Anda di halaman 1dari 12

PROCEEDINGS OF THE 7TH INTERNATIONAL MALAYSIAN

EDUCATIONAL TECHNOLOGY CONVENTION (IMETC 2013)


Golden Flower Hot el, Bandung, Indonesia, 16-18 September 2013
Technology Enhanced Global Classroom Environment

PENGGUNAAN INOVASI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN: CABARAN


GURU DALAM E- PEMBELAJARAN
Noraini Mohamed Noh1, Hani Merylina Ahmad Mustafa2, Mahizer Hamzah1, Mohd
Arif Ismail2 & Norazilawati Abdullah1
Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia1, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Fakulti Pendidikan2, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstrak
Kesediaan penerimaan adalah penting dan perlu ada pada guru di awal proses
pengenalan sesuatu inovasi di sekolah di mana kesediaan ini boleh menjadi kayu
pengukur sama ada inovasi teknologi tersebut akan diguna atau hanya diterima.
Keputusan guru untuk mengguna inovasi teknologi yang dilaksanakan di sekolah ke
dalam amalan instruksi guru boleh memberi kepuasan pelajar belajar dan seterusnya
dapat membantu memastikan kejayaan pelaksanaan program. Kertas kerja ini
membincangkan tentang hubungan ramalan faktor demografi, kesediaan penerimaan
dan atribut inovasi dengan penggunaan teknologi dalam pengajaran. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian tinjauan berbentuk kuantitatif. Data telah
dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik ke atas 300 orang guru sekolah
menengah yang dipilih secara rawak di Malaysia. Data dianalisis secara deskriptif dan
analisis inferensi. Hasil analisis regresi linear berganda membuktikan bahawa aspek
pengetahuan guna ICT, latihan produk, persepsi berguna, persepsi mudah guna, efikasi
kendiri komputer dan keinovatifan khusus teknologi maklumat adalah antara faktor yang
menyumbang kepada penggunaan inovasi teknologi dalam pengajaran guru. Justeru
dengan andaian tahap kesediaan ini dapat dioptimumkan, maka guru boleh bersikap
lebih positif terhadap penerimaan dan penggunaan inovasi teknologi ke dalam instruksi
dengan lebih kreatif.
Pengenalan
Kemajuan penggunaan media elektronik dalam pengajaran da pembelajaran (PdP)
boleh menjadikan persekitaran pembelajaran di sekolah lebih canggih, futuristik dan
sesuai dengan perubahan era teknologi maklumat (Syed Ismail & Ahmad Subkhi 2010).
Pengajaran guru menjadi lebih menarik dan berkesan (Safuan & Fong 2003; Jamaludin
& Hashimah 2009), pelajar lebih mudah memahami konsep yang diajar ( Rozhan 2009),
meningkatkan kualiti persekitaran pembelajaran (Lever Duffy et al. 2003) dan
meningkatkan pencapaian pelajar (Soon 2003). Sedar akan keupayaan tersebut
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga tidak ketinggalan dan telah
memperkenalkan pelbagai inovasi teknologi di sekolah yang mana setiap satunya
mempunyai kelainan ciri dan kekuatan khusunya dalam memenuhi keperluan pdp
seterusnya meningkatkan kualiti PdP di sekolah. Antaranya Pusat Akses Sekolah,
1BestariNet, EduwebTV dan program Pembelajaran Secara Maya (VLE). Ketersediaan
inovasi teknologi yang dilaksanakan di sekolah ini, telah memberi ruang dan peluang
yang luas kepada guru untuk menjalankan PdP dengan lebih kreatif dan bermakna.
Namun begitu, dalam aspek kejayaan pelaksanaannya dalam bilik darjah sikap guru
dikatakan menjadi asas pertimbangan guru dalam menyaring dan mentafsirkan segala
bentuk penerimaan inovasi teknologi. Sejauhmana guru itu dapat melihat kelebihan
inovasi tersebut melebihi daripada kaedah yang sedia ada, merasakan ada keserasian
dengan amalan-amalan biasa, kebergunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran
serta kesenangan cara penggunaannya. Kesemua ini akan menjadi perkara utama yang

PROCEEDINGS OF THE 7TH INTERNATIONAL MALAYSIAN


EDUCATIONAL TECHNOLOGY CONVENTION (IMETC 2013)
Golden Flower Hot el, Bandung, Indonesia, 16-18 September 2013
Technology Enhanced Global Classroom Environment

dipertimbangkan sama ada teknologi tersebut dapat diterima awal atau gru itu lebih
memilih untuk mengambil keputusan akan menggunakannya sehingga menerima arahan
pihak pentadbir untuk berbuat demikian. Maka sesuatu inovasi teknologi yang
dilaksanakan itu hanya dianggap berjaya apabila guru telah menerima dan
mengaplikasikannya dalam PdP.
Latar belakang
Bagi menggalakkan penggunaan setiap satu teknologi baru yang dilaksanakan di
sekolah, KPM telah menjalankan pelbagai kempen, promosi, bengkel, latihan, serta
menyediakan modul penggunaan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan penggunaan
suatu inovasi teknologi itu di sekolah. Sungguhpun penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran sudah lama diperkenalkan, namun setiap kali suatu bahan atau alat
ICT itu diperkenalkan dalam pendidikan, ia menjadi satu kerisauan dan tidak selesa
kepada sesetengah guru. Sikap guru yang sebegini akan memberi kesan kepada
kejayaan tahap pengintegrasiannya dalam PdP. Misalnya, kajian terdahulu mendapati
tahap pengintegrasian ICT dalam PdP masih berada pada tahap rendah, banyak inovasi
teknologi yang diperkenalkan tidak digunakan secara kereatif dan efektif (Nor Izzah
2010, Hani Meryliena 2012), sebaliknya guru lebih selesa dengan amalan pengajaran
secara tradisional (Noraini 2012). Hal ini jelas apabila didapati sebanyak 81% guru
mengaku tidak memanfaatkan kelebihan ICT dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bahkan dalam kalangan guru-guru yang telah mendapat Kursus Sekolah
Bestari juga kurang daripada 50% yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer (Imran, 2000). Persoalan yang timbul mengapa guru kurang
ghairah untuk menerima dan mengguna teknologi ICT dalam pengajaran mereka di
sekolah?
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jones (2004) mendapati bahawa terdapat tujuh
halangan yang wujud semasa pengintegrasian ICT dalam pengajaran ialah guru kurang
berkeyakinan semasa pengintegrasian, kurang capaian terhadap sumber, kekurangan
masa untuk membuat pengintegrasian, kurang latihan yang efektif, menghadapi masalah
teknikal semasa perisian digunakan, kurang capaian individu semasa penyediaan bahan
pengajaran dan usia guru. Selain itu kajian Program Latihan Guru dan Impaknya
terhadap Pembelajaran Pelajar oleh Mohammad Sani (2001) mendapati beberapa
kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam mengintegrasikan komputer dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah aspek pengupayaan, beban tugas,
peruntukan kewangan, faktor masa, tuntutan sukatan pelajaran, sokongan pihak
pengurusan sekolah, kerjasama rakan sejawat, desakan peperiksaan, kemudahan dan
peralatan sekolah, aspek pelbagai arahan daripada pihak sekolah, dan aspek sokongan
daripada Pegawai Pendidikan Daerah. Selain itu kesukaran guru untuk mengubah gaya
PdP (Becker & Watt 1996; Arbaat 2008), tidak berani mengambil risiko, takut untuk
mencuba inovasi (Kupersmith 1992; Pitkin 1997; Van Fleet & Walker 2003) juga akan
menjadi halangan diri untuk menerima teknologi baru secara terbuka (Hunt et al. 2004;
Weston 2005).
Dalam konteks kajian ini pengkaji memilih EduwebTV sebagai satu Inovasi teknologi.
Educational Web Television atau EduwebTV, adalah salah satu Inovasi teknologi yang
mula dilaksanakan pada 2008. Ia merupakan siaran TV pendidikan yang disiarkan
melalui portal dan mengandungi koleksi pelbagai bahan pendidikan berasaskan video.
Bahan-bahan video yang disediakan ini boleh dijadikan sebagai bahan sokongan yang

PROCEEDINGS OF THE 7TH INTERNATIONAL MALAYSIAN


EDUCATIONAL TECHNOLOGY CONVENTION (IMETC 2013)
Golden Flower Hot el, Bandung, Indonesia, 16-18 September 2013
Technology Enhanced Global Classroom Environment

bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk bahan set induksi,
bahan pengukuhan, atau bahan pengayaan pembelajaran. Sudah pastinya ciri
EduwebTV ini dapat memenuhi
keperluan guru masa kini khususnya untuk
melaksanakan PdP dalam persekitaran e-pembelajaran. Selain daripada suatu bentuk
transformasi penyebaran maklumat yang sangat menarik, bahan yang disediakan
tersebut boleh diperoleh secara flaksibel pada bila bila masa serta perkuliahan boleh
dilaksanakan secara online. Persoalannya , adakah penerimaanya dalam kalangan guru
sama seperti gelombang penerimaan telefon pintar? Kajian awal ke atas penerimaan
inovasi EduwebTV, oleh Siti Salbiah et al. (2010), Johari dan Nor Hafiza Azne (2010),
Akma Nurashikin et al. (2011) dan Shamsuddin (2011) mendapati, tahap kesediaan guru
menggunakan EduwebTV adalah rendah, walaupun didapati guru mempunyai sikap
yang positif terhadap penerimaan EduwebTV.
Persoalanya apakah faktor yang mendorong guru yang membuat keputuasan memilih
untuk menggunakan EduwebTV dalam pengajaran mereka. Menurut Rogers (1995) ciri
keperibadian adalah antara nilai yang boleh memberikan kesan kepada seorang individu
itu terhadap sesuatu keputusan yang dipilih samaada untuk mengguna atau menolak
teknologi. Schillewaert et al. (2000) juga bersetuju dengan hal ini, menurut beliau, ciri
keperibadian pengguna yang berpengaruh besar terhadap kesediaan penerimaan dan
penggunaan komputer adalah keinovatifan (innovativeness) dan efikasi kendiri komputer
(computer self-efficacy). Justeru selain daripada kepentingan pengetahuan dan
kemahiran ICT guru, adakah aspek keyakinan terhadap kemampuan diri untuk
mengguna inovasi EduwebTV dan juga kepercayaan terhadap atribut inovasi EduwebTV
merupakan faktor penting yang boleh menyumbang kepada keputusan guru untuk
menggunakan EduwebTV dalam pengajaran dan pembelajaran mereka?
Tujuan kajian
Kajian ini cuba mengenalpasti apakah aspek yang menyumbang kepada keputusan guru
menggunakan inovasi teknologi iaitu EduwebTV dalam pengajaran. Justeru dalam kajian
ini, pengkaji akan melihat dari aspek demografi guru seperti pengalaman menggunakan
Internet, pengetahuan mengintegrasi ICT, pengalaman mengajar dan kekerapan latihan
produk dapat menyumbang kepada penggunaan teknologi dalam pengajaran guru.
Selain itu, aspek kesediaan dalaman guru seperti keinovatifan individu, keinovatifan
khusus teknologi maklumat, dan efikasi kendiri komputer juga ingin dikaji, samada
menyumbang atau tidak kepada keputusan guru menggunakan EduwebTV dalam
pengajaran. Kajian ini juga ingin melihat daripada aspek atribut inovasi. Iaitu sejauh
mana persepsi berguna dan persepsi mudah guna boleh mempengaruhi penggunaan
inovasi tersebut dalam pengajaran guru.
Definisi operasional
Demografi dalam kajian ini merujuk kepada aspek pengalaman menggunakan
Internet, pengetahuan guna ICT, pengalaman mengajar, umur dan kekerapan
latihan penggunaan teknologi.
Keinovatifan individu merujuk kepada seawal mana kesediaan guru untuk
menerima apa sahaja inovasi secara umum dalam kehidupan mereka, secara
sukarela dan ada keghairahan untuk mencubanya lebih awal daripada pengguna
lain.
Keinovatifan khusus teknologi maklumat adalah merujuk kepada kesediaan
guru untuk menerima inovasi EduwebTV secara sukarela bagi tujuan PdP,

PROCEEDINGS OF THE 7TH INTERNATIONAL MALAYSIAN


EDUCATIONAL TECHNOLOGY CONVENTION (IMETC 2013)
Golden Flower Hot el, Bandung, Indonesia, 16-18 September 2013
Technology Enhanced Global Classroom Environment

secara sukarela dan ada keghairahan untuk mencubanya lebih awal daripada
pengguna lain.
Pengetahuan guna ICT adalah merujuk kepada pengetahuan guru untuk
mengaplikasi ICT dan mengintergrasikan ICT dalam PdP
Efikasi kendiri komputer adalah merujuk kepada keyakinan guru terhadap
kemampuan dirinya untuk menggunakan EduwebTV sebagai bahan bantu dalam
PdP.
Persepsi
berguna adalah merujuk kepada kepercayaan guru terhadap
EduwebTV itu berguna dalam membantu memudahkan tugas pengajaran guru.
Persepsi mudah guna adalah merujuk kepada kepercayaan guru bahawa
EduwebTV itu mudah diguna dan bebas daripada masalah besar jika
menggunakanya

Persoalan kajian
1. Sejauhmanakah sumbangan kesediaan penerimaan guru dari aspek keinovatifan
individu, keinovatifan khusus teknologi maklumat dan efikasi kendiri komputer
terhadap penggunaan teknologi dalam pengajaran?
2. Sejauhmanakah sumbangan demografi aspek demografi pengalaman
menggunakan Internet, pengetahuan guna ICT, pengalaman mengajar, umur
dan kekerapan latihan produk terhadap penggunaan teknologi dalam
pengajaran?
3. Sejauhmanakah sumbangan atribut inovasi iaitu persepsi berguna dan persepsi
mudah guna terhadap penggunaan teknologi dalam pengajaran?
Metadologi Kajian
Kajian ini, merupakan satu kajian tinjauan berbentuk kuantitatif. Kaedah tinjauan dipilih
kerana kaedah ini sesuai untuk mengumpul maklumat secara langsung daripada
responden iaitu guru berkaitan dengan perasaan motivasi, sikap dan kepercayaan
mereka terhadap penerimaan teknologi baru. Melalui borang soal selidik, responden
dikehendaki menilai perasaan, kekuatan serta kekurangan diri mereka secara
introspektif melalui laporan kendiri (self-report). Rekabentuk ini dapat membantu
pengkaji mendapatkan data berhubung dengan fenomena yang tidak dapat diperhatikan
secara langsung yang melibatkan ramai ahli iaitu guru di Malaysia dapat dikumpulkan.
Sebanyak 300 orang guru yang mengajar pelbagai matapelajaran telah secara rawak
daripada sekolah menengah di Malayisa.
Dalam kajian ini instrumen penggunaan di adaptasi daripada instrumen yang digunakan
oleh Hu et al. (2003). Manakala instrumen kesediaan penerimaan yang terdiri daripada
Skala Keinovatifan Khusus Teknologi Maklumat, skala keinovatifan individu dan
instrumen efikasi kendiri komputer di adaptasi daripada beberapa instrumen yang
digunakan oleh Venkatesh et al. (2003) dan Gong et al.(2004). Bagi mengukur
pengetahuan guna ICT, Instrumen Pengetahuan Guna ICT (IPGICT) digunakan di mana
Instrumen ini diadaptasi daripada instrumen Teaching with Technologi Instrument (TTI)
yang dibangunkan oleh Atkins dan Vasu (1998). Kebolehpercayaan bagi setiap
instrumen yang digunakan telah diuji dan mempunyai nilai alpha Cronbach yang baik
iaitu antara 0.845 hingga 0.932. Kesemua item dinyatakan dalam bentuk penyataan
positif. Setiap skala diukur berdasarkan darjah keyakinan skala likert iaitu 1 = Sangat

PROCEEDINGS OF THE 7TH INTERNATIONAL MALAYSIAN


EDUCATIONAL TECHNOLOGY CONVENTION (IMETC 2013)
Golden Flower Hot el, Bandung, Indonesia, 16-18 September 2013
Technology Enhanced Global Classroom Environment

rendah, 2 = rendah, 3 = Sederhana, 4 = Tinggi, 5 = Sangat Tinggi.


menunjukkan intergertasi skor min yang digunakan dalam kajian ini.

Skor min
< 2.33
2.33-3.66
>3.66

Jadual 1,

Jadual 1: Interpretasi skor min


Interpretasi skor min
Rendah
Sederhana
Tinggi

Bagi mengukur aspek penggunaan EduwebTV skala pemeringkatan kekerapan


digunakan. Skor kekerapan ini diintepretasi berdasarkan jadual 2.

Jadual 2 : Interpretasi skor dan kekerapan penggunaan sebenar EduwebTV


Skor kekerapan
Intepertasi
Tidak Pernah
Tidak pernah menggunakan EduwebTV
Jarang-jarang
Kurang dari 2 kali sebulan menggunakan EduwebTV
Kadangkala
3 hingga 4 kali sebulan menggunakan EduwebTV
Kerap
2 kali seminggu menggunakan EduwebTV
Amat Kerap
Hampir setiap kali pengajaran menggunakan EduwebTV

Dapatan dan Analisis


a.
Tahap penggunaan inovasi teknologi - EduwebTV.
Jadual 3 menunjukkan frekuensi, peratusan dan tahap penggunaan inovasi teknologi
EduwebTV dalam kalangan guru.
Jadual 3: Frekuensi dan peratusan skor min penggunaan EduwebTV
Nilai min
Peratus
Tahap
Intepertasi
Jarang-jarang menggunakan EduwebTV untuk
< 2.34
55.8%
Rendah
PdP ( < dari 2 kali sebulan)
Kadangkala menggunakan EduwebTV untuk
2.34-3.66
36.9%
Sederhana
PdP (antara 3 hingga 4 kali sebulan)
Kerap mengguna EduwebTV untuk PdP (>4
>3.66
7.3%
Tinggi
kali sebulan)
Hanya sebanyak 7.3% guru kerap atau 2 kali seminggu menggunakan EduwebTV dalam
PdP. Manakala seramai 36.9% guru menggunakan EduwebTV 3 hingga 4 kali sebulan
dalam PdP. Lebih memeranjatkan dapatan menunjukkan majoriti 55.8% guru jarang
menggunakan EduwebTV atau kurang 2 kali dalam sebulan untuk menggunakan
EduwebTV untuk PdP. Oleh yang demikian purata kekerapan guru menggunakan
inovasi EduwebTV dalam PdP mereka adalah 2 kali atau kurang dalam sebulan. Jadual
4 di bawah menunjukkan skor min bagi setiap item dalam skala penggunaan
Jadual 4: Skor min dan sisihan piawai aspek penggunaan
Item
Min
SP
Interpretasi

PROCEEDINGS OF THE 7TH INTERNATIONAL MALAYSIAN


EDUCATIONAL TECHNOLOGY CONVENTION (IMETC 2013)
Golden Flower Hot el, Bandung, Indonesia, 16-18 September 2013
Technology Enhanced Global Classroom Environment

sebagai
bahan
pengajaran
untuk
peringkat pengembangan pengajaran.
mempelbagaikan kaedah penggunaan
EduwebTV dalam PdP.
memilih bahan-bahan yang sesuai dalam
EduwebTVuntuk dimuat turun lebih awal
sebelum PdP dijalankan.
sebagai
bahan
pengayaan
dalam
pengajaran
sebagai bahan pengukuhan
sebagai bahan set induksi untuk menarik
perhatian pelajar di awal pengajaran.
sebagai bahan penilaian
sebagai bahan tugasan pembelajaran
pelajar di rumah.
Melibatkan
pelajar untuk hands-on
EduwebTV semasa aktiviti PdP dalam bilik
darjah.
Menggunakan secara dalam talian (online)
dalam PdP.
Keseluruhan

2.34

0.88

Rendah

2.32

0.88

Rendah

2.30

0.89

Rendah

2.30

0.89

Rendah

2.29

0.90

Rendah

2.29

0.93

Rendah

2.18

0.90

Rendah

2.13

0.93

Rendah

2.12

0.93

Rendah

2.11

0.90

Rendah

2.22

0.79

Rendah

Hasil analisis menunjukkan bahawa penggunaan bahan daripada EduwebTV untuk


tujuan set induksi, bahan pengayaan, bahan pengukuhan dan bahan penilaian adalah
pada tahap yang rendah. Selain itu penggunaan EduwebTV secara dalam talian (online)
untuk PdP juga pada tahap rendah. Secara perbandingan didapati guru lebih kerap
menggunakan EduwebTV sebagai bahan pengembangan dalam PdP berbanding
dengan penggunaannya sebagai bahan penilaian untuk tugasan pelajar. Secara
keseluruhan tahap penerimaan inovasi dari aspek penggunaan adalah rendah
(min=2.22, sp=.79). Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian Siti Salbiah et al.
(2010) yang mendapati tahap pengintegrasian bahan video daripada EduwebTV dalam
pengajaran dalam kalangan guru adalah pada tahap yang rendah walaupun mereka
mempunyai sikap yang positif terhadap EduwebTV. Ini mungkin disebabkan oleh faktor
kesesuaian kandungan bahan dengan matapelajaran yang di ajar. Ini bererti kesesuaian
kandungan bahan video yang ada dalam EduwebTV juga boleh memberi pengaruh
kepada penerimaan inovasi tersebut. Dapatan ini selari dengan kajian Naresh et al.
(2008) dan Hu et al. (2003) yang mendapati faktor kesesuaian sistem dengan keperluan
tugas, perlu diutamakan bagi memberi kesan kepada penggunaan sebenar komputer
dalam kalangan guru.
b.
Sumbangan aspek demografi terhadap penggunaan EduwebTV dalam pengajaran
Aspek demografi juga memberi kesan kepada penggunaan sebenar teknologi dalam
pengajaran. Berdasarkan 5 ciri demografi yang dikaji iaitu, pengalaman menggunakan
Internet, pengetahuan guna ICT, pengalaman mengajar, umur dan kekerapan latihan
produk, didapati hanya aspek pengetahuan guna ICT dan kekerapan latihan produk
didapati menyumbang kepada penggunaan EduwebTV dalam pengajaran.

PROCEEDINGS OF THE 7TH INTERNATIONAL MALAYSIAN


EDUCATIONAL TECHNOLOGY CONVENTION (IMETC 2013)
Golden Flower Hot el, Bandung, Indonesia, 16-18 September 2013
Technology Enhanced Global Classroom Environment

Jadual 3: Analisis regresi linear berganda (stepwise) bagi meramal


faktor demografi ke atas penggunaan teknologi
Aspek
B
Ralat
Beta
t
Sig. R
piawai
()
Pengetahuan
0.263
0.043
0.245 5.589 .00
.079
guna ICT
Kekerapan
0.342
0.068
0.205 4.538 .00
.119
latihan produk

sumbangan
Sum.
%
7.9
4.0

Jadual 3 menunjukkan jumlah sumbangan kedua-dua aspek tersebut iaitu pengetahuan


guna ICT dan kekerapan latihan produk, didapati menyumbang sebanyak 7.9%
(R=0.79) kepada variasi dalam penggunaan sebenar teknologi. Pengetahuan guna ICT
memberi sumbangan paling besar sebanyak 7.9 % dan diikuti oleh pendedahan
penggunaan teknologi yang menyumbang sebanyak 4.0% dalam penggunaan teknologi
dalam pengajaran. Ini adalah disebabkan guru yang kerap menerima latihan produk
mempunyai kefahaman yang lebih jelas berkaitan fungsi kebergunaan EduwebTV. Ini
memberi ruang kepada individu itu untuk lebih kreatif dalam mengintegrasikan
EduwebTV dalam pengajaran mereka. Maka analisis kajian ini dapat dirumuskan
bahawa guru yang mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan telah mendapat
pendedahan teknologi baru akan lebih bersedia menggunkan teknologi dalam
pengajaran mereka di sekolah. Dapatan kajian ini juga selari dengan dapatan kajian
Torkzadeh dan Dyke (2002), Beas dan Salanovas (2006) dan Paraskeva et al.(2008),
mereka mendapati, latihan penggunaan teknologi secara khusus dapat meningkatkan
tahap efikasi kendiri komputer
c. Sumbangan aspek kesediaan penerimaan guru
Kesediaan individu untuk menerima inovasi teknologi boleh menyumbang kepada
penggunaan teknologi dalam bilik darjah. Berdasarkan jadual 4 di bawah hasil analisis
kajian menunjukkan keinovatifan khusus teknologi maklumat dan efikasi kendiri
komputer menyumbang sebanyak 12.7% (R=0.127) kepada variasi dalam penggunaan
sebenar EduwebTV.
Jadual 4:

Analisis regresi linear berganda (stepwise) bagi meramal sumbangan


kesediaan penerimaan ke atas penggunaan teknologi
Aspek
B
Ralat
Beta
t
Sig. R
Sum.
piawai
()
%
Keinovatifan
khusus teknologi 0.329
0.059
0.241 5.589 .00
.096 9.6
maklumat
Efikasi kendiri
0.258
0.059
0.159 4.538 .00
.127 3.1
komputer

Keinovatifan khusus teknologi maklumat memberi sumbangan paling besar sebanyak


9.6 % dan diikuti efikasi kendiri komputer yang menyumbang sebanyak 3.1%. Ini
menunjukkan bahawa keinovatifan khusus teknologi maklumat dan efikasi kendiri
komputer adalah peramal kepada penggunaan sebenar EduwebTV. Oleh itu, dapatan
kajian ini bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Goldsmith dan Hofacker (1991), dan
Hirschman (1980) iaitu keinovatifan khusus dikatakan dapat memberikan ramalan yang

PROCEEDINGS OF THE 7TH INTERNATIONAL MALAYSIAN


EDUCATIONAL TECHNOLOGY CONVENTION (IMETC 2013)
Golden Flower Hot el, Bandung, Indonesia, 16-18 September 2013
Technology Enhanced Global Classroom Environment

berguna dalam aspek penerimaan sesuatu produk khusus kerana kecenderungan


pengguna serta pengalaman secara spesifik dalam produk tersebut.
Aspek efikasi kendiri komputer juga didapati menyumbang kepada penggunaan sebenar
EduwebTV. Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa aspek efikasi kendiri
komputer adalah penting kepada guru kerana ia boleh meramal kepada penggunaan
sebenar EduwebTV. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Ramayah dan Aafaqi
(2004), beliau mendapati bahawa efikasi kendiri komputer mempunyai kesan langsung
yang signifikan dalam penggunaan sebenar e-perpustakaan. Begitu juga dengan kajian
Milbrath dan Kinze (2000) dan Wu et al. (2008), Noraini et al (2010) dan Mohd Arif et al
(2011) mendapati, guru yang mempunyai tahap efikasi kendiri komputer yang tinggi lebih
suka mengintergrasikan ICT dalam PdP berbanding guru yang mempunyai tahap efikasi
kendiri komputer yang rendah.
d. Sumbangan aspek atribut inovasi teknologi
Ciri-ciri teknologi yang diperkenalkan juga memberi kesan kepada penggunaan sebenar
teknologi dalam pengajaran. Tahap kesukaran atau tahap kebergunaan boleh
mempengaruhi keputusan yang akan dipilih guru, samaada ghairah untuk
menggunakannya atau mengambil lebih masa lagi untuk membuat keputusan menerima.
Jadual 5 menunjukkan persepsi berguna dan keinginan mengguna didapati
menyumbang sebanyak 14.5% (R=0.145) kepada variasi dalam penggunaan sebenar
teknologi.
Jadual 5:

Analisis regresi linear berganda (stepwise) bagi meramal sumbangan


kesediaan penerimaan ke atas penggunaan teknologi

Peramal

Ralat
piawai

Beta
()

Sig.

Sum.
%

Persepsi berguna
Persepsi berguna

0.363
0.285

0.069
0.067

0.258
0.208

5.298
4.263

.00
.00

.145
.172

14.5
2.7

Persepsi berguna memberi sumbangan paling besar iaitu sebanyak 14.5 % dan diikuti
oleh persepsi mudah guna yang menyumbang sebanyak 2.2%. Maka analisis kajian ini
dapat dirumuskan bahawa guru yang mempunyai persepsi berguna dan persepsi mudah
guna positif terhadap inovasi teknologi, maka individu ini lebih bersedia menggunakan
teknologi dalam pengajaran mereka di sekolah. Ini menunjukkan wujud kepentingan
persepsi berguna dalam proses penerimaan inovasi EduwebTV. Sekiranya guru
mempunyai tanggapan bahawa inovasi EduwebTV ini berguna, maka mereka dapat
merasakan bahawa EduwebTV itu boleh membantu mempermudah tugas-tugas guru
dalam PdP. Persepsi inilah yang akan membentuk sikap yang positif terhadap inovasi
EduwebTV. Sikap yang positif ini, mendorong kepada niat untuk menggunakan inovasi
EduwebTV dan seterusnya membentuk perlakuan yang sebenar, iaitu menggunakan
inovasi EduwebTV dalam pengajaran mereka. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan
kajian terdahulu bahawa persepsi berguna dalam penggunaan sistem mempunyai kesan
positif terhadap sikap guru dalam penerimaan web (Noraini et al 2012, Gong et al. 2004;
Abdul Hadi et al. 2010), komputer (Hu et al. 2003), pembelajaran atas talian (Saade &
Bahli 2005) dan pengajaran menggunakan blog (Lai & Chen 2011).

PROCEEDINGS OF THE 7TH INTERNATIONAL MALAYSIAN


EDUCATIONAL TECHNOLOGY CONVENTION (IMETC 2013)
Golden Flower Hot el, Bandung, Indonesia, 16-18 September 2013
Technology Enhanced Global Classroom Environment

Perbincangan dan Rumusan


Secara keseluruhan kajian ini mendapati tahap penggunaan inovasi teknologi (
EduwebTV) dalam pengajaran dalam kalangan guru adalah pada tahap yang rendah
dengan kekerapan kurang daripada 2 kali sebulan. Hal ini disebabkan
1. Guru kurang mahir mengintegrasikan bahan daripada potal EduwebTV dalam
pengajaran walaupun kebanyakan guru ini pernah menyertai kursus ICT dalam
pendidikan di sekolah.
2. Guru tidak kreatif dalam memilih, menyunting dan membina semula bahan
pengajaran daripada bahan-bahan sedia ada dalam EduwebTV.
3. Guru kurang yakin terhadap aspek kebergunaan EduwebTV bagi membantu
tugas pengajaran guru. tahap keyakinan ini boleh memberi kesan kepada amalan
menggunakan inovasi EduwebTV dalam PdP.
4. Guru kurang keyakinan untuk menggunakan teknologi baru ini. Mereka akan
lebih yakin apabila diberi pendedahan pproduk berulang kali atau secara intensif.
Hal ini menjadi halangan kepada guru untuk mengaplikasikan penggunaan
EduwebTV ini dalam PdP.
5. Kandungan bahan yang disediakan dalam EduwebTV kurang memberi kepuasan
kepada guru sebagai pengguna. Lalu mereka beranggapan bahawa bahan vedio
yang ada dalam EduwebTV ini kurang sesuai untuk mengisi keperluan dalam
pengajaran guru.
Sungguhpun terdapat pelbagai faktor yang menjadi halangan kepada 55.8% guru yang
mana mereka hanya menggunakan EduwebTV kurang dari 2 kali sebulan untuk dalam
pengajaran, tetapi EduwebTV dilihat sangat berguna kepada 7.3% guru. Mereka ini
menggunakan EduwebTV dalam pengajaran melebihi 4 kali sebulan. Berdasarkan
elemen yang dikaji, aspek keinovatifan khusus teknologi maklumat, efikasi kendiri
komputer, pengetahuan guna ICT, kekerapan latihan produk, persepsi berguna dan
persepsi mudah guna adalah antara faktor yang menjadi penyumbang kepada
penggunaan EduwebTV dalam pengajaran guru. Penggunaan inovasi teknologi yang
spesifik seperti inovasi EduwebTV ini memerlukan satu kecenderungan minat untuk
mengetahui, mempelajari serta berani mencuba inovasi tersebut tanpa rasa ragu-ragu
terhadap keupayaan sistem tersebut, maka dapat dirumuskan bahawa
I.

II.

III.

Guru yang mempunyai tahap keinovatifan khusus teknologi maklumat yang tinggi
akan lebih terbuka berani membuat keputusan mengguna inovasi baru lebih awal
daripada pengguna lain tanpa mengambil kira risiko yang mungkin dihadapi.
Selain itu guru ini juga ada keghairahan untuk menggunakan EduwebTV dalam
pengajaran secara sukarela.
Tahap efikasi kendiri komputer yang tinggi dapat meyakinkan guru untuk
menggunakan inovasi teknologi dan sebaliknya guru yang mempunyai efikasi
kendiri komputer yang rendah, akan membina rintangan dalam dirinya untuk
mempelajari inovasi EduwebTV. Guru yang mempunyai tahap efikasi kendiri
komputer yang tinggi, maka keyakinan yang terbina dalam diri guru tersebut
dapat meningkatkan persepsi guru, bahawa EduwebTV itu mudah diguna dan
berguna
untuk
mempercepatkan
tugas
penyediaan
bahan
PdP,
mempermudahkan tugas pengajaran serta mempunyai bahan-bahan sumber
yang ada boleh disesuaikan dengan PdP
Guru yang kerap mendapat pendedahan menggunakan EduwebTV akan
mempunyai kefahaman yang lebih jelas berkaitan fungsi kebergunaan

PROCEEDINGS OF THE 7TH INTERNATIONAL MALAYSIAN


EDUCATIONAL TECHNOLOGY CONVENTION (IMETC 2013)
Golden Flower Hot el, Bandung, Indonesia, 16-18 September 2013
Technology Enhanced Global Classroom Environment

IV.

V.

EduwebTV. Pengetahuan yang lebih spesifik ini telah meningkatkan tahap


keyakinan kepada guru itu menjadi lebih kreatif dalam mengintegrasikan
EduwebTV dalam pengajaran mereka.
Persepsi berguna dan persepsi mudah guna adalah faktor yang menumbang
kepada penggunaan teknologi dalam pengajaran. Kedua-dua faktor ini boleh
dianggap sebagai satu tindakan yang beralasan untuk guru membuat keputusan
menggunakan inovasi EduwebTV, sama ada lebih awal atau lewat
Guru yang mempunyai tahap pengetahuan guna ICT tinggi, akan menjadikan
pengetahuan ini sebagai asas pengetahuan teknologi, yang mana dapat
mendorong guru kepada tiga langkah. Pertama, membentuk pengetahuan
kesedaran, yang mana pengetahuan ini akan memotivasi guru untuk belajar
dengan lebih banyak tentang EduwebTV. Kedua, guru ini juga mempunyai
pengetahuan tentang bagaimana cara menggunakan inovasi EduwebTV dengan
keuntungan yang maksima dalam PdP. Ketiga, guru ini ada pengetahuan tentang
prinsip-prinsip dan fungsi yang menjadi asas bagaimana dan mengapa inovasi
EduwebTV itu diperkenalkan.

Justeru daripada kajian ini dapat dirumuskan bahawa gabungan penilaian diri iaitu
keinovatifan khusus teknologi maklumat, efikasi kendiri komputer, pengetahuan guna
komputer dan kekerapan latihan produk dengan penilaian produk iaitu persepsi berguna
dan persepsi mudah guna ini akan meyakinkan guru itu membuat keputusan, untuk
menerima atau menolak. Jika hasil daripada gabungan kedua-dua penilaian yang telah
dibuat (diri & produk) adalah negatif maka tidak berlaku perubahan tingkah laku guru.
Sebaliknya jika hasil daripada gabungan kedua-dua penilaian yang dibuat (diri & produk)
adalah positif maka ia akan mempengaruhi sikap dan niat untuk mengguna inovasi
EduwebTV. Namun begitu tempoh pengekalan guru menggunakan EduwebTV juga
bergantung kepada jumlah sumbangan faktor luaran seperti sokongan pentadbir,
kesesuaian bahan dengan keperluan guru dan kesediaan teknologi.

RUJUKAN
Akmal Nurashikin, Siti Hadijah Alwi & Shamsudin Hassan. 2011. Kajian kepakaran
pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan dalam melaksanakan EduwebTV bagi
pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Bahagian Pembestarian Sekolah 1: 1-17.
Arbaat Hassan. 2008. Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ke arah
pembestarian sekolah. Dlm. Mohd Arif Ismail & Rosnaini Mahmud (pnyt.).
Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
Pembestarian Sekolah, hlm. 39-65. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Becker, W.E. & Watts. M. 1996. Chalk and talk: a national survey om teaching
undergraduate economics. American conomic Review 86(2): 448-453.
Gong, M., Xu, Y & Yu, Y.H. 2004. An Enhanced technology acceptance model for webbased learning. Journal of Information Systems Education 15(4): 365-347.
Hu, P. J., Clark, T. H. K. & Ma, W. W. 2003. Examining technology acceptance by school
teachers: a longitudinal study. Information & Management 41(2): 227-241.
Hunt, L., Eagle, L. & Kitchen, P.J. 2004. Balancing marketing education and information
technology: matching needs or needing a better match. Journal of Marketing
Education 26(1): 75-88.

PROCEEDINGS OF THE 7TH INTERNATIONAL MALAYSIAN


EDUCATIONAL TECHNOLOGY CONVENTION (IMETC 2013)
Golden Flower Hot el, Bandung, Indonesia, 16-18 September 2013
Technology Enhanced Global Classroom Environment

Jamalludin Harun, & Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Jamaludin Haji Badusah & Hashimah Haji Hashim. 2009. Teknologi maklumat dalam
pendidikan. Dlm. Mohd Arif, Isjoni, Rosnaini & Isham Shah (pnyt.). Integrasi
Teknologi Mobile dalam Pembelajaran, hlm. 71-80. Pekan Baru: Cendikia Insani.
Johari Hassan & Nor Hafiza Azne Abd Aziz. 2010. Tahap penggunaan TV Pendidikan
dan tahap kesediaan penggunaan eduebtv dalam kalangan guru sekolah rendah.
http://eprints.utm.my/10585/1/Tahap_Penggunaan_TV_Pendidikan_Dan_Tahap_
Kesediaan_Penggunaan_EDUWEBTV_Dalam_Kalangan_Guru_Sekolah_Renda
h_Di_Johor_Bahru.pdf. [3 Februari 2011].
Jones, K. O. & Kelley, K. A. 2003. Teaching marketing via the Internet: Lessons learned
and challenges to be met. Marketing Education Review 13(1): 81-89.
Kupersmith, J. 1992. Techno stress and the reference librarian. Reference Services
Review 20: 7-14.
Lai, H. M & Chen, C.P. 2011. Factor influencing secondary school teachers adoption
blog. Computer and Education 56: 948-960.
Lever-Duffy, J., McDonald, J. B. & Mizell, A. P. 2003. Teaching and Learning with
Technology. Boston, MA: Allyn & Bacon.
Milbrath, Y. L., & Kinzie, M.B. 2000. Computer technology training for prospective
teachers: computer attitudes and perceived self-efficacy. Journal of Technology
and Teacher Education 8(4): 373-396.
Mohd Arif Ismail, Rosnaini Mahmud, Noraini Mohamed Noh, Jamil Ahmad & Mohd
Jasmy Abdul Rahman. 2011. Computer self efficacy: Teacher readiness in
accepting Malaysian EduwebTV. World Applied Sciences Journal (Learning
Innovation and Intervention for Diverse Learners) 14: 60-66
Naresh Kumar, Raduan Che Rose & Jeffrey Lawrence DSilva. 2008. Teachers
readiness to use technology in the classroom: an empirical study. European
Journal of Scientific Research 21(4): 603-616.
Noraini Mohamed Noh, Mohd. Arif Ismail & Jamil Ahmad. 2010. Efikasi kendiri komputer
dan penerimaan inovasi EduwebTV dalam kalangan Guru Perpustakaan Media
di sekolah-sekolah Malaysia. Prosiding , the 15th International Conference on
Education. Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Brunei, 24 -27 May.
2010.
Noraini Mohamed Noh, Hani Meryleina Ahmad Mustafa & Che Nidzam Che Ahmad.
2013. Predictive Relationship Between Technology Acceptance Readiness And
The Intention To Use Malaysian EduwebTV Among Library and Media Teachers.
Procedia Social and Behavioral Science. 1877-0428
Paraskeva, F. Bouta, H. & Papagianni, A. 2008. Individual characteristics and computer
self-efficacy in secondary education teachers to integrate technology in
educational practice. Computers & Education 50: 10841091.
Ramayah, T. & Aafaqi, B. 2004. Role of self-efficacy in e-library usage among students
of a public university in Malaysia. Malaysian Journal of Library & Information
Science 91: 39-57.
Rozhan M. Idrus. 2009. Learner continuum technology enhanced learning model via
technology. Proceedings of the 5th WSEAS/IASME International Conference on
Educational Technologies (EDUTE' 09), hlm. 198-201
Saade, R. & Bahli, B. 2005. The impact of cognitive absorption on perceived usefulness
and perceived ease of use in on-line: an extension of the technology acceptance
model. Information and Management 42: 317-327.

PROCEEDINGS OF THE 7TH INTERNATIONAL MALAYSIAN


EDUCATIONAL TECHNOLOGY CONVENTION (IMETC 2013)
Golden Flower Hot el, Bandung, Indonesia, 16-18 September 2013
Technology Enhanced Global Classroom Environment

Safuan Haji Rabaai & Fong Soon Fook. 2003. Kesan persembahan visual dalam
pembelajaran prosa tradisional. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia 3(2): 1724.
Schillewaert, N., Ahearne, M. J., Frambach, R. T. & Moenaert, R. K. 2000. The
acceptance of information technology in the sales force. Journal of Marketing
34(4): 323336.
Siti Salbiah Ahmad, Rosnaini Mahmud, Fadzilah Abdul Rahman & Nurzatulshima. 2010.
Kesediaan guru terhadap pengintegrasian EduwebTV dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dlm. Mohd. Arif Ismail, Rohzan M. Idrus, Rosnaini Mahmud,
Mohd. Shahandri Gani Hamzah (pynt.). Pendidikan Elektronik: Ke arah
Persekitaran Pembelajaran Imersif, hlm. 61-69. Petaling Jaya. Pearson Malaysia.
Soon Fook Fong. 2003. Effect graphic presentation on student of different cognitive style
in the learning of Malaysia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia 3(2): 51-58.
Torkzadeh, G. & Dyke, V. T. 2002. Effects of training on Internet self-efficacy and
computer user attitudes. Computers in Human Behavior 18(5): 479494.
Venkatesh, V., Morris, M., Davis, G. & Davis, F. 2003. User acceptance of information
technology: Toward a unified view. Management Information Systems Quarterly
27(3) 425-478.
Weston, T. J. 2005. Why faculty did-or did not - integrate instructional software in their
undergraduate classrooms. Innovative Higher Education 30(2): 99-115.
Wu, W., Chang, H.P. & Guo, C.J. 2008. An empirical assessment of science teachers'
intentions toward technology integration. The Journal of Computers in
Mathematics and Science Teaching 27(4): 499-520.
.