Anda di halaman 1dari 2

SURAU SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SERI PETALING2

VISI
Pusat Ilmu membina modal insan berkualiti dunia akhirat.

MISI
Merealisasikan fungsi surau sekolah sebagai pelengkap pembelajaran memupuk nurani menuju keredhaan
Ilahi.
PIAGAM PELANGGAN
Pihak pengurusan surau beriltizam utnuk menjadikan surau sebagai:

Pengurusan yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktiviti keagamaan.

Surau mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal insan.

Memastikan surau sebagai satu tempat ibadat yang kondusif dan selesa.

Memastikan semua pelajar muslim memperolehi ilmu fardhu ain yang sempurna.

Memaksimumkan penggunaan surau untuk pelaksaan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar dalam membina modal insan yang
sempurna.

MATLAMAT

Melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan agama, keterampilan dari segi rohani dan
jasmani, berdisiplin serta taat terhadap agama , masyarakat, bangsa dan negara.

OBJEKTIF SEKOLAH

Mengimrahkan surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
Melaksanakan pengurusan surau dengan efisyen dan sistematik.
Memupuk minta dan tabiat pelajar supaya rajin berada di surau dan menafaatkan masa sebaikbaiknya.
Melatih pelajar dengan kepimpinan dan sahsiah Islamiah yang unggul.
Membantu pelajar menyelesaikan pemasalahan keagamaan dan isu-isu semasa.

SEJARAH SURAU SEKOLAH

Surau SK Bandar Baru Seri Petaling 2 telah dibuka pada tahun 2004. Kos pembinaan
surau ini telah disumbangkan oleh beberapa orang kontraktor dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Setelah surau asal ditukarkan menjadi kelas pra sekolah. Kini surau ini terletak di blok C Tingkat
2. Gabungan dua bilik darjah.
Berkedudukan tidak jauh dari Masjid Jamik Bandar Baru Seri Petaling. Namun, untuk
melancarkan pendidikan di sekolah, surau ini memainkan peranan yang utama. Di mana murid
dididik di dalam surau ini dengan peraturan dan adab-adab seperti berada di masjid. Surau ini
mampu menampung keperluan guru dan murid-murid Islam.
Bangunan surau ini berukuran 25 kaki x 62 kaki yang terletak berhampiran tangga
belakang sekolah ini. Semoga surau ini dapat terus diimarahkan oleh warga sekolah.

Anda mungkin juga menyukai