Anda di halaman 1dari 2

Wednesday, November 12, 2014

sadaka aims-v
Apakah sadaka aims-v?
-ilham 5 pelajar sarjana komunikasi korporat, UPM Serdang
-AIMS-V (Ayu Hanira, Irayati Iram, Mohd Salekhan, Shahniza Azren, Veliana Ruslan)
-Pada asalnya, projek ini bersifat sementara, bertujuan sebagai satu tugasan dalam subjek
Advanced Public Relation. Namun, apabila dibincangkan semula kami merasa sayang sekiranya
ia berhenti setakat ini sahaja.
-Sebab itulah kami wujudkan sadaka by Aims-V ini
-sadaka dari bahasa Turki - bermaksud charity
-objektif
1) pusat sehenti bagi memaparkan pelbagai aktiviti berkaitan amal/charity dari pelbagai NGO,
orang perseorangan.
2) mengubah minda masyarakat bahawa usaha kebajikan berbentuk sedekah ini adalah
sesuatu yang mudah, menyeronokkan dan menarik
3) menarik golongan muda terutamanya belia dan GenY untuk sama-sama terlibat dengan
program amal dengan penggunaan platform media sosial ini
13 juta pengguna FB pada tahun 2013 dan 64% daripadanya adalah berumur antara 18-34
tahun iaitu golongan belia (GenY)
Antara kerjasama yang sedang kami laksanakan ialah bersama-sama The Telekung Project
(sebuah NGO yang berdaftar) dan Kindness.my berkaitan aktiviti amal yang sedang
dilaksanakan.
Yang menariknya, kedua-dua pengasas kepada pertubuhan ini adalah golongan belia (GenY).
Ini bermakna , jika dahulu konsep sedekah seringkali dikaitkan dengan golongan berusia tapi
kini kita telah banyak melihat golongan belia juga turut sama ke arah tersebut.
Oleh itu, Sebagai golongan belia, kami turut terpanggil untuk melaksanakan inisiatif ini kerana
kami merasakan ianya sesuatu yang mudah dan menarik dan apa yang paling penting dengan
cara ini kami dapat memberikan sesuatu kepada masyarakat. Kejayaan golongan belia yang
mengasaskan NGO ini juga sebenarnya menjadi pemangkin semangat kami untuk melihat
projek sadaka by Aims-V ini berjaya.

Wednesday, November 12, 2014

Untuk makluman pendengar, untuk bulan November ini kami telah bekerjasama dengan The
Telekung Project bagi Program AIMS-V Plush Toys for Syrian.
Permainan lembut untuk kanak-kanak ini ingin dikumpulkan sebelum diserahkan kepada Kanakkanak pelarian Syria. Dengan sadaka yang semudah ini, kita dapat memberikan senyuman
kepada mereka yang telah meninggalkan segala yang mereka ada akibat peperangan. Dengan
sumbangan ini, kita dapat memastikan bahawa kanak-kanak ini mendapat sokongan
sewajarnya, dapat meneruskan perkembangan kehidupan yang sihat dan merasai kehidupan
kanak-kanak mereka dengan gembira.
Konsep sedekah itu sangat luas seperti sabda baginda Rasulullah S.A.W
Kamu berlaku adil antara dua orang yang berbalah adalah sedekah, dan kamu menolong
seseorang menaiki kenderaannya atau menolong mengangkat barang-barangnya ke atas
kenderaannya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah dan pada tiap-rtiap
langkah yang kamu membuang bahaya dari jalan raya merupakan sedekah (Hadis Riwayat
Bukhari & Muslim)
Hadis Riwayat Muslim:
setiap kebaikan adalah sedekah
like kami di facebook.com/sadaka4all
follow kami di instagram sadakaaimsv

Anda mungkin juga menyukai