Anda di halaman 1dari 19

Pengenalan

Ucapan Pendahuluan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah mendownload ebook dari
Kembara Indah Photographer (www.kembaraindahphotographer.com). Ebook ini dihasilkan
setelah menjalankan penelitian hasil jurugambar lain dan hasil perkongsian bersama diantara
rakan-rakan jurugambar. Penerbitan ebook ini adalah secara percuma, namun anda dilarang
untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain melainkan melalui laman web Siri Fotografi
Cara Pro (www.facebook.com/SiriFotografiCaraPro) kerana penulisan ini adalah Hak Cipta
Terpelihara Kembara Indah Niaga.
Penulisan ini bertumpu kepada cara mempelajari kamera digital anda secara professional.
Ebook ini adalah panduan semata-mata dan bukanlah satu kewajipan untuk mengikutinya
100%, malah hak memilih tetap di tangan anda. Saya sekadar berkongsi cerita dan
pengalaman sahaja. Diharapkan ebook ini memberi manfaat kepada semua.
Selamat membaca,
Ikhlas,

Zulhilmi Harman
Pengasas Kembara Indah Photographer
kembaraindahphotographer@gmail.com
http://www.kembaraindahphotographer.com/

Apa Kata Sahabat-Sahabat Anda??

Modul 1: Pengenalan DLSR


1)

Digital Single-Lens Reflex Cameras

Digital Single-Lens Reflex Cameras (juga dikenali sebagai digital SLR atau DSLR) kamera
digital menggabungkan bahagian tunggal refleks kanta kamera (SLR) dan kamera digital kini
menggantikan filem fotografi.
Skim reka bentuk refleks adalah perbezaan utama antara DSLR dan kamera digital yang lain.
Dalam skim reka bentuk refleks, cahaya bergerak melalui kanta tunggal dan cermin
digunakan untuk mencerminkan sebahagian cahaya yang melalui view finder - maka ia
dikenali sebagai Single Lens Reflex. Imej yang dilihat melalui view finder juga imej yang
ditangkap oleh sensor kamera.

2)

Pengenalan Fungsi Asas Mod Kamera

Kamera Kompak, DSC dan DSLR mempunyai fungsi asas mod yang sama iaitu, Auto (Flash
Off), Potrait, Landscape, Child, Sports, Close Up (Macro), Night Potrait, Auto, Manual
Priority, Program, Shutter Priority dan Aperture Priority.

Auto (Flash Off)


Sekiranya mod Auto (Flash Off) dipilih, flash pasang siap tidak akan berfungsi. Mod ini
biasanya digunakan sekiranya cahaya disesuatu tempat mecukupi bagi subjek. Sesuatu
gambar akan lebih dramatik sekiranya cahaya semulajadi digunakan.

Potrait
Mod Potrait dipilih sekiranya ingin mengambil gambar subjek jarak dekat tanpa
mengambilkira latar belakang subjek.

Landscape
Mod Landscape hanya sesuai digunakan untuk mengambil gambar pemandangan sahaja.
Flash tidak akan berfungsi pada mod ini kerana kamera akan menggunakan cahaya
semulajadi.

Sports
Mod Sport akan membekukan pergerakan subjek. Mod ini sesuai digunakan sekiranya subjek
seorang atlet.

Close Up (Macro)
Mod Close Up (Macro) digunakan sekiranya ingin mengambil gambar subjek dari jarak
dekat. Kebiasaanya, mod ini digunakan untuk mengambil gambar serangga, bunga-bungaan
atau gambar wajah sahaja.

Night Potrait
Sekiranya subjek berada dalam suasana yang tidak mempunyai cukup sumber cahaya seperti
waktu malam, mod night potrait sesuai digunakan bersama flash.
Diantara fungsi mod kamera, mod Auto, Manual Priority, Program, Shutter Priority dan
Aperture Priority menjadi topik utama seseorang jurufoto bagi memuaskan hati dalam
menghasilkan gambar yang baik, berkualiti dan bernilai.

Auto
Mod Auto sering digunakan oleh jurufoto baru, yang percaya terhadap sistem kamera
tersebut. Ini kerana mod ini telah di setkan sekiranya subjek berada disuatu tempat. Mod ini
lebih mementingkan subjek tanpa mengambilkira subjek berada di kawasan terbuka atau
tidak. Flash juga berfungsi secara automatik, sekiranya cahaya tidak mencukupi pada subjek.

Manual Priority
Kebanyakkan jurufoto profesional menggunakan mod Manual Priority kerana mereka lebih
mengutamakan subjek dari segi pencahayaan, titik fokus, jarak zoom dan latarbelakang
subjek. Mod ini membolehkan jurufoto mengubah dan menyukat jumlah cahaya yang sesuai
(Aperture) dengan persekitaran dan mengubah kelajuan shutter untuk mengawal jumlah
kemasukan cahaya.

Program
Mod Program ialah mod yang mengawal Aperture dan Shutter serentak.

Shutter Priority (Sesetengah kamera menggunakan ikon S)


Sekiranya gambar subjek yang diambil bergegar, mod Shutter Priority adalah jalan
penyelesaiannya. Hanya perlu mengubah nilai shutter sahaja bagi mendapatkan gambar
subjek tanpa gegaran. Mod ini hanya boleh mengubah nilai shutter sahaja, manakala nilai
Aperture akan berubah secara automatik mengukit nilai shutter.

Aperture Priority
Sekiranya gambar subjek yang diambil gelap, mod Aperture Priority adalah jalan
penyelesaiannya. Hanya perlu mengubah nilai aperture sahaja bagi mendapatkan gambar
subjek dengan cahaya yang dikehendaki. Mod ini hanya boleh mengubah nilai aperture
sahaja, manakala nilai Shutter akan berubah secara automatik mengikut nilai aperture.

3)

Butang Pelepas (Shutter Release Button)

Setelah mengetahui fungsi asas mod kamera, anda perlu mengetahui Butang Pelepas dan
Flash Pasang Siap, barulah penggunaan kamera akan dapat dipermudahkan dan seseorang
jurufoto akan mudah menggunakan mod kamera dengan lokasi dan situasi subjek.
Sebelum sesuatu gambar subjek diambil, kamera perlulah didalam pilihan mod yang sesuai.
Setelah berpuashati, barulah butang pelepas ditekan.
Langkah Mengambil Gambar

Sedia... (Tekan Separuh)


Halakan kamera ke arah subjek, tekan butang
pelepas separuh sahaja. Tunggu sehingga titik
fokus terkunci. Setelah fokus terkunci, lampu atau
bunyi beep akan kedengaran dan anda sudah
bersedia untuk mengambil gambar.
Fokus... (Tunggu dan Koposisi)
Semasa menekan butang pelepas separuh, ambil
masa untuk mencari komposisi latarbelakang bagi
subjek. Titik fokus masih dikuci sebelum butang
pelepas ditekan habis.
Tekan... (Tekan Sepenuhnya)
Tekan butang pelepas sepenuhnya. Hati-hati,
jangan terlalu kuat dan pastikan tidak bergegar
semasa menekang butang pelepas.

4)

Teknik Memegang Kamera Yang Betul

Secara asasnya, cara memegang kamera bukanlah sesuatu yang wajib diikuti selagi perkara
pokok dalam memegang kamera untuk tujuan mengambil gambar. Kestabilan merupakan
perkara yang wajib ketika mengambil gambar. Selagi mana anda dapat memegang kamera
dengan stabil iaitu kukuh dan tidak gegar, itu adalah memadai. Namun untuk mendapatkan
kestabilan itu, terdapat beberapa teknik yang boleh diguna pakai.

Cara Asas Memegang DSLR


Asas Pegang Kamera
Secara asasnya anda perlu gunakan tangan
kiri untuk pegang kamera pada bahagian lens
dan tangan kanan anda gunakan untuk
control setting DSLR seperti untuk tekan
butang shutter release dan sebagainya.
Lepas itu, kedua-dua siku anda perlu
rapatkan
dengan
badan
untuk
memperkukuhkan kedudukan DSLR seperti
dalam gambar. Pastikan pegang dengan
selesa dan rasa titik graviti pada DSLR untuk
seimbangkan berat DSLR ketika memegang.

Cara Lain
Anda boleh juga pegang DSLR dengan cara
pada seperti dalam gambar. Namun ia jarang
digunakan kerana pergerakan sudut kamera
akan terbatas dan agak sukar untuk menukar
setting kamera. Kebiasaannya cara pegangan
ini dipilih ketika sedang penat penat
mengambil gambar dengan memegang
kamera dengan cara asas.
Apabila anda letak DSLR pada bahagian
tangan yang dekat dengan bahu begini,
kedudukan DSLR akan lebih kukuh dan
peratusan untuk tergegar sewaktu mengambil
gambar akan berkurangan.

Kesilapan Umum Memegang DSLR

Anda harus elakkan memegang DSLR dengan cara seperti gambar di atas. Memegang
kamera dengan sebelah tangan tidak akan memperkukuhkan kedudukan kamera dan
peratusan untuk menangkap gambar yang sharp adalah rendah. Pastikan juga tali kamera kita
sangkutkan dileher atau lilitkan sedikit pada bahagian tangan kita. Jika DSLR kita terlepas
jatuh, apa akan jadi? Memegang kamera dengan meletakkan kedua-dua belah tangan pada
badan kamera, juga tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi elakkan dari pegang
dengan cara begini.

Ini juga cara yang salah ketika memegang DSLR. Jadi pastikan tangan kita tidak mengepak
waktu nak mengambil gambar. Jangan lupa, rapatkan siku pada badan kita. Elakkan juga
memegang kamera dengan meletakkan tangan kiri diatas lens DSLR. Ianya bukan saja
menambahkan berat kamera tetapi ianya tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi
pastikan pegang DSLR dengan meletakkan tangan kiri dibawah lens DSLR.

Cara Pegang DSLR Secara Menegak

Cara yang sebelah kiri ini adalah kedudukan yang baik untuk pegang DSLR secara menegak.
Tangan kanan digunakan untuk support berat kamera sambil menjaga setting. Manakala
tangan kiri diletakkan dibawah lens untuk memperkukuhkan lagi kedudukan DSLR. Jadi,
masalah gambar bergegar tidak akan berlaku. Kalau lihat cara pegang DSLR yang salah itu,
kita boleh lihat kedudukan tangan kanan yang tidak stabil disitu.

Untuk
menstabilkan
badan
waktu
mengambil gambar, pastikan kaki kiri
dilangkahkan sedikit kehadapan dari kaki
kanan. Jadi anda tidak akan rasa akan
tumbang sewaktu tangkap gambar.
Jangan rapatkan kaki dan berdiri tegak
seperti gambar pada sebelah kanan diatas.
Sebab kedudukan badan tidak akan stabil
jika kita berdiri seperti itu.

Cara Pegang DSLR Waktu Tangkap Gambar View Rendah

Di atas ini ada 3 contoh cara untuk pegang DSLR ketika hendak menangkap gambar pada
kedudukan rendah. Cuba perhatikan kedudukan siku pada contoh gambar diatas. Siku
sentiasa ditongkatkan pada kaki untuk menambah kestabilan kedudukan DSLR.

Cara yang salah, kalau lihat gambar pada sebelah kanan ini, siku tidak ditongkat pada kaki.
Jadi kedudukan kamera tidak akan stabil disitu.

Memegang DSLR ketika baring atau meniarap juga perlukan cara yang betul. Apa yang
penting ialah kedudukan kamera mesti kukuh. Seperti biasa, gunakan siku untuk support
kamera dengan menongkat siku pada lantai atau tanah. Jangan buat seperti gambar yang salah
diatas. Dimana dia tidak menggunakan siku, tetapi menggunakan badan untuk support
kamera. Dengan cara yang salah ini juga akan menyebabkan anda cepat rasa penat jika dan
DSLR yang kita pegang tidak akan stabil waktu menangkap gambar.

Penggunaan Support Badan


Pelbagai benda yang boleh anda jadikan support untuk badan anda waktu menangkap
gambar. Sebagai contoh, kita boleh gunakan tiang, kereta, atau dinding bagi membolehkan
kita bersandar untuk mengukuhkan badan ketika mengambil gambar.

Modul 2: Asas Fotografi


1)

Exposure

Sepertimana yang telah saya berikan tadi, fotografi bermaksud "melukis dengan cahaya".
Apakah Fotografi? Fotografi pada dasarnya adalah kira-kira mengenai CAHAYA:
Bagaimana untuk memanfaatkan
Bagaimana ia memasuki kamera anda
Bagaimana kamera anda mengukur
Bagaimana untuk mengawal cahaya untuk menangkap imej yang anda mahu

Orang cantik, makanan, pemandangan? Siapa yang peduli! Kamera tidak menjaga atau tahu
jika anda mempunyai hidangan enak, kanak-kanak tercomel di dunia atau jika anda
merupakan jurugambar pelakon terkenal. Kamera anda hanya mendaftarkan jumlah cahaya
yang memasuki kamera anda. Itulah mengapa memahami exposure membantu anda
menangkap gambar-gambar yang anda mahu.
Apakah Exposure?
Kamera anda memahami exposure, pada dasarnya adalah jumlah cahaya yang memasuki
kamera anda dan digunakan untuk menghasilkan sesebuah gambar.
Exposure menerangkan bagaimana cahaya atau bagaimana gelap gambar anda:
a) Under-exposure - adalah apabila gambar anda keluar terlalu gelap.
b) Over-exposure - adalah apabila gambar anda keluar terlalu terang, dibasuh keluar atau
"ditiup keluar"
Exposure secara ringkasnya ialah;
Exposure = Aperture + Shutter Speed + ISO (International Standard Organization)
Dalam pemahaman terhadap exposure, kita perlu mengetahui 3 prinsip utama dalam
fotografi:
a) Principles of Photography- Aperture (Controlling Depth of Field)
b) Principles of Photography- Shutter Speed (Controlling Motion)
c) Principles of Photography-ISO Controlling Cameras Light Sensitivity
Dalam penetapan DSLR, turutan yang tepat ialah dimulakan dengan Aperture Setting, diikuti
oleh Shutter Speed Setting dan di akhiri oleh ISO Setting.

2.1) Principles of Photography- Aperture (Controlling Depth of


Field)
Apakah Aperture?
Aperture adalah mengenai JUMLAH, jumlah cahaya yang memasuki kamera anda melalui
"lubang" kanta atau "mata" kamera.
Apabila cahaya memasuki bukaan lubang dalam kanta, ia kemudian memasuki kamera anda
Apakah Aperture pada kamera anda?
Sama seperti anak mata kita yang boleh terbuka dan merapat yang dipengaruhi oleh jumlah
cahaya yang kita lihat, kamera mempunyai anak mata juga, yang merupakan Aperture.
Apabila mata kita memerlukan lebih cahaya, anak mata akan membuka (mewujudkan
pembukaan yang lebih besar) untuk mendapatkan lebih cahaya. Apabila terdapat terlalu
banyak cahaya, anak mata akan kecil (mewujudkan pembukaan kecil) dan menjadikan cahaya
yang masuk berkurangan. Jadi, Aperture melakukan perkara yang sama pada kamera anda,
tetapi "lubang" Aperture terletak dalam lens anda.
Bagaimana Aperture diukur?
Aperture diukur dalam saiz bukaan "lubang" dalam lens

Contoh Bukaan Lens

Aperture diukur dalam ukuran yang dipanggil "f-stop". LEBIH BESAR bukaan bukaan
lubang, LEBIH cahaya dapat masuk, yang memberikan LEBIH KECIL nombor f-stop.
Semakin kecil nombor f-stop (seperti 1.4, 2.8) membenarkan lebih cahaya masuk ke dalam
kamera, dan nombor-nombor ini dianggap "FAST"
Jadi, apabila anda mendengar istilah seperti "fast lens", "aperture cepat", "fast f-stop", ia
bermaksud lens tersebut mampu untuk membuka lebih WIDE dan membiarkan cahaya masuk
lebih banyak LEBIH KECIL bukaan bukaan lubang, cahaya KURANG dapat masuk, yang
memberikan LEBIH BESAR nombor f-stop. Semakin besar nombor f-stop (seperti 6 atau
lebih besar) membenarkan kurang cahaya masuk ke dalam kamera, dan nombor-nombor ini
dianggap "SLOW".

Nilai Bacaan F-Stop

Bagaimana untuk mengawal Aperture?


Asasnya mengawal Aperture anda adalah salah satu sebahagian daripada mengawal jumlah
Exposure. Kebanyakan kamera anda mempunyai fungsi "Aperture Priority" pada kamera.
Anda boleh memilih Aperture anda dan membuat ia cepat atau lambat dengan memutar dail.
Kamera anda secara automatik akan menyesuaikan seluruh tetapan exposure.
Anda juga boleh mengawal ia pada fungsi "Manual", tetapi ini memerlukan pengalaman dan
latihan yang lebih kerana anda akan memerlukan kawalan seluruh komponen exposure
(Shutter Speed dan ISO) secara Manual.
Mengapa saya perlu memahami Aperture? Bukan ke mudah untuk hanya shoot pada "Auto"
atau "Program" dan biarkan kamera melakukan semua untuk saya? Sudah tentunya pada
kebanyakan situasi, dengan membenarkan kamera anda menetapkan setting exposure untuk
anda dan anda akan dapat keputusan yang baik. TETAPI, untuk menjadikan fotografi anda ke
tahap yang lebih tinggi dan KAWALAN KREATIF lebih tinggi, anda mesti belajar Aperture.
Apakah sebenarnya Aperture lakukan? Bagaimana ia akan memberi saya lebih banyak
pilihan dan kawalan kreatif?
Jawapannya ialah DEPTH of FIELD (DOF)
Kawalan kreatif utama Aperture adalah untuk mengawal "DEPTH of FIELD", yang
bermaksud berapa banyak imej yang anda mahu berada dalam fokus. Dengan mengawal
jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera oleh saiz pembukaan lubang Aperture, anda
juga mengawal berapa banyak FOKUS anda mahu.

Apabila anda mengambil gambar sesuatu dengan kedalaman NARROW atau SHALLOW, ini
bermakna anda mahu memastikan sesuatu yang khusus untuk berada dalam fokus (hanya satu
bahagian) dan selebihnya untuk menjadi agak kabur. Apabila anda mengambil gambar
sesuatu dengan kedalaman WIDE atau DEEP, bermakna anda mahu lebih gambar untuk
berada dalam fokus.

Titik Fokus ialah bunga. DOF ialah bunga yang mana daun atau latar belakang (Background)
menjadi kabur. Kelajuan Shutter & Nilai Aperture mempengaruhi gambar subjek.

Titik Fokus ialah tiang bendera dan masjid. DOF ialah tiang bunga dan masjid. Tiada subjek
yang menjadi kabur. Kelajuan Shutter & Nilai Aperture mempengaruhi gambar subjek.
Namun anda perlu ingat - Fast Aperture Number (1.4, 2, etcatau dikenali juga sebagai
Wide Aperture bukaan lubang lens yang luas) = Lebih SHALLOW depth of field, manakala
Slow Aperture Number (10, 13, etc atau dikenali juga sebagai Narrow Aperture) = Lebih
DEEP depth of field.

Keputusan DOF ini berbeza-beza mengikut berdasarkan beberapa faktor:


a) Saiz bukaan lens (aperture) seperti yang telah saya bincangkan sebelum ini.
b) Jarak objek dengan kamera jika jarak objek dekat dengan kamera, ini akan
menjadikan DOF menjadi shallow, terutama objek dibahagian hadapan. Maka
semakin dekat jarak objek semakin shallow DOF dan semakin jauh jarak objek
semakin deep DOF.

c) Sudut bukaan lens ini adalah berkaitan rapat dengan jenis lens, lens yang dalam
kategori wide lens akan mempunyai DOF yang lebih deep berbanding telephoto.
Maka semakin tele semakin shallow DOF dan semakin wide semakin deep DOF

2.2)

Principles of Photography- Shutter Speed (Controlling


Motion)

Apabila anda mengambil gambar dan anda mendengar "klik", ia merupakan bunyi
pembukaan dan tutup shutter anda. Bayangkan konsep seperti bidai pada tingkap anda. Anda
membuka dan menutup bidai untuk mengawal jumlah cahaya yang memasuki bilik anda. Idea
yang sama juga untuk kamera.
Kelajuan pengatup adalah tentang MASA, jumlah masa untuk cahaya memasuki kamera
anda, berapa lama ia masa diambil untuk membiarkan cahaya melalui kamera.
Kelajuan shutter diukur dalam saat, atau pecahan saat, seperti 1/80 - bermakna 1/80 saat.
Kebanyakan kamera hanya akan menunjukkan nombor "80", 1 "- bermakna satu saat penuh.
Kebanyakan kamera akan menunjukkan "1" ".

Nilai Shutter per Saat


LEBIH BESAR nombor, Lebih Pantas kelajuan shutter, KURANG cahaya memasuki kamera
anda. Ini bermakna bahawa pendedahan anda adalah pendek, imej akan menjadi gelap.
Bayangkan ini: lebih cepat pengatup membuka dan menutup, maka jelas, cahaya kurang
dapat melalui. Jika anda berdiri di hadapan tingkap anda dan membuka / menutup bidai
tingkap cepat, anda mempunyai kurang cahaya memasuki bilik.
Keseimbangan antara kelajuan Shutter dan saiz bukaan Aperture. Ianya memberikan kesan
kepada gambar sekiranya kelajuan Shutter dan saiz bukaan Aperture berubah walaupun
gambar subjek diambil di lokasi yang sama dengan cahaya yang sama. Seperti contoh,
gambar dibawah ini diambil sebanyak 3 kali di tempat yang sama dan cahaya yang sama

banyak. Akan tetapi Shutter dan Aperture diubah-ubah untuk mendapatkan perbezaan
gambar.

Mengapa latar belakang dalam gambar semua kabur, dan paling ketara di sebelah kiri?
Kerana jika exposure itu dibuat dengan bukaan yang luas (seperti f2.8), kemudian latar
belakang lebih jauh dari subjek dan menyebabkan ia terkeluar dari titik fokus (DOF).
Jadi sekiranya aperture ialah kecil seperti f22, objek pada latar belakang akan lebih jelas
kelihatan. Tetapi, disebabkan lebih cahaya diperlukan untuk mematikan exposure seperti
dalam gambar sebelah kiri dengan kelajuan shutter saat, subjek menjadi kabur kerana
MOTION. Pada kelajuan shutter 1/250 saat, shutter speed adalah laju dan cukup untuh
membekukan pergerakan.

2.3) Principles of Photography-ISO Controlling Cameras Light


Sensitivity
Apakah ISO dalam sesebuah kamera?
Untuk pengetahuan anda, ISO merujuk kepada tahap kepekaan kamera tersebut terhadap
cahaya. Pada asasnya, ISO ini adalah nilai ISO yang kita lihat pada film kamera cuma kini ia
beralih dalam kamera digital iaitu merujuk kepada kepekaan sensor kamera. Secara
mudahnya, semakin tinggi nilai ISO kamera itu, maka semakin tinggi tahap kepekaan sensor
kamera tersebut terhadap cahaya atau dengan kata lain lebih mudah untuk menangkap cahaya
dalam keadaan kurang cayaha.
Higher ISO number = higher sensitivity to light = better ability to shoot in low light
Bagaimana mengukur nilai ISO?
Nilai ISO diukur berdasarkan nilai piawai ISO film. Nilai yang biasa digunakan ialah 100,
200, 400, 800 dan ke atas. Apa yang berbeza disini ialah nilai ini diberikan kepada sensor
kamera. Dalam keadaan terang, siang dan diluar, nilai yang digunakan kebiasaannya ialah

100 hingga 200. Manakala dalam keadaan gelap, dalam bangunan dan sukan, penggunaan
ISO yang tinggi diperlukan.
Jadi bagaimana untuk mengawal ISO?
Hampir kesemua kamera digital kini boleh mengawal nilai ISO secara manual. Walau
bagaimanapun, kebanyakan kamera digital juga mempunyai kawalan ISO secara automatic
atau Auto-ISO mode.
Bagaimana kawalan nilai ISO membantu anda dalam fotografi?
Dengan meningkatkan nilai ISO (meningkatkan tahap sensitivity sensor) membolehkan anda
menangkap gambar dalam situasi yang kurang cahaya tanpa melibatkan kos. Walau
bgaimanapun anda perlu tahu, potensi masalah dalam penetapan nilai ISO iaitu Noise and
Grain. Dalam keadaan nilai ISO yang tinggi, kebanyakan kamera akan menangkap gambar
dengan dipengaruhi oleh atmospheric yang akan meninggalkan kesan noise atau graininess
pada gambar. Biasanya ini tidak menarik walaupun kadang-kadang anda boleh
menggunakannya sebagai gaya untuk sesuatu imej. Keadaan ini berbeza-beza mengikut
sensor kamera. Ada kamera yang mula menunjukkan kesan noise pada nilai ISO yang
rendah seperti 400 dan ada kamera yang mampu menggunakan ISO tinggi sehingga 10000
tanpa sebarang masalah.
Meningkatkan nilai ISO akan menyebabkan kamera anda dan had kanta dalam persekitaran
tertentu:
a) Meningkatkan ISO membolehkan anda menggunakan shutter speed yang lebih pantas
dan membolehkan anda membekukan setiap pergerakan subjek dengan lebih baik atau
dapat mengatasi masalah kamera bergoyang.
b) Meninggkatkan ISO membolehkan anda menggunakan penetapan aperture yang lebih
cetek (nombor yang tinggi), membolehkan anda dapat depth of field yang lebih
dalam.
Seperti yang saya maklumkan tadi, kadang kala gambar dengan grain yang tinggi boleh
menjadi satu seni dan biasanya digunakan untuk gambar yang berbentuk vintage, gritty, raw
dan moody quality. Tetapi Hak Memilih Adalah Hak Anda!! Pilihan Anda, Art Anda!!

Perbandingan Saiz ISO


Speed rating
50 ISO/ASA
100 ISO/ASA
200 ISO/ASA
400 ISO/ASA
800 ISO/ASA

Sensitivity
low
medium
medium
high
very high

Contrast
low
medium
medium
high
very high

Grain
low
medium
medium
high
very high

Terima kasih kerana telah mendownload


Ebook dari Kembara Indah Niaga

Jika ingin memberikan cadangan dan penambahbaikan


Sila emel terus kepada zulhilmiharman@gmail.com atau
kembaraindahphotographer@gmail.com

Pastikan anda save kedua-dua alamat emel saya ini bagi


mengelakkan perkongsian tips menerusi emel dari saya
tidak termasuk SPAM

Penulis Ebook: Zulhilmi Harman


Editor: Nur Musfirah Badaruddin

Hak Cipta Terpelihara Kembara Indah Niaga 2014

Anda mungkin juga menyukai