Anda di halaman 1dari 1

Soalan 4 mat dis

Terdapat 2 Kaedah-kaedah asas pembuktian


1. Pembuktian Secara Langsung
Dalam proses pembuktian secara langsung, kita akan menganggap premis (hipotesis) p
adalah benar, dan seterusnya bekerja untuk menunjukkan kesimpulan q juga adalah
benar. Istilah bekerja di sini termasuklah membina dan merangka serta mengguna
definisi, operasi, teorem, dan/atau pernyataan lepas yang telah dibuktikan benar untuk
memperoleh q.
Semasa membuktikan secara langsung ialah pernyataan q tidak boleh digunakan
sebagai premis, iaitu, kita tidak boleh menganggap q benar, tetapi sebaliknya kita
mesti menunjukkan q benar. Boleh dikatakan secara keseluruhannya pernyataanpernyataan matematik ini boleh dinyatakan semula dalam bentuk implikasi
"Jika...maka..."
2. Pembuktian Secara Tidak Langsung
Kadangkala pembuktian secara langsung bagi sesuatu pernyataan adalah sukar
dilaksanakan atau mengambil langkah yang panjang. Salah satu alternatif bagi
mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan kaedah pembuktian secara tak
langsung. Pembuktian secara tak langsung terbahagi kepada dua jenis: pembuktian
secara kontraposisi dan pembuktian secara percanggahan.
a. Pembuktian Secara Kontraposisi
Bukti menerusi transposisi memberi kesimpulan "jika p maka q" dengan membuktikan
pernyataan kontrapositif "jika bukan q maka bukan p".
b. Pembuktian Secara Percanggahan
Pembuktian secara ini berasaskan kepada petua pentadbiran
(-> p -> F)->p
->p -> F
:. p
Dalam proses membuktikan implikasi p ->q secara percanggahan, kita akan
menganggap premis p adalah benar dan kesimpulan q adalah palsu iaitu, p^->q. Kita
kemudiannya bekerja bagi menunjukkan bahawa ->p adalah benar. Ini akan
membawa kita kepada satu percanggahan kerana kita akan dapati dua pernyataan p
dan ->p (atau apa-apa percanggahan lain) adalah benar secara serentak
p^-> p
Ini adalah satu yang mustahil berlaku. Jadi, kita akan membuat kesimpulan bahawa
anggapan p benar dan q palsu adalah palsu. Justeru, q semestinyalah juga benar.