Anda di halaman 1dari 2

Sumbangan Saya Terhadap Tamadun Malaysia

1) Menyertai Kem Dakwah ESPADA :


Melalui program keagamaan ini banyak kesedaran ,pengajaran dan ilmu yang dapat saya
timba. Kursus yang dianjurkan oleh Persatuan Pengajian Islam memberikan kami semua
yang menyertainya tahu mengenai selok belok dakwah dan memberi kesedaran
kepentingan agama dalam kehidupan kepada segenap masyarakat sekeliling. Saya juga
diajar menyesuaikan diri dengan aktiviti dakwah jalanan disamping memberi penerangan
dan kesedaran justeru berharap apa yang disampaikan diterima dan dijadikan contoh
dalam kehidupan mereka yang mendengar.

2) Inovasi Projek Akhir semasa di Politeknik Perlis :


Apa yang boleh dibanggakan ,dan mungkin juga sedikit sebanyak akan memberi
sumbangan kepada masyarakat ialah,semasa di akhir semester pengajian Diploma di
Politeknik Perlis saya telah menginovasikan sebuah alat penggera yang bertujuan
melindungi rumah kediaman daripada diceroboh pencuri. Inovasi saya yang berteraskan
dari apa yang saya pelajari telah ditonjolkan dalam idea melaksanakan projek akhir.
Keputusannya, projek saya ini menarik minat seorang pensyarah yang berstatus Profesor
di Universiti Utara Malaysia Kedah untuk dipamerkan di pameran projek inovasi di
university berkenaan. Melalui inovasi ini, saya yakin ia akan memberi sumbangan
terhadap keselamatan masyarakat .

3) Undang-undang dan tatatertib Negara :


Melalui aspek ini,sudah cukup bagi kita sebagai individu yang berwagenegara Malaysia
dalam sumbangan terhadap negara. Apa yang saya sedar dan perlu faham ialah dengan
mematuhi undang-undang negara dari melakukan sebarang aktiviti jenayah kesannya
membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni. Melalui sifat patriotisme
,berkibarnya jalur gemilang membuatkan saya berbangga menjadi anak jati tanah
melayu,mengingatkan saya cerita perjuangan parajurit berkorban demi negara. Malah
juga, di bawah pimpinan yang telus,adil lagi saksama saya berasa negara kita akan
sentiasa maju kehadapan.
4) Membangunkan laman sesawang mengenai dunia ICT:
Era globalisasi yang kian meningkat maju ini, sememangnya dunia ICT sudah menjadi
sebahagian keperluan dalam hidup. Tiadanya rangkaian serta gajet berteknologi tidak
melengkapi urusan social dan kerja masyarakat pada hari ini. Justeru, saya mengambil
langkah untuk membangunkan laman sesawang(blogspot) dimana mengajar dan
menunjukkan cara-cara dan teknik mengenai teknologi maklumat. Antara contohnya
ialah bagaimana untuk format sistem operasi computer, cara membuang virus yang
memudaratkan fail-fail dalam sistem dan hal-hal yang berkaitan isu semasa teknologi

maklumat. Dengan kaedah ini, orang lain akan mendapat ilmu hanya dihujung jari
mereka sahaja.
5) Tugas sebagai pelajar:
Tugas saya sebagai pelajar ialah dengan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan dari aspek akademik. Kecemerlangan akademik merupakan salah satu
elemen yang maslahat untuk melahirkan remaja yang berkualiti demi kepentingan negara.
Saya perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut
segala pengetahuan, melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku, melayari lebuh
raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. Sebagai seorang remaja yang ingin
membangunkan negara, perlunya memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi
segala kekangan. Pada alaf baharu yang penuh dengan kompetitif, hidup alam remaja
harus memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa mengenal istilah putus
asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan remaja lain di negara
maju. Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, saya membiasakan diri dengan
pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, bersenam, bersukan,
beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial seperti minum arak, merokok,
kegiatan maksiat, najis dadah dan lain-lain lagi.Kesimpulannya, hanya remaja yang
berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara.

Anda mungkin juga menyukai