Anda di halaman 1dari 76

KAJIAN KES PENGLIBATAN MURID-MURID TAHAP DUA (TAHUN 4,5,6)

SEKOLAH KEBANGSAAN YANG TERPILIH DI DAERAH KUBANG PASU,


JITRA, KEDAH DARUL AMAN DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN
AKTIVITI SUKAN

AZRAN EFFENDY BIN HAJI SAAD

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


2007

ii

KAJIAN KES PENGLIBATAN MURID-MURID TAHAP DUA (TAHUN 4,5,6)


SEKOLAH KEBANGSAAN YANG TERPILIH DI DAERAH KUBANG PASU,
JITRA, KEDAH DARUL AMAN DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN
AKTIVITI SUKAN

AZRAN EFFENDY BIN HAJI SAAD

KERTAS KAJIAN INI DIKEMUKAKAN BAGI


MEMENUHI SYARAT UNTUK PENGIJAZAHAN
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN)

FAKULTI SAINS SUKAN


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2007

iii

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa latihan ilmiah ini adalah satu hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

(.............................................................)
AZRAN EFFENDY BIN HAJI SAAD
D 20041019957

iv

PENGESAHAN

Saya mengesahkan telah memeriksa kertas kajian bertajuk Penglibatan Murid-murid


Tahap Dua Sekolah Kebangsaan Terpilih Di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah Darul
Aman Dalam Aktiviti Kokurikulum Dan Aktiviti Sukan oleh Azran Effendy Bin Haji
Saad. Saya memperaku bahawa kertas kajian ini diterima bagi memenuhi sebahagian
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan)

(.......................................................................)
Penyelia Kertas Kajian QSS 4103
Prof. Madya Dr. Shaharuddin Bin Abd. Aziz
Fakulti Sains Sukan
Universiti Pendidikan Sultan Idris

PENGESAHAN

Penulisan Ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat
Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak

(.......................................................................................)
PUAN NUR HAZIYANTI BT. MOHAMAD KHALID
Penyelaras
Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah

vi

DEDIKASI

Mengenang perit jerih


Mengatasi segala rintangan
Mencari sinaran ilmu
Melahir rasa kesyukuran padaMu....Ya Allah

Buat Ayah dan Ibu


Allahyarham Haji Saad Bin Yahaya
Allahyarhamah Hajjah Arpah Binti Mohd Rejab
Juga buat keluargaku
Teristimewa buat isteri Noraini Binti Ismail
Anak-anak tersayang Muhammad Amir Najmi dan Nurul Najihah
Jasa, pengorbanan dan doronganmu
Meningkatkan semangatku

Buat guru dan pensyarah


Jasamu tetapku kenang
Nasihatmu tetapku ingati
Terima kasih atas segala-galanya
Halalkan ilmu yang dicurahi

Buatmu Yang Maha Berkuasa


Aku sujud syukur
Semoga limpah dan kurniaMu
Sentiasa menyinari hidup kami
Di dunia dan di akhirat....

Alhamdulillah.

vii

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Tiada Lafaz yang
paling indah untuk diungkapkan selain syukur Alhamdulillah kepada Allah s.w.t.
kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat saya menyiapkan penulisan ilmiah
ini bagi memenuhi sebahagian syarat kursus dan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (Sains Sukan).

Sekalung Penghargaan dan jutaan terima kasih khas buat pensyarah penyelia,
Prof. Madya Dr. Shaharuddin Bin Abd. Aziz yang telah banyak menyokong dan
membantu serta membimbing saya dalam menghasilkan penulisan ilmiah ini. Segala
masa dan tenaga yang diluangkan amatlah saya hargai. Sesuatu yang baik dan mulia
itu tidak dapat dilihat dan dinilai dengan mata kasar kecuali menilai dengan hati yang
jujur dan ikhlas. Sesungguhnya semua ini tidak dapat dibalas dengan wang ringgit
mahupun kebendaan yang lain. Ibarat serangkap pantun Melayu, Hutang emas
dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi di
bawa mati. Selagi nyawa dikandung badan, budi yang diberikan akan dikenang
selamanya.

Tidak dilupakan juga kepada pihak lain yang terbabit dalam penghasilan
penulisan ilmiah ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jutaan terima
kasih diucapkan buat barisan pensyarah dan kakitangan Fakulti Sains Sukan atas
bantuan dan kerjasama yang diberikan. Juga penghargaan dan terima kasih kepada

viii

Encik Muftar Bin Mohamad Saad @ Mohd Rashid, guru sains sukan dan pendidikan
jasmani SMK Dato Wan Mohd Saman, Tandop, Alor Setar kerana membantu
mengumpulkan data, meluahkan idea dan sumbangsaran yang berguna. Buat rakan
Legacy yang dihargai, terima kasih yang tidak terhingga kuucapkan. Buat isteri
tersayang Noraini Binti Ismail, tiada kata yang dapat dilafazkan untuk
menggambarkan rasa terima kasih di atas pengorbanan selama ini. Terima kasih
semuanya.

AZRAN EFFENDY BIN HAJI SAAD


D20041019957
Universiti Pendidikan Sultan Idris
2007

ix

ABSTRAK

KAJIAN KES PENGLIBATAN MURID-MURID TAHAP DUA (TAHUN 4, 5, 6)


SEKOLAH KEBANGSAAN YANG TERPILIH DI DAERAH KUBANG PASU,
JITRA, KEDAH DARUL AMAN DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN
AKTIVITI SUKAN

Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi penglibatan


murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah Kubang
Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Seramai 196 orang
murid tahap dua (tahun 4,5,6) lelaki dan perempuan dari tiga buah sekolah kebangsaan
terpilih terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan statistik diskriptif,
perbandingan min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan faktor utama yang
penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di
Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum mengikut urutan
keutamaan ialah pentadbiran / pengurusan, penyertaan, persekitaran dan minat
manakala dalam aktiviti sukan pula mengikut urutan keutamaan ialah pentabiran /
pengurusan, minat, persekitaran dan penyertaan. Secara keseluruhannya berdasarkan
kajian faktor penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan
terpilih di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti
sukan berdasarkan empat gagasan kajian iaitu faktor pentadbiran / pengurusan,
persekitaran, penyertaan dan minat menunjukkan ia memainkan peranan penting
selain faktor-faktor lain kerana aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan mempunyai
kepentingan dan dilihat sebagai pelengkap kepada akademik dan sebahagian cara
hidup bagi mendapatkan keseimbangan dalam sistem pendidikan kerana ia mampu
melahirkan insan yang cemerlang.

ABSTRACT

A CASE STUDY INVOLVING UPPER PRIMARY STUDENTS (YEAR 4,5,6)


IN CO-CURRICULUM ACTIVITIES AND SPORTS ACTIVITIES AT A
SELECTED SCHOOL IN KUBANG PASU, JITRA, KEDAH DARUL AMAN

The aim of the study is to identify the major factors that influence the involvement of
upper primary students (year 4,5,6) in a selected school in the district of Kubang Pasu,
Jitra, Kedah Darul Aman in co-curriculum activities and sports activities. There were
196 student from the upper primary male and famale from three school were selected
for this study.
The data were analyzed using descriptive statistics, difference in mean and
standard devision. The findings of the study showed that major factors of student
involvement in co-curriculum activities are the admistration / management,
participation, the surrounding and the students interest, meanwhile in sports
activities, the factors are admistration management, interest, the surrounding and
students involment.
Overall, based on the factors, the involment of the student of upper primary in
co-curriculum activities and sports activities according to four main factors that are
admistration / management, surrounding, participation and interest showed that it
plays an important role apart from other factors because co-curiculum activities and
sports activities plays important role and it acts as compliment to acadamic and as
part of life in having a balanced in education system because it can produce a
complete individuals.

xi

KANDUNGAN
Muka Surat
PENGAKUAN
PENGESAHAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
ISI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN

iii
iv
vi
vii
ix
x
xi
xiii
xiv
xv

BAB 1 : PENDAHULUAN
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8
1.9

Pengenalan
Penyataan Masalah
Objektif Kajian
Persoalan Kajian
Definisi Operasional
Kepentingan Kajian
Lamitasi Kajian
Delimitasi Kajian
Batasan Kajian

1
4
8
9
10
11
13
14
14

BAB 2 : KAJIAN LITERATUR


2.1
2.2
2.3

2.4

2.5

Pengenalan
Faktor Penglibatan
Teori-Teori Berkaitan
2.3.1 Teori Pencapaian
2.3.2 Teori Jangkaan
Kajian-Kajian Lampau Penyelidikan Berkaitan
2.4.1 Kajian Dalam Negeri
2.4.2 Kajian Luar Negeri
Kesimpulan

15
15
17
20
21
24
26

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN


3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
3.8

Pengenalan
Rekabentuk Kajian
Lokasi Kajian
Sampel Kajian
Instrumen Kajian
Prosedur Kajian
Kajian Rintis
Analisis Data

27
27
28
29
32
34
35
36

xii

BAB 4 : DAPATAN KAJIAN


4.1
4.2

4.3
4.4

Pengenalan
Analisis Faktor Utama Yang Mempengaruhi Penglibatan
Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dan Aktiviti Sukan
4.2.1 Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar
Dalam Aktiviti Kokurikulum
4.2.2 Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar
Dalam Aktiviti Sukan
Perbezaan Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan
Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jantina
Perbezaan Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan
Pelajar Dalam Aktiviti Sukan Mengikut Jantina

38

39
39
41
43

BAB 5 : PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN


5.1
5.2

5.3
5.4
5.5
5.6

Pengenalan
Ringkasan Dapatan Kajian
5.2.1 Faktor Utama Yang Mempengaruhi Penglibatan
Murid-murid Tahap Dua (Tahun 4,5,6) Sekolah
Kebangsaan Yang Terpilih Di Daerah Kubang Pasu,
Jitra, Kedah Dalam Aktiviti Kokurikulum Dan
Aktiviti Sukan
Perbincangan
Rumusan
Cadangan
Penutup

RUJUKAN
LAMPIRAN
A
B
C
D

Borang Soal Selidik Kajian


Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran
Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
Surat Kebenaran Sekolah-Sekolah Berkenaan

45
46

48
50
54
56

xiii

SENARAI JADUAL

Jadual

Muka Surat

3.1

Taburan Populasi Yang Menjadi Sampel Mengikut Sekolah

30

3.2

Jadual Persampelan Kriejcie dan Morgan (1970)

31

3.3

Analisis Kebolehpercayaan Pekali Cronbach Alpha

36

4.1

Min Dan Sisihan Piawai Faktor Penglibatan Pelajar Dalam


Aktiviti Kokurikulum

40

Min Dan Sisihan Piawai Faktor Penglibatan Pelajar Dalam


Aktiviti Sukan

41

Perbezaan Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar


Tahap 2 (Tahun 4,5,6) Dalam Aktiviti Kokurikulum Mengikut
Jantina

42

Perbezaan Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar


Tahap 2 (Tahun 4,5,6) Dalam Aktiviti Sukan Mengikut Jantina

43

4.2

4.3

4.4

xiv

SENARAI RAJAH

Rajah

Muka Surat

2.1

Model Motivasi Pencapaian

18

2.2

Hieraki Keperluan Maslow Mengikut Keutamaan

19

2.3

Formula Teori Jangkaan

20

xv

SENARAI SINGKATAN

IPTA

Institusi Pengajian Tinggi Awam

IPDA

Institut Perguruan Darulaman

JPN

Jabatan Pendidikan Negeri

KPM

Kementerian Pelajaran Malaysia

KPTM

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

KRS

Kadet Remaja Sekolah

PPD

Pejabat Pendidikan Daerah

SK

Sekolah Kebangsaan

SPSS

Statistical Package For The Social Science

SPM

Sijil Pelajaran Malaysia

UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Penegasan tentang

kepentingan penglibatan pelajar sekolah dalam aktiviti

kokurikulum dan aktiviti sukan di sekolah-sekolah adalah sejajar dengan keperluan


proses pengajaran dan pembelajaran masa kini. Kini aktiviti kokurikulum dan aktiviti
sukan juga telah dijadikan merit dalam sistem meritokrasi bagi pemilihan kemasukkan
pelajar ke mana-mana institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selain
kecemerlangan akademik sebagai sebagai kelayakan utama. Pertambahan dan
peningkatan bilangan pelajar yang memperolehi pencapaian akademik yang tinggi
telah memberi persaingan sihat antara pelajar untuk merebut peluang untuk memasuki
mana-mana universiti awam yang menjadi pilihan, namun akibat bilangan pemohon
yang melebihi penawaran tempat di universiti, maka kerajaan telah mengambil
langkah menjadi aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan sebagai merit utama
pemilihan kemasukan pelajar ke universiti. Ini kerana aktiviti kokurikulum dan
aktiviti sukan dititik berat memandangkan bahawa perlaksanaannya yang berkesan

akan membantu mencapai matlamat pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan dengan mewujudkan suasana yang seimbang antara perkembangan
pemikiran dengan perkembangan sosial, rohani dan jasmani.

Dalam kajian ini, definisi penglibatan mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga,
(2002) ialah satu kumpulan manusia yang memerihal melibatkan diri dalam sesuatu
hal atau perkara. Manakala aktiviti kokurikulum pula ialah isi kandungan sesuatu
aktiviti dalam bentuk persatuan, kelab, unit uniform dan aktiviti yang bukan
melibatkan mata pelajaran khusus. Manakala aktiviti sukan pula ialah segala kegiatan
yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga seperti permainan bola
sepak yang dilakukan sebagai hiburan termasuklah untuk pertandingan dan untuk
menyihatkan badan.

Melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan juga adalah
diharapkan akan dapat membentuk dan mempertingkatkan disiplin pelajar-pelajar
sekolah, ini adalah salah satu matlamat perlaksanaan aktiviti kokurikulum dan aktiviti
sukan. Masalah buli, ponteng sekolah, gangsterisme, vandalisma dan pelbagai gejala
sosial telah menarik tumpuan pelbagai pihak untuk menangai masalah ini. Pelbagai
cara dan kaedah untuk membenteras gejala sosial yang melibatkan pelajar sekolah
telah bermula sejak dari sekolah rendah lagi walaupun sebahagian besarnya adalah
pelajar menengah namun asasnya aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan bermula dari
sekolah rendah lagi.

Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan telah dikenalpasti


sebagai salah satu kaedah yang dapat mengatasi masa lapang pelajar dan seterusnya

mencegah mereka daripada menceburi kancah jenayah dan pelbagai aktiviti salah laku
yang tidak berfaedah. Bagi menarik minat pelajar ini, kajian yang terperinci mengenai
motif pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kokurikulum serta matlamat
penyertaan mereka perlu dijalankan (Nelfianty, 2004).

Kajian ini adalah untuk mencari satu jawapan atau kepastian sejauh manakah
penglibatan pelajar tahap dua di tiga buah sekolah terpilih di Daerah Kubang Pasu,
Kedah dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan sesuai dengan pekeliling yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Pekeliling Ikhtisas Bil.
4/1995 (Fasa 14: Kegiatan Ko-Kurikulum) yang mewajibkan semua pelajar
mengambil bahagian atau aktif di dalam kegiatan kokurikulum di sekolah dan
Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 yang mengkehendaki semua pelajar terlibat dalam
aktiviti sukan di sekolah. Dalam konteks negara ini penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum dan aktiviti sukan dianggap penting sebagai satu alat untuk memenuhi
hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan pelajarpelajar yang terdiri daripada berbilang kaum. Dalam Laporan Jawatan Kabinet (1979)
telah menyusul bahawa, Semua murid hendaklah digalakkan mengambil bahagian
yang lebih aktif dalan aktiviti kokurikulum dan sukan, dengan harapan bahawa dalam
rancangan kokurikulum dan sukan ini dapat menyemai dan memupuk nilai-nilai
murni dan norma-norma masyarakat yang dikehendaki.

Kajian ini tertumpu khas di tiga buah Sekolah Kebangsaan yang terpilih di
Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Bagi tujuan ini sekolah yang dipilih adalah
Sekolah Kebangsaan Gelong, Sekolah Kebangsaan Megat Dewa dan Sekolah
Kebangsaan Tunku Bendahara. Pemilihan sekolah dibuat dengan menggunakan

kaedah persampelan sistematik Kriejcie dan Morgan (1970) setelah memperolehi


senarai nama dan jumlah sekolah yang terdapat di Daerah Kubang Pasu daripada
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kubang Pasu.

1.2

Pernyataan Masalah

Dalam konteks pendidikan, penglibatan kanak-kanak dan remaja dalam aktiviti


kokurikulum dan aktiviti sukan di sekolah sangat penting kerana ia dapat membantu
pertumbuhan fizikal, mental, emosi dan sosial dan ini selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berkehendakkan setiap insan berkembang secara
seimbang dari segi sosial, rohani dan jasmani. Aktiviti kokurikulum seperti unit
beruniform, kelab serta berpersatuan dan aktiviti bersukan dapat memenuhi keperluan
pertumbuhan kanak-kanak dan remaja yang merupakan faktor penting dalam
psikologi perkembangan. Penglibatan dalam kokurikulum dan sukan adalah satu aspek
motivasi dan merupakan cabang kepada psikologi perkembangan (Bergin dan
Habusta, 2004).

Di Malaysia, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan


adalah dimestikan. Ini adalah dijelaskan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985
bertarikh 2 Januari 1985, yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
kepada semua pihak yang terlibat dengan pendidikan. Matlamat perlaksanaannya ialah
untuk membina dan meningkatkan disiplin pelajar melalui penyertaan dalam aktiviti
kokurikulum dan aktiviti sukan. Kesinambungan dari perlaksanaan ini dan juga
menggambarkan kesungguhan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hishamuddin dan
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Mustapa Mohamed dalam kenyataan

bersama bahawa penyertaan dalam akiviti kokurikulum dan sukan juga telah diambil
kira sebagai syarat kemasukan ke IPTA mulai sesi pengambilan 2006/2007 ini.
Pembabitan pelajar sama ada dalam kegiatan sukan, pakaian seragam atau kelab /
persatuan akan diberi merit mengikut peringkat yang diwakili (sekolah, daerah,
negeri,negara), jawatan (presiden, setiausaha, bendahari, jawatankuasa) serta tempoh
masa penglibatan dan kehadiran. Pelajar-pelajar yang cemerlang atau aktif dalam
kokurikulum dan sukan juga akan dikecualikan daripada mengikuti Program Latihan
Khidmat Negara (Mohd Feroz Abu Bakar, 2007, Berita Harian).

Kepentingan pelajar atau remaja menyertai aktiviti kokurikulum dan sukan ini
dilihat diberi perhatian lebih lagi dengan tertubuhnya Jawatankuasa Kabinet
Pembangunan Sukan. Pelajar atau remaja perlu dikenalpasti minat atau motif
penyertaan mereka dalam kokurikulum dan sukan, dari sini dapatlah direncanakan
program latihan yang bersesuaian dengan peralatan dan corak latihan yang
bersesuaian sebagai pelapis untuk mengisi tiga golongan atlet diperingkat sekolah
iaitu atlet sukan berprestasi tinggi, pelapis dan sukan untuk semua (Harian Metro,
2006).

Populariti aktiviti kokuriklum melalui unit beruniform, persatuan, kelab seperti


Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS), Pengakap Kanak-Kanak, Remaja atau
Dewasa, Pasukan Pandu Puteri dan lain-lain manakala aktiviti bersukan pula seperti
sukan bola sepak, olahraga, hoki dan sebagainya perlu digunakan untuk menarik
minat kanak-kanak atau pelajar menyertainya. Apabila menyertai aktiviti kokurikulum
dan sukan ini pelajar akan melalui latihan yang memerlukan latihan disiplin yang
tinggi dan secara tidak langsung boleh dijadikan sebagai satu cara untuk membentuk

disiplin diri yang baik dan mengurangkan masalah disiplin yang pelajar timbulkan
disekolah. Cara ini bolehlah dianggap berkesan kerana disiplin dapat dibentuk dengan
adanya keinginan serta minat diri sendiri untuk mematuhi peraturan-peraturan yang
dibuat kerana seseorang pelajar itu tahu tanggungjawabnya untuk mematuhi peraturan
yang telah diadakan (Habibah & Noran Fauziah, 2002).

Ini adalah kerana cara yang terbaik untuk mengurangkan masalah disiplin di
sekolah ialah bukan melalui deraan fizikal, mengkritik, menghina atau menyindir
tetapi mendisiplin melalui penghargaan kendiri dan cara yang tidak langsung seperti
penyertaan dalam aktiviti kokurikulum dan sukan di sekolah (Habibah, Noran
Fauziah, 2002).

Mengetahui penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan dapat


memberi gambaran mengapa seseorang itu untuk menyertai serta mengambil bahagian
dalam sesuatu jenis aktiviti kokurikulum atau sukan. Ada yang beranggapan
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan yang diceburi didorong oleh
motivasi intrinsik misalnya keseronokan, meningkat kecergasan dan kemahiran. Ada
juga yang berpendapat kerana motivasi ektrinsik seperti ganjaran, pujian dan
pengiktirafan. Walau apapun motif penglibatan pelajar, mereka memerlukan galakan
dan sokongan secara terancang bagi mengekalkan penglibatan mereka dalam aktiviti
kokurikulum dan sukan yang diceburi sehingga ke peringkat menengah, kolej
mahupun universiti.

Pada masa sekarang penilaian terhadap aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan
hanyalah dibuat pada peringkat sekolah menengah sahaja (merujuk kepada rekod

kehadiran aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia) sedangkan minat dan dorongan untuk melibatkan diri dalam
aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan ini adalah bermula dari sekolah rendah
sedangkan kehadiran atau penglibatan murid untuk aktiviti kokurikulum dan aktiviti
sukan di sekolah rendah tidak dititikberatkan. Dari itu perlulah dikenalpasti setakat
mana penglibatan pelajar sekolah rendah dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti
sukan supaya pihak yang berkenaan seperti guru penasihat, pentadbir sekolah,
Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri dapat merangka
aktiviti yang dapat menarik minat serta mendorong pelajar di sekolah rendah (tahap 2)
untuk menyertai aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan.

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti sejauh manakah penglibatan pelajar


sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu dalam aktiviti kokurikulum
dan sukan. Kajian ini juga dapat menentukan sejauh manakah perlaksanaan dua
perkara di atas dilaksanakan dalam kehidupan pelajar di tiga buah sekolah yang
terpilih tersebut semasa alam persekolahan rendah mereka sebagai suatu asas sebelum
mereka meneruskan kesinambungan aktiviti kokurikulum dan sukan diperingkat
menengah atau yang lebih tinggi yang semestinya menjanjikan cabaran yang mungkin
membawa nama negara di persada dunia.

Kajian ini juga akan menjawab persoalan sejauh manakah pelajar sekolah
kebangsaan yang terpilih menyertai atau bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum
dan aktiviti sukan seperti yang dipertanggungjawabkan oleh pihak kerajaan kepada
pihak-pihak berkenaan. Selain itu kajian ini mengkaji tahap pencapaian dan
penglibatan mereka, dapat mengenalpasti tugas-tugas yang perlu ditekankan oleh

pihak pentadbir, guru-guru dan pemimpin masyarakat dalam mencorak kehidupan


seharian mereka.

Akhir sekali, kajian ini akan merumuskan kepentingan penglibatan pelajar


sesuai dengan pekeliling yang telah diberi garis panduan untuk dilaksanakan oleh
pihak tertentu seperti guru, pentadbir daerah, negeri dan juga pemimpin masyarakat
yang telah diamanahkan oleh pihak kerajaan.

1.3

Objektif Kajian

Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan untuk :

1.3.1 Mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki dan
perempuan tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah
Kubang Pasu dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

1.3.2 Mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki dan
perempuan tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah
Kubang Pasu dalam aktiviti sukan.

1.3.3 Mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki dan
perempuan tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah
Kubang Pasu dalam aktiviti kokurikulum.

1.4

Persoalan Kajian

Kajian ini diharapkan akan dapat menjawab persoalan bagi:

1.4.1 Apakah faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki dan
perempuan tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah
Kubang Pasu dalam aktiviti kokurikulum.

1.4.2 Apakah faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki dan
perempuan tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah
Kubang Pasu dalam aktiviti sukan.

1.4.3 Apakah faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki tahap 2
(tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah Kubang Pasu dalam
aktiviti kokurikulum.

1.4.4 Apakah faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar perempuan


tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah Kubang Pasu
dalam aktiviti kokurikulum.

1.4.5 Apakah faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki tahap 2
(tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah Kubang Pasu dalam
aktiviti sukan.

10

1.4.6 Apakah faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar perempuan


tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah Kubang Pasu
dalam aktiviti sukan.

1.5

Definisi Operasional

Kajian tentang penglibatan pelajar sekolah kebangsaan dalam aktiviti kokuriklum dan
sukan ini dijalankan mengikut definisi operasioal yang ditetapkan oleh pengkaji.
Berikut adalah definisi operasional yang akan digunakan sepanjang kajian kes ini
dijalankan.

Penglibatan : Definisi penglibatan mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, (2002)


ialah satu kumpulan manusia yang memerihal melibatkan diri dalam sesuatu hal atau
perkara. Manakala Kamus Oxford Fajar (2004) pula, penglibatan membawa makna
mengambil bahagian dalam sesuatu kegiatan atau keadaan. Bagi penyelidikan ini,
penglibatan ialah penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan
diperingkat sekolah rendah seperti apa yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Kokurikulum: Kokurikulum pula ialah isi kandungan sesuatu aktiviti dalam bentuk
persatuan, kelab, unit uniform dan aktiviti yang bukan melibatkan mata pelajaran
khusus. Secara rasminya aktiviti kokurikulum ini diperuntukkan dalam peraturanperaturan kursus pengajian sekolah 1956 dan pindaan tahun 1961 (Akta Pendidikan
1961: No. 552 ) yang dikenali sebagai kegiatan kumpulan.

11

Sukan

: Sukan ialah permainan atau acara yang dimasukkan ke dalam takwin

pertandingan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia seperti bola sepak, sepak


takraw, bola baling, hoki, tenis, gimnastik, bola tampar, renang, sofbol, olahraga dan
sebagainya.

1.6

Kepentingan Kajian

Penyelidik berpendapat, kajian ini akan memberi satu gambaran mengenai apa yang
sedang berlaku di sekolah-sekolah, khasnya sekolah kebangsaan dalam melaksanakan
aktiviti kokurikulum dan aktiviti sebagaimana mengikut arahan Surat Pekeliling Bil.
4/1995 (Fasa 14: Kegiatan Ko-Kurikulum) yang mewajibkan semua pelajar
mengambil bahagian atau aktif di dalam kegiatan kokurikulum di sekolah dan
Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 yang mengkehendaki semua pelajar terlibat dalam
aktiviti sukan di sekolah.Ini akan memberikan satu kaedah jalan penyelesaian
sekiranya terdapat sedikit kelemahan dalam kajian ini.

Maka kesedaran tentang sejauh manakah penglibatan pelajar sekolah


kebangsaan (SK) dalam aktiviti kokurikulum dan sukan dapat dilaksanakan dengan
berkesan terutamanya di tiga buah sekolah kebangsaan yang terpilih dalam Daerah
Kubang Pasu (sekolah yang dijadikan kajian).

Dapatan kajian ini juga akan bermanfaat kepada :


Pelajar di tiga buah sekolah kebangsaan (SK) yang terpilih tersebut untuk
tindakan mereka dalam merencanakan kehidupan harian mereka baik pada waktu

12

persekolahan rendah mereka sebagai asas dan kesinambungan persekolahan


diperingkat menengah atau yang lebih tinggi nanti.

Guru penasihat aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dalam mengatur,


melaksana atau mengelolakan aktiviti tersebut agar dapat menarik serta menyemai
minat serta melatih budaya kerja berpasukan disamping memberi sokongan moral dan
material dikalangan pelajar melalui aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan.

Pentadbir

sekolah

dalam

merancang,

mengurus,

mentadbir

aktiviti

kokurikulum dan aktiviti sukan agar selaras dengan hasrat kerajaan, masyarakat dan
ibubapa berdasarkan pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Para pentadbir atau pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran


Daerah, yang merupakan pegawai yang menjalankan tugas untuk menyelia pelaksana
iaitu guru bagi memastikan semua program berjalan dengan lancar.

Pemahaman ibubapa atau waris pelajar terhadap pentingnya penglibatan anakanak mereka dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dimana kebanyakannya
ibubapa tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja dalam sektor pertanian / sawah
yang masih memerlukan sokongan dan perhatian oleh pihak-pihak tertentu.

Para pentadbir dalam aktiviti kokurikulum dan sukan selain daripada sekolah
seperti Pegawai Belia dan Sukan Daerah yang menjadi pemangkin terhadap aspirasi
kerajaan untuk melahirkan belia atau pelajar yang berwawasan.

13

Pemimpin masyarakat di sesebuah kampung atau desa yang menjadi sumber


rujukan kepada masyarakat di kawasan masing-masing. Mereka juga menjadi
penggerak kepada sesebuah pertubuhan atau persatuan kerana pengaruh mereka begitu
kuat di tempat mereka tinggal khasnya di kawasan kampung atau desa.

1.7

Limitasi Kajian

Kajian ini dibataskan kepada beberapa limitasi berikut :


Pembentukan soal selidik dalam kajian kes ini berdasarkan pekeliling yang telah
diwartakan oleh Kementerian Pelajaran untuk panduan pihak yang berkenaan. Kajian
ini akan dijalankan ke atas 196 orang murid atau pelajar lelaki dan perempuan di
Sekolah Kebangsaan Gelong, Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara dan Sekolah
Kebangsaan Megat Dewa, Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah Darul Aman.

Dalam kajian kes ini, penyelidik mengandaikan bahawa maklumat yang


diberikan oleh responden adalah jujur dan ikhlas dan sesuai dengan kehendak soalan
dalam soal selidik yang diberikan.

Dalam kajian kes ini, soalan-soalan yang diberikan ada kaitan dengan keluarga
atau ibu bapa mereka. Harapan penyelidik agar jawapan yang diberikan kelak adalah
tepat dan menjurus kepada aspek soal selidik berkenaan penglibatan pelajar Sekolah
Kebangsaan dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan.

Sebagai rumusannya, kajian ini berdasarkan kepada tiga aspek penting iaitu
latar belakang pelajar, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan sukan sahaja.

14

1.8

Delimitasi Kajian

Kajian ini adalah terbatas kepada pelajar di tiga buah sekolah yang terpilih sahaja.
Pemilihan subjek atau responden adalah berdasarkan kepada pelajar-pelajar tahap dua
iaitu tahun 4, 5 dan 6.

Kajian ini diwakili oleh 196 orang pelajar atau responden di tiga buah sekolah dalam
Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah. Pemilihan pelajar dibuat berpandukan
persampelan sitematik dari Jadual Persampelan Kriejcie dan Morgan (1970) dan tanpa
mengambil kira aspek sosial ekonomi.

1.9

Batasan Kajian

Batasan kajian ini dibuat di dalam Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah di tiga buah
sekolah yang telah berpandukan persampelan sistematik dari Jadual Persampelan
Kriejcie dan Morgan (1970) iaitu Sekolah Kebangsaan Gelong, Jitra, Kedah Sekolah
Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah dan Sekolah Kebangsaan Megat
Dewa, Kodiang, Kedah.

15

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Dalam bab ini penulisan akan tertumpu kepada sorotan literatur yang berkaitan
dengan faktor penglibatan seseorang murid dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti
sukan. Penyelidik akan membincangkan dengan secara terperinci faktor penglibatan,
kajian-kajian lampau yang berkaitan dengan faktor penglibatan mereka dalam aktiviti
kokurikulum dan aktiviti sukan.

2.2

Faktor Penglibatan

Penglibatan kanak-kanak, remaja atau pelajar sekolah dalam aktiviti kokurikulum dan
aktiviti sukan telah menjadi tumpuan utama para saintis termasuk ahli sains sukan
sekitar 70an dan 80an lagi (Gill, 2000). Bidang kajian yang menjadi tumpuan para
pengkaji sukan adalah motif penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti
sukan serta faktor-faktor yang akan menjadikan penglibatan dalam sesuatu aktiviti

16

tersebut sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Menurut para saintis sukan, isu
penglibatan pelajar perlu dikenalpasti kerana masalah peningkatan bilangan pelajar
yang tidak berminat dan menyertai aktiviti secara tidak serius semakin bertambah.
Hasil kajian Roberts (1993) di Amerika Syarikat menunjukkan kadar keciciran
daripada aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan di sekolah serta peningkatan masalah
disiplin bagi kanak-kanak yang berumur 10 tahun hingga 17 tahun telah meningkat
sebanyak 80%.

Kanak-kanak atau pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan


aktiviti sukan kerana pelbagai sebab serta untuk memenuhi pelbagai keperluan.
Seperti yang ditetapkan oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam garis panduan Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1995 (Fasa 14: Kegiatan KoKurikulum) yang mewajibkan semua pelajar mengambil bahagian atau aktif di dalam
kegiatan kokurikulum di sekolah dan Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 yang
mengkehendaki semua pelajar terlibat dalam aktiviti sukan tanpa mengira kaum atau
keturunan.

Malah dalam pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah


mewajibkan setiap murid atau pelajar terlibat dan bersama-sama mengambil bahagian
dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah sama ada aktiviti
kokurikulum, sukan, akademik dan kebudayaan. Oleh yang demikian, diharapkan
pihak yang berkenaan seperti pentadbir sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah, Jabatan
Pendidikan Negeri dan juga para pemimpin masyarakat dapat merancang dan
melaksanakan program yang berkesan demi melahirkan masyarakat yang maju dan
terpelajar.

17

Sekiranya ada pihak yang berkenaan tidak menjalankan tugas seperti yang
telah ditetapkan oleh pekeliling, maka berlakulah sedikit kepincangan dan kekurangan
bagi pelajar dan hasrat negara khasnya. Seterusnya penulisan dalam bab ini akan
tertumpu kepada sorotan literatur yang berkaitan dengan penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan.

2.3

Teori-Teori Berkaitan
2.3.1 Teori Pencapaian

Pakar-pakar psikologi telah mengenengahkan pelbagai teori yang berkaitan motivasi.


Teori-teori yang sering diguna pakai antaranya ialah teori motivasi pencapaian. Teori
ini menyatakan bahawa kecenderungan seseorang atlet sama ada untuk mendekati atau
mengelakkan diri dari situasi yang kompetitif atau berasaskan pencapaian. Dalam
konteks sukan motivasi pencapaian adalah berdasarkan kepada kemenangan, hadiah
dan pengiktirafan. Individu yang terlibat dalam sukan bergantung kepada motifnya
sendiri.

Cox (1998), dalam model motivasi pencapaian McClelland dan Atkinson


adalah satu teori yang mengupas pendekatan motivasi pencapaian. Melalui model ini,
ia membicarakan tentang pencapaian terbentuk berdasarkan dua konstruk iaitu motif
untuk mencapai kejayaan dan takut kepada kegagalan. Sekiranya atlet tersebut
berkeyakinan bahawa beliau boleh berjaya, maka atlet tersebut akan memilih untuk
melibatkan diri dalam aktiviti. Bagaimanapun, sekiranya atlet tersebut merasakan
bahawa beliau tidak berkeyakinan untuk melakukan aktiviti, maka atlet tersebut akan

18

memilih untuk tidak menyertai aktiviti berkenaan. Dengan kata lain, penyertaan atlet
dalam sebarang aktiviti boleh dilihat berdasarkan Rajah 2.1 di bawah;

Rajah 2.1
Model Motivasi Pencapaian

Motivasi Pencapaian = Motivasi Intrisik - Kebimbangan Kognitif Seketika

Elemen motivasi ekstrisik dimasukkan ke dalam persamaan ini untuk


melengkapkan model berkenaan. Elemen motivasi ekstrinsik membantu menjelaskan
mengapa seseorang individu terus menyertai sesuatu aktiviti walaupun motif untuk
mencapai kejayaan individu tersebut rendah. Atkinson mengakui kesan pengaruh
luaran dalam mempengaruhi motivasi individu.

Maslow 1954, (dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2002) telah
menghuraikan teori motivasi mengikut heirarki keperluan. Manusia perlu memenuhi
keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum
timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan. Keperluan
fisiologi ialah keperluan udara, air, makanan, pembuangan kotoran badan dan lainlain. Keperluan untuk keselamatan termasuklah merasa dilindungi dan tidak terancam.
Peringkat ketiga ialah keperluan kasih sayang. Keadaan ini termasuklah ingin
disayangi oleh ibu bapa atau diterima oleh rakan sebaya dalam kumpulan. Keperluan
penghargaan juga penting seperti pujian dan hadiah ke atas kejayaan yang telah
dicapai. Peringkat tertinggi ialah peringkat sempurna kendiri. Pada peringkat ini

19

seseorang akan cuba memenuhi potensi yang dipunyai ke tahap paling maksimum. lni
dapat dilihat seperti pada Rajah 2.2 di bawah.

Rajah 2.2
Hieraki Keperluan Maslow Mengikut Keutamaan.

Sempurna
Kendiri
Penghormatan Kendiri

Penghargaan / Kasih Sayang

Keselamatan

Fisiologi

(Sumber : Psikologi Ramlah Jantan Dan Mahani Razali, 2002; ms161 )

Bandura (1986), mengemukakan teori motivasi keberkesanan kendiri (selfefficacy)

yang

bermaksud

keyakinan

seseorang

individu

bahawa

beliau

berkemampuan serta boleh melakukan sesuatu tugasan yang khusus dengan jayanya.
Menurut beliau dalam situasi yang kompetitif semakin tinggi tahap self-efficacy,
semakin tinggi pencapaian individu tersebut serta semakin menurun kebangkitan
emosinya. Teori ini juga menjelaskan bahawa `self-efficacy' merupakan asas kepada
kecekapan atau persepsi yang mantap. Keadaan ini boleh ditingkatkan melalui
beberapa cara seperti perlakuan atau prestasi yang berjaya, pengalaman lalu kata-kata
semangat atau perangsang serta kebangkitan emosi.

20

Gill (1986) motivasi intrinsik dan ekstrinsik merupakan perkara yang sangat
penting dalam sukan. Motivasi ekstrinsik telah dikaitkan dengan penglibatan dan juga
prestasi yang diharapkan dalam sukan. Jika sekiranya ganjaran yang tinggi diberikan,
maka para atlet akan lebih mementingkan ganjaran daripada aktiviti-aktiviti sukan dan
sekiranya ganjaran telah dihapuskan, maka berkemungkinan atlet tersebut akan terus
berhenti dari penyertaannya dalam sukan. Bagi mereka yang bermotivasi intrinsik
akan menunjukkan keseronokan, kepuasan dan cabaran dalam sukan yang diceburi.
Dalam teori penilaian kognitif telah memberi perspektif yang relevan bagi memahami
perhubungan antara ganjaran ekstrinsik dengan motivasi intrinsik. Terdapat dua aspek
ganjaran yang boleh menjejaskan motivasi intrinsik iaitu dari aspek mengawal
controlling dan juga aspek memberi informasi "information". Berdasarkan teori ini,
apabila aspek mengawal dan memberi informasi tentang ganjaran telah menjadi
tinggi, maka ia telah mengurangkan motivasi intrinsik para pemain.

2.3.2 Teori Jangkaan

Teori motivasi jangkaan telah diperkembangkan oleh Edwards (1954) dan Atkinson
(1964) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali, (2002) berdasarkan formula berikut
di bawah Rajah 2.3.
Rajah 2.3
Formula Teori Jangkaan

Motivasi (M) = Kemungkinan Kejayaan(Ps) x Nilai insentif kejayaan (Is)

21

Teori ini juga dikenali sebagai expectancy - valence model (Slavin, 1997).
Teori ini menganggapkan bahawa manusia sentiasa mempunyai motivasi untuk
melakukan sesuatu tindakan apabila mereka menjangka mendapat kejayaan atau
keuntungan daripadanya. Sebaliknya, jika kegagalan yang akan diterima, mereka akan
cuba pula untuk mengelakkannya seberapa yang terdaya. Teori ini boleh diaplikasikan
dengan menyediakan latihan atau tugasan yang memberitahu dengan jelas kriteria
penilaian untuk mendapat gred tertentu.

3.0

Kajian Lampau Penyelidikan Berkaitan


3.3.1 Kajian Dalam Negeri

Di Malaysia, kajian yang berkaitan kepentingan penglibatan dalam aktiviti


kokurikulum dan aktiviti sukan terhadap penglibatan murid-murid sekolah rendah
jarang dilakukan penyelidik yang menyeluruh. Namun, kajian yang berkaitan
pembabitan murid atau pelajar rendah dan menengah dalam aktiviti luar bilik darjah
dan aktiviti sukan banyak dilakukan di negara-negara maju, ini mungkin kerana
mereka mempunyai kesederan betapa pentingnya aktiviti luar bilik darjah dan aktiviti
sukan terhadap individu seterusnya secara tidak langsung ia dapat membentuk satu
komoditi yang unggul dalam sesebuah negara.

Lian Yoke Peng (1989), yang telah menjalankan kajian berkaitan faktor-faktor
yang mempengaruhi penglibatan mahasiswa-mahasiswi di Kamsis Aminuddin Baki,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menjurus kepada pembabitan aktiviti
kokurikulum. Kajian yang telah dijalankan adalah untuk mengkaji sama ada terdapat
faktor-faktor pengaruh keluarga, rakan sebaya, sikap, masalah peribadi dan cara

22

pengurusan aktiviti kokurikulum dan sukan

mempengaruhi mereka dalam

kokurikulum. Pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan


sukan juga menunjukkan sikap yang positif berbanding pelajar yang tidak terlibat.

Manakala Lim Chin Hin (1990) telah menjalankan kajian terhadap sikap
pelajar terhadap aktiviti sukan dan faktor-faktor yang menggalakkan penglibatan
dalam aktiviti sukan di sekolah. Kajian yang dijalankan melibatkan lima faktor iaitu
kemudahan bersukan, guru, rakan sebaya, keluarga dan alam sekitar. Alat yang
digunakan untuk mengukur kajian ini adalah statistik deskriptif dan inferensi. Sampel
sebanyak 200 orang yang diambil daripada pelajar-pelajar di empat buah sekolah di
Melaka. Hasil kajian mendapati pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap
penglibatan dalam didalam sukan. Sikap pelajar terhadap program sukan adalah di
pengaruhi oleh faktor jantina. Secara keseluruhan kajian yang telah dijalankan oleh
beliau mendapati bahawa faktor-faktor yang paling menggalakkan mereka melibatkan
diri dalam aktiviti sukan ialah kemudahan sukan di sekolah, guru, rakan sebaya,
keluarga dan persekitaran. Selain itu persepsi di kalangan pelajar lelaki dan
perempuan adalah berbeza terhadap kelima-lima faktor tersebut.

Adnan Haji Sharif (1988), berpendapat bahawa aktiviti sukan memberi


sumbangan yang positif, terhadap pembentukan personaliti golongan remaja. Program
latihan jasmani yang dijalankan merupakan satu kaedah mendisiplinkan pelajar.
Disiplin

disini

bermaksud

murid-murid

lebih

tinggi

tahap

harga

bertanggungjawab, berkeyakinan dan pergaulan semakin luas dan berprestij.

diri,

23

Kajian yang dijalankan oleh Faridah dan Subahan Meerah (1986) dalam
Zarihan (2001), telah mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti luar bilik
darjah menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti sukan dan kokurikulum bukan sahaja
menyeronokan tetapi dapat membentuk sikap golongan pelajar dalam menunjukkan
minat dan keinginan memilih rakan-rakan dari pelbagai kaum. Dalam suasana yang
riang dan menghormati antara satu sama lain. Ini berbeza dari interaksi dengan pelajar
yang tidak melibatkan diri dalam sukan dn kokurikulum yang mungkin terbatas di
sebabkan amalan dan pendedahan terhadap penglibatan dalam aktiviti sukan dan
kokurikulum adalah tidak ditegaskan dan kurang.

Teng Boon Teong, (1994) dalam tulisannya menyatakan bahawa pelajar harus
didedahkan dengan seberapa banyak penglibatan dalam aktiviti di sekolah. Penyertaan
Pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan amat perlu dalam membentuk
sahsiah dan arah tuju bagi menghadapi hari-hari seterusnya selepas mereka tamat
waktu persekolahan kelak. Beliau mencadangkan supaya mereka diberi peluang yang
sama rata tanpa mengira keturunan atau etnik dalam aktiviti-aktiviti tersebut.

Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995 (Fasa 14: Kokurikulum) telah mewajibkan


kesemua pelajar mengambil bahagian atau akif di sekolah dalam kegiatan
kokurikulum. Dalam pekeliling ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengarah
semua guru besar dan pengetua supaya semua pelajar dibawah mereka mengambil
bahagian dalam kegiatan persatuan, kelab dan unit berunifom. Mereka diwajibkan
memilih bidang mana yang mereka minati atau yang ditetapkan olh pihak sekolah.

24

Manakala Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986, Kementerian Pelajaran Malaysia


pula telah mengarahkan semua pelajar yang bersekolah kerajaan dan swasta,
mewajibkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti sukan di sekolah. Dalam
pekeliling ini, kementerian telah mengarahkan kepada semua guru besar dan pengetua
untuk memberi penerangan yang secukupnya kepada guru dan pelajar mengenai
arahan pekeliling ini.

Azemi (2004), dalam kajiannya menunjukkan motif penglibatan pelajar dalam


kegiatan kokurikulum sukan mengikut urutan kepentingan ialah meningkatkan
kemahiran, kecergasan fizikal, semangat berpasukan, keseronokan, persahabatan,
pembebasan tenaga, status dan pengiktirafan serta situasi sekeliling. Dapatan juga
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara terhadap urutan kepentingan motif
penglibatan antara sekolah, jantina dan umur.

3.3.2 Kajian Luar Negeri

Anderson, (1994) menyatakan bahawa terdapat empat faktor utama dalam proses
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan iaitu sokongan
daripada pihak atasan atau pentadbir dan dilaksanakan oleh pelaksana seperti pendidik
atau pemimpin untuk melihat penglibatan para pelajar. Beliau menyatakan bahawa
minat juga memainkan peranan penting dalam pelaksanaan bagi kedua belah pihak
termasuk murid atau pelajar.

Almond, (1997) telah membuat kajian dan menyatakan bahawa aktiviti


kokurikulum dan aktiviti sukan telah memberi banyak peluang kepada pelajar. Ini

25

kerana, semasa proses ini berlaku maka wujud interaksi sosial di antara mereka dan ini
akan memantapkan lagi kemahiran interpersonal mereka apabila mereka ini
melibatkan diri dalam kedua-dua aspek yang dikaji. Kajian beliau juga, menyatakan
bahawa murid atau pelajar yang berada di alam persekolahan diwajib melibatkan diri
walaupun mereka mempunyai minat yang berbeza dalam proses pembelajaran mereka
di sekolah.

Malpeli, (1997) telah membuat kajian bahawa sekolah menjadi tempat utama
dalam pembentukan masyarakat sesebuah negara demi untuk kemajuan dan
pembangunan baik dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Dalam kajian
beliau, pelajar perlu didedahkan seberapa banyak mungkin dalam bidang ini.. Di sini
dapat ditentukan minat dan kecenderungan pelajar dalam sesuatu bidang.

Lea Ann Tyson Martin, (2004) menyatakan bahawa manusia mempunyai tujuh
keistimewaan dalam diri. Hal ini mempunyai persamaan terhadap pelajar yang
mempunyai pelbagai keistimewaan dalam diri. Hal ini mempunyai persamaan semasa
mereka di alam kanak-kanak, remaja atau persekolahan. Dalam aktiviti kokurikulum
dan aktiviti sukan, pelajar juga mempunyai bakat-bakat tertentu di dalam diri mereka.
Justeru itu, peranan guru dan pemimpin masyarakat menjadi agen pentin untuk
melaksanakan tugas yang telah diertanggungjawabkan oleh pihak atasan. Melalui
ketujuh-tujuh kecerdasan seperti yang diajukan oleh Howard Gadner, kita dapa
memupuk manusia yang berjaya dalam kehidupan mereka.

Kajian L. Larson, (2003) menjalankan satu kajian menunjukkan bahawa hanya


segelintir guru kokurikulum dan sukan yang telah menjalani latihan yang secukupnya.

26

Dengan ini, guru seharusnya memainkan peramnan penting dalam mengcungkil bakat
pelajar untuk mempertingkatkan penglibatan pelajar. Beliau telah menyarankan
bahawa satu penyediaan program profesional dalam pengajaran dan pembelajaran
kokuriklum serta sukan di sekolah.

2.4

Kesimpulan

Kesimpulan kajian penyelidikan berkaitan menunjukkan bahawa penglibatan pelajar


dalam kegiatan kokurikulum dan sukan adalah berkait rapat dengan dasar yang telah
digariskan oleh kerajaan dan mustahak dalam membentuk pelajar atau individu yang
berpotensi, berpengetahuan, berdikari di samping mempelajari nilai-nilai hidup yang
diterima dan diharapkan oleh masyarakat.

Peranan murid atau pelajar, pelaksana, pentadbir serta pemimpin masyarakat


merupakan sesuatu yang penting dalam memastikan kejayaan pencapaian matlamat
yang dihasratkan. Disarankan supaya lebih banyak kajian dan penyelidikan perlu
dijalankan khasnya dinegara-negara Asia Tenggara supaya dapat memberi satu
kepastian yang dapat digeneralisasikan terhadap sejauh manakah penglibatan dalam
aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan.

27

BAB 3

METADOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Metadologi atau kaedah kajian adalah cara yang dapat menentukan sesuatu kajian kes
itu mendapat hasil dapatan dan keputusan yang sah dan boleh diterimapakai serta
kesahannya yang tinggi. Kajian yang dijalankan boleh dipilih dalam pelbagai bentuk
yang boleh disesuaikan dengan tajuk kajian yang dijalankan oleh penyeidik. Aspekaspek yang perlu diberi perhatian dalam metadologi bagi melaksanakan kajian ini
ialah seperti reka bentuk kajian, lokasi kajian, persampelan, instrumen kajian,
prosedur kajian, kajian rintis dan analisis data. Penyelidik akan membincangkan
aspek-aspek metodologi tersebut dalam bab ini.

3.2

Rekabentuk Kajian

Instrumen yang akan digunakan di dalam kajian ini ialah satu set soalan soal selidik.
Borang ini disesuaikan dengan kajian yang mengkaji sejauh manakah penglibatan

28

pelajar di sekolah kebangsaan dalam kokurikulum dan sukan. Soalan soal selidik ini
dibina berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995 yang berkenaan dengan
semua pelajar wajib menyertai aktiviti kokurikulum dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
4/1986 yang berkaitan dengan semua pelajar perlu aktif dalam sukan.

Soalan soal selidik ini juga telah dirujuk kepada 4 orang ahli yang dianggap
pakar bagi memilih dan menentukan soalan yang dipilih adalah bersesuaian dengan
apa yang hendak dikaji oleh penyelidik. Mereka yang terlibat ialah Encik Rosli Bin
Mat Som, Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan,
Institut Perguruan Darulaman (IPDA), Encik Chee Poo Kam, Ketua Unit Penyelidikan
dari jabatan yang sama dan Encik Amin Bin Zakaria, Ketua Penolong Pengarah Unit
Sukan, Jabatan Pelajaran Kedah Darul Aman.

3.3

Lokasi Kajian

Kajian ini akan dijalankan di tiga buah sekolah rendah yang terpilih di Daerah
Kubang Pasu. Pemilihan sekolah dibuat dengan menggunakan kaedah persampelan
sistematik setelah memperolehi senarai nama dan jumlah sekolah yang terdapat di
dalam Daerah Kubang Pasu daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kubang Pasu.
Sekolah-sekolah rendah yang dipilih untuk dijalankan kajian ini ialah seperti
berikut;
i.

Sekolah Kebangsaan Gelong, Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra,


Kedah.

ii.

Sekolah Kebangsaan Megat Dewa, Daerah Kubang Pasu, 061000


Kodiang, Kedah.

29

iii.

Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara, Daerah Kubang Pasu, 06100


Kodiang, Kedah.

3.4

Sampel Kajian

Dalam pemilihan subjek kaedah persampelan sistematik Kriejcie dan Morgan (1970)
digunakan. Kaedah ini digunakan kerana semua individu didalam populasi dapat
dikenal pasti iaitu dalam sesebuah sekolah tersebut, maklumat mengenai semua
pelajar tahap dua diperolehi dengan mudah. Kaedah persampelan ini melibatkan
beberapa langkah. Langkah pertama adalah mengenalpasti populasi kajian didapati
daripada senarai sekolah-sekolah yang terdapat di Daerah kubang Pasu. Daripada 43
buah sekolah kebangsaan, penyelidik memilih 3 buah sekolah berdasarkan
persampelan sistematik iaitu sekolah yang berada pada bilangan 14, 28 dan 42 dalam
senarai sekolah di Daerah Kubang Pasu. Seterusnya saiz populasi 3 buah sekolah
tersebut ditentukan dengan mencampurkan keseluruhan murid tahap 2 ketiga-tiga
buah sekolah tersebut dan jumlah seramai 405 orang pelajar telah diperolehi. Langkah
berikutnya ialah menentu nilai p dengan merujuk kepada Jadual Persampelan Kriejce
dan Morgan (1970). Jumlah sampel yang layak untuk sesebuah sekolah ditentukan
dengan membahagikan saiz sampel dengan saiz populasi dan didarab pula dengan
nilai p tadi. Langkah yang sama diulangi untuk 2 buah sekolah berikutnya.

30

Jadual 3.1
Taburan Populasi Yang Menjadi Sampel Mengikut Sekolah

Sekolah

Jumlah Pelajar Tahap 2

_Jumlah Sampel

SK Gelong

151

73

SK Tunku Bendahara

114

55

SK Megat Dewa

140

68

Jumlah Keseluruhan

405

196

31

Jadual 3.2
Jadual Persampelan Kriejcie dan Morgan (1970)

Saiz sampel yang terpilih secara rawak dari satu populasi terhad (s) supaya sampel p
akan berada dalam linkungan lebih kurang 0.50 dan kadar populasi N dengan tahap
keyakinan 95 peratus.
N
10
15
20
25
30
35
40
45
50
55
60
65
70
75
80
85
90
95
100
110
120
130
140
150
160
170
180
190
200
210

S
10
14
19
24
28
32
36
40
44
48
52
56
59
63
66
70
73
76
80
86
92
97
102
108
113
118
123
127
132
136

N
220
230
240
250
260
270
280
290
300
320
340
360
380
400
420
440
460
480
500
550
600
650
700
750
800
850
900
950
1000
1100

S
140
144
148
152
155
159
162
165
169
175
181
186
191
196
201
205
210
241
217
226
234
242
248
254
260
265
269
274
278
282

N
1200
1300
1400
1500
1600
1700
1800
1900
2000
2200
2400
2600
2800
3000
3500
4000
4500
5000
6000
7000
8000
9000
10000
15000
20000
30000
40000
50000
75000
100000

S
291
297
302
306
310
313
317
320
322
327
331
335
338
341
346
351
354
357
561
364
367
368
370
375
377
379
380
381
382
384

N = Saiz Populasi
S = Saiz Sampel

Sumber: Kriejcie, R.V. & Morgan, D.W (1970). Determining sample size for research
activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

32

Menurut Mohd Majid Konting (1990), penggunaan saiz sampel perlu


digalakkan melebihi 30 unit kerana andaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi
apabila saiz sample melebihi 30 unit. Dengan pertambahan aiz sample akan lebih
mewakili populasi dan mengurangkan ralat persampelan. Beliau seterusnya
menyatakan bahawa kajian mengkehendaki ketepatan sepenuhnya dalam penyelidikan
yang dilakukan dan menganggar populasi pada paras keyakinan 100%, kerana dengan
cara ini tiada ralat persampelan akan berlaku. Crites (1969) pula menyatakan bahawa
saiz sampel yang kurang daripada 100, kurang sesuai kerana akan berlaku turun naik
yang besar dalam pengiraan terutamanya apabila kajian direplikasikan.

3.5

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data dalam penyelidikan ini ialah
satu set borang soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian (bahagian A, B dan C).
Bahagian A mengandungi maklumat demografi peserta kajian seperti jantina, bangsa,
lokasi sekolah, tahun, tahap pencapaian dalam kokurikulum dan sukan, latar belakang
keluarga dan lain-lain semasa berada ditahap dua sekolah rendah. Bahagian B
mengandungi soal selidik mengenai penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
Bahagian C pula mengandungi soal selidik mengenai penglibatan pelajar dalam
aktiviti sukan.

Soal selidik ini dibina berdasarkan berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
1/1995 yang berkenaan dengan semua pelajar wajib menyertai aktiviti kokurikulum
dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 yang berkaitan dengan semua pelajar perlu
aktif dalam sukan. Soal selidik ini mengandungi 40 item soalan yang menggambarkan

33

faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan. Faktor penglibatan
diklasifikasikan kepada empat faktor iaitu minat murid, pentadbiran / pengurusan,
penyertaan dan faktor persekitaran.

Bahagian A
Bahagian ini mengandungi 12 soalan yang perlu dijawab oleh respondan.
Bahagian ini mengandungi butir-butir demografi seperti jantina, bangsa, lokasi
sekolah, jenis aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan yang diceburi, tahap pencapaian,
latar belakang keluarga, lokasi kediaman, pekerjaan ibubapa, bilangan ahli keluarga
dan pendapatan ibubapa. Ia berkaitan dengan kajian kes ini bagi mengenalpasti
sejauhmanakah penglibatan pelajar dalam aktiviti tersebut..

Bahagian B
Bahagian ini mengandungi 20 soalan keseluruhan untuk dijawab oleh
respondan. Soalan 1 hingga 20 adalah berkaitan dengan kokurikulum. Ia
diklasifikasikan kepada empat faktor iaitu minat murid (item 1, 2 ,3 ,5 dan 11),
pentadbiran / pengurusan (item 6, 8, 9, 14, 15 dan 16), penyertaan (item 10, 12,
13, 17 dan 20), persekitaran (item 4, 7, 18 dan 19).

Bahagian C
Bahagian ini juga mengandungi 20 soalan keseluruhan untuk dijawab oleh
respondan. Soalan 21 hingga 40 adalah berkaitan dengan aktiviti sukan. Ia juga
diklasifikasikan kepada empat faktor iaitu minat murid (item 21, 22, 34 dan 38),
pentadbiran / pengurusan (item 27, 29, 31, 32, 33 dan 37), penyertaan (item 23,
28, 30, 35 dan 40), persekitaran (item 24, 25, 26, 36 dan 39).

34

Respon kepada soalan-soalan bahagian B dan C soal selidik kajian ini adalah
dalam bentuk skala likert. Skala likert lima mata akan digunakan. Kepentingan faktor
penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan adalah mengikut skala (1)
sangat tidak setuju ke (5) sangat setuju.

3.6

Prosedur Kajian

Setelah perbincangan tentang isu atau tajuk kajian yang akan dibuat, maka langkah
pertama ialah menyediakan kertas cadangan kajian terlebih dahulu. Langkah
seterusnya ialah memohon kebenaran dari Bahagian Perancangan Dasar Dan
Penyelidik Pendidikan atau EPRD, Kementerian Pelajaran Malaysia, Unit
Perhubungan, Pendaftaran Dan Pendidikan Swasta, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
Darul Aman dan seterusnya guru besar sekolah yang berkenaan.
Seramai 196 orang pelajar atau respondan telah dipilih berdasarkan kaedah
persampelan sistematik Kriejcie dan Morgan (1970) dalam kajian kes ini. Kertas
soalan kajian kes akan diberikan kepada respondan apabila mendapat surat kebenaran
dari pihak berkenaan. Penyelidik akan memberi penerangan yang jelas tentang tujuan
kajian yang akan dilaksanakan agar respondan dapat memberi kerjasama yang baik.
Respondan diberi satu set soal selidik yang mengandungi bahagian A (maklumat
demografi), bahagian B (soalan soal selidik berkenaan aktiviti kokurikulum) dan
bahagian C (soalan soal selidik berkenaan aktiviti sukan). Sebelum menjawab soal
selidik, respondan akan diingatkan agar memberi maklumat dengan jujur, ikhlas dan
tepat. Masa yang diberikan adalah selama 45 minit. Respondan digalakkan bertanya
kepada penyelidik sekiranya terdapat soalan-soalan yang tidak difahami. Sepanjang
sesi menjawab soal selidik, penyelidik membuat pemantauan bagi menyelesaikan

35

sebarang masalah yang timbul supaya kajian ini berjalan dengan lancar. Bila selesai
menjawab, semua set soal selidik dipungut dan akan disemak secara sepintas lalu oleh
penyelidik. Tujuannya adalah untuk memastikan semua soalan dijawab dan soal
selidik yang diedarkan dipungut kembali. Tindakan susulan akan diambil sekiranya
masalah tersebut berlaku. Set soal selidik yang lengkap akan direkodkan ke dalam
borang agihan set soal selidik yang telah disediakan.

3.7

Kajian Rintis

Penyelidik telah menjalankan kajian rintis sebelum kajian sebenarnya dijalankan.


Tujuannya bagi memastikan kebolehpercayaan, kesahan dan kejelasan bahasa-bahasa
item dalam instrumen tersebut kepada pelajar-pelajar yang akan terbabit. Menurut
Bramly (1991), kajian rintis adalah proses terakhir dalam proses pembentukan soal
selidik.

Tahap kebolehpercayaan dimensi dan instrumen ditentukan dengan mengenal


pasti nilai koefisyen kolerasi kebolehpercayaan Alpha (nilai Crombach Alpha). Nilai
Alpha yang menghampiri satu menunjukkanbahawa konsistensi kebolehpercayaan
yang tinggi. Menurut Sekaran (1992), kebolehpercayaan yang kurang dari 0.60 adalah
lemah, antara 0.700 hingga 0.79 boleh diterima manakala melebihi 0.80 adalah
dianggap baik. Analisis komputer item-item akan dibuat dengan menggunakan
Perisian Statistical Pakage For Social Science (SPSS) versi 13.0.

Untuk kajian rintis ini, penyelidik menggunakan seramai 60 orang pelajar


tahap 2 (tahun 4,5,6) dari sekolah yang bukan akan dijadikan kajian sebenar tetapi

36

dari daerah yang sama serta mempunyai persamaan ciri-ciri persekitaran di antara
sekolah rintis dengan sekolah yang terpilih dalam kajian sebenar. Oleh yang demikian
komposisi subjek kajian rintis tidak menyimpang daripada ciri komposisi subjek
kajian sebenar sebagai respondan kajian dan prosedur kajian yang sama dijalankan.
Analisis kebolehpercayaan menggunakan program SPSS Versi 13.0
menunjukkan nilai alpha 0.832 bagi 40 item soal selidik keseluruhan, manakala nilai
alpha 0.825 bagi aktiviti kokurikulum dan 0.817 nilai alpha bagi aktiviti sukan yang
dikemukakan.

Jadual 3.3
Instrumen Analisis Kebolehpercayaan Pekali Cronbach Alpha
_____________________________________________________________________
Instrumen

Bilangan Sampel

Soal selidik

60

Bilangan Item
40

Indek Kebolehpercayaan
0.832

_____________________________________________________________________

Nilai kebolehpercayaan pada alpha .70 dan kebawah juga diterima di dalam
kajian-kajian terdahulu, Braumgatner, Ted.A. (2006). Oleh itu soal selidik ini boleh
digunakan untuk menjalankan kajian kepada pelajar kerana secara keseluruhanya
mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi.

3.8

Analisis Data

Data kajian kes dianalisis dengan menggunakan bantuan komputer mengikut susunan
persoalan kajian yang di klasifikasikan kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti

37

kokurikulum dan sukan. Perisian Statistical Pakage For Social Science (SPSS versi
13.0) digunakan untuk proses penganalisian. Penganalisian data berstatistik
menggunakan pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat kerana
ia bebas dari ralat (Mohd Majid Konting, 1990).
Data dianalisis menggunakan statistik diskriptif, perbandingan min dan
kolerasi. Statistik diskriptif yang digunakan bagi mengenalpasti faktor utama yang
mempengaruhi penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan tiga sekolah
Daerah Kubang Pasu berkenaan ialah pengiraan min dan sisihan piawai. Perbandingan
min menggunakan analisis varian (ANOVA) dibuat bagi mengenalpasti faktor
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan secara umum, mengetahui
faktor penglibatan pelajar berdasarkan minat, pentadbiran / pengurusan, penyertaan
serta persekitaran. Secara keseluruhanya proses penganalisian data akan meliputi tiga
urutan akiviti iaitu penyaringan data, persembahan data, dan penulisan kesimpulan.
(Miles & Huberman, 1994).

38

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1

Pengenalan

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor yang utama
mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki dan perempuan tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah
kebangsaan terpilih di Daerah Kubang Pasu dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti
sukan. Seramai 196 orang pelajar lelaki dan perempuan telah dipilih daripada tahap 2
(tahun 4,5,6) sebagai sampel. Data diperolehi melalui jawapan soal selidik yang
mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A (maklumat demografi), bahagian B
(item-item soalan berkaitan kokurikulum), bahagian C (item-item soalan berkaitan
sukan) yang diisi oleh sampel.

Dalam bab ini data dari semua item dalam soal selidik telah dianalisis oleh
perisian komputer program SPSS (Versi 13.0) dengan menggunakan statistik diskriptif
(pengiraan min dan sisihan piawai), perbandingan min (ANOVA). Bab ini juga akan
membincangkan dapatan bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian
dikemukakan di dalam empat topik utama iaitu analisis mengenai pengaruh faktor

39

minat, analisis mengenai faktor pentadbiran / pengurusan, analisis mengenai faktor


penyertaan dan analisis mengenai faktor persekitaran.

4.2

Analisis Faktor Utama Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Dalam


Aktiviti Kokurikulum Dan Aktiviti Sukan

Bagi mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki dan
perempuan tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah terpilih di Daerah Kubang Pasu dalam
aktiviti kokurikulum dan Aktiviti Sukan, empat puluh item faktor penglibatan
dikategorikan kepada empat faktor iaitu; (i) minat, (ii) pentadbiran / pengurusan,
(iii) penyertaan dan (iv) persekitaran. Analisis statistik diskriptif menggunakan
pengiraan min dan sisihan piawai dibuat serta disusun mengikut urutan keutamaan
faktor penglibatan pelajar lelaki dan perempuan dalam aktiviti kokurikulum dan
sukan.

4.2.1 Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti


Kokurikulum.

Faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar tahap 2 (tahun 4,5.6) sekolah terpilih
di Daerah Kubang Pasu dapat dikenalpasti melalui pengiraan min dan sisihan piawai.
Dapatan kajian dan urutan faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajarpelajar dalm aktiviti kokurikulum adalah seperti seperti dijadual 4.1 dibawah.

40

Jadual 4.1
Min Dan Sisihan Piawai Faktor Penglibatan Pelajar Dalam Kokurikulum

Motif

Min

Sisihan Piawai

Pentadbiran / pengurusan

4.41

.69

Penyertaan

4.18

1.24

Persekitaran

3.38

.91

Minat

3.23

.83

Jadual 4.1 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi faktor yang mempengaruhi
penglibatan pelajar tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah
Kubang Pasu dalam aktiviti kokokurikulum mengikut susunan urutan keutamaan.
Faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam kokurikulum ialah
pentadbiran / pengurusan (M = 4.41, SD = .69 ), penyertaan (M = 4.18, SD = 1.24
), persekitaran (M = 3.38, SD = .83 ) dan minat (M = 3.23, SD = .83 ) merupakan
faktor yang berkedudukan terbawah dalam urutan keutamaan faktor-faktor yang
mempengaruhi penglibatan pelajar tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih
di Daerah Kubang Pasu dalam aktiviti kokurikulum.

4.2.2

Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti


Sukan.

Faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar tahap 2 (tahun 4,5.6) sekolah terpilih
di Daerah Kubang Pasu dapat dikenalpasti melalui pengiraan min dan sisihan piawai.
Dapatan kajian dan urutan faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajarpelajar dalam aktiviti sukan adalah seperti seperti dijadual 4.2 dibawah.

41

Jadual 4.2
Min Dan Sisihan Piawai Faktor Penglibatan Pelajar Dalam Sukan

Motif

Min

Sisihan Piawai

Pentadbiran / pengurusan

4.25

1.14

Minat

3.93

.78

Persekitaran

3.67

.79

Penyertaan

3.51

.81

Jadual 4.2 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi faktor yang
mempengaruhi penglibatan pelajar tahap 2 (tahun 4,5.6) sekolah terpilih di Daerah
Kubang Pasu dalam aktiviti sukan mengikut susunan urutan keutamaan. Faktor utama
yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam sukan ialah pentadbiran /
pengurusan (M = 4.25, SD = 1.14 ), minat (M = 3.93, SD = .78 ), persekitaran
(M = 3.67, SD = .79 ) dan penyertaan (M = 3.51, SD = .81 ) merupakan faktor yang
berkedudukan terbawah dalam urutan keutamaan faktor-faktor yang mempengaruhi
penglibatan pelajar tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah terpilih di Daerah Kubang Pasu
dalam aktiviti kokurikulum.

4.3

Perbezaan Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Dalam


Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jantina

Perbezaan faktor penglibatan di kalangan pelajar tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah


kebangsaan terpilih di Daerah Kubang Pasu Kedah dalam aktiviti kokurikulum ini
dapat dilihat melalui susunan urutan keutamaan berdasarkan analisis pengiraan min.
Perbezaan faktor penglibatan adalah berdasarkan kepada jantina pelajar yang

42

menyertai aktiviti kokurikulum. Dapatan kajian bagi pelajar lelaki dan perempuan
adalah seperti yang terdapat dalam Jadual 4.3 di bawah.
Jadual 4.3
Perbezaan Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Tahap 2
(Tahun 4,5,6) Dalam Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jantina

Jantina
Faktor
Penglibatan

Lelaki

Perempuan

Min

Sisihan
Piawai

Min

Sisihan
Piawai

Pentadbiran / Pengurusan

4.39

.75

4.43

.63

Penyertaan

4.10

1.25

4.26

1.24

Persekitaran

3.44

.91

3.29

.90

Minat

3.25

.84

3.20

.81

Jadual 4.3 di atas menunjukkan faktor penglibatan pelajar tahap 2 (tahun 4,5,6)
sekolah kebangsaan terpilih di Daerah Kubang Pasu dalam aktiviti kokurikulum
mengikut susunan urutan keutamaan. Bagi pelajar lelaki tahap 2 (tahun 4,5,6),
Pentadbiran / Pengurusan merupakan faktor utama yang mempengaruhi penglibatan
pelajar lelaki dalam aktiviti kokurikulum (M = 4.39, SD = .75), Faktor Penyertaan
(M = 4.10, SD = 1.25) menduduki tempat kedua dalam urutan susunan keutamaan.
Faktor Persekitaran menduduki tempat ketiga (M = 3.44, SD = .91) manakala
Minat adalah faktor keempat dan terakhir iaitu (M = 3.25, SD = .84).

Bagi pelajar perempuan tahap 2 (tahun 4,5,6) pula, Faktor Pentadbiran /


Pengurusan juga merupakan faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar

43

perempuan dalam aktiviti kokurikulum iaitu (M = 4.43, SD = .63), diikuti dengan


tempat kedua oleh faktor Penyertaan (M = 4.26, SD = 1.24), ketiga faktor
Persekitaran (M = 3.29, SD = .90) dan yang terakhir faktor Minat (M = 3.20, SD
= .81)

4.4

Perbezaan Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Dalam


Aktiviti Sukan Mengikut Jantina

Perbezaan faktor penglibatan di kalangan pelajar tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah


kebangsaan terpilih di Daerah Kubang Pasu Kedah dalam aktiviti sukan ini juga dapat
dilihat melalui susunan urutan keutamaan berdasarkan analisis pengiraan min.
Perbezaan faktor penglibatan adalah berdasarkan kepada jantina pelajar yang
menyertai aktiviti sukan. Dapatan kajian bagi pelajar lelaki dan perempuan adalah
seperti yang terdapat dalam Jadual 4.4 di bawah.
Jadual 4.4
Perbezaan Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Tahap 2
(Tahun 4,5,6) Dalam Aktiviti Sukan Mengikut Jantina
Jantina
Faktor
Penglibatan

Lelaki

Perempuan

Min

Sisihan
Piawai

Min

Sisihan
Piawai

Pentadbiran / Pengurusan

4.32

1.48

4.12

.64

Minat

4.01

.80

3.87

.75

Persekitaran

3.60

.83

3.75

.73

Penyertaan

3.59

.86

3.43

.75

44

Jadual 4.4 di atas menunjukkan faktor penglibatan pelajar tahap 2 (tahun 4,5,6)
sekolah kebangsaan terpilih di Daerah Kubang Pasu dalam aktiviti sukan mengikut
susunan urutan keutamaan. Bagi pelajar lelaki tahap 2 (tahun 4,5,6), Pentadbiran /
Pengurusan merupakan faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki
dalam aktiviti sukan iaitu (M = 4.32, SD = 1.48), diikuti faktor kedua iaitu Minat
(M = 4.01, SD = 0.80) menduduki tempat kedua dan faktor Persekitaran menduduki
tempat ketiga (M = 3.60, SD = .83) manakala Penyertaan adalah faktor keempat dan
terakhir iaitu (M = 3.59, SD = .86) dalam susunan urutan mengikut keutamaan.

Bagi pelajar perempuan tahap 2 (tahun 4,5,6) pula, Faktor Pentadbiran /


Pengurusan juga merupakan faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar
perempuan dalam aktiviti sukan iaitu (M = 4.12, SD = .64), diikuti pula dengan
tempat kedua oleh faktor Minat (M = 3.87, SD = .75), Persekitaran merupakan
faktor yang ketiga (M = 3.75, SD = .73) dan yang keempat dan terbawah merupakan
faktor Penyertaan (M = 3.43, SD = .75)

45

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1

Pengenalan

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mencari faktor utama yang
mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan
yang terpilih di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum dan
aktiviti sukan. Di dalam bab ini, pengkaji mengemukakan perbincangan analisis data
yang telah dinyatakan dalam bab empat dengan memuatkan hasil dan ringkasan
dapatan kajian untuk memudahkan pemahaman.

Perbincangan adalah berdasarkan kepada dapatan analisis data serta spekulasi


terhadap situasi berlakunya aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan menerusi
pemerhatian penyelidik yang dikaitkan dengan hasil kajian lampau. Rumusan
perbincangan yang dikemukakan adalah bertujuan untuk memantapkan perbincangan
mengenai faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua
(tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah
dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Beberapa cadangan yang difikirkan

46

perlu juga dikemukakan dengan tujuan untuk memanfaatkan lagi hasil kajian serta
dapat diatasi segala kelemahan yang mungkin timbul dalam kajian pada masa
hadapan.

5.2

Ringkasan Dapatan Kajian

5.2.1 Faktor Utama Yang Mempengaruhi Penglibatan Murid-murid


Tahap Dua (Tahun 4,5,6) Sekolah Kebangsaan Yang Terpilih Di
Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah Dalam Aktiviti Kokurikulum
Dan Aktiviti Sukan.

a. Faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua


(tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu,
Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum adalah faktor pentadbiran /
pengurusan, diikuti faktor kedua iaitu penyertaan, faktor ketiga
persekitaran manakala faktor yang keempat dan terakhir ialah minat.

b. Faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua


(tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu,
Jitra, Kedah dalam aktiviti sukan pula adalah faktor pentadbiran /
pengurusan,

diikuti

faktor

kedua

iaitu

minat,

faktor

ketiga

persekitaran manakala faktor yang keempat dan terakhir ialah


penyertaan.

c. Faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua


(tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu,

47

Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum lelaki adalah faktor pentadbiran /


pengurusan, diikuti faktor kedua iaitu penyertaan, faktor ketiga
persekitaran manakala faktor yang keempat dan terakhir ialah minat.

d. Faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua


(tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu,
Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum perempuan adalah faktor
pentadbiran / pengurusan, diikuti faktor kedua iaitu penyertaan, faktor
ketiga persekitaran manakala faktor yang keempat dan terakhir ialah
minat.

e. Faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua


(tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu,
Jitra, Kedah dalam aktiviti sukan lelaki adalah faktor pentadbiran /
pengurusan,

diikuti

faktor

kedua

iaitu

minat,

faktor

ketiga

persekitaran manakala faktor yang keempat dan terakhir ialah


penyertaan.

f. Faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua


(tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu,
Jitra, Kedah dalam aktiviti sukan perempuan adalah faktor pentadbiran /
pengurusan,

diikuti

faktor

kedua

iaitu

minat,

faktor

ketiga

persekitaran manakala faktor yang keempat dan terakhir ialah


penyertaan.

48

5.3

Perbincangan

Hasil daripada analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor utama yang
mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan
yang terpilih di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum dan
aktiviti sukan mengikut urutan keutamaaan adalah pentadbiran / pengurusan,
penyertaan, persekitaran dan minat. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
murid-murid ini memilih faktor pentadbiran / pengurusan sebagai faktor utama.
Item-item seperti sekolah sentiasa memberi galakan dan penghargaan, sekolah
mewajibkan semua murid tahap dua (tahun 4,5,6) melibatkan diri, aktiviti
kokurikulum dan aktiviti sukan dijalankan mengikut jadual , guru sentiasa ada
bersama sewaktu aktiviti dijalankan, peralatan dan kemudahan mencukupi menjadi
faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6)
sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti
kokurikulum dan aktiviti sukan. Dapatan kajian ini adalah selari dengan kehendak
Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mewajibkan setiap murid atau pelajar
terlibat dan bersama-sama mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan
oleh pihak sekolah sama ada aktiviti kokurikulum atau aktiviti sukan melalui
Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1995 (Fasa 14: Kegiatan Ko-Kurikulum) yang mewajibkan
semua pelajar mengambil bahagian atau aktif di dalam kegiatan kokurikulum di
sekolah dan Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 yang mengkehendaki semua pelajar
terlibat dalam aktiviti sukan tanpa mengira kaum atau keturunan.

Faktor penyertaan merupakan faktor kedua hasil dapatan kajian yang


mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan

49

yang terpilih di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum dan
aktiviti sukan. Faktor penyertaan mengemukan item-item yang berkaitan dengan
aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan memberi faedah kepada kesihatan dan
mental, aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan membolehkan saya mengenali dan
mendapat ramai kawan, penyertaan dalam kokurikulum dan sukan dapat
mengembangkan bakat, sahsiah serta nilai-nilai murni yang baik, penglibatan secara
aktif dalam kokurikulum dan sukan dapat membantu memasuki sekolah berasarama
penuh atau sekolah sukan terpilih dan item terakhir adalah perlu mendapat
kebenaran ibubapa untuk menyertai aktiviti sukan dan kokurikulum. Dapatan kajian
ini adalah selari dengan dapatan kajian yang yang telah dilakukan oleh penyelidik
yang terdahulu seperti Balbir Singh (1998), Azemi (2004) yang mendapati faktor
penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan adalah untuk
kecergasan fizikal, persahabatan, perkembangan kemahiran, keseronokan dan
pencapaian status.

Dapatan kajian juga mendapati faktor persekitaran merupakan faktor ketiga


yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah
kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti
kokurikulum dan aktiviti sukan. Item-item yang dikemukan adalah seperti keluarga
memberi galakkan, kokurikulum dan sukan merupakan aktiviti penting, ibubapa
sentiasa memenuhi keperluan untuk mendapatkan peralatan untuk melakukan aktiviti
dan penghargaan, ganjaran dan galakkan dari persatuan ibubapa dan guru (PIBG).
Faridah (1991) dalam kajiannya menyatakan keluarga khususnya ibubapa mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap persepsi dan sikap murid-murid dengan penglibatan
dalam kokurikulum dan sukan. Murid-murid akan lebih cenderung untuk menyertai

50

kokurikulum dan sukan dengan adanya keperihatinan daripada ibubapa atau keluarga
selain daripada galakan guru-guru, PIBG dan sebagainya.

Faktor minat merupakan faktor yang terakhir mengikut urutan keutamaaan.


Item-item minat yang dikemukakan adalah saya melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum / aktiviti sukan, saya mengikuti aktiviti yang ditetapkan oleh pihak
sekolah, aktiviti kokurikulum / aktiviti sukan menarik minat saya pada waktu
sekolah dan luar sekolah dan strategi atau kaedah pengajaran guru telah menarik
minat dan mewujudkan sikap positif. Dapatan kajian Teng Boon Tong (1987)
menyatakan salah satu cara untuk mengelakan kebosanan pelajar ialah mempelbagai
teknik dan kaedah pengajaran. Teknik pengajaran yang bersesuaian akan menarik
minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum mahupun aktiviti sukan.

5.4

Rumusan

Aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan telah lama dijalankan selari dengan Pekeliling
Ikhtisas Bil. 4/1995 (Fasa 14: Kegiatan Ko-Kurikulum) yang mewajibkan semua
pelajar mengambil bahagian atau aktif di dalam kegiatan kokurikulum di sekolah dan
Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 yang mengkehendaki semua pelajar terlibat dalam
aktiviti sukan tanpa mengira kaum atau keturunan dan perlaksanaannya bermula dari
sekolah rendah lagi tetapi mulai tahun 2007 apabila Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah mengenakan
syarat wajib 10 peratus sebagai merit dalam sistem meritokrasi bagi kemasukan
pelajar ke seluruh institut pengajian tinggi awam (IPTA) selain dari kecemerlangan

51

akademik, perlaksanaan aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan bukan sahaja dilihat
berkesan bagi mencapai matlamat pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dengan mewujudkan suasana yang seimbang antara perkembangan
pemikiran dengan perkembangan sosial, rohani dan jasmani tetapi ianya juga turut
mempengaruhi faktor penyebab murid-murid untuk melibatkan secara aktif dalam
aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan.

Menteri pelajaran Datuk Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan


menetapkan semula dasar 10 peratus markah kokurikulum bagi kemasukan calon ke
institut pengajian tinggi awam (IPTA) bermula sesi pengambilan 2006/2007
berasaskan kepada dua bidang terbaik dari tiga bidang yang murid sertai pada setiap
tahun. Tiga bidang tersebut ialah pasukan badan berunifom, persatuan / kelab dan
sukan / permainan. Sehubungan itu, beliau mengarahkan setiap sekolah meningkatkan
pengurusan bagi membolehkan semua pelajar terlibat dalam kegiatan kokurikulum
dan sukan secara lebih teratur dan berkesan. (Utusan Malaysia, 2007, Jan 23, hlm.2).

Sebenarnya, kenyataan terbaru menteri pelajaran ini adalah satu mercu tanda
amat signifikian. Dengan mengambil kira pelbagai aspek tidak dibicarakan dalam
kajian ini, misalnya aspek spiritual, ini bermakna sistem pendidikan di sekolah akan
menggunakan nisbah 90:10, iaitu 90 peratus akademik dan 10 peratus kokurikulum.
Ini bermakna aktiviti kokurikulum dan sukan mula mendapat tempat lebih wajar.
Menurut Richard Bradley (2005, dalam Berita Harian, Disember 2, hal.10) dalam
bukunya Harvard Rules untuk memasuki Universiti Harvard, iaitu universiti terbaik di
dunia, kelulusan akademik tidak memadai. Colon juga perlu mempunyai ciri seperti
ahli muzik, sainstis, usahawan, ahli sukan dan sebagainya - yang bertaraf dunia.

52

Dalam kajian ini, penyelidik telah membincangkan faktor utama yang


mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan
yang terpilih di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum dan
aktiviti sukan berdasarkan empat gagasan yang mengikut urutan keutamaaan hasil
daripada dapatan kajian yang dijalankan iaitu faktor pentadbiran / pengurusan,
penyertaan, persekitaran dan minat. Hasil dapatan kajian ini menjelaskan
bahawa peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbiran / pengurusan sekolah dengan
sokongan guru berkesan dan berjaya mempengaruhi murid-murid sekolah melibatkan
diri dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan khususnya penglibatan murid-murid
tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu,
Jitra, Kedah yang terlibat dengan kajian ini.

Kajian ini juga mendapati dapatan yang kedua iaitu faktor penyertaan telah
menjelaskan bahawa aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan berjaya mempengaruhi
penglibatan murid-murid kerana ia memberi faedah kepada kesihatan mental dan
fizikal, mengenali dan mendapat ramai kawan, dapat mengembangkan nilai-nilai
murni, bakat serta sahsiah, dan memasuki sekolah berasrama penuh. Kebanyakkan
murid-murid generasi alaf baru ini bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran yang
bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal tetapi juga mental. Tanpa keteguhan
mental, mereka pasti tidak mampu menempuh pelbagai dugaan, maka penyertaan
mereka dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan adalah untuk membekalkan
murid-murid dengan nilai tambah yang positif selain membina keyakinan diri.

Dapatan kajian ketiga iaitu faktor persekitaran juga dilihat sebagai mangkin
dalam mempengaruhi faktor penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum dan

53

aktiviti sukan. Suasana persekitaran yang asasnya bermula dirumah iaitu galakkan
ibubapa serta keluarga yang memberangsangkan serta berterusan adalah satu faktor
penting yang menggalakkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti tersebut. Selain
mengingatkan anak-anak mengenai kepentingan mereka melibatkan diri dalam
aktiviti, ibubapa yang memahami akan berusaha untuk memenuhi keperluan anakanak mereka dalam mendapatkan atau membeli keperluan untuk melakukan aktiviti.
Di sekolah, melalui Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) pelbagai bentuk aktiviti
boleh dimainkan oleh PIBG bagi membantu sekolah dan ibubapa dalam membantu
mempengaruhi penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti
sukan seperti membantu pihak sekolah menyediakan alatan dan kelengkapan untuk
melakukan aktiviti melalui sumbangan ahli-ahli atau dana PIBG, memberi ganjaran
berupa hadiah wang tunai atau harta material sebagai galakkan kepada yang menang
dan pengiktirafan kepada murid dan sebagainya.

Faktor yang keempat dan terakhir sekali hasil daripada dapatan kajian ini
adalah faktor minat. Minat yang disokong pula dengan dorongan pentadbir sekolah,
guru, ibubapa selain persekitaran yang memberangsangkan, kemudahan yang banyak,
pengaruh rakan sebaya dan sebagainya juga dilihat berjaya mempengaruhi penglibatan
murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah
Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Tidak dapat
dinafikan bahawa elemen minat boleh menimbulkan suasana yang tenteram dan
dapat memberi kepuasan kepada murid kerana murid akan melakukan sesuatu aktiviti
secara bersungguh-sungguh dan ikhlas.

54

Kesimpulannya aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan juga mesti dilihat


dengan paradigma bahawa ia mempunyai kepentingan seimbang dengan akademik.
Aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan mesti dilihat sebagai pelengkap kepada
akademik sebagai sebahagian daripada cara hidup. Justeru itu aktiviti kokurikulum
dan aktiviti sukan mesti diberi ruang lebih luas dan penekanan sejak dari sekolah
rendah hinggalah ke universiti.

5.5

Cadangan

Secara umumnya kajian ini telah menghasilkan maklumat-maklumat mengenai


faktor-faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua (tahun
4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam
aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Faktor-faktor ini wujud kerana sekiranya kita
percaya kepada matlamat melahirkan insan yang sepadu dan seimbang, paradigma
yang sepatutnya digunakan ialah memberi penekanan seimbang terhadap ketiga-tiga
kompenen iaitu akademik, kokurikulum dan sukan.
Maklumat-maklumat yang diperoleh daripada kajian ini sangat berguna kepada
pelajar di tiga buah sekolah kebangsaan (SK) yang terpilih tersebut untuk tindakan
mereka dalam merencanakan kehidupan harian mereka baik pada waktu persekolahan
rendah mereka sebagai asas dan kesinambungan persekolahan diperingkat menengah
atau yang lebih tinggi nanti, Guru penasihat aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan
dalam mengatur, melaksana atau mengelolakan aktiviti tersebut agar dapat menarik
serta menyemai minat serta melatih budaya kerja berpasukan disamping memberi
sokongan moral dan material dikalangan pelajar melalui aktiviti kokurikulum dan
aktiviti sukan, Pihak pentadbir / pengurusan sekolah dalam merancang, mengurus,

55

mentadbir aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan agar selaras dengan hasrat kerajaan,
masyarakat dan ibubapa berdasarkan pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan
oleh kerajaan.

Selain itu ia juga membantu para pentadbir atau pegawai di Jabatan Pelajaran
Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, yang merupakan pegawai yang menjalankan tugas
untuk menyelia pelaksana iaitu guru bagi memastikan semua program berjalan dengan
lancar, pemahaman ibubapa atau waris pelajar terhadap pentingnya penglibatan anakanak mereka dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dimana kebanyakkannya
ibubapa tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja dalam sektor pertanian / sawah
yang masih memerlukan sokongan dan perhatian oleh pihak-pihak tertentu dan para
pentadbir dalam aktiviti kokurikulum dan sukan selain daripada sekolah seperti
Pegawai Belia dan Sukan Daerah yang menjadi pemangkin terhadap aspirasi kerajaan
untuk melahirkan belia atau pelajar yang berwawasan.

Justeru itu, cadangan ini juga berguna kepada para penyelidik yang ingin
mengkaji faktor-faktor

yang mempengaruhi penglibatan murid-murid dalam

kokurikulum dan sukan supaya penyelidikan yang akan dijalankan nanti akan lebih
bermakna dan dapat membantu merealisasikan hasrat kerajaan dalam pembangunan
insan murid-murid. Oleh itu aspek kajian yang lebih luas dan menyeluruh perlu
dijalankan serta meliputi semua kompenan-kompenan dalam aktiviti kokurikulum dan
aktiviti sukan. Kajian yang dijalankan dengan menggunakan populasi yang lebih besar
dan pelbagai akan dapat memberi inferens tentang faktor penglibatan yang
menyeluruh dan saksama. Sehubungan dari kajian ini juga dapatlah dibuat
perancangan dan tindakan untuk mempertingkat atau memperkasakan lagi penglibatan

56

murid-murid dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Soal-selidik yang


digunakan juga dicadangkan dapat memasukan faktor-faktor lain yang turut
mempengaruhi faktor penglibatan murid-murid misalnya peranan ibubapa, guru,
pengaruh

rakan-rakan,

kecergasan

fizikal,

keseronokan,

pencapaian

status,

peningkatan kemahiran dan lain-lain.

5.6

Penutup

Penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan perlu


dilihat sebagai pelengkap kepada akademik serta sebahagian cara hidup. Kita tidak
mahu kokurikulum hanya digunakan untuk memenuhi syarat kemasukan ke institut
pengajian tinggi semata-mata; atau, dalam konteks mahasiswa, hanya memenuhi
syarat mendapat pekerjaan semata-mata. Jika ini paradigmanya, maka persoalan insan
yang sepadu dan seimbang itu masih belum dijawab.

Ada yang menolak kepentingan aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan kerana
mereka gagal dalam akademik akibat kokurikulum. Premis ini tidak betul. Memang
ada yang gagal akademik, tetapi bukan faktor penglibatan mereka dalam aktiviti
kokurikulum atau aktiviti sukan. Ia akibat faktor pengajaran dan pembelajaran dan
sebagainya yang langsung tiada kaitannya dengan kokurikulum atau sukan. Maknanya
kalau ia tidak terbabit dengan aktiviti kokurikulum atau aktiviti sukan sekalipun, ianya
akan gagal juga.

Aktiviti Kokurikulum dan aktiviti sukan mesti dilihat dengan paradigma


bahawa ia mempunyai kepentingan seimbang dengan akademik. Kokurikulum dan

57

sukan juga mesti dilihat sebagai pelengkap kepada akademik dan sebahagian cara
hidup bagi mendapatkan keseimbangan dalam sistem pendidikan kerana ia mampu
melahirkan insan yang cemerlang. Justeru itu, aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan
mesti diberikan penegasan serta ruang yang lebih luas sejak dari asas iaitu sekolah
rendah sehingalah kepada kemuncaknya iaitu universiti.

58

RUJUKAN

Adnan Bin Sharif (1998). Pengaruh Jantina, Jenis Sekolah dan Kegiatan
Kokurikulum Terhadap personaliti Remaja Yang Terbentuk Oleh Rakan
Sebaya: Kajian Kes Di Antara Sekolah Asrama Dengan Sekolah Biasa di
Daerah Hilir,Perak. Tesis sarjana muda yang tidak diterbitkan. Bangi
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anderson, J.A. (1994). Acknowledging the learning style of diverse student


population: Implications for instructional design. New directions for teaching
and learning, 49, 19-33, San Francisco : Josey Bass.

Almond, L. (1997). Physical education in schools (2nd. ed.). London : Kogen Page.
Limited

Azemi Abdullah (2004). Motif Penglibatan Dan Corak Orientasi Matlamat Pelajar
Dalam Kegiatan Kokurikulum Sukan. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan,
Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Baumgartner, Ted.A., Lary D. Heaslgy,.(2006). Conducting And Reading Research in


Health And Human Perfomance.(4.ed.) New York : Mc Graw Hill.

Bergin, D.A., & Hubusta, S.F. (2004). Goal Orientations Of Young Male Ice Hockey
PlayersAnd Their Parents. The Journal Of Genetic Psychology, 165(4) 383389

Bramley, P. (1991). Evaluating training affectiveness translating theory into practice.


London: Mc Graw Hill Book Company.

Bukan tugas mudah, (2006, Februari 9). Harian Metro, 52

Bandura, A. (1986). Social foundation of thought an action: A social cognitive theory.


Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Che Abd Rashid (2005) Kajian kes penglibatan pelajar dalam akademik dan aktiviti
luar sekolah di dua buah sekolah dalam Daerah Hulu Selangor. Tesis Sarjana
Muda yang tidak diterbitkan, Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

59

Crites, J.O. (1969). Vocational psychology of human adjustment. New York:


Alfred A. Knopt.

Cox, R.H. (1998). Sport Psychology: Concepts and applications (5eds). New York:
Mc Graw Hill Companies.

Gill, D.L.(2000). Psychological dynamics of sport and exercise (2nd ed.) Champaign,
III: Human Kinetics.

Gill, D.L.(1986). Psychological Dynamic of Sport. Champain, IL.: Human Kinetics.

Gardner, H. (1983). Frame of mind: The theory of muliple intelligence: New York :
Basic Book.

Habibah, Noran Fauziah (2002). Psikologi Personaliti. Hulu Kelang: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Kamus Dewan Bahasa (2002), Kamus dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Oxford Fajar (2001), Kamus dwibahasa edisi ketiga. Kuala Lumpur:
Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2000), Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000


(Panduan Keselamatan Diri pelajar semasa kegiatan kokurikulum dan sukan)
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1995), Panduan pengurusan gerakerja kokurikulum


Sekolah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1995), Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995


(Fasa 14 : Kegiatan Kokurikulum). Kuala Lumpur.

60

Kementerian Pelajaran Malaysia (1994), Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1994


(Peruntukkan Masa Pembelajaran). Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1986), Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986


(Sukan). Kuala Lumpur.

Lim Chin Hin (1990). Sikap Pelajar Terhadap Program Instramural Sukan di Sekolah
Dan Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Penglibatan Mereka. Tesis Sarjana
Muda yang tidak diterbitkan. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Lian Yoke Peng (1989). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Mahasiswa


Kamsis Aminuddin Baki. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Bangi,
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Laporan Mahathir (1985). Laporan jawatankuasa kabinet mengkaji perlaksanaan


dasar pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd Feroz (2005, Disember 01), PLKN: Pelajar aktif dikecualikan. Berita Harian, 3.
Ramlah Jantan & Mahani Razali (2002). Psikologi Pendidikan-Pendekatan
Kontemporari. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

Mohd Majid Konting (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan (edisi kelima).


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Mohd Majid Konting (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan, Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa Pustaka.

Malpeli, R. (1997). Physical education (2nd ed.). South Melbourne, Australia


International Thompson Publishing Company.

61

Mohd. Nor Che Noh (1981). Kertas kerja bahagian pendidikan jasmani dan gerak
kerja kokurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Miles, M.B., & Huberman, A.M.(1994) Qualitative Data Analysis: A sourcebook of


New methods. Beverly Hills, CA:SAGE Publications.

Nelfianty Hj. Mohd Rashid (2004). Motif penglibatan dan corak orientasi matlamat
dalam atlet hoki lelaki Sekolah Sukan Malaysia dalam permainan hoki. Dalam
Prosiding Pendidikan Sukan Dan Rekreasi (m.s.129-141). Bangi: UKM.

Roberts, G.C. (1993). Motivation in sport: Understanding and enhancing the


motivation and achievement of children. Dalam R.N. Singer, M. Muphey,
& L.K. Tennant. (Eds.). Handbook of research on sport psychology
(m.s. 405-402). New York : Macmillan.

Shaharudin Abd. Aziz (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan.


Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Slavin, R.E.,(1997). Educational Psychology. Boston: Houghton Mifflin Co.

Sekaran (1992), Research method for business : a skill building approach,


New York : John Wiley and Son.

Teng Boon Teong (1994). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Petaling Jaya :
Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Zarihan Yunos (2001). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Mahasiswa Dalam


Aktiviti Sukan: Kajian Kes Di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis Sarjana
Muda yang tidak diterbitkan. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai