Anda di halaman 1dari 30

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CTU 101

TAJUK : ADAB DI DALAM KEHIDUPAN


MUSLIM
AHLI KUMPULAN : MUHD. FAIZ B. SHUKOR
SAFWAN SANI B. MOHD SA’ID
TG. AHMAD BUSYRA B. TG. KHIARAFIF
MUHAMMAD ASROL HAFIZ B. MOHD SIDEK
KUMPULAN : ECD1KB
PENSYARAH : NORHAPIZAH BINTI MOHD BURHAN
TARIKH PENGHANTARAN : 28 SEPTEMBER 2009

1
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN
OBJEKTIF
PENDAHULUAN
PENGERTIAN ADAB
KONSEP ADAB
KEPENTINGAN ABAB
ADAB BERSAMA AL-QURAN
ADAB TIDUR
ADAB BERWUDUK
ADAB MAKAN DAN MINUM
ADAB BERISTINJAK
ADAB MENUNTUT ILMU
ADAB SAFAR
ADAB PERBEZAAN PENDAPAT DALAM ISLAM
ADAB BERHIAS DIRI
ADAB BERJIHAD
KESIMPULAN
SARANAN
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

2
PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin yang Maha Esa
seiring dengan kerjasama antara kami serta komitmen yang diberikan dalam
melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada kami ini telah
dapat disempurnakan dengan jayanya.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Ustazah Norhapizah Binti Mohd
Burhan kerana telah memberikan bimbingan serta tunjuk ajar kepada kami untuk
melengkapkan tugasan ini dengan sempurna.

Akhir kata, kami ingin menyusun sepuluh jari memohon sejuta kemaafan
seandainya terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan dalam melaksanakan
tugasan ini. Walaupun tugasan ini merupakan hasil pertama dari kami berempat,
kami amat bersyukur kerana dengan kecekapan, kesungguhan, kesabaran dan
kerjasama yang kami tunjukkan akhirnya tugasan ini dapat disiapkan pada
masanya.

Terima kasih.

3
PENDAHULUAN

Pada zaman global kini, hari berganti hari, minggu berganti minggu bulan
berganti bulan, tahun berganti tahun adab umat Islam semakin meruncing dan
sangat kritikal sekiranya dapat kita fikirkan sejenak. Bagi mereka yang terlalu
mengikut hawa nafsu dan tidak menggunakan nikmat akal dengan sempurna
yang dikurniakan oleh Ilahi akan mudah dipengaruhi oleh godaan duniawi. Oleh
sebab dunia hari ini dianggap dunia serba canggih dan boleh diterokai tanpa
sempadan, tidak hairanlah manusia menganggap dunia hanya di hujung jari.

Oleh itu, umat Islam pada hari ini hanya menganggap mempelajari adab
mahupun akhlak dalam kehidupan seharian mereka adalah perkara kolot dan
remeh-temeh. Mereka hanya menganggap bahawa dunia ini hanyalah tempat di
mana untuk mencari nama dan pangkat serta harta semata-mata walhal mereka
alpa bahawa dunia ini hanyalah sementara sahaja yang diciptakan oleh Sang
Pencipta kepada hamba-Nya yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk
beribadat dan megabadikan diri serta mendapat rahmatullah. Orang yang
menghabiskan segala kebijaksanaan, masa, dan kudratnya untuk mencari harta
tanpa mempedulikan suruhan dan larangan Allah adalah bertuhankan kepada
nafsu dan hartanya. Allah telah berfirman dalam surah al-Jathiah ayat 23 yang
bermaksud: “Apakah kamu pernah melihat orang yang menjadikan hawa
nafsunya sebagai tuhan?”

Saidina Ali pernah berkata “Di sini negeri tempat beramal, tidak ada
ganjaran padanya…Di sana negeri tampat ganjaran, tidak ada amal padanya…
Aku berpesan pada kalian, agar beramallah di negeri tiada ganjaran agar engkau
tiada masalah apabila sampai di negeri yang tidak boleh hendak beramal lagi
nanti…”.

Justeru, dalam tugasan ini kami ingin menerangkan tentang maksud


adab, konsep adab, kepentingan adab dan beberapa adab iaitu adab bersama
al-Quran, adab tidur, adab berwuduk, adab beristinjak, adab makan dan minum,
adab istinjak, adab menuntut ilmu, adab safar dan adab perbezaan pendapat
dalam Islam.

4
PENGERTIAN ADAB

Adab dalam istilah bahasa Arab yang bererti adat kebiasaan. Kata ini
menunjukkan pada suatu kebiasaan, etika, pola tingkah laku yang dianggap
sebagai model.

Setelah kemunculan Islam, istilah adab membawa maksud etika dan


sosial. Kata dasar Ad mempunyai erti sesuatu yang mentakjubkan, atau
persiapan atau pesta. Adab dalam pengertian ini sama dengan kata latin
urbanitas, kesopanan, keramahan, kehalusan budi pekerti masyarakat kota
sebagai kebalikan dari sikap kasar orang badui.

Dengan demikian adab sesuatu bererti sikap yang baik dari sesuatu
tersebut. Bentuk jamaknya adalah Âdâb al-Islam, dengan begitu, berarti pola
perilaku yang baik yang ditetapkan oleh Islam berdasarkan pada ajaran-
ajarannya. Dalam pengertian seperti inilah kata adab.

Adat kebiasaan di dalam banyak kebudayaan selain kebudayaan Islam


sangat ditentukan oleh kondisi-kondisi local. Oleh karena itu, tunduk pada
perubahan-perubahan yang terjadi di dalam kondisi-kondisi tersebut. Menurut
W.G. Summer, dari berbagai kebutuhan yang timbul secara berulang-ulang pada
satu waktu tertentu tumbuh kebiasaan-kebiasaan individu dan adat kebiasaan
kelompok. Tetapi kebiasaan-kebiasaan yang muncul ini adalah konsekuensi-
konsekuensi yang timbul secara tidak disadari, dan tidak diperkirakan lebih dulu
atau tidak direncanakan.

Ahlak dan adab Islam tidaklah bersifat “tanpa sadar” seperti dalam
pengertian di atas. Adab dan kebiasaan-kebiasaan Islam itu berasal dari dua
sumber utama Islam, iaitu al-Quran dan Sunnah, perbuatan-perbuatan dan kata-
kata Nabi serta perintah-perintahnya yang tidak langsung. Oleh karana itu akhlak
Islam itu jelas berdasarkan pada wahyu Allah .

5
KONSEP ADAB

Adab dalam pengertian dasar berarti undangan kepada suatu perjamuan


(banquet). Suatu perjamuan menyiratkan bahawa tuan rumah telah mengundang
para tamu yang memang pantas untuk sebuah perjamuan. Sebagaimana
perkataan Ibn Mas’ud tentang al-Quran: “Sesungguhnya al-Quran ini adalah
undangan Allah kepada suatu perjamuan ruhaniah di bumi, dan pencapaian ilmu
tentangnya berarti memakan makanan yang baik di dalamnya.” Makna adab
diperluas menjadi sebuah disiplin

Berkait pada makna adab, terdapat hikmah, adil, dan kebenaran (haqq).
Haqq adalah kebenaran dan realitas sekaligus. Hikmah dalam terminologi yang
berarti pengetahuan (ma’rifah) yang tegas dan pasti. Al-Attas mengistilahkannya
sebagai batas ilmu pengetahuan. Adil mempunyai makna untuk menempatkan
sesuatu pada tempatnya. Dengan demikian, untuk dapat menjadi adil seseorang
harus melalui pintu hikmah.

Dengan pengertian akan kata-kata kunci tersebut, makna adab diperluas


secara lugas sebagai “pengenalan dan pengakuan tentang hakikat bahawa
pengetahuan dan wujud bersifat teratur secara hierarkis sesuai dengan
berbagai-bagai tingkat dan derajat-tingkatan mereka dan tentang tempat
sesorang yang tepat dalam hubungannya dengan hakikat itu serta dalam
hubungannya dengan hakikat-realitas itu serta dengan kapasitas dan potensi
jasmaniah intelektual mahupun ruhaniah seseorang.”

Manusia sebagai sebuah alam kecil (mikrokosmos) mempunyai dua


aspek al-nafs al-natiqah (jiwa rasional) dan al-nafs al-hawaniyyah (jiwa
hewaniah), mempunyai tuntutan untuk dapat menerapkan adab pada dirinya
sendiri, yang menurut perumpamaan al-Ghazali dalam kitab ‘Ajibul Qulub
sebagai sebuah pengaturan “Negara” di dalam diri. Sehingga adab bukan hanya
tentang hubungan antara manusia dengan manusia, melainkan juga manusia
dengan dirinya sendiri, dan secara lebih luas manusia dengan segala Ciptaan
Tuhan, dan secara transendental dengan Penciptanya,

6
KEPENTINGAN ADAB

7
ADAB–ADAB BERSAMA AL–QURAN

Al-Quran adalah kitab suci diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad


s.a.w. sebagai satu rahmat yang tiada bandingnya bagi seluruh alam.
Penurunannya adalah semata-mata untuk dijadikan petunjuk, pedoman dan
pengajaran bagi semua umat manusia di dunia ini. Sesungguhnya al-Quran
adalah kitab suci yang terakhir diturunkan Allah. Oleh itu, kandungannya
merangkumi segala dasar syariat yang ada dalam kitab suci diturunkan
sebelumnya. Mereka yang beriman dengan al-Quran akan membaca,
memahami, beramal serta mengajarnya kepada orang lain.

Seluruh muslimin telah berijmak dalam mengatakan bahawa


mengagungkan al-Quran, menyucikannya dan memeliharanya adalah wajib
secara mutlak. Terdapat banyak kelebihan dan ganjaran yang boleh diperolehi
kepada pembaca al-Quran. Daripada Aisyah r.a., beliau berkata: Rasulullah
s.a.w. bersabda:
“Orang yang membaca al-Quran sedangkan dia seorang yang mahir
maka dia akan bersama dengan malaikat safarah yang menghitung
amalan kebaikan lagi yang berbuat kebajikan. Manakala sesiapa yang
membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap dan sukar, maka dia
akan memperolehi dua ganjaran.”

Di samping itu, bacalah al-Quran kerana Allah akan memberi ganjaran ke


atas setiap huruf daripada bacaan dengan 10 kebaikan, Rasulullah s.a.w.
bersabda:
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia akan
mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali
ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa, Alif Lam Mim itu adalah
satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
Walau bagaimanapun, sesiapa yang menghina, mencela, mengingkari atau
mendustakan al-Quran walaupun sebahagian daripadanya maka dia dihukum
sebagai kafir dengan ijmak para muslimin. Begitu juga hukumnya jika dia
mengingkari kitab Zabur, Taurat dan Injil, maka dia adalah kafir.

8
Adab–Adab Pembawa Al-Quran

Di antara adab-adab pembawa al-Quran ialah seseorang itu hendaklah


berada di dalam keadaan dan sifat yang sempurna dan mulia. Daripada Fudhail
katanya:
“Pembawa al-Quran adalah pembawa bendera Islam. Tidak sepatutnya
dia bermain bersama orang-orang yang bermain. Tidak sepatutnya dial
alai bersama orang-orang yang lalai. Tidak sepatutnya dia melakukan
perbuatan yang sia-sia bersama-sama dengan orang-orang yang
melakukan perbuatan yang sia-sia.”

Dia juga hendaklah menjauhkan dirinya daripada semua larangan al-


Quran dengan tujuan mengagungkannya dan berada dalam keadaan terpelihara
daripada pekerjaan yang hina seperti mengedar dadah, pelacur, minum arak,
zina dan sebagainya. Oleh itu, berlumba-lumbalah ke arah kebaikan seperti yang
diriwayatkan Umar bin al-Khattab r.a., katanya:
“Wahai penuntut al-Quran! Angkatkanlah kepala kamu. Berlumba-
lumbalah ke arah kebaikan. Janganlah kamu menjadi bebanan kepada
manusia.”

Di samping itu, dia hendaklah berjiwa mulia dan lebih berkeyakinan


terhadap golongan ahli dunia yang sombong dan keras hati. Walau
bagaimanapun, dia hendaklah merendah diri terhadap orang-orang salih, ahli-
ahli kebajikan dan golongan miskin. Seterusnya, dia hendaklah sentiasa khusyu’,
bersikap tenang dan mempunyai keperibadian yang hebat. Telah diriwayatkan
oleh Abdullah bin Mas’ud r.a. katanya:
”Sepatutnya pembawa al-Quran dikenali sebagai seorang yang
menghidupkan malamnya ketika manusia lain sedang dibuai mimpi.
Dikenali sebagai orang yang berpuasa di siang hari ketika manusia lain
tidak berpuasa. Dikenali sebagai orang yang sedih ketika manusia lain
bergembira. Dikenali dengan tangisannya ketika manusia lain ketawa.
Dikenali dengan diamnya ketika manusia bising. Dikenali dengan
khusyu’nya ketika manusia sombong takabbur.”

9
Adab–Adab Manusia Dengan Al-Quran

Antara adab manusia dengan al-Quran ialah kita hendaklah khusyuk


ketika membacanya. Apabila tersalah menyebut huruf-hurufnya ketika membaca,
hendaklah diperbetulkan. Selain itu, al-Quran mestilah dipertahankan ketika ia
ditafsir oleh golongan yang menyeleweng dan dihuraikan oleh golongan yang
sesat. Kita juga diharamkan untuk bertengkar dan berdebat mengenai al-Quran.
Telah diriwayatkan secara sahih daripada Rasulullah s.a.w. bahawa baginda
bersabda:
“Berdebat pada al-Quran adalah kufur”

Al-Quran merupakan wahyu daripada Allah kepada Rasulullah dan


disebarkan oleh baginda kepada umatnya. Oleh itu, kita hendaklah
membenarkan segala yang terkandung di dalam al-Quran, menurut semua
hukum-hakamnya, memahami segala ilmu dan perumpamaannya. Kita juga
hendaklah beriman bahawa al-Quran adalah kalam Allah. Penurunannya sama
sekali tidak sama dengan kalam makhluk. Allah berfirman:
”Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dialah jua yang
memimpin ke jalan yang betul.” (Al-Ahzab:4)

Setiap muslim hendaklah mengambil berat segala pengajaran al-Quran


dan memikirkan keajaibannya. Setiap muslimin juga hendaklah beramal dengan
ayatnya yang muhkam(jelas) dan, hanya berserah dan menerima ayatnya yang
mutasyabih(kabur). Justeru, kita sebagai umat islam hendaklah mendalami
ayatnya yang umum, khusus, nasikh dan mansukh. Di samping itu, kita
hendaklah menyebarluaskan ilmu yang terdapat di dalam al-Quran dan menyeru
ke arahnya dan kepada menasihatinya.

10
ADAB-ADAB MAKAN DAN MINUM

Terdapat banyak penyakit yang menyerang manusia berkait rapat dengan


makan dan minum. Justeru, Nabi Muhammad s.a.w sering mengingatkan kepada
umat Islam berkaitan bahaya perut agar mereka berwaspada dengannya. Oleh
itu, kita hendaklah memastikan makan dan minum kita daripada sumber yang
halal ,dan mematuhi segala adab makan dan minum agar dapat memperoleh
keredhaan daripada Allah selain memperoleh tubuh badan yang sihat.

Antara doa-doa makan dan minum:

Doa ketika hendak makan dan minum

Doa ketika terlupa membaca doa makan dan minum

Doa selepas makan dan minum

11
Adab Makan

Antara adab makan ialah setiap muslim hendaklah membasuh atau


mencuci tangan sebelum makan kerana Ibnu Majah dan Al Baihaqi
meriwayatkan dari Anas r.a. bahwa ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa menginginginkan agar Allah memperbanyak kebaikan
rumahnya, maka hendaklah ia berwudhu ketika santapannya datang dan
diangkat."
Selain itu, kita juga hendaklah membaca Bismillah sebelum makan Abu Daud
dan Tirmidzi meriwayatkan dari Aisyah r.a., Ia mengatakan bahwa Rasulullah
s.a.w. bersabda:
"Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah ia menyebut
nama Allah (Basmalah). Dan apabila ia lupa menyebut nama Allah pada
awalnya, maka hendaklah ia mengucapkan, Bismillaahi awwalahu wa
aakhirahu (Dengan menyebut nama Allah pada awalnya dan akhirnya)."

Makan dengan menggunakan tangan kanan dan mengambil makanan


yang berhampiran dengannya juga merupakan antara adab makan. Muslim
meriwayatkan dari Umar bin Abu Salamah r.a., ia mengatakan:
"Pernah aku menjadi seorang budak di bawah pengawasan Rasulullah
s.a.w. Ketika makan tanganku bergerak di tempat makanan, Rasulullah
s.a.w. menegurku, "Hai anak, sebutlah nama Allah, makanlah dengan
tangan kananmu dan makanlah makanan yang dekat denganmu."
Jangan seseorang pun dari kamu yang makan dan minum dengan tangan kiri
kerana Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu
makan dan minum dengan tangan kirinya.
Selain itu, syaitan akan menumpang makan makanan yang tidak dibacakan
Bismillah. Jika terdapat sebutir makanan yang terjatuh hendaklah mengambilnya
kembali serta membuang segala yang boleh menyakitkan atau kekotoran dan
memakannya. Jika kita membiarkan sebutir makanan tersebut, ini bermakna kita
meninggalkan makanan tersebut untuk syaitan. Jadi, jangan tinggalkannya untuk
syaitan.

Justeru, kita hendaklah menjilat jari apabila sudah selesai makan dan
tidak menyapu tangan dengan sapu tangan yang boleh menyisip jari jemari
kerana kita tidak mengetahui makanan yang manakah mengandungi berkat. Dari
Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka
jangan disapu jari-jari sehingga dijilat terlebih dahulu atau dijilatkan oleh
orang lain."

12
Bagi yang tidur pada waktu malam, jika terdapat kesan makanan di tangan dan
tidak membasuh tangannya maka janganlah menyalahkan sesiapa melainkan
dirinya sendiri jika tertimpa ke atas dirinya sebarang musibah.

Adab Minum

Adab-adab ketika minum ialah setiap muslim hendaklah membaca


Bismillah sebelum minum dan pujilah Allah(Alhamdulillah) apabila mengangkat
bekas minuman dan setelah selesai minum, dan minumlah dengan
menggunakan tangan kanan, jangan guna tangan kiri, dari Umar r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jika salah seorang diantara kalian hendak makan maka hendaknya
makan dengan menggunakan tangan kanan, dan apabila hendak minum
maka hendaknya minum juga dengan tangan kanan. Sesungguhnya
syaitan itu makan dengan tangan kiri dan juga minum dengan
menggunakan tangan kirinya.”

Justeru, minum air dengan menggunakan bekas selain daripada bekas


emas dan perak. Janganlah minum sekaligus, Tirmidzi meriwayatkan dari Ibnu
Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah kalian minum dengan sekali teguk seperti minumnya unta,
tetapi minumlah dua atau tiga kali teguk dan bacalah Basmalah jika kalian
minum, serta bacalah Hamdalah jika kalian selesai minum."

Di samping itu, jangan bernafas di dalam bekas air dan hembus di dalam
air. At-Tirmidzi meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w..
telah melarang bernafas di dalam bejana atau meniup air di dalamnya:
" Meniup dan bernafas ketika minum dapat menimbulkan bahaya bagi
kesihatan.”
Lihat dalam air minuman sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh ke dalamnya,
sekiranya terdapat sesuatu di dalam air minuman maka hendaklah keluarkannya.
Seterusnya, jangan minum sambil berdiri. Jika berbaki sedikit dari minumannya
maka berikanlah kepada orang yang berada di sebelah kanan. Apabila minum
susu buatlah seakan-akan mengunyahnya kerana air susu mempunyai lemak di
dalamnya.

13
ADAB MENUNTUT ILMU

• Niat ketika belajar

Niat merupakan satu ucapan di dalam hati yang menentukan tahap


keikhlasan hati masing-masing untuk melakukan sesuatu pekara. Jika
baik niatnya, maka ikhlaslah perbuatannya dan mendapat ganjaran di
akhirat kelak.

“ sesunguhnya setiap pekerjaan mesti dengan niat”…

Nabi s.a.w juga pernah bersabda: “Banyak pekerjaan yang nampaknya


pekerjaan keduniaan, kerana baik niatnya maka ia menjadi amal akhirat,
banyak pekerjaan yang nampaknya amal akhirat, tapi kerana buruk
niatnya, menjadi pekerjaan keduaniaan”

Sebagai seorang pelajar, kita seharusnya mempunyai dan menerapkan


niat yang baik dan suci ketika belajar ilmu Allah s.w.t. Ini kerana
sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan ilmu itu sifatnya juga adalah
suci.

Niat paling betul yang perlu ada pada setiap muslim yang menuntut ilmu
adalah niat untuk mendapat keredaan Allah Ta’ala dan dunia akhirat.
Selain itu, niat kita menuntut ilmu adalah untuk menghapuskan kejahilan
yang terdapat dalam diri dan orang lain, serta menghidupkan dan
mengekalkan Islam di muka bumi.

14
• Memilih ilmu, guru, serta kawan

1) ilmu
Ilmu merupakan anugerah Allah s.w.t yang sangat bernilai. Setiap
manusia wajib menuntut ilmu kerana sesungguhnya ilmu dapat
mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t., ilmu yang paling tepat dan
penting adalah ilmu yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Selain itu, ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah juga merupakan ilmu yang
wajib dipelajari untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

2) Guru
Setiap insan inginkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya sendiri,
sifat ini juga membuatkan kita berusaha memilih ilmu yang terbaik untuk
dipelajari. Namun begitu sebagai seorang pelajar, kita tidak boleh terlalu
memilih guru untuk menuntut ilmu. Walau bagaimana pun, kita perlulah
berusaha mencari guru terbaik, iaitu mereka yang paling warak dan paling
tua bagi mendapatkan ilmu yang terbaik dan ada dalil-dalilnya agar kita
tidak sentiasa hidup dalam kejahilan.

3)kawan
Kawan adalah golongan manusia yang mempunyai hubungan baik
dan akrab dengan kita. Golongan ini banyak mempengaruhi kehidupan
dan personality kita. Oleh itu, mencari kawan yang sentiasa membimbing
kita kearah kebaikan adalah penting bagi seorang pelajar. Sahabat yang
baik adalah mereka yang mempunyai kesungguhan, kewarasan dan
kejujuran. Jauhi dan hindarilah mereka yang sentiasa mengheret kita ke
lembah kemaksiatan dan kejahilan. Sahabat adalah penting kerana kita
saling mempengaruhi antara satu sama lain.

15
• Memuliakan ilmu dan ahlinya

Kita tidak akan memperolehi ilmu dan tidak akan dapat memuliakan ilmu
melainkan kita ingin memuliakan ilmu serta ahlinya. Kita perlulah
menghormati guru-guru dan ilmu yang telah disampaikan olehnya.

Apa gunanya kita belajar sesuatu itu jika kita tidak mengamalkannya?
“Seseorang itu tidak akan kafir dengan melakukan maksiat. Tetapi
kekafiran itu muncul kerana dia memandang ringan tehadap kemaksiatan
dan menghiraukan kehormatan”. Ayat tersebut bermaksud bahawa kita
tidak boleh memandang ringan apa saja kemaksiatan yang berlaku
berlaku disekeliling kita, dengan mempraktikkan ilmu di dada kita dapat
menghindari kemaksiatan itu.

Mengekalkan ilmu yang telah dipelajari adalah penting agar ilmu tersebut
dapat diamalkan dan disampaikan dari hari ke hari dan tidak akan lupus
begitu saja. Untuk mengukuhkan ilmu yang telah kita pelajari, kita
perlulah menghormati menyampai ilmu tersebut, begitu juga terhadap
rakan dan kawan dalam menuntut ilmu. Pokonya, kita seharusnya bersifat
hormat dan takzim ketika menuntut ilmu.

Antara cara untuk menghormati guru adalah:-


1) jangan jalan dihadapnya
2) jangan bercakap tanpa keizinannya
3) jangan duduk ditempat guru
4) jangan bercakap tanpa keizinannya
5) jangan mengetuk pintunya tapi sabar menunggu ketibaannya
Antara cara memuliakan guru:-
1) berusaha bersungguh-sungguh
2) melakukan perkara yang disukainya dan jauhi larangannya

16
3) patuh pada suruhannya kecuali suruhan melakukan maksiat

• Merebut setiap kesempatan dan peluang yang ada

Masa itu emas, ianya sangat bernilai walaupun setiap saat. Demi
merebut setiap peluang yang ada, seseorang itu hendaklah sentiasa
menyediakan alat tulis dan kertas bagi mencatit apa saja ilmu yang
disampaikan. Ini kerana apa yang dihafal akan dilupai, tetapi apa yang
dicatit akan terus dimiliki. Oleh itu, sediakanlah pen mahupun pensil
beserta buku nota kecil yang mudah dibawa kemana-mana.

Tambahan pula, kita perlulah menggunakan setiap kesempatan masa


yang ada agar tidak disia-siakan begitu saja kerana demi masa,
sesungguhnya manusia kerugian. Oleh itu, kita perlulah laksanakan apa
saja pekerjaan yang masih belum diselesaikan ketika kita masih ada
masa. Jangan tangguhkan mana-mana pekerjaan kerana biarpun kecil,
lama-kelamaan ia menjadi besar.

Selain daripada peralatan dan masa, kita juga perlu merebut untuk
mencungkil ilmu daripada golongan-golongan manusia yang lebih
berpengalaman. Golongan yang dimaksudkan adalah golongan orang tua,
ini kerana mereka telah mempelajari lebih banyak ilmu dan telah
mengharungi pelbagai kemusykilan hidup.

17
• Kesungguhan, ketekunan dan cita-cita

Sebagai seorang pelajar, kita hendaklah sentiasa bersungguh-sungguh


dan tekun ketika belajar. Tanpa ketekunan dan kesungguhan, nescaya
tiada gunanya kita menuntut ilmu.

Sebagaimana Allah berfirman:


“Wahai Yahya, terimalah kitab itu (serta amalkanlah) dengan sungguh-
sungguh” (Maryam ayat 12)

Waktu malam antara magrib dan isyak merupakan waktu yang berkat
untuk menuntut ilmu. jangan habiskan malam hanya dengan tidur
mahupun melakukan pekara yang laghau. Oleh itu, rebutlah ilmu dan
peluang yang ada ketika kita masih muda, ketika kita masih kuat dan aktif.

Walau bagaimana pun, kita tidak boleh terlalu memaksa diri kita hingga
menyebabkan kesihatan kita terjejas. Kita perlu membiasakan diri dengan
perkara yang baik perlahan-lahan kerana cara ini adalah pangkal
kejayaan.

Rasulullah bersabda:
“Ketahuilah sesungguhnya agama ini adalah kuat, maka ikatkanlah diri
padanya dengan lembut (perlahan) dan sederhana, janganlah paksakan
secara tiba-tiba dirimu menyembah Allah”.

Selain itu, tanpa cita-cita yang tinggi dalam bidang keilmuaan, maka tiada
arah dan kejayaan untuk berjaya di dunia. Dengan adanya cita-cita yang
tinggi, seseorang itu akan dapat mencapai kejayaan di dunia dan di
akhirat.

18
ADAB SAFAR

Safar ialah sesuatu perjalanan yang jauh melebihi 2 marhalah sama ada
yang bermaksud dunia atau agama yang hanya dibenarkan dalam 10 maksud
sahaja iaitu safar untuk mengambil iktibar diatas kekuasaan dan kebesaran
Allah, safar untuk mengerjakan fardu haji, safar untuk berjihad di jalan Allah,
safar untuk menuntut ilmu agama, safar untuk menziarahi tanah suci, safar untuk
ziarah sesama saudara Islam untuk mencari keredaan Allah, safar untuk
menjaga benteng negara bagi maksud ribat di sana, safar untuk mencari rezeki
yang halal, safar untuk menjalankan perniagaan dan safar untuk mencari
kerehatan. Mereka juga dekenali sebagai musafir. Adalah mustahak atau
digalakkan untuk melakukan perjalanan pada hari khamis kerana sesungguhnya
Nabi Muhammad s.a.w. amat menyukai untuk bermusafir pada hari khamis.(al-
Bukhari)

Antara adab-adab safar ialah mustahab untuk solat dua rakaat sebelum
keluar sebagaimana yang diriwayatkan oleh at-Tabrani daripada Abdullah bin
Mas’ud katanya:
Telah datang seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata, ”ya
Rasulullah aku ingin keluar ke Bahrain untuk tujuan perniagaan,” maka
Rasulullah s.a.w. bersabda, ”solatlah dua rakaat”.

Justeru, kita hendaklah tidak keluar atau melakukan perjalanan yang jauh
seorang diri mahupun keluar bersama seorang yang lain. Kita hendaklah keluar
bersama dengan dua orang atau tiga orang lain kerana sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. bersabda:
”Seorang penunggang itu syaitan, dua orang dua syaitan dan tiga orang
itu adalah penunggang yang sebenarnya”.
Maksud daripada hadis di atas adalah berpergian seorang diri itu adalah
daripada perbuatan syaitan ataupun perbuatan yang didorong oleh syaitan
begitu juga dua orang tanpa yang ketiga. Jikalau mencukupi tiga orang maka ia
talah menjadi satu jemaah. Berpergian seorang diri akan menyebabkan
perjalanan menjadi susah, dua orang sekiranya salah seorang mati atau sakit,
akan menyebabkan kesusahan kepada yang tinggal akan perkara-perkara yang
tidak mampu dilakukannya seorang diri. Adalah di fahami dari hadis sekurang-
kurangnya di dalam satu jemaah mengandungi tiga orang.

Walau bagaimanapun, rakan di dalam perjalanan yang paling baik adalah


empat orang, seraya jemaah jihad yang paling baik adalah 400 orang dan
bilangan askar yang paling baik adalah 400 orang (Abu Daud dan at-Tirmidzi). Di
dalam hadis menyatakan bahawa bilangan jemaah yang paling baik di dalam
perjalanan ialah 4 orang kerana jika salah seorang daripada mereka sakit dan

19
ingin berwasiat kepada salah seorang rakannya maka dua orang yang lain akan
menjadi saksi (bertentangan jika mereka tiga orang). Jika salah seorang
daripada mereka keluar untuk menunaikan hajat dan terlewat untuk kembali
maka seorang yang lain menurutinya untuk mengetahui keadaannya dan tinggal
dua orang yang lain menunggu. Seraya adalah jemaah sahabat-sahabat r.a.
yang tidak disertai oleh Rasulullah s.a.w.

Di samping itu, seorang daripada mereka hendaklah menjadi Amir, dan


tidak membawa bersama mereka anjing dan loceng. Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w. bersabda:
”Malaikat tidak akan mengiringi mereka sekiranya mereka membawa
anjing dan loceng bersama mereka semasa perjalanan”.
Apabila berjalan pada akhir malam jauhilah jalan (lorong) kerana ia dilalui oleh
binatang-binatang yang berbisa dan liar (Muslim).

Seterusnya, jika menuruni lembah janganlah berpisah-pisah tetapi


hendaklah berkumpulan serta rapat antara satu sama lain. Sesungguhnya
Rasulullah bersabda:
”Perpecahan kamu di lembah dan wadi-wadi ini adalah dari syaitan”.
Setiap orang hendaklah berkhidmat kepada sahabat-sahabatnya, Rasulullah
telah bersabda:
”Penghulu kaum di dalam satu safar adalah tukang khidmat mereka, maka
barangsiapa mendahuluinya, mereka di dalam khidmat, jika mereka tidak
mendahului, maka mereka tidak mendapat sebarang amalanpun
melainkan mati syahid”

Sehubungan hal ini, antara adab safar ialah jangan balik ke rumah (isteri
dan keluarga) pada waktu malam terutamanya jika telah meninggalkan rumah
untuk jangka masa yang lama, hendaklah balik ke rumah pada waktu pagi
ataupun petang. Jikalau ia menjangkaakan kembali ke rumah pada waktu malam
janganlah ia terus kembali menemui isterinya tetapi hendaklah dia memberitahu
isterinya akan kepulangannya sehingga isterinya memotong bulu ari-arinya dan
menguruskan rambutnya untuk membersihkan diri bagi menyambut kepulangan
suami (al-Bukhari dan Muslim). Hadis marfu’ dari Anas r.a. katanya:
”Rasulullah s.a.w. tidak akan kembali ke rumah pada waktu malam
sekembalinya dari safar tetapi ia akan kembali pada waktu pagi atau
petang”.

Seterusnya, bagi wanita yang ingin melakukan safar adalah dilarang


dengan keras untuk bermusafir tanpa muhrimnya. Rasulullah s.a.w. telah
bersabda:
”Janganlah dibiarkan seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita
melainkan bersama wanita itu lelaki mahramnya”.
Wanita juga dilarang sama sekali untuk bermusafir selama 3 hari melainkan
bersama dengan muhrimnya. Al-Bukhari telah meriwayatkan dari Abu Hurairah
r.a. iaitu:

20
”Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman dengan Allah dan hari
akhirat umtuk bermusafir sejauh sehari dan semalam tanpa mahramnya”.

ADAB PERBEZAAN PENDAPAT

Perbezaan pendapat bermaksud bahawa ‘seseorang itu


menempuh satu cara berbeza daripada orang lain mengenai pendapat
dan perilakunya’. Setiap pekara ‘yang berlawanan adalah berselisih’.
Namun begitu, ‘bukan semua yang berelisih itu berlawanan’. Jika terdapat
perselisihan pendapat yang boleh membawa kepada petengkaran dan
perdebatan, kita hendaklah selesaikannya dengan cara yang betul agart
tiada persengketaan mahupun pertumpahan darah sesama umat Islam

• Perdebatan dan ilmu berdebat

Dari segi bahasa, perdebatan bermaksud “berunding dengan cara


bertengkar dan saling mengalahkan”. Perdebatan hanya terjadi sekiranya
terdapat mana-mana pihak yang diseru dan berkelaluan agresif dalam
ucapan, pendirian dan pendapatnya, ditambah pula pihak tersebut
berusaha sadaya-upaya mempertahankan pendapatnya serta
menundukkan lawannya agar menerimanya pendapat dan pendiriannya.

• Perbalahan

Perbalahan hanya akan terjadi apabila keadaan sesuatu perdebatan itu


menjadi kritikal dan sengit dari segi ucapannya serta tingkah lakunya,
masing-masing akan menjadi agresif dan akan mengikut emosi dan nafsu.
Mereka juga akan mementingkan kemenangan berbanding kebenaran,
dalam keadaan seperti ini agak mustahil untuk mencapai kata sepakat
dan persetujuan antara kedua belah pihak.

21
‘ayat’,”ayat” sila rujuk Adab perbezaan pendapat dalam islam (ms/17&18)

• Mengapa wujudnya perselisihan pendapat?

Allah telah menciptakan manusia dengan pelbagai ‘warna’, masing-


masing dikurniakan akal dan fikiran yang berbeza selain warna kulit,
bangsa, bahasa, dan pemikiran. Sudah menjadi fitrah setiap seorang
manusia, pasti ada saja pendapat yang berbeza mengenai semua pekara
di dunia mahupun perkara-perkara yang tidak dapat dilihat seperti alam
ghaib. Namun semua perkara-perkara tersebut terbatas oleh akal yang
Allah kurniakan kepada manusia, perbezaan ini jugalah tanda kekuasaan
Allah s.w.t .

Tanpa perbezaan pendapat, maka tiadalah pembangunan dan


kemakmuran beserta perjalanan dan kesemarakan hidup kerana setiap
orang mempunyai pendirian yang sama dan tiadalah perkembangan ilmu
dan minda dalam kehidupan masyarakat.

“ Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu dia menjadikan manusia umat


yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, kecuali orang-
orang yang diberi rahmat oleh tuhanmu; dan untuk itulah Allah
menciptakan mereka”. (Hud ayat 118-119)

22
• Kebaikan perselisihan pendapat

Perbezaan pendapat semestinya dapat memberi banyak faedah kepada


manusia. Ia juga dapat melahirkan beberapa perkara yang baik jika
dipelihara batas-batas dan adabnya.

1) Sekiranya niatnya benar, perbezaan pendapat memberi


peluang kepada manusia untuk mengenali semua
kemungkinan agar dapat mengenakan dalil keatasnya
mengikut satu cara pendalian yang betul.

2) Perbezaan pendapat dengan sifat atau tatacara yang betul


akan dapat melatih kemahiran berfikir dan saling bertukar
pendapat serta dapat menerima pelbagai ilmu yang tidak
terfikir oleh akal sendiri.

3) Dapat menyelesaikan pelbagai persoalan yang sesuai


dengan keadaan dan suasana selari dengan kehidupan
orang Islam dimana manusia hidup saling bergaul
antaranya.

23
• Perselisihan pendapat yang mendatangkan keburukan

Tidak kira apa jua perbuatan kita, jika nafsu yang mendorongnya,
makaburuklah perbuatan itu. Sama juga seperti perselisihan pendapat jika
didorong oleh hawa nafsu, kemungkinan besar mereka hanya ingin
mencapai kepentingan diri mereka sendiri. Mungkin juga mereka hanya
ingin menunjuk kekuatan ilmu agar dipandang tinggi. Perbuatan ini
sangatlah ditegah kerana perkara ini boleh membawa kepada kekufuran
daripada kebaikan bersama terutamanya perselisihan pendapat tentang
Al-Quran.

“Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang


dari kebenaran” (An nisaa’ ayat 135)

“dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan


kamu dari jalan Allah” (Shaad ayat 26)

• Adab-adab dan sikap yang betul

Antara adab-adab yang perlu ada ketika munculnya perbezaan pendapat


mahupun perdebatan, setiap individu dalam kumpulan itu mesti menjauhi
nafsu mereka dari terlibat dalam perdebatan, niat yang betul adalah untuk
mencari kebenaran dan keredhaan Allah s.w.t. Tambahan pula mereka
hendaklah sentiasa mementingkan kebenaran berbanding kemenangan
dan mementingkan semua orang berbanding diri sendiri. Tambahan lagi,
mereka hendaklah menghindari perasaan fanatik atau berat sebelah agar
keadaan lebih adil dan saksama. Oleh itu, sikap toleransi adalah penting

24
apabila berlakunya perbezaan pendapat. Akhir sekali, setiap perkara
mestilah berlandakan al-Quran dan al-sunnah.

ADAB PERNAMPILAN DIRI

Berhias diri merupakan perkara yang sangat penting untuk kita


berhadapan dengan orang lain. Ini kerana dengan penampilan yang
kemas dan besih, seseorang itu akan mendapat keyakinan diri dan mudah
didampingi oleh orang lain kerana luarannya yang kelihatan kemas dan
baik. Terdapat beberapa bahagian cara dalam berhias diri, kesemuanya
meliputi atas hingga bawah.

• Mandi

Mandi adalah satu cara manusia memelihara dan mengekalkan kesihatan


tubuh badan dengan menggunalan air. Cara ini dapat menyegarkan
badan dan mengembalikan tenaga kita. Mandi juga merupakan perkara
yang sunat ketika hari jumaat untuk ibadah mandi sunat sebelum solat
jumaat, selepas memeluk islam dan pada pagi raya. Hukum mandi
menjadi wajib untuk menyucikan diri daripada hadas besar.

• Mengosok gigi

Mengosok gigi merupakan perkara yang perlu diterapkan sejak kecil lagi.
Gigi yang kemas, putih, bersih dan kuat juga melambangkan peribadi diri
kita dan kesihatan kita. Islam juga menyuruh umatnya agar sentiasa
menjaga kebersihan gigi setiap hari dimana jua umatnya berada.

25
• Memakai wangi-wangian

Wangi-wangian adalah bauan tambahan yang dipakai agar diri kita berbau
harum dan mudah didampingi oleh orang lain. Lelaki adalah kaum yang
disunatkan memakai wangi-wangian apabila hendak ke masjid. Namun
begitu, golongan wanita diharamkan memakai wangi-wangian apabila
hendak keluar kerana wangian ini menarik perhatian orang lain
terutamanya kaum lelaki. Lelaki yang memakai wangian juga hendaklah
jangan terlalu banyak memakai pewangi, sebagai orang Islam kita perlu
bersederhana dalam setiap perkara

• Menyikat rambut

Kekemasan rambut adalah penting kerana kekemasan rambut juga


mempamirkan personality diri kita. Islam menyuruh umatnya agar
membersih, menyikat dan memakai minyak rambut supaya kelihatan
kemas dan segak. Terdapat satu peristiwa mengenai kekemasan rambut
pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, ketika seorang pemuda yang ingin
bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. Namun begitu, pemuda
berkenaan diminta mengemaskan rambutnya sebelum berjumpa dengan
Nabi Muhammad s.a.w.

• Memotong kuku dan mencabut bulu

Memotong kuku dan mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari sangat dituntut
demi menjaga kesihatan badan. Ini kerana menyimpan kuku yang panjang
sama seperti menyimpan kuman yang akan hanya memudaratkan diri

26
sendiri. Sebagai orang Islam, kita akan kelihantan bersih, kemas dan ceria
sekiranya kita mematuhi segala suruhan agama untuk memperkemaskan
diri sendiri.

• Menghias muka

Wajah manusia dicipta cantik dan sempurna dihiasi bulu kening dan bulu
mata oleh Allah s.w.t. Oleh itu, perbuatan mencabut atau mencukur bulu
kening supaya kelihatan cantik adalah haram kerana perbuatan itu
mengubah ciptaan Allah s.w.t. Seseorang itu hendaklah berhias secara
sederhana supaya kelihatan kemas dan cantik.

• Cara berpakaian

Apa saja yang kita tonjolkan secara fizikal mempamerkan personality kita,
antara yang paling jelas mempamerkan imej kita adalah pakaian yang
dipakai. Cara berpakaian yang betul dan mengikut hukum adalah cara
pakaian yang menutup aurat serta tidak terlalu ketat mahupun
menonjolkan bentuk badan serta tiada lambang atau corak berkaitan
agama lain. Selain itu, Islam menegahkan sesiapa yang yang memakai
pakaian cantik dan berfesyen asalkan bukannya untuk bermegah-megah.

• Perkara yang haram dilakukan

Bagi golongan lelaki, memakai emas dan kain sutera asli adalah haram di
sisi agama melainkan golongan wanita. Oleh itu, perbuatan memakai
perhiasan berlainan jantina juga ditegah dalam Islam. Kerana selain
menampakkan tanda-tanda awal kiamat, ia juga memburukkan imej Islam.
Penambahan rambut atau rambut palsu juga haram disisi agama.
Sesungguhnya Allah telah menjadikan kulit manusia dengan sempurna,
jadi janganlah kita membuat tatu mahupun menjalani pembedahan pada

27
anggota badan demi kecantikan. Perbuatan ini bukan saja perbuatan
mengikut hawa nafsu, ia juga perbuatan yang mengubah ciptaan Allah
s.w.t.

ADAB BERJIHAD

Dari segi bahasa, jihad bermaksud ‘usaha yang dilakukan secara


bersungguh-sungguh mengikut kemampuan yang ada’. Manakala dari
segi istilah pula bermaksud ‘usaha yag dilakukan oleh orang Islam dengan
seluruh kemampuan untuk menegakkan agama Allah s.w.t.

“sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada


jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan
tinggi darjatnya di sisi Allah dan mereka itulah orang yang berjaya”
(At-taubat ayat 20)

• Kelebihan orang yang berjihad pada jalan Allah

Berjihad sesungguhnya satu perbuatan yang sangat mulia dan tinggi


darjatnya. Oleh itu, mereka yang berjihad ke jalan Allah akan mendapat
kedudukan yang mulia serta darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t. Selain itu,
mereka yang berjihad pasti akan mendapat tempat di syurga serta
diampunkan dosanya oleh Allah s.w.t.

• Peringkat-peringkat jihad

Jihad boleh dibahagikan dalam bentuk pelbagai jenis jihad. Perkara yang
perlu difokuskan terlebih dahulu adalah dalam individu itu sendiri kerana
setiap perkara akan bermula daripada individu itu sendiri.

28
Jihad yang paling utama adalah jihad melawan nafsu yang terdapat
didalam diri kita sendiri. Selain itu, jihad memperbaiki diri agar menjadi
lebih baik merupakan perkara yang perlu diutamakan kerana adalah
sesuatu yang rugi jika kita sama seperti semalam dan langsung tiada
kemajuan pada hari esok. Umat Islam perlulah memperbaiki diri dengan
cara yang betul, iaitu dengan menuntut ilmu dan menyebarkannya, patuh
pada suruhan Allah s.w.t dan kita hendaklah sabar dan ikhlas dalam
melakukan kebaikan.

Perkara yang seterusnya adalah jihad melawan penghasut utama iaitu


syaitan yang sentiasa mendorong kita melakukan maksiat. Sudah tentu
kita tidak dapat lihat mereka, bagaimana caranya untuk kita melawan?
Cara melawan hasutan syaitan adalah dengan menghapuskan perasaan
was-was dalam diri, sentiasa tenang dan bersabar. Selain daripada itu,
kita hendaklah menjauhkan diri dari perkara maksiat dan mungkar agar
tidak terjebak dengannya. Tambahan pula, kita perlu melawan sifat-sifat
mazmumah yang memang telah ada dalam diri kita.

Jihad melawan orang kafir juga adalah perkara yang dituntut dalam islam,
Tiga cara untuk melawan mereka iaitu dengan hati, lidah, harta dan
nyawa. Umat Islam perlu menerapkan rasa benci dalam hati terhadap
perkara-perkara buruk yang mereka lakukan, menyatakan segala
kebenaran Islam kepada orang-orang kafir serta berjuang melawan
keganasan mereka dengan senjata. Namun begitu, jaganlah terlalu taksub
sehinggakan kita suka pada kezaliman dan keganasan kerana Islam juga
menyuruh umatnya agar berjihad menghapuskan kezaliman dan
kemungkaran.

29
• Adab-adab berjihad

Berjihad juga ada adabnya, kita hendaklah berjihad dengan hati yang
ikhlas demi mendapatkan keredaan Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlu
berkorban apa saja tidak kira sama ada harta, nyawa dan masa ke jalan
Allah s.w.t. Tambahan lagi, ketika berada dalam perjuangan kita perlu
komited, beriltizam dan istiqamah. Jika kita berjihad dibawah arahan
seseorang, kita hendaklah mematuhi setiap arahannya dan melatih agar
diri menjadi lebih berdisiplin. Jika kita berada dalam sebuah kumpulan,
hendaklah kita menonjolkan semangat berjemaah dan berpasukan yang
tinggi dalam perjuangan agar kumpulan menjadi kuat dan hebat.

30