keadaan
keseluruhan kebersihan makmal sains sekolah. Ini dapat dibuktikan kerana smua pelajar yang
telah dipilih secararawak sangat bersetuju bahawa keadaan kebersihan makmal sains dalam
keadaan yang memuaskan. Daripada 15 borang yang telah diisi oleh pelajar yang dipilih
secara rawak menunjukkan pada perkara bilangan satu borang pemantauan, kesemuanya
memilih sangat setuju. Ini bermaksud 100% yang memilih makmal sains sentiasa dalam
keadaan bersih dan mendapat perhatian pihak sekolah.
3.2.3 Bangunan Sekolah
Pemantauan tahap kebersihan bangunan sekolah ini dilaksanakan secara bersepadu dan
diiringi oleh 12 orang guru dan 100 orang murid yang membuat pemantauan dan mengisi
borang maklum balas berkenaan. Pemantauan ini berlangsung selama 5 hari persekolahan.
Dalam pemantauan yang telah dijalankan, 70% daripada pelajar sangat bersetuju bahawa
bangunan sekolah dalam keadaan bersih dan mendapat perhatian pihak sekolah. Melihat dari
komen yang ditulis oleh pelajar, pihak sekolah telah banyak melakukan pengorbanan bagi
memastikan bangunan sekolah bersih dan memuaskan. Manakala 30% lagi iaitu sebanyak 30
orang lagi memilih setuju.
3.2.4 Bilik Darjah

HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Pemantauan tahap kebersihan bilik darjah ini dilaksanakan dari satu bilik darjah ke
satu bilik darjah dan diiringi oleh seorang guru bagi setiap bilik darjah berkenaan.
Pemantauan ini berlangsung selama 5 hari persekolahan. Dalam pemantauan yang telah
dijalankan, 85% daripada pelajar-pelajar sekolah ini sangat bersetuju bahawa bilik darjah
dalam keadaan bersih dan mendapat perhatian pihak sekolah. Banyak juga komen yang
membina ditulis oleh pelajar-pelajar bagi memantapkan lagi bilik darjah agar menjadi lebig
konduusif dan memberi impak langsung pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat
10% pelajar yang memilih setuju, manakala terdapat 5% daripada jumlah pelajar yang
memilih kurang setuju pada perkara bilangan 1 dalam borang maklum balas.
3.2.5 Kantin
Bagi melaksanakan pemantauan dikantin sekolah, dua sesi pemantauan dijalankan
iaitu sesi sebelum masa rehat sekolah dan selepas masa rehat sekolah. Seramai 10 orang yang
memantau sebelum masa rehat dan 10 orang lagi yang memantau selepas masa rehat.
Keputusan menunjukkan bahawa 100% menyokong dan sangat bersetuju keadaan kantin
bersih sebelum masa rehat. Dan selepas rehat, hanya 50% sahaja yang sangat bersetuju
kebersihan kantin sekolah.

3.3 Analisa Keselamatan


3.3.1 Persekitaran Sekolah ( termasuk padang dan gelanggang )
Faktor keselamatan dalam pemantauan yang telah dijalankan, didapati murid berpuas
hati dengan keselamatan mereka untuk menggunakan kawasan persekitaran sekolah termasuk
padang dan gelanggan. Ini dapat ditunjukkan kerana separuh pelajar yang sangat bersetuju
bahawa keadaan keselamatan sekolah dalam keadaan yang memuaskan. Daripada 20 borang
yang telah diisi oleh pelajar yang dipilih secara rawak menunjukkan pada perkara bilangan

HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

satu borang pemantauan, 16 orang yang memilih sangat setuju. Ini bermaksud 70% yang
memilih persekitaran sekolah sentiasa dalam keadaan selamat dan mendapat perhatian pihak
sekolah. Manakala 30% lagi memilih setuju.
3.3.2 Makmal Sains
Dalam pemantauan yang telah dijalankan, didapati murid berpuas hati dengan keadaan
keseluruhan keselamatan makmal sains sekolah. Ini dapat dibuktikan kerana smua pelajar
yang telah dipilih secararawak sangat bersetuju bahawa keadaan penyusunan radas, bahanbahan yang berbahaya diletak ditempat yang selamat, makmal sains dalam keadaan yang
memuaskan. Daripada 55 borang yang telah diisi oleh pelajar yang dipilih secara rawak
menunjukkan pada perkara bilangan satu borang pemantauan, kesemuanya memilih sangat
setuju. Ini bermaksud 100% yang memilih makmal sains sentiasa dalam keadaan selamat dan
mendapat perhatian pihak sekolah.
3.3.3 Bangunan Sekolah
Pemantauan tahap keselamatan bangunan sekolah ini dilaksanakan secara bersepadu
dan diiringi oleh 12 orang guru dan 100 orang murid yang membuat pemantauan dan mengisi
borang maklum balas berkenaan. Pemantauan ini berlangsung selama 5 hari persekolahan.
Dalam pemantauan yang telah dijalankan, 70% daripada pelajar sangat bersetuju bahawa
bangunan sekolah dalam keadaan bersih dan mendapat perhatian pihak sekolah. Melihat dari
komen yang ditulis oleh pelajar, pihak sekolah telah banyak melakukan pengorbanan bagi
memastikan bangunan sekolah bersih dan memuaskan. Manakala 30% lagi iaitu sebanyak 30
orang lagi memilih setuju.

3.3.4 Bilik Darjah


Pemantauan tahap keselamatan bilik darjah ini dilaksanakan dari satu bilik darjah ke
satu bilik darjah dan diiringi oleh seorang guru bagi setiap bilik darjah berkenaan.
Pemantauan ini berlangsung selama 5 hari persekolahan. Dalam pemantauan yang telah
dijalankan, 85% daripada pelajar-pelajar sekolah ini sangat bersetuju bahawa bilik darjah
dalam keadaan bersih dan mendapat perhatian pihak sekolah. Banyak juga komen yang
membina ditulis oleh pelajar-pelajar bagi memantapkan lagi bilik darjah agar menjadi lebig

HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

konduusif dan memberi impak langsung pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat
10% pelajar yang memilih setuju, manakala terdapat 5% daripada jumlah pelajar yang
memilih kurang setuju pada perkara bilangan 1 dalam borang maklum balas.
3.3.5 Kantin
Keadaan lantai yang basah dan berminyak, adalah salah satu perkara yang dilihat
kurang dapat memberi impak yang negatif dalam pemantauan yang dijalankan kepada 10
orang pelajar sebelum dan 10 lagi selepas waktu rehat.Pelajar ramai yang berpendapat bahawa
kurang bersetuju keadaan kantin yang selalu dalam keadaan bersih. Terutama waktu selepas
rehat 100% dari murid memilih kurang bersetuju.
4.0 Cadangan
Bagi memastikan keadaan sekolah dalam keadaan yang baik, banyak langkah yang
perlu diambil bagi memastikan pelajar rasa selesa dan dapat menumpukan perhatian dalam
pelajaran. Pihak sekolah perlu bertindak pro-aktif, dengan meningkatkan kesedaran
dikalangan pelajar dan warga sekolah tentang kebersihan dan keselamatan ini. Programprogram seumpama Rumahku Syurgaku adalah sangat berguna dalam meningkatkan kualiti
perkhidmatan pendidikan di peringkat sekolah.
Salah satu langkah yang boleh diambil ialah dengan menguatkuasakan undang-undang
yang lebih ketat di sekolah. Ini boleh membuat pelajar takut dari membuat kerosakan,
membuang sampah merata tempat dan pelajar lebih berdisplin

RUJUKAN