Anda di halaman 1dari 10

PENDAHULUAN

Ilmu adalah keajaiban yang mampu merubah manusia dan guru sebagai pendidik
adalah bertanggungjawab dan harus bijak mencanai permainan mindadalam mendidik muridmurid berkeperluan khas membentuk mereka menjadi manusia. Saban tahun tranformasi sama
ada dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah sentiasa dilakukan demi memastikan
pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas di sekolah ini seiring dengan kehendak dan
matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua murid mendapat pendidikan yang sama .
Setiap sekolah menyimpan hasrat dalam membantu sistem pendidikan bagi murid-murid kurang
upaya bukan sahaja cemerlang dari segi sahsiah tetapi cemerlang dalam segala aspek agar
mereka ini dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna kepada masyarakat
dan negara. Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.
Pendidikan inklusif merupakan satu isu global dan di beberapa buah negara, termasuk
Malaysia telah menyatakan matlamat dan dasar secara bertulis untuk mencapai objektif tersebut.
Usaha untuk membentuk komuniti sekolah yang lebih inklusif telah menghadapi berbagai
halangan, dilema dan kontradiksi yang menghasilkan reformasi pendidikan secara permukaan
dan ad hoc. Kajian yang dijalankan dalah satu usaha untuk mengenal pasti masalah utama dalam
pembentukan dasar semasa untuk menginklusikan pelajar dengan meneliti dasar dan teori
pendidikan serta ekologi persekolahan yang sedia ada. Kajian yang dijalankan juga dimulakan
dengan menjejak rasional ke arah pendidikan inklusif dengan membicarakan konsep inklusi
daripada perspektif hak asasi manusia dan impak kajian empirik terhadap perkembangan
pendidikan inklusif. Berpandukan tinjauan literatur dan analisis dasar, didapati bahawa
perkembangan pendidikan inklusif di Malaysia telah didorong oleh perspektif yang sempit dan
terbatas; dan menunjukkan bahawa dimensi-dimensi input, proses, hasil, serta faktor luaran
adalah saling berkaitan dan saling bergantung pada konteks. Analisis ini boleh dijadikan asas
untuk menyemak semula dan mencadangkan dasar dan amalan pendidikan inklusif di Malaysia.
Langkah ke arah pendidikan inklusif seterusnya perlu menggunakan pendekatan lebih luas yang
meliputi sistem pendidikan perdana. Hanya dengan memahami matlamat sebenar persekolahan
dan bagaimana sekolah sebagai sebuah institusi sosial boleh menyumbang secara berkesan,
agenda untuk reformasi ke arah kualiti dan ekuiti pendidikan untuk pelajar dengan keperluan
khas adalah satu usaha yang berterusan.

Sepanjang kajian yang dijalankan bagi mencari masalah pendidikan kanak-kanak, tidak
semua pelajar yang berada di sekolah merupakan pelajar yang normal dan tidak mempunyai
masalah pembelajaran. Terdapat penambahbaikan yang perlu dibuat dan diselenggara bagi
memenuhi keperluan pelajar pendidikan khas. Penambahbaikan adaalh bergantung kepada
sekolah atau pusar didikan komuniti itu sendiri dalam memberikan sokongan dan komitmen
kepada pendidikan khas. Pihak pentadbiran perlu menunjukkan kesungguhan terhadapa program
inklusif dan kemudian barulah guru-guru yang terlibat juga akan merasakan ianya sebagai
tanggungjawab besar yang dipikul bagi membantu murid-murid berkeperluan khas. Pihak
sekolah juga perlu merasakan bahawa murid inklusif juga berhak mendapat perhatian di
peringkat sekolah dan juga memberikan sumbangan dalam meningkatkan prestasi sekolah.
Dengan demikian mereka juga akan turut fokus kepada murid-murid berkeperluan khas.
Keperluan pendidikian pelajar-pelajar berkeperluan khas berorientasikan kepada
komuniti sebenar. Mereka sememangnya berhak untuk belajar seiring rakan-rakan normal yang
sebaya dengan mereka di sekolah-sekolah biasa. Guru-gur pendidikan khas memainkan peranan
yang amat penting sebagai ejen pemangkin bukan sahaja kepada pelajar itu sendiri tetapo juga
kepada keberkesanan dan kejayaan sesebuah program pendidikan khas.

Guru pendamping

memainkan peranan utama dalam mewujudkan suasana bekerjasama dan saling bantu membantu
meningkatkan prestasi murid. Guru pendamping harus bersikap professional, tidak mudah marah
dan serta mempunyai kesabaran yang tinggi. Komitmen yang ditunjukkan akan member ruang
dan masa untuk guru-guru menghormati sikap dan pendirian guru pendidikan khas. Sebagai guru
pendamping, guru seharusnya

tidak terlalu berkira dalam menjalankan tanggungjawab.

Sekiranya kebanyakan guru dapat menerima baik anak murid yang lain maka guru pendamping
juga harus bersikap positif dan berfikiran terbuka dalam menerima dan membantu pelajar
berpendidikan khas.
Guru-guru pendidikan khas juga seharusnya menjaga hubungan baik dengan guru-guru
dari lapangan disiplin yang lain supaya maklumat-maklumat pendidikan inklusif dapat
disampaikan dengan jelas. Mereka perlu diberi pengetahuan bagaiman perjalanan program
inklusif tersebut dan kenapa program tersebut perlu dijalankan. Apabila diberi ruang dan peluang
seperti yang dikehendaki maka perbuatlah dengan bersungguh-sungguh agar mereka tidak
memandang muah kepada tugas dan tanggungjwab pendidikan Khas.
2

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan Arus Perdana merupakan


matlamat yang ingin dicapai dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Namun
terdapat pelbagai halangan dan rintangan dalam melaksanakan pendidikan inklusif secara
sepenuhnya di setiap sekolah. Antara faktor yang menjadi kekangan utama ialah sumber yang
terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya (Ysseldyke
dan Alozzine, 1982). Selain itu juga kajian Mohd Najib, 2006 yang meninjau pendapat guru
Pendidikan Khas berkaitan pendidikan inklusif mendapati halangan dan rintangan yang sering
dihadapi termasuklah :
a. Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan
kerjasama kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang
diletakkan dalam kelas inklusif.
b.

Penyelarasan pengajaran : Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah


biasa dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan
pengajaran daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi kurikulum
kelas biasa dengan kelas pemulihan. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran murid.

c.

Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program
khas pemulihan. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama
yang ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu yang menjadi
faktor murid-murid menghadapi masalah dalam pembelajaran.

d. Alatan / Kelengkapan : Keadaan bilik darjah untuk murid-murid berkeperluan khas


yang jauh terasing, atau di tempat yang tidak selesa. Kelengkapan asas juga tidak
ada, atau tidak mencukupi.
e. Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru besar kurang
mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas.
Keadaan ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap kerja dan
tanggungjawab guru Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu, mereka
diberikan tugas lain seperti menjadi Guru Sumber atau bilik sumber, atau jawatanjawatan lain.
3

f.

Hubungan dengan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa : Ibu bapa kurang
menunjukkan minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh,
tidak datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang berjumpa. Hal ini
adalah disebabkan ibu bapa tidak diberi penerangan tentang fungsi kelas pemulihan
atau kelas khas yang dijalankan untuk anak-anak mereka.

Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi,
persatuan dan badan-badan sukarelawan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Govermental
Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di Negara
kita. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah :
a)

Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan

intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.
b)

Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas

kemahiran hidup serta kemahiran sosial.


c) Pusat Harian Kanak-kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanakkanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun.
d)

Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang

komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di
bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak
sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.
Komunikasi antara guru dengan murid dan ibu bapa adalah sangat penting dalam
mewujudkan perhubungan yang baik. Ciri positif komunikasi tersebut ialah guru boleh
berinteraksi dengan baik. Dengan interaksi yang berlaku akan mewujudkan pelbagai perasaan
yang positif seperti kepercayaan, empati dalam diri, penerimaan murid dan sebagainya. Dengan
interaksi dua hala ini ibu bapa senang untuk mengadakan perbincangan dan meluahkan
pandangan serta idea. Petikan daripada Khutbah Jakim juga menyatakan bahawa hubungan baik
antara ibu bapa dengan pihak guru penting supaya usaha mengasuh dan mendidik anak berjalan
dengan lancar dan sempurna. Ibu bapa dan masyarakat perlu menjalin hubungan erat dan
berterusan dengan pihak sekolah supaya permasalahan diselesaikan secara muhibah. (Berita
Harian, 2011)
4

Cabaran yang paling besar yang perlu dihadapi ialah murid-murid sendiri. murid-murid
ini akan melakukan pelbagai aksi ataupun sikap untuk menunjukkan sikap memberontak, marah,
sedih dan sebagainya. Terdapat juga murid yang membuat perangai disebabkan inginkan
perhatian. Ia telah dialami oleh seorang guru dari Sekolah Menengah Danau Kota yang telah
digigit dan dipukul kerana tidak memberikan perhatian kepada seorang pelajar. Disebabkan
kerenah yang pelbagai, guru perlu menggunakan segala kepakaran mereka samaada memujuk,
menyelesaikan masalah dan sebagainya.
Seterusnya ialah cabaran daripada ibu bapa apabila meletakkan harapan yang tinggi
terhadap guru untuk mengubah anak mereka. Apabila wujud kesedaran ibu bapa terhadap
masalah pembelajaran anak-anak mereka, mereka akan menghantar anak mereka ke sekolah.
Mereka akan mula mengharapkan perubahan terhadap anak mereka sedangkan guru hanya
mendidik semasa murid di sekolah sahaja. Tetapi dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas dalam
menjalankan tugas, guru pendidikan khas merasakan mereka mampu membawa perubahan
kepada anak-anak istimewa ini. Seorang ibu iaitu Dayang Kianhing, telah mengatakan bahawa
anaknya telah berlaku perubahan yang memberangsangkan apabila sudah boleh menghafal surah
al-Fatihah dan bersolat serta sudah berminat ke sekolah. Ia adalah perkembangan yang
memberangsangkan kerana anaknya sebelum ini mengalami masalah hiperaktif dan masalah
pertuturan. (Utusan Online, 2011)
Implikasi cabaran yang dihadapi oleh guru akan meningkatkan lagi tahap profesional guru
tersebut. Tahap ini dapat ditingkatkan apabila guru mula mengutip pengalaman semasa
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Apabila pelbagai pengalaman telah dilalui, maka pelbagai
perubahan yang baru akan dapat dibuat seiring dengan perubahan murid dan masa. Selaian itu,
tahap profesioanalisme dapat ditingkatkan apabila guru mula memikirkan cara untuk
mendapatkan ilmu sama ada menyambung pengajaran, menghadiri kursus, membaca dan
sebagainya. Kemahiran-kemahiran baru juga akan dapat dikumpul melalui aktiviti yang
dijalankan.
Selain itu, penyampaian pengajaran guru akan menjadi sesuatu yang menarik dan
pelbagai. Penyampaian yang menarik sangat diperlukan supaya murid tidak merasa bosan
sekaligus tidak ingin hadir ke sekolah. Untuk menjadikan pengajaran sesuatu yang menarik, guru

mestilah menyediakan perancangan pengajaran terlebih dahulu sebelum menyampaikannya.


Bukan sahaja perancangan pengajaran malah bahan bantu mengajar juga akan disediakan bagi
menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan berkesan dan menarik.
Etika guru akan terjaga dengan baik apabila menjadi guru pendidikan khas. Disebabkan
guru memerlukan sikap sabar, penyayang, jujur serta bertanggungjawab maka, keperibadian guru
akan meningkatkan ke tahap yang lebih baik. Selain daripada itu, percakapan yang lembut dan
sifat memujuk mampu menjadikan seorang guru pendidikan khas sebagai guru yang baik dan
menjaga tingkahlaku.
Walaubagaimanapun anak-anak murid yang diterima, hubungan guru dengan ibu bapa
akan terjaga dengan baik. Ini adalah kerana interaksi dua hala yang dijalinkan mampu membina
hubungan yang mesra. Dapat dilihat bahawa guru dan ibu bapa akan sentiasa berhubungan antara
satu sama lain untuk mendapatkan maklumat dan juga membuat perbincangan tentang sesuatu
perkara.
Pembentukan tingkahlaku positif dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial dapat
dipupuk. Apabila nilai-nilai murni sering diterapkan dalam diri murid, maka mereka akan
mengaplikasikannya dengan orang persekitaran. Murid juga akan belajar melalui tingkahlaku
dan cara guru mengajar dan mendidik mereka. Ini disebabkan oleh salah satu dari pembelajaran
murid adalah melalui pemerhatian dan peniruan.

CADANGAN
Cadangan pertama untuk guru menghadapi murid-murid ini ialah guru seharusnya
memperkasa emosi dalam membentuk sikap pelajar. (Abdul Ghani Abdullah & Abd. Rahman
Abd. Aziz, 2009). Kamus Dewan edisi ke-4 mentakrifkan emosi sebagai perasaan pada jiwa yang
kuat seperti sedih dan marah. Oleh itu, emosi adalah ciri jiwa manusia yang mempamerkan
perasaan yang berpunca daripada psikologi, tingkahlaku dan naluri manusia. Guru haruslah
mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi untuk menangani ketidakstabilan emosi yang
berpunca daripada tekanan dengan positif. Tanpa kesedaran kendiri, individu itu tidak mampu
6

untuk membina makna hasil tindakan dan reaksinya pada persekitaran. Disebabkan itu, guru
memerlukan dorongan diri ataupun motivasi yang tinggi dalam kawalan kecenderungan emosi
yang dapat memandu ataupun memudahkan pencapaian matlamat dan kejayaan orang lain.
Guru juga boleh menggunakan satu pendekatan untuk membentuk tingkahlaku murid
supaya senang untuk dikawal semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh aktiviti
bercerita dalam membentuk tingkahlaku murid. Cerita boleh dijadikan sebagai satu terapi untuk
intervensi kaunseling kanak-kanak. Terapi bercerita ialah seni mempengaruhi orang lain dengan
bercerita berkenaan dilema persendirian mereka. Terapi ini juga merupakan media komunikasi
antara ahli terapi dengan klien. (Lee Keok Cheong et al., 2012). Melalui aktiviti bercerita ini
guru boleh menggunakan contoh teladan untuk memberi pengajaran kepada murid. Akan
terdapat murid yang akan mengikut tingkahlaku yang diceritakan oleh guru. Cerita yang dipilih
oleh guru juga hendaklah bersesuaian dengan perkembangan murid.
Melahirkan guru mesra OKU juga salah satu dari cara untuk membentuk guru pendidikan
khas yang baik dan prihatin serta mesra terhadap murid. Ia haruslah diberikan latihan semasa
guru-guru ini berada dalam latihan perguruan. Ia bukan merujuk kepada guru pendidikan khas
sahaja tetapi juga guru-guru biasa supaya mereka dapat mengesan ketidaksempurnaan anak didik
mereka. Dengan itu, guru-guru bolehlah membawa masalah ini kepada pakar. Program ini juga
disokong oleh pihak TWINTECH International University College of Technology (TWINTECH)
apabila mereka menawarkan pelbagai program bagi membantu kerajaan melahirkan guru prihatin
dan mesra orang kelainan upaya (OKU). Universti tersebut mengambil tindakan seperti
penguasaan Bahasa Isyarat Malaysia wajib bagi graduan, melahirkan guru pendidikan khas
berkepakaran autisme dan sebagainya. ( Mymetro, 2012).
KESIMPULAN
Pada pandangan saya, tugas guru pendidikan khas sangat mencabar kepada sesiapa yang
menyandangnya. Tugas itu terlalu berat untuk dipikul untuk guru yang masih belum menguasai
tahap kesabaran dan keikhlasan yang tinggi. Pengalaman ini telah dikongsi dengan seluruh
rakyat Malaysia melalui penerbitan Kosmo, 2008 dan Utusan Online, 2011. Alizah Abdul Malek
(Utusan Online,2011) menyimpulkan bahawa guru pendidikan khas mempunyai 1001 macam

cerita. Cerita yang mereka sempat berkongsi adalah berkaitan ragam murid-murid dan juga
harapan ibu bapa.
Selain daripada guru, ibu bapa juga menganggap anak istimewa sebagai cabaran yang
besar. Berikutan kenyataan tersebut, ibu kanak-kanak autisme menyatakan bahawa sebelum
mendapat pendidikan di Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, (NASOM) anaknya mudah
naik angin dan marah apabila keinginan dirinya tidak dipenuhi. Percakapannya tidak difahami
apabila hanya mengeluarkan bunyi seperti em...em...sahaja. (Berita Harian, 2012). Jika dilihat
kenyataan ibu kanak-kanak tersebut, beliau hanya menghadapi seorang sahaja kanak-kanak
istimewa tetapi guru pendidikan khas menghadapi murid lebih daripada seorang serta
mempunyai kepelbagaian masalah.
Walaupun pelbagai cabaran yang telah mereka hadapi tetapi dengan kejayaan muridmurid mereka walaupun hanya sekadar mengurus diri sendiri adalah kejayaan terbesar dan tidak
ternilai oleh mereka. Dengan berkat kesabaran mereka dalam mendidik, murid-murid ini telah
berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh guru tersebut. Namun terdapat juga murid
berkeperluan khas yang telah berjaya dengan cemerlang dan mendapat pendidkan sehingga
peringkat tinggi. Dua orang pelajar cacat penglihatan Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Setapak (SMPKS), Kuala Lumpur iaitu Tang Kah Hung dan Ahmad Shahide Ruslan telah
mendapat 10 A untuk SP 2010. (Berita Harian, 2010) Ini menunjukkan terdapat juga murid
berkeperluan khas yang berjaya sehingga ke peringkat tinggi.
Oleh yang demikian, jangan dipandang murid berkeperluan khas hanya memberikan
beban yang besar kepada orang sekeliling mereka tetapi pandanglah mereka sebagai anugerah
yang terindah. Saya memetik kata-kata Rosmah Mansur yang juga Yang Dipertua Badan Amal
dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI), iaitu hanya dengan mendampingi mereka, barulah
ia dapat membuka hati dan minda kita supaya lebih menghayati keperluan mereka dan
seterusnya memperjuangkan nasib golongan OKU.(Berita Harian, 2011)

Dalam pengendalian Pendidikan Khas banyak lagi perkara dan isu yang masih perlu
diberi perhatian dan penekanan. Jabatan Pendidikan Khas (1998) mengariskan; (i) perlu wujud
kerjasama dan usaha sama bagi merancang dan menyediakan peluang pendidikan bagi muridmurid berkeperluan khas, (ii) pihak sekolah, pengurus, pendidik, ibu bapa dan seluruh
masyarakat sekolah perlu bersama berusaha menukar sikap dan menjayakan penerimaan muridmurid berkeperluan khas dalam sistem persekolahan biasa/normal. Isu-isu seperti intervensi awal
bagi menyediakan kanak-kanak berkeperluan khas supaya bersedia memasuki alam persekolahan
adalah amat penting diberi penekanan. (iii) adalah penting bagi ibu bapa dan masyarakat
menyambung dan memperkukuhkan lagi usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah di
rumah bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid-murid berkeperluan
khas dan (iv) sudah sampai masanya seluruh masyarakat mengubah sikap dan membuat
persediaan supaya dapat menerima golongan khas sebagai rakan. Bagi melaksanakan perkara ini
usaha yang sepadu dan tindakan yang teratur dan tersusun perlu dibuat dan diharapkan.
Hak setiap kanak-kanak untuk mendapat peluang pendidikan diisytiharkan dalam "Universal
Declaration of Human Right 1948" dan diperkukuhkan oleh "The World Declaration on
Education for All 1990":
"Setiap kanak-kanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi menyatakan
kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak menentukan
jenis pendidikan yang sesuai bagi anak mereka" (Jabatan Pendidikan Khas, 1998).
Keputusan yang telah diambil dalam pendidikan khas bagi beberapa tahun kebelakangan ini di
Malaysia bersesuaian dengan kehendak masyarakat dunia dan ianya perlulah disokong
sepenuhnya. Oleh itu sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan peluang bagi semua jenis
kanak-kanak belajar bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi fizikal, intelek, emosi dan
lain-lain. Sudah sampai masanya sekolah berusaha mengadakan muafakat dan kerjasama dengan
pelbagai pihak bagi menjayakan pendidikan untuk semua. Sekolah adalah institusi kecil
masyarakat di mana murid-murid berkeperluan khas dapat belajar dan berinteraksi dengan rakan
normal di samping memberi peluang murid-murid normal mengenali rakan-rakan khas mereka.

Perubahan sikap dan pandangan positif masyarakat kepada golongan khas amat
diperlukan untuk menjamin golongan ini diterima dalam masyarakat. Sudah lama diskriminasi
kepada golongan berkeperluan khas wujud kerana kegagalan masyarakat menyedari akan bakat
dan potensi golongan ini. Tetapi lebih malang lagi masih terdapat golongan masyarakat yang
masih menumpukan perhatian kepada kekurangan dan kecacatan yang terdapat pada golongan
berkeperluan khas. Masyarakat perlu membuat segala usaha bagi membolehkan mereka
menyesuaikan diri dengan golongan berkeperluan khas. Adalah tidak wajar bagi masyarakat
mengharapkan semata-mata perubahan serta penyesuaian daripada golongan berkeperluan khas
menurut segala kehendak masyarakat.
Sebagai kesimpulan, menjadi seorang guru pendidikan khas bukan sekadar menjadi guru
biasa tetapi sebagai guru yang baik kerana tahap kebergantungan murid kepada guru adalah
melebihi murid-murid yang normal. Namun, sebagai seorang guru, keikhlasan dalam mendidik
menjadikan mereka seorang yang berfikiran positif, bersikap menerima dan sebagainya.
Walaupun banyak cabaran yang ditempuhi tetapi didiklah mereka kerana mereka berpeluang
untuk meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan kebergantungan kepada keluarga,
masyarakat dan negara.

10

Anda mungkin juga menyukai