Anda di halaman 1dari 2

Kecekapan menulis semasa belajar adalah penting kepada setiap murid kerana

kegagalannya boleh membawa kesan negatif kepada keyakinan diri dan pencapaian akademik.
Kecekapan menulis merupakan satu halangan kepada pencapaian akademik di sekolah
khususnya dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Kategori
murid-murid bermasalah pembelajaran di Malaysia adalah Sindrom Down, Autisme Ringan,
Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Terencat Akal Minimum, dan Bermasalah
Pembelajaran Spesifik (contoh: Disleksia).
Kajian ini melibatkan dua orang murid bernama Adeeb dan Hakim dari kelas bermasalah
pembelajaran Program Pendidikan Khas Integrasi di sebuah sekolah kebangsaan di Shah Alam.
Kaedah pemerhatian dibuat terhadap hasil penulisan murid seperti lembaran kerja serta beberapa
pemerhatian terhadap cara menggenggam pensil oleh Adeeb dan

Hakim. Selain itu, ujian

menulis turut diberikan kepada Adeeb dan Hakim bagi melihat dengan lebih mendalam masalah
kemahiran tulisan tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa mekanisma
tindakan bagi memperbaiki tulisan tangan iaitu secara fizikal, latih tubi menulis dan membina
keseragaman tulisan tangan. Di samping itu, teknik dalam perubahan tingkah laku dari segi
ganjaran dan motivasi serta latihan motor halus dan menulis memberi kesan yang baik kepada
Adeeb dan Hakim dalam menggenggam pensel dan menulis dengan cara yang betul.
Genggaman pensel merupakan salah satu kemahiran yang melibatkan pergerakan motor
halus. Kaedah melakar sebagai salah satu cara untuk keberkesanan cara genggaman subjek yang
diuji. Penilaian yang dijalankan diadaptasikan daripada Instrumen Penilaian Perkembangan
Genggaman Pensel Schenk dan Henderson (1990). Penambahbaikan item perlu dilakukan
dengan menambah beberapa item ujian yang berkait dengan ergonomik penggunaan tangan

semasa melakukan beberapa aktiviti perlu di masukkan supaya banyak perkara yang boleh di
buat penelitian yang lebih rapi.
Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada pendidik untuk lebih
berfokus kepada cara menggenggam pensel semasa menulis untuk merancang program intervensi
yang lebih berkesan serta memberi maklum balas kepada perancang kurikulum pendidikan
tentang penggubalan kurikulum yang lebih berkesan untuk murid-murid berkeperluan khas.
Penggunaan alat adaptif pensel boleh meningkatkan keupayaan menggenggam pensel ke arah
genggaman pensel peringkat matang.