Anda di halaman 1dari 18

1|Page

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

2|Page

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

HAKCIPTA TERPELIHARA 2012. Sebarang bahagian di dalam e-buku panduan


ini tidak boleh dicetak semula, dipindah milik dalam apa jua format sama ada
elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, imbasan atau sebarang format
simpanan tanpa kebenaran bertulis dari pihak http://www.omghackers.com/
(OMG! Hackers?).
e-buku ini adalah untuk kegunaan anda sahaja namun anda dibenarkan untuk
menyebar ia di forum-forum, laman perkongsian fail seperti Mediafire dan
Rapidshare, torrent, dan sebagainya dengan menyertakan sekali pautan kepada
laman asal penulis iaitu: http://www.omghackers.com/.
Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

3|Page

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

*** Penafian / Disclaimer Notice***

e-buku ini dihasilkan bertujuan untuk perkongsian ilmu dan maklumat sahaja.
Segala maklumat dan kandungan yang terdapat di dalam e-buku ini adalah
berdasarkan tulisan asal yang ditulis oleh Arya Putra dan dibukukan dalam bentuk
e-buku oleh beliau untuk tujuan penerbitan dan perkongsian ilmu.
e-buku ini adalah hasil kajian dan pengalaman beliau sendiri dan disertakan juga
pautan rujukan.
Kami dari pihak OMG! Hackers? tidak akan bertanggung jawab ke atas manamana kerugian, kecederaan fizikal ataupun mental, kehilangan yang ditanggung
oleh orang perseorangan atau sebagainya, yang berlaku akibat dari panduan dan
penggunaan dari mana-mana kandungan di dalam e-buku ini, sama ada secara
langsung atau tidak langsung.

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

4|Page

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Penghargaan
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakan terhadap Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnianya, dapatlah penulis menghela nafas lega, kerana setelah sekian lama jari
ini tidak menulis, akhirnya menulis jua kembali dengan permulaan melalui e-buku
ini. Ia adalah terbitan semula setelah e-buku versi asal telah dipadamkan oleh
laman perkongsian fail Mediafire. Akibat terlupa untuk membuat salinan
sandaran, maka saya bermula semula dari awal.
Tidak lupa juga ingin penulis ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
khususnya kepada isteri yang tersayang, Nazirah Ruslan, yang tidak jemu-jemu
menyokong serta memberi semangat kepada penulis sehingga terbitnya kembali
e-buku ini. Juga kepada ibu dan adik-adik yang penulis kasihi. Mereka ini telah
banyak memberikan dorongan kepada penulis agar tidak berputus asa dalam
menyiapkannya.
Dengan terhasilnya e-buku ini, besarlah harapan penulis agar ilmu yang penulis
kongsikan di sini, dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan bangsa, agama,
keturunan, dan tidak kira apa jua jantina sekalipun. Semoga ia menjadi bahagian
yang berguna buat penulis di akhirat kelak.
Sekian.

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

5|Page

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Kata Pengantar
Secebis Tinta, Semanis Bicara,
Dari Pengarang e-buku Penjelajahan Astral (Suatu Pengalaman Yang Luar Biasa
Hebat!), kini terbit kembali e-buku Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang
Penggodam.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada
semua pembaca blog OMG! Hackers?.
Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan jutaan terima-kasih yang tidak
terhingga kepada anda yang memuat turun e-buku yang dikarang oleh penulis
ini.
Di dalam e-buku ini, penulis ingin berkongsi sedikit-sebanyak tentang apa yang
kita katakan sebagai Anonymous Surfing/Web Browsing atau Pelayaran Tanpa
Nama. Ia diinspirasikan dari e-buku versi bahasa inggeris, Protect Your Privacy.
Selamat berjaya dan memulakan pembacaan anda dengan gembira!
SALAM KEJAYAAN.
Yang terbaik buat anda semua, para pembaca..

Ikhlas..

Arya Putra

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

6|Page

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Isi Kandungan

Penafian/Disclaimer Notice

Penghargaan

Kata Pengantar

Pengenalan

Kepentingan Menyembunyikan Alamat IP

Apa Itu Alamat IP? Apakah Kepentingannya?

Apakah Maklumat Penting Yang Didedahkan Oleh Alamat IP?

10

Contoh Butir Peribadi Yang Boleh Didapati Melalui IP

11

Perbincangan Lanjutan

13

Dapatkah Alamat Fizikal Dijejak Melalui IP?

14

Pro dan Kontra

16

Penutup, Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam

17

Pautan-Pautan Rujukan

18

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

7|Page

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Pengenalan
Saya telah banyak sekali mengutarakan hal ini dalam blog yang saya kendalikan
iaitu OMG! Hackers?, berkenaan dengan satu perkara yang telah menjadi root
dalam kehidupan saya iaitu Anonymous Surfing.
Kenapa? Apakah sebabnya? Ini adalah kerana saya sama sekali tidak bersetuju
dengan terma sekatan internet. Internet adalah untuk semua. Ia seharusnya
dibebaskan dari belenggu sekatan yang menyusahkan. Namun tahukah anda
disebalik sekatan itu, saya juga telah belajar kaedah melepasinya. Kaedah inilah
yang saya namakan sebagai Anonymous Surfing atau Pelayaran Tanpa Nama.
Apa juga yang anda lakukan di internet, jika hendak diikutkan adalah TIDAK
SELAMAT. Ya. Kerana setiap yang anda lakukan akan ditujukan kembali kepada
anda. Percaya atau tidak, alamat IP anda adalah punca kepada segalanya.
IP ibarat kad pengenalan. Bayangkan anda berjalan di merata-rata tempat di
dunia dengan menayangkan kad pengenalan anda kepada sesiapa sahaja yang
anda terjumpa. Begitulah halnya diibaratkan dengan alamat IP. Menggunakan
alamat IP asal/asli anda seperti menayangkan kad pengenalan kepada sesiapa
sahaja tanpa ada punca dan sebab munasabah.
Segala yang anda lakukan, seperti muat turun gambar, perisian, melayari lamanlaman sesawang, blog, semuanya akan dikumpulkan dan ditujukan kepada anda
kembali. Silap langkah anda bakal menjadi mangsa kepada penggodam yang siap
mengumpulkan maklumat peribadi anda melalui kaedah Information Gathering.
Di sinilah peri pentingnya Pelayaran Tanpa Nama. Mari kita buka bicara dan
minda, usah terbuai dek keasyikan internet tanpa mengetahui terdapat jurang
dalam di hadapan, sang pemangsa yang rakus, dan pelbagai lagi rintangan andai
ANDA tidak bersedia.

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

8|Page

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Kepentingan Menyembunyikan Alamat IP

1. Penggodam akan mendapat akses kepada komputer peribadi anda lalu


secara tidak langsung mendapat akses kepada kandungan peribadi seperti
nombor kad kredit, nombor kad bank/akaun bank, kata laluan yang anda
simpan untuk laman-laman web dan sebagainya lagi.

2. Alamat IP asal anda akan membolehkan penggodam untuk menyusup


masuk ke komputer anda!

3. Profil kepenggunaan internet anda akan dikumpul oleh pencuri identiti


(identity theft).

4. Menyembunyikan alamat IP membolehkan pembekal enjin carian anda


seperti Google daripada mengumpulkan sejarah carian internet anda dan
menjualkannya kepada pihak ketiga.

5. Alamat IP anda yang telah tersimpan dalam pengkalan data forum-forum


atau laman permainan dalam talian, dapat digunakan untuk menyekat (ban)
anda dari memasuki atau membuat pos pada laman tersebut.

6. Maklumat peribadi anda yang telah dikumpulkan dapat digunakan untuk


menghantar e-mel spam atau junk e-mail oleh marketer yang sememangnya
mahukan anda masuk ke perangkap mereka. Awas!

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

9|Page

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Apa Itu Alamat IP? Apakah Kepentingannya?


Setiap komputer yang disambungkan ke internet diberikan sebuah nombor
pengenalan yang dikenali sebagai Internet Protocol atau IP address. Alamat IP
terdiri dari siri nombor dan kelihatan seperti ini: 127.0.0.1. Urutan angka ini dapat
membantu untuk komputer anda dikenal pasti di internet.
Nombor ini biasanya diberikan kepada pembekal perkhidmatan internet
berdasarkan kepada kawasan-kawasan. Oleh it, alamat IP masing-masing dapat
mengenal pasti penghantar atau penerima maklumat.
Alamat IP, seperti yang diperkatakan pada awal e-buku, dapat diibaratkan seperti
kad pengenalan, ataupun alamat rasmi komputer anda. Ia membantu komputerkomputer lain untuk mengenal pasti kedudukan komputer anda, dan
menghantarkan maklumat yang diminta oleh anda dengan tepat, sama ada
maklumat tersebut adalah berupa sebuah laman web atau jenis-jenis data yang
lainnya.
Disebabkan IP adalah sebuah ALAMAT, maka bayangkan sekiranya seorang
perompak telah mendapat alamat rumah anda. Sudah tentu beliau akan
merancang terlebih dahulu dengan teliti akan rompakan yang ingin dilakukan.
Alamat yang diperoleh sedikit sebanyak memudahkan kerjanya.
Samalah halnya dengan penggodam dan pencuri identiti. Dengan alamat IP anda,
informasi diri anda akan dikumpul sebelum melakukan godaman terancang.
Ketelitian ini bermula dari alamat IP.

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

10 | P a g e

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Apakah Maklumat Penting Yang Didedahkan Oleh Alamat IP?


Alamat IP anda dapat mendedahkan beberapa maklumat yang boleh dianggap
sebagai penting kepada mereka yang mahukannya. Penggodam, pembekal enjin
carian, pencuri identity, mereka inilah golongan yang menjadi pengumpul
maklumat anda yang setia.

Alamat IP Mendedahkan Tempat Tinggal Anda/Lokasi/Kedudukan Semasa


Jika anda kagum dengan kebolehan GPS yang dapat mengesan kedudukan anda,
anda patut lebih kagum dengan IP. IP dapat mendedahkan lokasi semasa anda,
tidak kiralah anda menggunakan komputer di rumah, di pejabat, mahupun di kafe
siber. Berikut adalah beberapa maklumat yang didedahkan olehnya:
1. Lokasi asal sambungan internet Lokasi semasa anda.
2. Nama aplikasi.
3. Versi aplikasi.
4. Agen pengguna (User Agent).
5. Nama pelayar web anda.
6. Sistem operasi anda.
7. Platform anda.

Anda boleh mencubanya dengan melayari pautan berikut :


http:/whatismyipaddress.com/ atau http://myiptest.com/

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

11 | P a g e

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Contoh Butir Peribadi Yang Boleh Didapati Melalui IP


General IP Information
IP:
Decimal:

64.71.142.198
1078431430

Hostname: 64.71.142.198
ISP:

Hurricane Electric

Organization: EGIHosting
Services:
Type:

Suspected network sharing device


Corporate

Assignment: Static IP
Blacklist:
Geolocation Information
Country:

United States

State/Region: California
City:

Milpitas

Latitude:

37.4404

Longitude: -121.8705
Area Code: 408
Postal Code: 95035

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

12 | P a g e

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Pada muka surat sebelumnya, anda dapat lihat di situ perincian maklumat yang
diberikan oleh laman web tersebut setelah mengimbas kedudukan alamat IP.
Ujian dilakukan pada pelayar web Firefox, menggunakan Addon Cocoon untuk
menyembunyikan IP dan ternyata ia berjaya. Alamat IP asal berjaya
disembunyikan dan sebaliknya alamat IP dari pembekal perkhidmatan Cocoon
yang terpapar. Ketika ujian dilakukan, saya berada di pejabat, di Malaysia dan
apabila alamat IP telah disembunyikan, saya terpapar sedang berada di United
States!

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

13 | P a g e

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Perbincangan Lanjutan
Setelah anda membaca sehingga muka surat yang ke 13 ini, dapatlah saya
simpulkan bahawa kini anda mengerti akan peri pentingnya Anonymous Surfing.
Mari kita imbas kembali beberapa isi-isi penting:

Apa Itu Anonymous Surfing?


Pelayaran Tanpa Nama ini ringkasnya ialah melayari internet tanpa menggunakan
alamat IP asal, atau lebih mudah difahami, alamat IP asal disembunyikan.

Apa Kepentingan Menyembunyikan IP?


Supaya anda dapat mengelakkan dari pencerobohan terhadap identiti, maklumat
sulit, serta masalah-masalah lain yang timbul melalui information gathering yang
dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya akan mengupas
mengenai kepentingannya pada topik khusus. Sila semak halaman berikutnya
(muka surat 15).

Bagaimana Cara Menyembunyikan IP?


Terdapat pelbagai cara yang saya telah bincangkan melalui blog saya. Antaranya
ialah penggunaan proksi, perisian berasaskan proksi, VPN, SSH Tunneling dan
sebagainya. Anda boleh rujuk blog saya pada pautan
http://www.omghackers.com/ untuk maklumat lanjut.

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

14 | P a g e

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Dapatkah Alamat Fizikal Dijejak Melalui IP?


Jawapannya Ya dan Tidak. Tidak, kerana lokasi fizikal yang tepat seperti nama
jalan dan rumah tidak dapat ditelusuri melalui IP. Ya, kerana alamat IP anda bukan
rahsia. Setiap hubungan dan komunikasi anda di internet adalah terhubung
melalui IP. Permainan dalam talian, pelayaran ke laman sesawang mahupun
forum-forum, IP adalah perkara penting sebelum dapat anda berhubung dengan
komuniti. Cuma anda yang tidak menyedarinya.

Apakah Saya Selamat Setelah Menyembunyikan IP?


Ya dan Tidak. Bergantung kepada apa yang anda lakukan, undang-undang itu
bakal mengetuk pintu rumah anda andai anda melakukan jenayah siber. Kecurian
identiti dan penggodaman terancang adalah perkara yang tidak dapat dimaafkan.
Jika anda melakukannya, berhentilah sekarang, kerana penyedia perkhidmatan
proksi mahupun VPN, tidak boleh mengelak dari arahan undang-undang. Jika
mereka perlu mendedahkan identiti anda, itulah yang akan dilakukan.
Jadi gunakanlah servis tersebut dengan sebaiknya. Gunakan untuk perkara yang
mendatangkan faedah dan kebaikan, seperti yang telah disebutkan pada lamanlaman sebelum ini.

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

15 | P a g e

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Kepentingan Menyembunyikan Alamat IP


Seperti yang dijanjikan, saya akan mengupas sedikit sebanyak mengenai
kepentingan menyembunyikan alamat IP. Saya akan bentangkan dalam bentuk isiisi penting agar mudah anda memahaminya:

1. Melindungi komputer dan data peribadi/sulit dari ancaman penggodam.


2. Mendapat keselamatan yang lebih baik ketika membeli-belah dalam talian.
3. Untuk menghentikan kebiasaan enjin carian dari mengumpul maklumat dan
sejarah carian.
4. Mendapat kembali akses ke laman-laman yang telah menyekat alamat IP anda.
5. Melepasi sekatan-sekatan internet, sama ada sekatan DNS mahupun
penggunaan perisian seperti Websense.
Sedikit-sebanyak saya berharap anda akan faham betapa pentingnya Anonymous
Surfing/Pelayaran Tanpa Nama ini kepada setiap pengguna komputer yang
terhubung ke internet.
Sanggupkah anda berjalan-jalan di mana-mana tempat sambil memegang
sepanduk yang menayangkan alamat rumah anda, serta nombor kad pengenalan
anda? Tentu tidak bukan. Begitulah halnya dengan alamat IP. Jika anda tidak
sanggup berbuat begitu, maka sembunyikan IP asal adalah jawapan terbaik.

Adakah Ia Sah Di Sisi Undang-undang?


Ya, selagi anda tidak melanggar undang-undang dan melakukan jenayah siber, ia
adalah sah.

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

16 | P a g e

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Pro dan Kontra


Pro:
1. Anda boleh memperoleh lebih dari satu akaun pada laman yang telah
menyekat IP anda.
2. Jika anda telah disekat dari forum, anda boleh menggunakan IP yang berbeza
untuk membuat akaun baharu.
3. Anda boleh menghantar komen di forum, laman web, blog dengan
menggunakan alamat IP palsu.
4. Anda boleh membuat undian beberapa kali dengan IP berbeza.
5. Dapat memuat turun lebih banyak fail, perisian, lagu secara serentak.
6. Identiti anda lebih sukar untuk dijejaki.

Kontra:
1. Anda perlu mempercayai pihak penyedia servis (Proksi, VPN) untuk
menyembunyikan alamat IP asal anda.
2. Anda boleh disaman oleh laman-laman tertentu kerana melanggar TOS.
3. Anda tidak dibenarkan menyembunyikan IP oleh beberapa laman web atau
forum, dan berkemungkinan anda akan disekat dari memasukinya.

Jika ditanya pada sama, sama ada lebih baik untuk menyembunyikan IP atau
tidak, sudah pastinya saya menjawab, YA.

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

17 | P a g e

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Penutup, Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam


Kita bercerita mengenai keselamatan, dan tajuk e-buku ini pula berkisar mengenai
penggodam. Ya, setelah panjang lebar penerangan diberikan, saya dapat
menjangka anda pasti bersetuju sekiranya saya melabelkan penggodam yang
sempurna itu ialah penggodam yang mahir selok-belok Anonymous Surfing.
Ini adalah kerana selain bertindak menyelamatkan diri dari dikesan, ia juga dapat
membantu diri penggodam itu sendiri supaya berasa selamat dari ancaman atau
anasir luaran yang juga datang dari penggodam sepertinya.
Bertindak lah dari sekarang. Saya sarankan penggunaan OpenVPN untuk prestasi
dan kelajuan internet yang maksimum. Anda boleh rujuk
https://mytunnel.us/vpn/ untuk langganan servis VPN yang terbaik di Malaysia.
Jangan lupa juga jika tidak keberatan, sebarkan e-buku ini untuk panduan kawankawan, saudara-mara, sahabat-handai, sanak-taulan, ewaaahhh..
Terima kasih kerana memuat turun dan membaca hingga ke akhirnya.

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

18 | P a g e

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Pautan-Pautan Rujukan:

1.

http://en.wikipedia.org/wiki/Anonymous_web_browsing

2. http://whatismyipaddress.com/hide-ip
3. http://www.omghackers.com/2011/11/kenapa-anonymity-penting-kepada-semua.html
4. http://www.vpnsurfing.com/
5. http://en.wikipedia.org/wiki/Tor_(anonymity_network)
6. http://en.wikipedia.org/wiki/Virtual_private_network
7. http://en.wikipedia.org/wiki/Proxy_server
8. http://compnetworking.about.com/od/networksecurityprivacy/f/what-is-hacking.htm
9. http://searchsecurity.techtarget.com/definition/hacker
10. http://en.wikipedia.org/wiki/Computer_crime

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

Anda mungkin juga menyukai