Anda di halaman 1dari 2

Aspek Pembungkusan Dalam 

Pemasaran

‘‘Kebanyakan produk usahawan bumiputera ini mempunyai kualiti yang bagus, namun aspek
pembungkusannya masih belum mencapai piawaian yang dikehendaki.” – itulah antara komen mengenai
aspek pembungkusan produk  oleh En. Mohamad Nordin, Ketua Unit IKS FAMA, (sebagaimana
dilaporkan) semasa berlangsung Ekspo Industri Asas Tani di Ipoh pada bulan Disember 2007 yang lepas.

Dalam pemasaran, aspek pembungkusan produk merupakan salah satu perkara penting yang perlu
diberi perhatian. Malah aspek Pembungkusan (Packaging) ini dianggap sebagai P yang ke-5
dalam Marketing Mix selepas 4P (Product, Price, Place & Promotion) yang lazim dipraktik sebagai
strategi pemasaran.    

Jika diperhatikan definasi ringkas pemasaran itu sendiri, iaitu ‘SENI MENJUAL PRODUK’, kita
boleh apply maksud yang tersirat daripada definasi tersebut ke dalam aspek pembungkusan. Di sini,
ianya memerlukan inisiatif usahawan untuk melaksanakan inovasi tertentu bagi mencapai tahap
kesempurnaan produk yang hendak dijual. Sekali pun produk mempunyai kualiti yang baik, namun
sekiranya aspek pembungkusannya tidak setanding, produk mungkin sukar bersaing, apa lagi di
peringkat internasional yang lebih luas persaingannya.    

Dalam menentukan kaedah pembungkusan sesuatu produk, aspek yang paling penting biasanya ialah ia
berfungsi sebagai container yang akan memuat dan melindungi produk supaya selamat dan tidak rosak.
Namun, pada masa yang sama, kaedah pembungkusan perlu juga mengambilkira beberapa aspek lain
serta berperanan antaranya seperti: 

      Mempromosi produk melalui visual (reka-bentuk, warna, lukisan, grafik dsb.) yang dapat
memberikan impression yang baik kepada pengguna.

      Memperkenalkan identiti korporat / syarikat melalui logo atau jenama.

      Memberi maklumat tentang produk (bahan, berat / bilangan kandungan, cara guna, logo halal, dsb.)

      Memberitahu mengenai promosi / tawaran semasa.

      Mudah untuk dibawa, transportasi dan penyimpanan (eg. bahan, saiz & bentuk)

      Mematuhi peraturan dan perundangan yang ditetapkan pihak berkuasa.

      Kesesuaian dengan faktor kos. 


Berasaskan kesedaran tentang peri pentingnya aspek pembungkusan dalam pemasaran, pada masa kini
terdapat banyak agensi-agensi yang berkenaan telah mengambil inisiatif dengan memberi perhatian yang
lebih serious terhadap isu ini. Sebagai contoh:

  Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu menawarkan Skim Bantuan


Pembungkusan Produk sebagai usaha meningkatkan lagi dayasaing produk IKS tempatan.

  Kraftangan Malaysia (Cawangan Terengganu) di bawah aktiviti R&Dnya mempunyai program


Pembangunan Pembungkusan Produk bertujuan meningkatkan penampilan dalam pembungkusan
produk serta memberi kesedaran kepada usahawan.

  Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia(PPIPBM), menubuhkan


Syarikat SME Packaging Centre Sdn Bhd (SMEP) di Banting, Selangor dengan matlamat untuk
membantu pengusaha IKS meningkatkan mutu produk serta pembungkusan dan memenuhi standard
yang ditetapkan supaya dapat bersaing di pasaran tempatan dan luar negara.

 SMIDEC pula menawarkan skim yang dipanggil Geran Bersamaan Untuk Peningkatan


Keupayaan Rekabentuk Pembungkusan Produk dengan objektif  memberi  bantuan kepada enterprais
kecil dan sederhana (EKS) untuk mempertingkatkan dan memperbaiki keupayaan rekabentuk
pembungkusan dan pelabelan produk bagi meningkatkan penampilan produk dan memenuhi keperluan
dan peraturan pasaran

Anda mungkin juga menyukai