ISI KANDUNGAN
membentuk dan membuat binaan. Bidang kegiatan ini mementingkan perkembangan persepsi
murid tentang aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan, dan kestabilan. Bidang
ini juga membolehkan murid - murid memahirkan diri dengan penggunaan pelbagai bahan,
alat dan teknik penghasilan. Situasi ini membolehkan murid dapat berinteraksi secara kreatif
dengan alat dan bahan, ketika menjalankan proses penghasilan seni. Boneka merupakan salah
satu hasil karya bidang membentuk dan membuat binaan, dewasa kini boneka boleh
ditakrifkan sebagai sesuatu perkara yang mengalami proses kepupusan. Ini adalah kerana
ramai diantara masyarakat muda pada masa sekarang tidak gemar atau tidak mengetahui
tentang kewujudan boneka.
Aliran zaman serba teknologi moden telah mengakibatkan ramai diantara kita
tidak menghargai warisan kemahiran yang telah diturunkan dari turun ke temurun. Usaha
seorang anak muda, Tintoy Chuo bersama Toh Guru wayang kulit Muhammad Dain Othman
untuk mengekalkan dan mendedahkan wayang kulit yang merupakan salah satu daripada
jenis boneka telah membuahkan hasil apabila cerita Star Wars bercirikan sebuah filem
inggeris terbitan Hollywood telah diadaptasikan ke dalam unsur wayang kulit. Perubahan
yang amat baik dari segi audio dan animasi merupakan satu kejayaan yang dapat
dibanggakan. Keunikan yang cuba dihasilkan telah menyebabkan wayang kulit menjadi
sebutan ramai.
Chuo bersama Toh Guru wayang kulit Muhammad Dain Othman menghasilkan
wayang kulit dengan tema peperangan langit, telah disiarkan melalui majalah 3
saluran TV3 pada 3 Mac 2014.
2.0 APA ITU BONEKA?
Boneka adalah sesuatu objek atau benda yang boleh digerakan dan dilakonkan sama
ada melalui sentuhan atau vokal bagi tujuan menyampaikan sesuatu mesej atau informasi.
Sebarang benda atau objek yang dikatakan boneka boleh digunakan bagi melakonkan dan
menghiduokan sesuatu watak menerusi dialog yang dituturkan oleh pemain boneka atau aksi
- aksi sahaja tanpa sebarang vokal atau dialog.
Sesetengah ahli pengkarya beranggapan bahawa boneka merupakan benda
bukan hidup atau figura merupai manusia, binatang atau apa - apa sahaja perkara atau benda
yang dianimasikan atau dimanipulasikan oleh seseorang untuk menghidupkam sesuatu watak
yang dipersembahkan kepada individu yang lain. Selain daripada itu Kamus pelajar telah
menyatakan bahawa boneka adalah menyerupai bentuk manusia atau patung orang. Kamus
dewan Bahsaa Edisi Ke 4 pula mendefinasikan boneka adalah anak patung yang boleh
digerakkan dengan menggunakan bahan seperti tali atau dengan tangan secara memasukkan
kedalam dan menggerakkanya.
3.0 SEJARAH PERMULAAN BONEKA.
Boneka berasal daripada perkataan boneca di dalam bahasa portugis. Boneka
dikatakan telah wujud sejak 3000 hingga 2000 masihi lagi. Pada masa itu boneka dihasilkan
melalui media tanah liat, tulang dan potongan kain. Salah satu tamadun masyarakat pada
masa dahulu yang gemar menghasilkan boneka adalah Yunani dan Romawi kuna, mereka
dipercayai menggunakan boneka untuk upacara keagamaan dan lebih ekstrem masyarakat
Mesir dikatakan menggunakan boneka sebagau menggantikan korban manusia. Ini
menunjukkan kewujudan boneka sejak dari dulu mempunyai pelbagai maksud dan tujuan.
Terdapat juga fahaman atau penemuan yang membuktikan bahawa puppet
atau boneka berasal daripada perkataan Latin. Terdapat ahli sejarawan dan pakar arkeologi
yang berpendapat bahawa boneka telah mula dihasilkan oleh masyarakat tamadun Mesir dan
Cina sekitar 3000 masihi. Merka dikatakan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam
menggunakan bahan - bahan seperti kayu, tanah liat atau tulang binatang untuk penghasilan
boneka pada ketika itu. Boneka pada masa itu dipercayai dihasilkan sebenarnya bukan
sebagai alat permainan untuk kanak - kanak tetapi digunakan untuk keagamaan atau upacara
adat yang rasmi.
Pada zaman dahulu bentuk boneka adalah tidak menarik dan sangat menyeramkan
serta sangat menakutkan sehinggakan kanak - kanak tidak mahu memilikinya. Boneka yang
dihasilkan dikatakan statik atau kaku dimana tidak boleh digerakkan. Boneka yang boleh
digerakkan kaki dan lengan dihasilkan pertama kalinya pada 600 tahun sebelum masihi.
Sehingga dari abad ke 5 hingga ke 15, boneka hanya digunakan untuk memenuhi kehendak
keagamaan dan uapacara tradisi.
berunsurkan kemoralan. Selain daripada itu masyarakat juga menjiwai elemen - elemen
kehidupan yang ditonjolkan melalui wayang kulit.
untuk menggerakkan semasa proses aplikasi dilakukan. Boneka ini akan dijulang pada
lidi utama dan lidi - lidi yang lain juga digoyang untuk menghasilkan gerakan yang
dikhendaki pada anggota badan boneka ini.
Boneka jenis ini mempunyai tongkat seperti rotan, buluh, kayu dan ianya
disambungkan pada bahagian bawah boneka untuk memberi sokongan. Boneka ini juga
menggunakan konsep wayang. Boneka ini juga sangat mudah untuk dihasilkan dan dapat
bergerak pada pelbagai arah dengan mudah
Gambar rajah 8.0 menunjukkan alat dan bahan boneka sarung tanggan / jari.
Gambar rajah 10.0 menunjukkan alat dan bahan boneka wayang kulit
Boneka Tali
Boneka ini dihasilkan dengan menggunakan peralatan seperti acuan, kayu yang dibentuk
menjadi model anggota badan, kain untuk pakaian, gam, pelekat, benang atau tali, kayu
untuk mengikat tali, pakaiaan, butang. Selain daripada bahan kitar semula juga boleh
digunakan untuk menghasilkan boneka ini.
dan setiap watak yang dihasilkan itu seharusnya mempunyai seni reka bentuk yang
menarik dan sesuai untuk dipadankan dalam cerita yang ingin dipersembahkan.
Gambar rajah 12.0 menunjukkan dalang menekap lakaran dan memulakan proses
menebuk lubang.
Langkah seterusnya adalah menyediakan buluh, tali dan pewarna. Buluh
digunakan untuk menyandang diraut rapi dan diikat menggunakan tali kepada
kulit yang telah disiap tebuk oleh dalang. Sebenarnya fungsi tali adalah untuk
melakukan pergerakan pada kawasan bibir, tanggan dan lain - lain anggota
bahagian yang diperlukan. Tali ini diikat setelah patung siap diwarnai oleh dalang.
Warna yang kebiasanya digunakan adalah fabrik dye dan cat air. Aktiviti mewarna
boneka wayang kulit memerlukan tahap kreativiti, bakat dan kesabaran yang
tinggi.
Gambar rajah 13.0 menunjukkan dalang proses menyediakan buluh, tali dan mewarna
boneka wayang kulit.
PETUNJUK
A - Tok Dalang
B & C - Penunjuk Patung
1 - Serunai
2 - Gendang Ibu
3 - Gendang Anak
4 - Gedombak Ibu
5 - Gedombak Anak
6 - Kesi
7 - Geduk Ibu
8 - Geduk Anak
9 - Canang
10 - Pemain Gong
6.0.3 Persembahan wayang kulit.
Persembahan hasil kerja wayang kulit terbahagi kepada muzik, dialog dan gerak - geri.
Ketika boneka wayang kulit digerakan dengan percakapan semua iringan muzik akan
diberhentikan. Pergerakan patung ini melibatkan pergerakan sendi.
wayang kulit kepada kelir bagi tontonan dari bahagian hadapan panggung. Dalang
mempunyai peranan sebagai peneraju utama meneceritakan dan membawa boneka boneka wayang kulit yang diletakkan disebalik kelir.
Secara amnya boneka wayang kulit dikatakan dapat dipersembahkan dipelbagai tempat
mengikut kemahuan dan keperluan masyarakat. Persembahan ini selalunya dilalkukan atas
beberapa sebab yang tertentu seperti :
i) Acara menyembah guru.
ii) Mengubat orang sakit.
iii) Upacara memuja semangat.
iv) Semasa Pesta Menuai atau Pesta Kampung.
v) Kepada perayaan Harijadi Raja-raja.
vi) Sebagai hiburan semata-mata.
Langkah seterusnya adalah melakar lakaran pada sarung kaki dan potong
mengikut lakaran yang dibuat.
Seterusnya bahagian yang dipotong akan dijahit disekililing dan kapas akan
diletakkan didalam potongan supaya bentuk bahagian anggota badan terbentuk
dengan baik.
Selepas itu bahagian - bahagian yang dijahit bersama kapas itu disatukan dan dijahit
bersama.
Akhirnya boneka sarung kaki dapat disiapkan, boneka ini dapat dimainkan bersama
cerita dongeng dan muzik latar belakang untuk menhasilkan suasana yang seronok
dan mengembirakan.
6.2.0 Proses membuat boneka tali
Salah satu contoh yang dipilh untuk dibincangkan adalah boneka tali Rajhastani yang berasal
dari India. Boneka ini amat unik pros penghasilannya amat rumit, pengalaman yang
mendalam membolehkan pengkarya menghasilkan boneka ini dengan amat menarik.
Proses kerja menghasilkan boneka tali antaranya adalah:
Langkah pertama dalam penghasilan boneka tali ini adalah pemilihan bahan yang
terdiri daripada kayu yang jati. Seterusnya kayu ini akan diukir bahagian kepala
dengan teliti. Cara mengukir adalah secara tradisional, dimana pengukir akan
memegang kayu yang diukir dengan kaki beliau. Oleh kerana mengikut pandangan
agama hindu memegang boneka itu pada kaki adalah satu amalan yang dianggap
kurang baik. Oleh kerana itu poja atau upacara akan dilakukan dan manisan akan
diberikan sebagai tanda memohon kemaafan kerana menggunakan kaki ketika proses
mengukir.
Seterusnya pakaian akan dijahitkan untuk boneka ini. Pemilihan sari akan dilakukan
oleh pembuat boneka ini dan akan dijahit menggunakan mesin.
Akhirnya boneka akan disambung dengan kepala yang dihasilkan dan akan di
mainkan dengan kotak atau tempat khas. Alunan muzik tradisional akan dimainkan
bersama
7.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulan boneka dapat diperkatakan sebagai satu alat atau media yang
dapat menyampaikan maklumat, perasaan, budaya, muzik, dan lain - lain lagi. Boneka bukan
hanya merupakan alat permainan yang dapat dimiliki atau diberikan kepada kanak - kanak.
Ianya merupakan identiti budaya pelbagai masyarakat. Setiap lapisan masyarakat dapat
memastikan warisan budaya yang terdiri daripada upacara, bahasa, amalan hidup, pemakaian
dapat ditunjukkan kepada generasi yang akan datang melalui persembahan boneka.
Setiap boneka dipersembahkan dengan menggunakan alatan muzik tradisional dan
mempunyai jalan cerita yang berunsurkan lucu, kemoralan, aksi, peperangan dan peristiwa
lampau. Boneka juga merupakan alat yang dapat berfungsi dalam meningkatkan pemikiran
mental dan fizikal seseorang. Pemikiran kreatif dapat dilahirkan melalui penghasilan boneka,
dimana inidvidu dapat menghasilkan boneka mengikut pilihan sendiri. Boneka juga bukan
semata - mata alat hiburan tetapi ianya lebih penting dalam menggambarkan sikap, nilai,
norma, hati budi dan konsep hidup serta kepercayaan pemikiran masyarakat pada waktu
tertentu.
Penghasilan boneka dan penggunaanya didalam pengajaran dan pembelajaran akan
dapat memberikan impak - impak yang bagus dan semestinya membolehkan pengajaran
menjadi sesuatu yang menyeronokan. Guru dapat bercerita kepada pelajar dengan
menggunakan boneka ini dapat merangsang minda pelajar untuk memahami sesuatu dengan
lebih berkesan terutamanya dalam memahirkan kemahiran lisan, kefahaman dan dapat
membina karangan.
8.0 RUJUKAN
i. Bahagian Pembangunan Kebudayaan dan Kesenian
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. 2003
ii. Boriss-Krimsky, C. (1999). The creativity handbook: A visual art guide for parent.
Springfield: Charles C. Thomas Publishers Ltd.
iii. Essa,E (2002 ). Introduction to Early Childhood Education ( 3rd Education ). Albany
Delmar Publishers. .
iv. Open University Malaysia (2006) HBAE1103 Pengenalan Pendidikan SeniVisual. Meteor
Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.Pusat Perkembangan Kurikulum (2000)
v. Minit mesyuarat khas kreativiti dan inovasi dalam pendidikan 2009.
vi. http://www.maxwell.syr.edu/moynihan/sac/Rajhastani_Puppets-_Puppet_Making/
9.0 Lampiran