Anda di halaman 1dari 3

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.

11 Ogos 2014

EMELDA RUDANG MUSA


KK1110367

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan khususuntuk meninjau sama ada penggunaan pendekatan koperatif iaitu
model STAD dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik pecahan dan pencapaian
prestasi pelajar setelah mempelajari kaedah pembelajaran koperatif STAD. Kajian ini dibuat
untuk menentukan pendekatan koperatif berjaya sebagai satu pendekatan pengajaran yang lebih
baik daripada pembelajaran tradisional. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang pelajar dari
Tingkatan 1 Bestari. Kajian dianalisis dengan mengunakan statistik deskriptif di mana hasil
dapatan, kekerapan dan peratusan menentukan peningkatan pencapaian. Dalam kajian ini
terbukti bahawa pembelajaran koperatif STAD telah meningkatkan minat dan pencapaian pelajar
dalam topik pecahan. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa pengajaran dan
pembelajaran model koperatif STAD adalah lebih baik daripada pembelajaran tradisional.

PENGHARGAAN

Pada ruangan yang terhad ini, saya mengambil peluang merakamkan setinggi tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Teo Seng Eng yang
telah memberi kerjsama, dorongan dan bimbingan serta tunjuk ajar yang berguna kepada saya
untuk menyiapkan penulisan tesis ini.
Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua, guru Matematik dan
semua responden di SMK Tun Fuad yang telah sudi meluangkan masa dalam membantu
menyiapkan tesis ini.
Tidak dilupakan penghargaan ditujukan khas kepada ibu bapa, suami dan anak di atas
pengorbanan dan perangsang mereka kepada saya bagi mnyempurnakan tesis ini. Kejayaan ini
tidak mungkin diperolehi tanpa semangat, dorongan dan kesabaran serta keprihatinan daripada
mereka.
Akhir sekali, penghargaan kepada semua yang telah memberi sokongan dalam
menyiapkan tesis ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai