Anda di halaman 1dari 1

Nama

No. Matrik
Program

:
:
:

Mohd Salekhan Bin Othman


GS 35782
Master Komunikasi Korporat

HUBUNGAN ANTARA TAHAP PENGGUNAAN WHATSAPP DENGAN TEKANAN KERJA


DI KALANGAN WARGA JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Abstrak
Menurut kajian mengenai tekanan dan teknologi di tempat kerja oleh Kumpulan Teknologi
Kensington (1999), sumber utama yang menjadi punca tekanan di tempat kerja ialah
permintaan terhadap kegunaan teknologi. Permintaan ini termasuklah informasi berlebihan
dari e-mel, bimbang terhadap kehilangan data dan keperluan ketara untuk sentiasa
berhubung (Yoakum, 2011). Justeru, kajian yang dibuat ini bertujuan untuk mengkaji
hubungan antara tahap penggunaan whatsapp dengan tekanan kerja di kalangan pegawai
dan kakitangan di JPWP Labuan. Seramai 140 orang responden terlibat dalam kajian ini.
Kaedah analisis kajian berbentuk deskriptif dan menggunakan soal selidik sebagai
instrumen kajian. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Package For Social Science (SPSS) versi 21.0. Tahap penggunaan whatsapp dan tekanan
kerja diukur melalui pengiraan min. Hubungan antara penggunaan whatsapp dan tekanan
kerja diukur menggunakan korelasi koefisyen Pearson dan analisis regresi berganda.
Analisis regresi berganda juga digunakan untuk mengkaji kesan pemboleh ubah
penyederhana iaitu faktor demografi seperti kumpulan pekerjaan, organisasi dan tahap
pendidikan ke atas hubungan tahap penggunaan whatsapp dan tekanan kerja. Hasil kajian
menunjukkan bahawa responden menggunakan whatsapp bagi tujuan kerja pada tahap
yang sederhana manakala tekanan kerja pula berada dalam tahap yang rendah. Tahap
penggunaan whatsapp pula didapati mempunyai hubungan yang signifikan dan positif
dengan tekanan kerja. Bagi kesan penyederhanaan, ketiga-tiga faktor demografi tersebut
didapati menyederhanakan hubungan antara tahap penggunaan whatsapp dan tekanan
kerja di kalangan responden. Kajian ini dapat melengkapi kajian sedia ada mengenai
hubungan penggunaan teknologi dan tekanan kerja. Aplikasi whatsapp merupakan inovasi
teknologi yang dapat membantu individu berkomunikasi dengan lebih pantas dan mudah
namun apabila penggunaannya dianggap sebagai demands seperti dikatakan dalam Teori
Job Demands Resources Model, ia boleh membawa kepada ketegangan dan memberi
kesan kepada produktiviti organisasi. Hasil kajian ini juga membolehkan organisasi
mendapatkan informasi berkaitan tahap tekanan kerja di kalangan kakitangannya dan
membantu mempromosikan dasar persekitaran kerja yang bersesuaian.

Supervisor

Prof. Madya Dr. Abdul Muati @ Zamri bin Ahmad

Anda mungkin juga menyukai