Anda di halaman 1dari 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu


dilakukan untuk menangani gejala vandalisme. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga
250 patah perkataan.

Contoh Karangan

Saban hari, kita sering mendengar isu remaja yang terbabit dalam pelbagai gejala sosial.
Dalam hal ini, tidak kurang juga berita-berita tentang salah laku remaja yang setiap hari
dilaporkan oleh media massa. Remaja sebenarnya bolehlah diibaratkan sebagai batu permata
yang bakal mencorakkan masa depan negara. Namun, mereka tidak sedar akan hakikat tersebut.
Mereka sering melakukan kesalahan yang melibatkan kemusnahan harta benda awam atau
melakukan vandalisme. Menyedari akan hal ini, tiadakah usaha-usaha daripada pihak tertentu
untuk menangani masalah ini?
Dalam konteks ini, ibu bapalah yang perlu memainkan peranan penting. Didikan agama
dannilai moral yang sempourna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka. Ibu bapa perlu
mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda aawam yang terdapat sama ada di
kawasan tempat tinggal mereka ataupun di tempat lain. Selain itu, mereka harus memantau
aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak-anak dan mengetahui latar belakang rakan-rakan
rakan-rakan mereka. Sekiranya mereka mendapati anak-anak mereka terlibat dalam gejala
vandalism ini, tindakan sewajarnya harus dilakukan. Hal ini termasuklah dengan memberi
amaran tegas kepada anak-anak. Tindakan ini memang sesuai dengan kata orang tua-tua,
sayangkan anak, tangan-tangankan.
Di samping itu, masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalism
“menjalar” dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka. Perbuatan seperti menconteng
dinding bangunan, merosakkan telefon awam, buaian di taman permainan dan tong sampah
awam wajar diambil perhatian. Masyarakat di sesebuah kawasan itu perlu mengadakan
mesyuarat dengan para ibu bapa tentang gejala vandalism ini dan mengenakan tindakan seperti
denda berupa bayaran kepada ibu bapa yang didapati anakmnya terlibat dalam salah laku ini.
Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap tindak-tanduk anak-anak mereka.
Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen untuk menangani gelaja
vandalisme. Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen dan radio
tempatan untuk menangani gejala yang semakin membarahi negara ini. Kerajaan juga perlu
mengenakan bayaran kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang didapati melakukan sebarang
aktiviti yang melibatkan kerosakan harta benda awam.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah tenaga untuk
bersama-sama mengatasi gejala vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat tidaklah terlalu serius,
tetapi ingatlah bahawa isu ini dpat memberi impak yang besar kepada negara. Sekiranya semua
kemudahan awam kita tidak boleh digunakan dan penuh dengan contengan, maka hal ini akan
mencemarkan imej negara. Ime negara yang bersih hanya akan tinggal kenangan sahaja.
Ayuhlah kita bertindak segera untuk “memerangi” gejala ini dan ingatlah, jangan sudah
terhantuk barulah hendak terngadah.